Thursday, 6 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 355

E-book Hacking Percuma Dari Mr.Hac

15

Assalamualaikum semua The Hykers, pembaca setia My Hackers Are Here dan para pelawat yang budiman..

Hari ni, Hac nak kongsi dengan korang semua satu e-book yang Hac jumpa tadi..err..buka Hac yang karang e-book ni tapi orang lain..Hac tukang download aje..heheh..

Tapi e-book ni boleh kata terbaik dalam kelasnya la kerana ia menceritakan hampir keseluruhan perkara mengenai programming fail batch..
dan nama e-book ini ialah BATCH FILE PROGRAMMING..
E-book ini telah ditulis oleh Premkumar.S..Kredit diberikan sepenuhnya kepada beliau serta uploader asal e-book ni..

Tapi sebelum Hac memberikan korang akses kepada e-book itu, pertama korang harus tahu apa itu Batch File Programming.

file Batch pada dasarnya adalah urutan/aturan perintah DOS yang disimpan di dalam sebuah fail teks dengan sambungan “BAT”. Ketika dijalankan, batch mengeksekusi setiap baris dalam fail batch seolah-olah mereka menaip di konsol. Jadi pada dasarnya, ia adalah fail-fail yang mengandungi perintah DOS yang biasanya korang taip pada command prompt.

Batch file digunakan untuk melakukan tugas-tugas yang berulang. Daripada menaip dalam perintah berulang kali untuk melakukan tugas-tugas tertentu, korang boleh membuat file batch yang melakukan kesemuanya secara automatik dengan melakukan satu set perintah sekaligus.

Jadi mengapa harus seorang hacker tahu pengaturcaraan batch? Hac akan memberikan beberapa idea untuk korang pilih sendiri:

Serangan:

-DNS Poisoning
-Packet flooders
-Dictionary attacks
-Creating Viruses
-Service Disabler
-Clearing Logs

Gangguan:

-Bombers (Fork, Broadcast)
-Msg Annoyers
-Flooders (user, folders)
-Extension changer (ex. html -> exe)
-Keystroke remapper

Jom..jangan buang masa lagi..jom download e-book ni cepat!

Klik Di Sini —> Batch File Programming

Jangan lupa bila dah klik untuk download tu, tinggalkan la komen ye..terima kasih semua.. 🙂

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Perisian i-Visit v1.2 by George : Perisian Penjana Trafik !

19

Salam kepada semua The Hykerz dan para pembaca blog My Hackers Are Here..

Untuk entry kali ni, setelah Mr.Hac mengkaji serba sedikit mengenai perisian yang dapat menjana trafik ‘palsu’ untuk blog, kali ni Hac nak bawakan kepada korang satu perisian yang sama fungsinya..cuma, untuk entry sebelum ni, Hac ceritakan tentang Magic Traffic Bot..malangnya, perisian itu seperti tidak menjalankan fungsinya dengan baik apabila trafik tidak naik seperti yang diharapkan (seperti rungutan Kata Aku kepada Mr.Hac..heheh..)

Tetapi, untuk perisian yang Hac ingin kenalkan kepada korang sebentar lagi, Hac dah pun uji keberkesanannya dan ternyata ia membaca trafik yang membuak-buak bagaikan air lautan mencurah ke pantai ke blog korang (eerrr..boleh ke guna ayat sastera ikhtisas macam ni? metafora beb..)

Perisian tersebut ialah i-Visit version 1.2 yang telah dicipta oleh George..perisian ini menggunakan proxy yang berbeza untuk ‘melawat’ atau ‘ping’ blog/website korang dengan menggunakan Bot..dan ternyata ia memberi kesan serta-merta setelah digunakan..kalau tak percaya, boleh rujuk kepada stats dalam blog..di bahagian paparan antaramukanya (interface), korang boleh terus settingkan URL blog korang yang hendak ‘dilawati’ oleh bot perisian ini dan juga URL REFERER..jadi, kalau korang tak tau nak setting URL REFERER tu, hanya biarkan ia kepada setting ‘default’ iaitu google.com
Paparannya mudah untuk difahami oleh orang yang baru nak mula pakai PC sekalipun..jadi jangan la risau..

