Youtube merupakan laman untuk menonton video secara percuma yang paling terkenal dan paling kerap dilawati oleh peminat-peminatnya di seluruh dunia. Pelbagai perisian telah dicipta selaras dengan perkembangan Youtube yang berubah mengikut peredaran zaman.
Salah satu perisian yang berhubung dengan Youtube ialah Minitube. Minitube dicipta bukan untuk mengklon paparan asal laman web Youtube, namun ia dibuat untuk memberikan pengalaman menonton video secara streaming seperti menonton televisyen.
Antara ciri-ciri Minitube ialah:
1. Kurang menggunakan bateri (kesannya dapat memanjangkan jangka hayat bateri) apabila tidak menggunakan pemain Flash untuk memainkan video.
2. Video HD : Minitube boleh memainkan video HD sehingga 1080p.
3. Muat turun video kegemaran anda dengan 1 klik (Format MPEG4).
4. Hentikan kerja-kerja mencari. Perisian ini akan memainkan video-video secara terus dari video ke video yang lain.
5. Mainkan video dengan lebih pantas. Minitube dapat memainkan video dengan lebih lancar dan laju.
6. Mudah digunakan.
7. PERCUMA untuk pengguna Linux, berbayar untuk pengguna Windows dan Mac OS X.
Beberapa paparan skrin untuk tatapan anda:
Pasang Minitube secara percuma pada Ubuntu atau Linux Mint dengan baris perintah di bawah:
Salam. Ini adalah Entri yang telah diedit daripada entri yang asal. Sebabnya, entri sebelum ini tidak begitu lengkap. Minta maaf Mr Hac.
Baiklah, terus kepada Tajuk entri ini.
Apakah itu Aero Flip 3D? Aplikasi Aero Flip 3D ini sama dengan fungsi Alt+Tab, namun berlainan sedikit kerana Aero Flip 3D akan mengeluarkan gambar dan bukannya teks seperti fungsi Alt+Tab.
Contoh Aero Flip 3D :
Cool bukan? Hehe.
Keperluan minimum PC (PC Minimum Requirement) untuk menggunakan Aero Flip 3D (Bahasa Inggeris.)
1 GHz 32-bit or 64-bit processor
1 GB of system memory
A graphics card with support for DirectX 9 graphics with at least 128 MB of memory.
The graphics card must support Pixel Shader 2.0 and the Windows Display Driver Model (WDDM).
You must be have True Color (32 bit) set instead of High Color (16 bit).
Refresh or update your WEI score.
Using a Aero theme.
Bagaimana cara untuk membuat Aero Flip 3D ini? Senang sahaja.
Anda hanya perlu tekan butang Windows dan Tab. (+Tab)
Jangan lepaskan butang Windows tersebut sehinggalah anda menjumpai program yang anda mahu “Switch” itu.
Jika anda tiada atau tidak dapat menggunakan Windows 7 Aero Flip 3D ini, anda bolehlah download aplikasi ini secara manual.
Entri serba ringkas ini adalah untuk perhatian penulis jemputan. Ia sebagai panduan untuk anda supaya setiap entri yang dihasilkan adalah yang terbaik dan berkualiti.
Mr.Hac faham anda masih baru. Tapi anda boleh mencontohi pr67am, di mana sekarang ini anda boleh lihat dan baca entri beliau yang semakin ada ‘umph!’ biarpun baru menceburi bidang penulisan blog.
Senarai RIngkas Panduan:
1. Mr.Hac amat mementingkan ‘kecantikan’. Bukan cantik dari segi rupa, tapi dari segi gaya penulisan dan kekemasannya. Kalau boleh, untuk setiap tajuk, Capitalize setiap huruf permulaannya, seperti:
‘The Google Haking Database’
Mudah je kan?
2. Untuk tujuan meletakkan pautan keluar. seperti pautan untuk muat turun, sila gunakan kod seperti di bawah:
<a href=”URL Pautan Keluar” rel=”dofollow” target=”_blank”>TAJUK URL</a>
Ini bertujuan mengurangkan Bounce Rate dan memanjangkan (extend) waktu pelawat/pembaca blog berada pada entri tersebut dan juga berada pada blog ini secara tidak langsung, kerana kod itu membantu pembaca yang menggunakan klik kiri (Left-Click) untuk membuka pautan dalam tab yang baru.
