Entri ini ditulis adalah untuk memenuhi permintaan pada pembaca blog yang sekarang sudah melangkah masuk ke dunia Linux. Tahniah diucapkan!
Sebenarnya senang sangat nak pasang (install) Wine pada Ubuntu tak kiralah anda pakai versi 11.04, 11.10 atau versi sebelumnya. Cuma untuk versi sebelum itu mungkin hanya baris perintah sahaja yang sedikit berbeza. Siapa antara anda yang masih menggunakan Ubuntu 10.10 (The Perfect 10!) ke bawah? Ni mesti otai ni..
Ok let’s move on.
1. Buka Terminal, masukkan baris perintah di bawah:
sudo add-apt-repository ppa:ubuntu-wine/ppa
Di atas ialah paparan skrin untuk Terminal Ubuntu 11.10. Jika anda mahu menambah repository, anda perlu menekan kekunci ENTER terlebih dahulu. Jika ia seperti paparan skrin di atas bermakna ia tiada masalah.
2. Seterusnya kemaskini:
sudo apt-get update
3. Kemudian pasangkan Wine:
sudo apt-get install wine
Melalui paparan skrin di atas dapat dilihat akan pilihan sama ada anda mahu memasangnya atau tidak dan diberi tahu sekali berapa ruang cakera keras yang diperlukan (278MB). Anda cuma perlu taip ‘y‘ dan tekan kekunci ENTER.
Sila ikuti pilihan seperti paparan GUI di bawah setelah ia terpapar:
Wine telah siap dipasang.