Bukan apa..Hac cuma nak bantu blog yang baru nak naik, supaya sama-sama naik dengan blog yang kononnya OTAI dengan SEO, entry menarik, dan sebagainya..OTAI ke PETAI??
Trafik ko je la yang naik sebab ada ramai blogger-blogger
yang nak dapat tips SEO dari blog ko la kononnnya?
Hac panas hati dengan orang macam ni..tu sebab la Hac usaha jugak cari perisian yang terbaik agar dapat kita semua sama-sama naik menuju puncak kejayaan..perrghhhh…ayaaattt..hahahah..lupakan aje la kata-kata Hac ni..

Hmm..ok..Jom kita muat turun perisian terbaik dari blog Mr.Hac..ok?
Sila klik pautan dibawah:

Klik Di Sini —> i-Visit v1.2

PERHATIAN: Proxy yang berada dalam senarai akan ‘mati’ setelah beberapa hari..oleh itu, kalau korang nak proxy yang baru, yang boleh digunakan lagi, sila e-mel kepada Mr.Hac di:

saiful.putra86@gmail.com

P/S: Maaf la kalau bosan baca entry ni tanpa gambar, sebab entry ni tidak memerlukan sebarang gambar..heheh..(macam cerita kembar siang pulak..’Filem ini tidak memerlukan sebarang tagline’..)

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Hotspot Shield

9

Assalamualaikum semua..The Hykerz apa macam? ada baik? heheh.. (macam loghat ape ntah)

Ok..tengok tajuk kat atas, Mr.Hac nak kenalkan dengan korang semua, perisian Hotspot Shield..perisian ni, sama macam Ultrasurf..fungsinya adalah untuk ‘memecahkan’ firewall pejabat anda, dan melangkaui segala sekatan yang ada..contohnya, kalau tak boleh bukak youtube, facebook, nuffnang, twitter, dan SHOUTMIX sebab pejabat dah sekat (block), gunakan Hotspot Shield ni dan korang semua akan dapat bukak kembali..

Kelebihan Hotspot Shield: Hac gunakan Hotspot Shield ni pun sebab Hac dah cuba macam-macam sebelum ni untuk bypass restriction office..jenuh cuba Real Hide IP, Platinum Hide IP, Super Hide IP, Hide The IP, Auto Hide IP dan Hide IP NG..malangnya tiada satu pun yang berkesan melainkan Ultrasurf..tapi sejak dua menjak ni, Ultrasurf seolah-olah ‘enggan’ untuk bukak blog My Hackers Are Here..mungkin, blog ni URLnya mengandungi perkataan ‘hack’, jadi ia tak boleh nak ‘retrive’ URL blog ni disebabkan telah bertentangan dengan prinsip syarikat pembangun perisian Ultrasurf tu..oleh sebab itu la Hac mencuba perisian Hotspot Shield ni pula..dan ia nampaknya berkesan..!!

Kekurangan Hotspot Shield: Ia perlu di-install terlebih dahulu..berbanding dengan Ultrasurf yang lebih ‘Green Software’ iaitu tidak perlukan pemasangan (installation) dan boleh terus digunakan sebaik habis dimuat turun..kemudian, Hotspot Shield ni mengandungi iklan yang agak mengganggu jugak la kadang-kadang..kalau Ultrasurf, tiada sebarang iklan yang akan ditayangkan..namun, disebabkan Ultrasurf tak boleh lagi bukak blog Hac, Hac dah tiada jalan lain melainkan pakai juga la..

Apapun, korang semua boleh cuba perisian tu dengan meng-klik link dibawah:

Klik Di Sini —> Hotspot Shield

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kenali Autorun

7

Salam semua pembaca dan kepada The Hykerz..semoga korang semua ceria selalu..