3. Kalau boleh mulakan penulisan entri dari ruangan ‘Edit HTML’ sebelum menyemaknya semula pada bahagian ‘Compose’. Ini bertujuan untuk anda belajar menggunakan ruangan ‘Edit HTML’ dan membezakan antara keduanya. Anda perlu menggunakan dua-dua ruangan agar seimbang pengetahuan anda terhadap post editor.
Post Editor dalam ruangan Edit HTML
Post Editor dalam ruangan Compose
P/S: Kod untuk pautan keluar di atas hanya boleh digunakan dalam ruangan ‘Edit HTML’.
4. Dalami Ilmu SEO dan praktikkan Formula FEVAL. Sedikit sebanyak ilmu anda mengenai blogging juga bertambah.
5. Gunakanlah ejaan penuh, dan bukan bahasa SMS. Setiap yang anda taip mempengaruhi kepada hasil enjin carian.
6. Bahasa Melayu diutamakan. Kecuali anda nak berseloroh, nak speaking tiba-tiba,
tak kisah lah heh!
7. Artikel tidak semestinya mengenai hacking. Jika anda mahu menulis mengenai Android, Linux, IPTV, Astro, Wayang. Ah..Tuliskan saja!
8. Tingkatkan mutu penulisan dari semasa ke semasa dengan cara kerap menulis apabila idea tiba. Anda akan memperolehi identiti penulisan anda sendiri setelah sekian lama menulis.
9. Tolong jangan padam (delete) entri anda setelah selesai dipos tidak kiralah atas apa juga sebab. Hanya Mr.Hac sahaja berhak menentukan entri anda boleh dipadam atau tidak.
10. Jangan lupa letakkan Label sebelum pos. Label ini anda boleh gunakan yang sudah sedia ada atau anda custom sendiri, ikut kesesuaian tajuk. Sebagai contoh jika anda membuat artikel bertajuk ‘Kaedah Hack Facebook’, maka pada Label, anda letakkanlah ‘Cara Hack Facebook’, ‘Cara Godam Akaun Facebook’…dan seterusnya. Pastikan anda letakkan koma selepas setiap Label.
Label bolehlah disamakan dengan ‘Tag’, dalam kes jika anda tak faham kegunaan Label.
Setakat ini, itu sahaja kot. Yang lain-lain tu Mr.Hac akan tambah kemudian. Harapan Mr.Hac semoga blog ini akan sentiasa menjadi pusat rujukan untuk para pemula dan dapat membantu sedikit sebanyak dalam menyumbangkan ilmu kepada semua orang.
Adakah anda bosan melihat bahagian kekotak log masuk laman e-mel atau akaun-akaun lain ditutupi oleh asterisk (*****)? Jika tiada sesiapa di belakang anda yang boleh disyaki menggunakan kaedah Shoulder Surfing untuk melihat kata laluan anda, mengapa biarkan diri anda tertekan untuk menaip kata laluan di sebalik asterisk?
Bagi pengguna Google Chrome, anda boleh pasang extension Show Password, Show Password On Focus, atau gunakan saja Javascript di bawah, salin dan tampal pada bar URL, lalu ia akan kelihatan seperti di paparan skrin bawah:
Javascript:
javascript: var p=r(); function r(){var g=0;var x=false;var x=z(document.forms);g=g+1;var w=window.frames;for(var k=0;k<w.length;k++) {var x = ((x) || (z(w[k].document.forms)));g=g+1;}if (!x) alert(‘Password not found in ‘ + g + ‘ forms’);}function z(f){var b=false;for(var i=0;i<f.length;i++) {var e=f[i].elements;for(var j=0;j<e.length;j++) {if (h(e[j])) {b=true}}}return b;}function h(ej){var s=”;if (ej.type==’password’){s=ej.value;if (s!=”){prompt(‘Password found ‘, s)}else{alert(‘Password is blank’)}return true;}}
Anda sudah pernah mencuba Supertuxkart seperti yang telah diulas oleh Mr.Hac pada entri yang lepas? Jika belum, silalah mencuba kerana hari ini Mr.Hac membawakan kepada anda permainan (game) lain untuk anda pasang pada komputer.
