Assalamualaikum semua The Hykerz dan pembaca-pembaca blog MyHac..

(Entry ni ialah update daripada entry yang Mr.Hac tulis semalam..Mr.Hac nak bagi pautan kepada installer yang bermasalah semalam tu..apa-apa kesalahan Mr.Hac minta maaf la ye..)

Hari ni Hac nak kongsikan dengan korang semua satu perisian Antivirus, Antispyware, dan juga Antispam yang terbaik pernah Hac pakai selama ni..

Perisian yang Hac nak kongsikan kali ni ialah Eset Smart Security Versi 4.2.71.2 (Versi Paling Baru) yang telah Hac muat turun sendiri dari laman web rasmi ESET..mesti korang musykil macam mana Hac boleh muat turun sedangkan kita perlu memasukkan lesen yang telah dibeli barulah boleh memuat turun perisian tersebut..

Jawapannya mudah sahaja..Hac menggunakan satu lagi perisian kecil yang dinamakan TNOD Username and Password Finder..fungsi perisian ini adalah untuk memuat turun kesemua lesen yang masih sah untuk digunakan dan dikumpulkan dalam satu log..

Jadi mengapa perlu kita menggunakan perisian antivirus crack sedangkan kita boleh memakai perisian yang 100% installer asli dari laman pembangunnya..Eset Smart Security adalah sangat ringan berbanding antivirus + internet security yang lain..ia tidak melambatkan sistem komputer dan apabila proses virus scan sedang berjalan, korang boleh buat kerja macam biasa tanpa pengurangan prestasi kelajuan PC..tambahan pula, Eset pemegang rekod sangat kurang FALSE ALARM atau FALSE POSITIVE iaitu kesalahan dalam pengesanan virus..selain itu, masa untuk boot juga adalah sangat pantas..jadi, berkenaan prestasi, Eset sememangnya antivirus yang sangat ideal..

Proses scanning juga adalah sangat-sangat pantas berbanding dengan antivirus yang lain..keseluruhan proses kadangkala hanya memakan masa 45 minit sahaja berbanding 2 hingga 3 jam oleh antivirus terkenal..ia juga mempunyai personal firewall yang boleh disetting mengikut kehendak kita sendiri..Eset ada sesuatu perkara yang unik iaitu ia seolah-olah ada ‘otak’ yang akan menganalisis virus baru yang belum dikesan oleh mana-mana antivirus..mungkin kekurangan yang boleh dilihat pada Eset Smart Security hanyalah ia tiada parental lock/parental protection namun berkemungkinan besar pada masa akan datang kita akan dapat melihat ciri-ciri ini pada perisian Eset Smart Security..

Hac sarankan tolong jangan percaya kepada majalah-majalah, mahupun perbandingan antivirus terbaik yang dibuat oleh laman web yang mengaku laman bebas, yang membuat ujian untuk perbandingan tentang mana satu antivirus yang terbaik..ini kerana mereka semua ini tidak boleh dipercayai..mereka dapat komisen yang tinggi hasil dari promosi yang dibuat..kalau boleh mereka semahu-mahunya meletakkan Eset no 10 atau tiada langsung agar menampakkan antivirus yang lebih tersohor seperti Norton, Kaspersky, Bit Defender, F-Secure, Mcafee dan lain-lain..

Hmmm..Mr.Hac tak nak cerita panjang-panjang lagi, korang semua boleh muat turun perisian antivirus Eset Smart Security versi 4.2.71.2 beserta dengan Password Findernya sekali yang telah Hac muat naik dalam akaun mediafire..

cuma Hac nak ingatkan, jangan bimbang..nanti kalau lesen tersebut sudah tidak valid lagi atau sudah tamat tempoh penggunaannya, korang hanya perlu muat turun lesen yang baru menggunakan perisian TNOD tersebut..mudah kan?
Ok..sila klik pada pautan di bawah:

Klik Di Sini —> Eset Smart Security 4.2.71.2.msi

Klik Di Sini —> TNOD Username and Password Finder 1.4.0.15

Kalau ada yang tak tahu cara nak guna, sila tinggalkan komen di bawah ye..

Comments

  1. mr hac….

    tapi kan nape dorang yang jahat tu nak wat camtu ek…nak tukar2 passwrd org tak tentu pasal lak..apa dorang nak wat ekk..tak fahammmm sayaa..isshhh menyedihkan betul laa..

  2. @ Adinda Amy Sensei (perghh..nama..sensei betul ke ni?pandai main buah?merah ke putih?)
    err..sebenarnya ada banyak sebab..mungkin orang tu cemburu dengan cik amy..ada macam2 sebab…kita tak boleh nak cakap apa sebab kalau orang dah nak sakit hati dengan kita, dia tak perlukan apa2 sebab sekalipun..

    @ Muhamad Luqman Hakim Mahmud (perghh..panjangnya nama..heheh)
    betul tu…antivirus ni terbaik..paling ringan antara semua..performance the best..

  3. mr hac..
    link yg pertama tu
    Eset Smart Security 4.2.71.2
    bile sy nak download,die download dlm bntuk notepad(ntah mcm mane boleh tertuka.bile download lagi skali pun dlm bntuk notepad).. T.T
    nak tukar kepada ape?
    lepas download bole mr hac terangkan nak buat ape?

