Pelan Terbaru proXPN VPN 2012

Pada tahun 2011, saya ada sebutkan mengenai proXPN di sini, tetapi tidaklah secara menyeluruh. Saya cuma sentuh secara umum sahaja. Dalam entri ini saya ingin memperkenalkan dengan lebih dekat servis VPN yang mempunyai pelan percuma serta berbayar ini.

proXPN memperkenalkan servis VPN dalam bentuk GUI yang mudah untuk digunakan. Dalam versi terbaru, pelan yang ditawarkan adalah lebih menarik berbanding dahulu kerana dalam pelan akaun percuma, selain anda boleh menggunakan ia sepanjang hayat tanpa perlu membayar, ia juga menawarkan sambungan OpenVPN dan juga pemindahan data tanpa had.

Kekurangan yang paling ketara ialah kelajuan muat turun sahaja, iaitu ia dihadkan kepada 300kbps. Dalam pelan akaun berbayar, kelajuan muat turun boleh mencecah 1000Mbps selain anda dapat menggunakan kesemua port, aplikasi telefon bimbit pintar, Torrent dan pelbagai kelebihan lain.

Untuk mencuba servis VPN ini, anda boleh ke laman web rasminya dan muat turun klien VPN yang disediakan : proXPN VPN

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future. My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging. If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img