Permainan yang dinamakan sebagai Hedgewars, merupakan klon atau remake kepada permainan Worms yang lama. Ketika zaman belajar dahulu, permainan Worms memang sangat addictive sehingga sanggup ponteng kuliah tu! Haha!
Tapi malangnya permainan Worms itu nampak seperti dah ditinggalkan (abandoned). Hanya ada satu-dua versi sahaja yang dibangunkan selepas Worms World Party. Kemudian, selepas mencuba Ubuntu dan Linux Mint pada komputer, Mr.Hac terjumpa pula dengan permainan Hedgewars ini. Tampak interaktif dan sedikit berbeza, kerana menggunakan landak (hedgehog) sebagai maskot atau watak utama yang memegang peranan dalam peperangan antara dua puak, ia sebenarnya tidak jauh beza dari Worms apabila menawarkan mimik suara yang sama.
Paparan antaramuka yang ringkas, mudah difahami dan menceriakan, merupakan ciri utama yang mampu menarik perhatian pemain baharu. Cuma kekurangan yang dapat dikesan mungkin hanya pada dialog sama yang sering diulang oleh landak-landak tersebut. Yang lain? Mr.Hac bagi ‘A++’!
Cubalah sendiri. Ianya permainan cross/multi platform apabila menyokong pelbagai jenis sistem operasi. Nampaknya perisian sumber terbuka sekali lagi bertindak baik apabila membuka ruang dan peluang kepada pengguna Windows untuk menikmati hasil kerja mereka. Sebaliknya pula yang berlaku kepada para pengguna sumber terbuka ini, apabila terpaksa membeli perisian sumber tertutup! Kalau tak beli, jangan harap nak guna! Haha..Sekadar renungan!
Berikut beberapa paparan skrin untuk tatapan anda:
Mr.Hac:
Pain of a Serpent-Sword that flies into the Seventh-Sky
Witnessing the horrid battles and plights in Kayangan
The tears of the mournful Gods revealed all the weaknesses
Thy glory is at hand through Rites of Neraka thus prevailed
Countless Ravens swarming into the heart of Pagan Men
As the weak shall be beheaded and Rejam into the Pit
Thee is standing proud howling at the Seventh-Sky
Thee is the One, “Akulah Jahannam…!”
Salam, lama tak buat entri. Sorry, sibuk sikit.
So, entri kali ini ada kaitan dengan Youtube. Adakah anda suka menonton klip muzik di YouTube? Jika anda suka mendengar muzik, kemungkinan anda suka menyanyi juga bukan. Bagaimana hendak menyanyi kalau tidak tahu lirik?
Dengan extension untuk Chrome, kini anda boleh memaparkan lirik muzik tersebut dengan hanya satu klik.
FeedBurner merupakan salah satu daripada pengumpul suapan RSS (RSS Feed Aggregator) yang ada untuk para pengguna blog dan disediakan secara percuma. RSS (Asalnya ialah RDF Site Summary, dan sering digelar sebagai Really Simple Syndication) merupakan salah satu dari format suapan laman yang digunakan untuk menerbitkan sesuatu kemaskini dari hasil kerja, seperti pos pada laman web atau blog.
Untuk para penulis blog yang ingin membuat suapan RSS (RSS Feed) melalui akaun FeedBurner, anda boleh mengikuti tutorial ini.
1. Log masuk ke dalam FeedBurner menggunakan akaun Google (Gmail) di sini -> FeedBurner
2. Masukkan alamat URL blog di dalam kotak seperti contoh di bawah dan klik Next.
3. Tandakan pada pilihan pertama, klik Next.
4. Berikan nama kepada suapan RSS anda, dan pilih nama untuk URL.
5. Sekarang kerja anda hampir siap. Klik Next lagi.
6. Seterusnya tandakan semua pilihan untuk kemudahan anda di kemudian hari. Apa kegunaannya, silalah terokai dan pelajari sendiri ya.