  4. @ elly cuba gunakan perisian internet download manager untuk download file..komfom ok..

    @ blog-tips-kurus cuba uninstall balik..kemudian restart, dan install semula..tgk ada perubahan x..

  5. cadangan aku, biasakan diri 'bermain' dengan 'virus', sebab kebanyakan 'virus' ni berguna sebenarnya..

    detection pada AV tu ko kene kaji, bukan percaya bulat2 semua yang di-detect adalah virus..ok?

  6. terpulang la bro..
    bagi aku NOD32 tetap terbaik nak dibandingkan dengan Norton, Kaspersky yang hanya indah khabar dari rupa..

  7. dah install password finder tapi biler nak launch tak boley la bro..
    system tak detect..

    ~reena8~

  8. Assalam.. Saya nak tny ni.. Agak-agak berape eh harga ESET nOd ni??? Dah tu mmg betul la… KAspersky mmg lambat… Terima kasih untuk info ni Bro… 😀

  9. apasal la korang pakai banyak benor masalahnye..

    hmm..aku pun pakai windows 7 gak..ok je..
    camni la..ape kate ko amek screenshot masalah tu, pastu ko emelkan kat aku @ Hubungi Admin..

    nak amek screenshot, tekan alt+print screen @ prt sc

  10. ooo kira baguslah kalau macam ni. aku dulu pown sukakan ESET ni. memang ringan je lappy ni.tapi aku tinggalkan ESET sbb aku da xde license baru. huhu.. skang ni post ni byk membantu. pe lagi ni yg aku nak guna eset balik ni. =D

    hehe thx bro!

  11. nak tanye kenape tnod key finder tu takleh guna eh ? die run okay.tapi die tak renew key pun.

  12. Ok je aku guna bro..
    kena download dulu license tu..
    kemudian pilih la tarikh yang paling jauh..
    aku kalau tak tengok depan2 aku susah nak cakap apa masalahnya..
    kalau boleh run maknanya ok la tu..
    dia memang akan run, tapi sebaik2nya license tu insert sendiri la..
    cuba ko amek screenshot..aku nak tengok juga apa masalahnya..
    boleh sama2 kita selesaikan..

  13. you can get it from the official website..
    get the license first and after that you can download it because
    it require username and password before you can download so i suggest
    get the license from TNOD..

  14. ak dah install…asal tgl 11 hari je..nanti lau dah abis update password baru ke??

  15. tak pasti la..hac suka dengan eset sebab ringan giler nak banding dengan yang lain..pasal detection virus, maybe banyak lagi antivirus lain yg lebih power..rileks je bro..virus tu kita buat dia, bukan dia buat kita..

  16. Mr Hac, kalau da install esset smart security ni, nk kena install antivirus yg lain jgak ke?..

  17. bro…wa ada pertanyaan….kalau wa guna eset smart security ni….gua kena install antivirus lama..masalahnya file quarantine macam mana bro….

    john

  18. bro wa ada pertanyaan…ada apa-apa setting ke untuk antivirus ni bro..wa guna Eset Smart Security 5 Beta…kalau ada…boleh bagitahu gua bro…terima kasih bro..

    john

  19. setting?
    tak payah setting dah..
    kalau nak usik jugak, kena paham la setiap fungsinya..
    boleh aje..tapi ko kaji sendiri la bro..
    tak susa pon..sebab fungsinya tak rumit sangat..
    yang best ada parental control, pastu eh..macam2 la..hehehe..

  20. terima kasih bro….tapi wa ada masalah lain pulak bro…masalah wa tak boleh download kat hotfile bro…

    This file is either removed due to copyright claim or is deleted by the uploader.

    takkan semua file kena remove kot…kalau lu ada cara bagitau gua bro….terima kasih bro…

    john

  21. bro..nape aku xleh donlod tnod…bile dh abes donlod aku bukak folder nye xde ape yg aku donlod…nape ek…

  22. Tanya, sekarang saya guna Eset Smart Security 4.0.437.0 nak upgrade yg terbaru kena uninstall yang lama baru install yang baru ke?

  23. laptop aku xdapat nak detect installation tnod ni bro.. amcm tu?? x dapat buka apps ni.. even shortcut kat desktop dah ada..

  24. aptop aku xdapat nak detect installation tnod ni bro.. amcm tu?? x dapat buka apps ni.. even shortcut kat desktop dah ada.. bleh bg user name n password yg baru x bro??

  25. nk tnye skit…knpe lpas install eset ni, kne disable firewall dlu bru bleh connect internet???(right click kt icon tray eset pastu disable firewall)..xkan nk kne disable firewall plak….rse xslmat la plak surf internet klau disable firewall…

  26. Anonymous said…
    nk tnye skit…knpe lpas install eset ni, kne disable firewall dlu bru bleh connect internet???(right click kt icon tray eset pastu disable firewall)..xkan nk kne disable firewall plak….rse xslmat la plak surf internet klau disable firewall…

    August 20, 2011 4:23 AM

    masalah problem yang same..kene disable firewall baru leh connect internet..kenapa ek???

Comments are closed.