Salam.
Mari kita mulakan dengan dua entri intro:
Sila tonton video di bawah untuk kefahaman maksima:
Bermula dari sini dianggap anda telah membaca dua entri tersebut, dan telah menonton video di atas.
Ringkasnya,
Bagaimana VPN Berfungsi?
VPN berfungsi dengan cara mewujudkan ‘terowong’ (tunnel) yang dienkrip untuk tujuan sekuriti maksima dengan jenis-jenis enkripsi tertentu, contohnya Enkripsi Blowfish.
Melalui terowong ini pula, anda akan dapat faedah:
1. Komunikasi dua hala yang lebih selamat
2. Bebas dari ancaman penggodam
3. Menyembunyikan IP asal dan menggantikan dengan IP pelayan VPN.
4. Untuk mendapatkan kembali akses ke laman web yang telah disekat, seperti forum, game online, laman video streaming, laman sosial dan lain-lain
5. Untuk memiliki keselamatan yang lebih baik ketika membeli secara online
6. Untuk menghentikan pembekal enjin carian daripada mengumpulkan dan mencatat maklumat tentang sejarah internet mereka dan kebiasaan carian
7. Sebagai langkah anonimiti di internet
8. Membolehkan teknologi P2P berfungsi kembali (Torrent)
9. Mengubah IP bererti mengubah geolokasi, dan anda dapat tampil seolah-olah dari mana-mana sudut dunia, bahkan dari US sekalipun
Jadi bagaimana dengan dakwaan yang mengatakan VPN dapat melepasi kuota atau had bandwidth bulanan broadband/ISP?
Sebenarnya sama ada anda menggunakan VPN atau tidak, sambungan internet anda masih melalui ISP anda terlebih dahulu. Cuma bezanya, ketika anda menggunakan sambungan VPN, komunikasi anda dienkripsi dan data tidak dapat dibaca oleh mana-mana pihak. Namun itu tidak bererti bandwidth anda juga begitu!
Bagi mana-mana servis VPN yang mendakwa servis mereka dapat melepasi (bypass) kuota broadband, mengapa anda tidak katakan perkara yang benar, bahawa itu semua berlaku kerana kelemahan sekuriti dari penyedia servis tersebut (security flaw)? Ia bukan ‘jasa’ dari VPN anda, sebaliknya hanyalah berlaku dari kelemahan sekuriti dan kemudian dimanipulasi oleh sambungan terekripsi itu tadi. Sekiranya kelemahan sekuriti ini diketahui oleh penyedia servis, ia akan segera ditampal. Tetapi sebagaimana yang kita ketahui, sehingga sekarang nampaknya ia masih belum dilakukan.
Tujuan asal VPN dicipta sememangnya bukan untuk melepasi kuota broadband! Ianya lebih dari itu! Saya minta anda bercakaplah dengan fakta bukan auta semata-mata.
Jangan buat kesimpulan sendiri, fikir baik-baik sebelum menyebarkan sesuatu.
RUJUKAN:
Wikipedia – Bandwidth Throttling
Wikipedia – Virtual Private Network
Mytunnel.us [F.A.Q] <<<— Ini ialah servis VPN yang patut anda langgan!
Anonymous Surfing <<<— E-buku yang patut anda muat turun!