Hari ni, Mr.Hac nak cerita sikit pasal autorun..
Ape ke mendenya autorun tu Mr.Hac?

Hmm..ok..autorun ni ialah fail yang menjalankan program, dokumen, atau fail yang lain apabila cd atau pen drive dimasukkan.

Bagaimana nak cegah virus dan autorun dan merebak dalam pendrive?

Caranya mudah sahaja..ikut langkah-langkah dibawah:

1. Cipta 1 folder baru dalam pendrive.

2. Rename folder tersebut kepada ‘autorun.inf’.

3. Dalam folder yang dah direname kepada autorun.inf itu, cipta 2 lagi folder baru.

4. Rename folder-folder tersebut kepada ‘setup.ini’ dan ‘setup.inf’.

Selesai!

p/s : pastikan pendrive korang bersih dari virus terlebih dahulu sebelum melakukan apa yang Hac ajar ni..

Bagi yang tak faham, Hac dah sediakan link untuk korang muat turun aje folder autorun.inf tersebut..

Klik Di Sini —> autorun.inf

Tapi Mr.Hac nak bagitau, folder ni dah di-hiddenkan awal-awal..oleh itu korang kalau extract fail ni, memang tak nampak ape-ape la!
kalau nak nampak, macam biasa la..gunakan registry file ‘Show Hidden Folder’ yang ada dalam folder C.P.R yang Hac bagi dulu tu..apa? dah hilang? hmm..
nah..muat turun balik, dekat bawah ni:

Klik Di Sini —> C.P.R

Bila nak sorokkan balik fail tu, korang gunakan registry file ‘Hide Folder’..itu aje..senang..

Kenapa perlu cipta folder macam tu?

Ok..macam ni..fail autorun yang akan menjalankan fail virus dalam pendrive akan dinamakan ‘autorun.inf’..apabila satu folder dengan nama yang sama dibuat, fail autorun ‘jahat’ yang akan menjangkiti pendrive tidak dapat ‘menamakan’ dirinya dengan nama yang sama seperti folder tersebut! mudah sahaja..namun, malangnya ada juga virus yang bijak, yang akan mencipta fail-fail setup di dalam folder yang telah dibuat untuk TETAP menjalankan autorun jahat tu tadi..jadi, kita ambil langkah awal dengan membuat 2 lagi folder didalam folder autorun.inf tersebut dengan menamakan ia sebagai ‘setup.ini’ dan juga ‘setup.inf’ kerana fail setup yang telah dibuat oleh virus akan menamakan dirinya, dengan nama itu..jadi ia juga tidak dapat bertindak apabila namanya telah digunakan! ia tiada fungsi lagi kerana untuk menamakan dirinya sebagai ‘setup2.ini’ atau ‘setup2.inf’, fungsi asal tidak akan berjalan..

Faham dengan tutorial kali ni? ok..jangan lupa tinggalkan komen dibawah..

Kredit kepada: 2nd Admin, juaratempur

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Google Sniper Beserta Dengan Video

11

Salam kepada semua The Hykerz dan para pembaca sekalian..

entry kali ni Hac nak bagi kredit dekat Inpirational Efeks sebab bagi cadangan @ request dekat Hac untuk memasukkan entry ni..(ye la kadang-kadang blur jugak tak tau nak tulis apa, atau nak tulis yang mana satu pada masa tu)

Walaupun entry kali ni tiada kena mengena dengan Hacking, tapi blog My Hackers Are Here ni akan memenuhi arena tip n trik komputer sebab kalau duk cerita bab hacking aje, pembaca dari luar belum tentu berapa peratus..heheheh..