7. Klik pada ‘Edit Feed Details’ dan periksa URL suapan RSS anda.
8. Masuk ke dalam blogger.com, pergi ke Settings -> Site Feed, lalu masukkan URL suapan RSS itu tadi ke dalam kotak ‘Post Feed Redirect URL‘.
9. Sekarang anda sudah boleh maklumkan kepada semua pembaca dan pengikut blog anda akan alamat URL suapan RSS tersebut untuk mereka langgan! Selesai!
Assalamualaikum.. disini aku ingin berkongsi satu cara mudah untuk membanjiri dinding orang² lain.. cara ini diajarkan oleh kawan aku sendiri menggunakan hanya dengan kod javascript yang mudah. ini hanyalah untuk pembelajaran dan sebarang kegiatan yang memudaratkan akan ditanggung sendiri oleh pengguna.
1. Login ke akaun facebook anda (kalau boleh fake id la)
Bagi yang belum tahu, blog pertama Mr.Hac adalah mengenai alam ghaib. Ya. Alam ghaib.
Namun ketika itu, Mr.Hac hanya mensasarkan ia sebagai medium untuk menjual e-book yang telah ditulis oleh Mr.Hac berjudul ‘Penjelajahan Astral : Suatu Pengalaman Yang Luar Biasa Hebat!‘.
Penjelajahan Astral atau Astral Projection ialah sebuah pengalaman paranormal seseorang manusia, ketika beliau berada di luar tubuh fizikalnya.
Teruja? Teruskan membaca..
Mr.Hac merupakan seorang pengamal spiritual dan aktif dengan forum Astral Projection satu ketika dahulu, sehingga diberi kepercayaan untuk menterjemahkan e-book yang telah ditulis oleh pengasas forum tersebut (forum luar negara). Namun atas sebab-sebab tertentu, Mr.Hac tidak dapat meneruskan lagi hobi itu dan ia terhenti di situ sahaja.
Selepas itu, Mr.Hac mula menulis e-book sendiri dan berniat untuk memasarkannya. Tetapi atas sebab-sebab market yang sangat kecil, Mr.Hac membatalkan hasrat tersebut lalu projek e-book Astral Projection dalam bahasa Melayu terbengkalai begitu sahaja.
Atas dasar cintakan ilmu, Mr.Hac buat keputusan untuk melakukan penjenamaan semula blog lama yang dinamakan Penjelajahan Astral kepada SIMFONI ASTRAL.
Anda boleh lihat blog tersebut melalui URL di sebelah -> Simfoni Astral
Hajat Mr.Hac mahu menjadikan ia sebagai blog yang menceritakan mengenai rahsia alam melayu dan kehebatan orang melayu dahulukala, serta menyentuh serba sedikit mengenai alam ghaib (setakat yang Mr.Hac tahu).
P/S: Jangan gelak tengok blog lama tu. Memang kelakar sebab masa tu Mr.Hac baru ‘bermain’ dengan blog. Haha!
Jika anda mahu membaca previu e-book Penjelajahan Astral : Suatu Pengalaman Yang Luar Biasa Hebat!‘, anda boleh muat turun di sini -> Penjelajahan Astral
Kata Laluan:simfoniastral
Sesiapa yang berminat untuk mendapatkan versi penuh boleh e-melkan kepada Mr.Hac ok!
Bagi mereka yang mengatakan Forum Silent Hackers Malaysia sudah berkubur, anda tersilap!
Ini kerana bagi mereka yang cuba untuk akses melalui URL http://silenthackers.com/ sebelum tarikh semalam, memang akan melihat halaman ‘working in progress’.
Tetapi setelah berbincang serba ringkas dengan Hatzwan (Hatz), Mr.Hac telah meminta beliau untuk membuat penghalaan (redirect) dari URL lama kepada subdomain baru yang digunakan sekarang
iaitu http://silenthackers.com/group
Kepada mereka yang mengatakan SH sudah berkubur, apatah lagi telah digodam, anda memang tersilap dan salah. Lain kali jangan segan silu untuk bertanya ya. Tata!