Pasang Arista Transcoder Pada Ubuntu 11.10

Mr.Hac gemar melakukan screencasting pada desktop dan kerap membuat pertukaran format video untuk disesuaikan dengan Youtube. Terdapat pelbagai perisian untuk Windows dan Linux yang dapat digunakan untuk menukar format video. Jika sebentar tadi bro pr67am telah menulis satu perisian pemain video yang menarik untuk Windows, entri ini pula Mr.Hac akan menulis mengenai perisian penukar format video untuk Linux, iaitu Arista Trancoder.

Setakat ini, perisian inilah yang paling digemari oleh Mr.Hac kerana paparan antaramukanya yang ringkas dan mudah difahami. Mr.Hac sudah mencuba WinFF, sebuah GUI untuk FFmpeg yang mampu membuat penukaran format video, tetapi tidak beberapa serasi.

Arista Transcoder boleh dipasang dengan mudah pada Ubuntu versi 11.04 ke bawah menggunakan PPA dari webupd8 seperti di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:webupd8team/arista

sudo apt-get update

sudo apt-get install arista

Tetapi untuk Ubuntu versi 11.10 Oneiric Ocelot, anda boleh memasangnya melalui Ubuntu Software Center. Cukup mudah! Ahhh.. Tetapi malangnya tampak seperti ada masalah apabila dicuba-cuba untuk klik, kelihatannya seperti tiada apa-apa yang berlaku. Sungguh cis sekali..

Sehari suntuk juga Mr.Hac cuba mencari jalan penyelesaiannya, sehingga menyah pasang dan kemudian memasangnya semula, still no hope.

Rupa-rupanya, hanya dengan satu baris perintah di bawah, selesai segala kekusutan:

sudo apt-get install gnome-icon-theme-full

Huh! Mencabar juga rupanya nak pasang Arista ni pada Oneiric. Berikut adalah paparan skrin bagaimana ‘rupanya’ ketika melakukan kerja dalam Oneiric Ocelot yang garang:

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img