Jadi kita kembali kepada tajuk entry..sebenarnya entry ni diminta baru sekejap tadi aje..Hac tak sempat nak kaji sampai habis..(ye la..baru berapa minit aje sebelum ni entry ni di-request)

Hmm..oleh itu, Mr.Hac hanya mampu bagi pautan untuk korang semua muat turun e-book Google Sniper beserta dengan videonya sekali..dan Hac minta maaf la sebab tak sempat nak muat naik ke dalam akaun mediafire Hac..ni fail yang berada dalam akaun enterupload..laju jugak la kalau download..

Google Sniper with Additional Videos part 1 (Klik di sini)

Google Sniper with Additional Videos part 2 (Klik di sini)

Ok..jangan lupa tinggalkan komen ya..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Kaedah Untuk Login Ke Blog Dengan 100 Akaun Gmail!

19

Assalamualaikum semua The Hykerz dan pembaca sekalian..

Kali ni, Hac nak kongsi kaedah seperti tajuk di atas, setelah akaun gmail
Stori Mori Torkonang Juo telah digodam dan beliau tidak lagi dapat mengakses ke blognya sehingga memaksa beliau untuk buat kembali blog tersebut dengan alamat blog yang berbeza disini..SADIS! Jadi entry kali ni Mr.Hac dedikasikan untuk beliau..kesian beb..

Jadi untuk mengelakkan hal ini berlaku lagi, Hac nak ajar korang semua cara nak login ke blog korang dengan 100 akaun gmail beserta dengan taraf admin daripada akaun gmail yang asal..
haa? boleh ke? boleh la!

Jom kita mulakan pembelajaran!

– Buat akaun Gmail lagi satu (khas untuk kecemasan)

– Bila dah siap, mulakan dengan login ke akaun blog anda di http://www.blogger.com
(masukkan emel asal)

– Masuk ke Settings > Permissions

– Tekan ‘Add Authors’ dan masukkan alamat emel Gmail baru yang korang dah buat sebentar tadi

– Tekan ‘Invite’

– Setelah tu LOGOUT dahulu akaun gmail asal yang masih AKTIF ketika itu..

– Kemudian login ke akaun Gmail kedua tadi (akaun Gmail yang baru tu la..ok?)

– Korang akan menerima satu emel yang mengandungi pautan (link) yang menuju ke jemputan (invitation) dari blog korang sebagai penulis jemputan (author)

– korang klik pautan tu dan korang akan dibawa ke satu borang (form), isi borang tu, dan klik untuk terima undangan dari ‘owner’ asal blog tadi (yang semestinya korang la kan?heheh..)

– Ok..sekarang korang dah boleh login dengan 2 Gmail akaun setelah akaun Gmail kedua tadi berjaya dibawa ke dashboard..haha..

– Untuk menukar akaun emel kedua tu kepada Admin (yang semestinya dapat mengakses ke semua tempat dalam blog) LOGOUT dahulu akaun kedua tadi dan login semula dengan Gmail asal..

– Seperti biasa pergi pada Settings > Permissions

– Klik pada ‘grant admin privileges’, pada nama akaun gmail kedua tadi..

-NAH! sekarang korang dah ada dua akaun Gmail yang dapat mengakses kesemua tempat dalam blog korang!

– Kalau nak masukkan 100 alamat emel, ulang proses diatas sebanyak 99 kali dengan 99 lagi akaun Gmail!

Amacam? puas hati dengan penerangan Mr.Hac kali ni?
kalau puas hati sila la follow..heheheh..

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cipta Virus Dengan Perisian Virus Generator

12

Salam semua The Hykerz dan para pembaca..

hari ni Mr.Hac nak kongsikan benda yang mudah aje..
sebab hari ni Mr.Hac agak pening sikit..malas nak fikir benda yang rumit..
tapi sebelum tu, Mr.Hac nak ambil kesempatan untuk berterima kasih atas header baru yang telah dibuat dan disiapkan oleh abgteror..korang nak header free tak? abgteror sedia menolong tanpa bayaran..kalau tengah taip entry, selit aje nama dan link ke blog abgteror sebagai ‘bayaran’ dan tanda terima kasih kepada beliau..heheh..

Nak header cun pegi kat sini —> abgteror Page’s

Ok..berbalik kepada Virus Generator, terlebih dahulu, korang pegi muat turun perisian VIRUS GENERATOR pada pautan dibawah:

Klik Di Sini —> Virus Generator

Dengan menggunakan perisian yang Mr.Hac bagi ni, korang semua tak perlu jadi pakar coding atau pakar programming untuk mencipta sejenis virus..Perisian ini dapat bekerja dengan baik pada Windows Vista, dan XP..windows 7 pun boleh juga kerana Mr.Hac dah mencubanya pada netbook Mr.Hac yang menggunakan Windows 7 Professional..

Korang dah muat turun perisian Virus Generator tu?

Ok..yang pertama, jalankan fail ‘In Shadow Batch Virus Generator.exe’ (klik dua kali)..

Terdapat banyak pilihan yang boleh korang pilih seperti:

1. Menjangkiti berbagai jenis extension..
2. Memasukkan virus ke dalam startup menu, dan mematikan berbagai jenis proses..
3. Mematikan sistem sekuriti PC seperti firewall, windows defender, antivirus..
4. Menamakan semula (rename) berbagai jenis extension dan dapat menyebarkan virus melalui perkongsian fail..
5. Mencipta satu lagi akaun admin dan menukar kata laluan akaun pengguna (user account)
6. Menyekat laman web, memuat turun fail trojan ke komputer mangsa, mematikan (shut down) komputer mangsa dan pelbagai lagi fungsi virus yang korang boleh pilih..

Selepas dah puas hati memilih pilihan untuk fungsi virus, beralih kembali ke ‘Creating Options’ dan tekan ‘Save as Bat’..

Sekarang virus korang dah pun siap!

nak lebih profesional lagi, korang convert atau tukarkan format batch (bat) kepada exe dengan perisian Bat To Exe Converter dibawah!

Bat To Exe Converter (Klik di sini)

Peringatan: Tutorial ini hanya untuk tujuan pendidikan sahaja..sila skrol ke bawah dan baca PENAFIAN dari blog Mr.Hac ni..jangan sesekali mencuba virus ini di komputer korang sendiri! kalau jahanam Mr.Hac tak tanggung!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Eset Smart Security 4.2.71.2 Including Username and Password Finder

61

Assalamualaikum semua The Hykerz dan pembaca-pembaca blog MyHac..

(Entry ni ialah update daripada entry yang Mr.Hac tulis semalam..Mr.Hac nak bagi pautan kepada installer yang bermasalah semalam tu..apa-apa kesalahan Mr.Hac minta maaf la ye..)

Hari ni Hac nak kongsikan dengan korang semua satu perisian Antivirus, Antispyware, dan juga Antispam yang terbaik pernah Hac pakai selama ni..

Perisian yang Hac nak kongsikan kali ni ialah Eset Smart Security Versi 4.2.71.2 (Versi Paling Baru) yang telah Hac muat turun sendiri dari laman web rasmi ESET..mesti korang musykil macam mana Hac boleh muat turun sedangkan kita perlu memasukkan lesen yang telah dibeli barulah boleh memuat turun perisian tersebut..

Jawapannya mudah sahaja..Hac menggunakan satu lagi perisian kecil yang dinamakan TNOD Username and Password Finder..fungsi perisian ini adalah untuk memuat turun kesemua lesen yang masih sah untuk digunakan dan dikumpulkan dalam satu log..

Jadi mengapa perlu kita menggunakan perisian antivirus crack sedangkan kita boleh memakai perisian yang 100% installer asli dari laman pembangunnya..Eset Smart Security adalah sangat ringan berbanding antivirus + internet security yang lain..ia tidak melambatkan sistem komputer dan apabila proses virus scan sedang berjalan, korang boleh buat kerja macam biasa tanpa pengurangan prestasi kelajuan PC..tambahan pula, Eset pemegang rekod sangat kurang FALSE ALARM atau FALSE POSITIVE iaitu kesalahan dalam pengesanan virus..selain itu, masa untuk boot juga adalah sangat pantas..jadi, berkenaan prestasi, Eset sememangnya antivirus yang sangat ideal..

Proses scanning juga adalah sangat-sangat pantas berbanding dengan antivirus yang lain..keseluruhan proses kadangkala hanya memakan masa 45 minit sahaja berbanding 2 hingga 3 jam oleh antivirus terkenal..ia juga mempunyai personal firewall yang boleh disetting mengikut kehendak kita sendiri..Eset ada sesuatu perkara yang unik iaitu ia seolah-olah ada ‘otak’ yang akan menganalisis virus baru yang belum dikesan oleh mana-mana antivirus..mungkin kekurangan yang boleh dilihat pada Eset Smart Security hanyalah ia tiada parental lock/parental protection namun berkemungkinan besar pada masa akan datang kita akan dapat melihat ciri-ciri ini pada perisian Eset Smart Security..

Hac sarankan tolong jangan percaya kepada majalah-majalah, mahupun perbandingan antivirus terbaik yang dibuat oleh laman web yang mengaku laman bebas, yang membuat ujian untuk perbandingan tentang mana satu antivirus yang terbaik..ini kerana mereka semua ini tidak boleh dipercayai..mereka dapat komisen yang tinggi hasil dari promosi yang dibuat..kalau boleh mereka semahu-mahunya meletakkan Eset no 10 atau tiada langsung agar menampakkan antivirus yang lebih tersohor seperti Norton, Kaspersky, Bit Defender, F-Secure, Mcafee dan lain-lain..

Hmmm..Mr.Hac tak nak cerita panjang-panjang lagi, korang semua boleh muat turun perisian antivirus Eset Smart Security versi 4.2.71.2 beserta dengan Password Findernya sekali yang telah Hac muat naik dalam akaun mediafire..

cuma Hac nak ingatkan, jangan bimbang..nanti kalau lesen tersebut sudah tidak valid lagi atau sudah tamat tempoh penggunaannya, korang hanya perlu muat turun lesen yang baru menggunakan perisian TNOD tersebut..mudah kan?
Ok..sila klik pada pautan di bawah:

Klik Di Sini —> Eset Smart Security 4.2.71.2.msi

Klik Di Sini —> TNOD Username and Password Finder 1.4.0.15

Kalau ada yang tak tahu cara nak guna, sila tinggalkan komen di bawah ye..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Web Browser Terhebat dan Paling Laju Di Sini!

23

Assalamualaikum The Hykerz dan pembaca-pembaca yang sangat Mr.Hac hargai..

Pada hari ni Mr.Hac nak berkongsi dengan kalian semua tentang satu jenis web browser yang paling hebat Mr.Hac pernah jumpa! Ia lebih hebat dari Google Chrome, Mozilla Firefox, apatah lagi Internet Explorer!
Mr.Hac berani jamin sebab Mr.Hac sendiri dah cuba pakai dan ternyata ia sangat berbeza kerana ia sangat laju, dan sangat memudahkan segala urusan kerja hacking Mr.Hac..

Apakah nama web browser tersebut? ianya adalah Maxthon 3.0!
sebab apa Mr.Hac cakap ia memudahkan kerja hacking? sebab ia mempunyai Notepad Terbina Dalaman secara atas talian (online) dan bagi seorang hacker yang tegar, tiada yang lebih penting dari NOTEPAD!
kemudian kalau Google Chrome, ia mempunyai Ad Block untuk menyekat laman yang menampilkan iklan secara popup atau tampalan yang perlu dipasang (install) terlebih dahulu..namun bagi Maxthon, ia sudahpun mempunyai Perisian Penyekat Iklan Dalaman yang diberi nama AdHunter! ia tidak perlu dipasang lagi!
dan lagi yang lebih menarik, saiz web browser ini sangat kecil..saiznya setelah dipasang pada PC hanyalah 49.99MB berbanding 145MB oleh Google Chrome..wah! dahsyat!

Maxthon 3.0 mempunyai pilihan (options) yang sangat banyak sehingga korang tak mampu menidakkannya..korang semua boleh tetapkan enjin carian seperti bing, google dan lain-lain untuk dijadikan ‘default search engine’, boleh tetapkan proxy sendiri, penampilan dan fungsi yang menyamai Chrome, tidak crash dengan kerap seperti Chrome, tidak lembab seperti Internet Explorer, sangat sesuai untuk HACKERS apatah lagi CRACKERS dan lain-lain, dan lain-lain, dan lain-lain…..(banyak sangat kalau nak buat list beb!)

Jadi korang semua jangan buang masa lagi! cepat pergi muat turun dan cuba browser terhebat ini sekarang! (direkomenkan oleh MY HACKERS ARE HERE!)

Klik Di Sini —> Maxthon 3.0

Jangan lupa lihat juga entry Hac yang ini —> Web Browser Terbaik, Terhebat, Terpantas!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Hack Speed Trap!

18

Assalamualaikum The Hykerz dan para pembaca blog MyHac semua..
kali ni Hac nak ajar cara nak melakukan deteksi terhadap Kamera Pendeteksi Kelajuan (Speed Camera)
hanya dengan menggunakan setting yang ada pada telefon bimbit korang semua..tapi model yang dapat melakukan pendeteksian (berfungsi sebagai radar) terhadap speed camera ni hanya model NOKIA aje..bukan Cokia ye…heheheh..mungkin ramai yang dah tahu cara yang Hac nak ajarkan ni, tapi mungkin juga ramai yang tak tahu kan? bukan apa..hari tu Hac kena saman sebanyak RM900 (3 saman) disebabkan memandu terlalu laju di jalan raya..160kmj mana ada laju kan? hmmm..oleh itu Hac pun cari jalan supaya nak elakkan saman lain kali..bukan niat di hati Hac nak pandu melebihi had laju kebangsaan..tidak..tapi Hac bimbang kalau-kalau di lain hari Hac TER-bawak laju..mana la tahu, kot-kot kecemasan ke..kan?
cuma yang Mr.Hac dapat tau, tetapan ini hanya berkesan kepada telefon bimbit Nokia jenis lama atau jenis yang tiada screen color tu..haa..(laku la handphone yang macam tu lepas ni)

Jadi apa lagi? mari kita mulakan ya..

1. Tekan menu
2. Cari settings > Phone settings > General
3. Setelah itu cari Security settings > Phone and SIM card
4. Kemudian cari Closed user group
5. Pilih ON
6. Masukkan nombor 00000 (5 kali nombor 0)
7. Tekan Ok
8. Tekan ‘Back’ sehingga korang sampai kepada skrin utama. Imej dengan 3 dot dan garisan (bentuk seperti radar) akan muncul pada bahagian atas skrin dan 00000 akan berada di sebelahnya.

Apabila korang berada di jalan raya dan tiba-tiba berhadapan dengan polis yang menggunakan speed camera, telefon bimbit korang tu akan berbunyi (beeping). Satu nasihat Hac kalau boleh jangan la bawak kenderaan tu laju-laju macam Hac..nanti kena saman..lagipun kan memandu laju tu berbahaya? (jadi baik la pulak Mr.Hac ni..hehehe..) apa-apa pun tetapan (settings) ni kalau boleh patut digunakan ketika terdesak sahaja..Mr.Hac juga dapat tau ada satu lagi aplikasi yang bertindak serupa namun untuk entry kali ni biar la Mr.Hac ajar satu dahulu..sekian dahulu buat masa ini..apa-apa komen, sila tinggalkan dibawah ya..

Views: 0

Iklan Newspaper Inline