Utama Blog Laman 313

Masih Relevankah : Komputer Dengan RAM 1GB, Cakera Keras 80GB, Kelajuan Internet 1Mbps?

0

Dunia It sudah semakin hebat dan berkembang pesat seiring dengan pembangunan ekonomi serta syakhsiah. Masih ingatkah anda pada komputer yang mempunyai pemproses Pentium? Jika dulu anda membelinya dengan harga lebih dari 1k, dengan perasaan bangga anda bawa ia pulang ke rumah. Sekarang? Kalau anda bawa pulang ia ke rumah, anda tidak tahu apa lagi yang boleh dilakukan dengannya (kecuali anda pasang Linux ke dalamnya).

Teknologi semakin meningkat mengikut peredaran zaman. Di negara-negara Asia yang lain, kelajuan internet telah di standardkan kepada 1GBps, dengan harga yang MURAH. Tiada lagi internet berkelajuan rendah seperti 1Mbps. Jika ada pun mungkin hanya untuk anak-anak kecil bermain dengan dunia internet mereka. Tetapi kita di sini, masih mengekalkan internet berkelajuan 1Mbps dan ia masih dianggap ‘laju’ bagi sesetengah orang. Manakala internet berkelajuan 5MBps pula sangat mahal. Hanya mereka yang berkemampuan sahaja yang mampu menggunakannya.

Kemudian, PC atau laptop sekarang paling ‘rendah pakejnya’ didatangkan dengan RAM berkelajuan 1GB. Jika dulu, ia dianggap sudah lebih dari cukup. Namun, sekarang sudah ada perisian seperti Virtualbox, VMware, permainan-permainan dengan kepenggunaan grafik yang tinggi, dan ini tidaklah menggunakan RAM yang sedikit jumlahnya. Itu belum dikira berapa ruang cakera keras yang diperlukan untuk memasangnya. Masih ada lagi yang menggunakan cakera keras berkapasiti 80GB. Persoalannya di sini, di manakah kedudukan kita dalam era kemodenan dan pembangunan IT?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Tiada Lagi Entri Tutorial, Hanya Artikel : Amacam??

0

Akibat dari tabiat salin tampal yang semakin menjadi-jadi, Mr.Hac rasa ada eloknya entri tutorial, tips dihentikan. Kenapa? Kerana Mr.Hac selaku Admin di sini, dah berasa terlalu lelah dengan kelakuan sesetengah dari kita yang suka mencuri hasil kerja orang lain.

Rasanya penulis jemputan di sini juga setuju dengan Mr.Hac, yang kami ni menulis di sini mustahillah tak perlukan idea. Dan nak cari idea itu bukan kerja mudah, semuanya bergantung kepada ilham yang hadir, juga yang diminta pada TUHAN.

Bukan merapu, bukan meraban, tapi kalau anda tidak mahu entri tutorial dan tips-tips dihentikan, silalah bersama-sama dengan kami menjadikan blog ini bebas dari ‘copy paste’ dengan melaporkan entri-entri yang telah disalin dan tidak diberikan kredit yang sepatutnya tidak kiralah di forum atau di blog-blog.

Blog ini bukan blog hiburan. Blog ini blog ilmu. Komputer dan IT pula tu. Berapa sangat pelawat yang sudi hadir ke sini setiap hari. Bukan puluh atau ratus ribu. Agaknya itu mungkin antara sebab orang berani mencuri entri di sini. Ya, memang boleh letak kod javascript untuk menyukarkan mereka, tapi bukan susah mana pun untuk mematikannnya. Boleh kata tiada guna pun.

Jika anda adalah orang yang menyalin, sila hentikan. Hentikan kegiatan mencuri anda.

Fikir fikir sebelum bercakaran
Fikir fikir sebelum hayunkan tangan
Yang bercakar SEBANGSA dan SEBUMI
Yang bercalar wajah-wajah yang sendiri

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Mari Menentang Sekatan Internet!!

0

SEKATAN TERHADAP INTERNET (Internet Censorship) adalah salah satu perkara yang paling kuat DITENTANG oleh Mr.Hac. Nampaknya perkara ini turut menjadi perhatian Mozilla, Tumblr dan Reddit apabila American Censorship mengumumkan satu rang undang-undang akan didengari pada 16 November 2011 (semalam) yang membangkitkan satu klausa baru dalam undang-undang iaitu Sistem Sekatan Internet.

Maaf. Mr.Hac hendak menulis mengenai perkara ini sejak hari Isnin lagi tetapi pelbagai perkara yang lain berlaku menyebabkan Mr.Hac terlupa! Bagaimanapun kita masih sempat lagi menentang sekatan terhadap internet dengan menyokong usaha American Censorship melawan SOPA (Stop Online Piracy Act).

Anda boleh membaca mengenai SOPA di sini -> SOPA Infographic

Macam mana? Sakit hati? Marah? Semua itu tidak berguna walau satu perak sen sekalipun andai kita semua tidak bersama-sama menentang usaha yang tidak bermaruah dan mementingkan diri sendiri ini. SOPA telah ditulis oleh mereka yang tidak berpendidikan dalam bidang industri dan teknologi. Mereka telah bertindak pantas untuk menguatkuasakan undang-undang baharu TANPA berbincang atau merujuk kepada yang PAKAR dalam bidang teknologi dan IT. Mereka kononnya mahu menghentikan cetak rompak dalam talian, namun dalam masa yang sama laman-laman yang tidak terlibat juga boleh didakwa jika terdapat pautan yang dikatakan melanggar undang-undang!

Mahukah anda menjadikan internet dengan suasana seperti negara China yang terkenal dengan The Great Firewall of China? Memang SOPA diasaskan di AS, tapi undang-undang itu mampu menjadi universal! Mahukah anda jika anda tidak mampu lagi melepasi sekatan apabila laman-laman proksi, VPN, DNS alternatif, semuanya disekat? Mahukah anda jika setiap hari anda hanya mampu membuka laman Google sahaja?? Itupun kalau tidak disekat juga! Jika di China, Google juga tidak dapat dibuka! Semuanya kerana otak mereka yang kononnya TERLALU BERPELAJARAN dan atas kepentingan politik!

Anda boleh baca lagi artikel mengenai SOPA di sini -> All About SOPA, the Bill That Wants to Cripple Your Internet. Sebelum My Hackers Are Here juga didakwa atas rang undang-undang ini (siapa tahu!!), lebih baik kita bertindak dari awal. SOPA masih boleh dihentikan. SOPA adalah BARAH kepada internet. Mari kita bedah dan buang ia dari hidup kita ini!

Mr.Hac dah merasa setiap hari terpaksa menggunakan proksi, VPN, SSH, semata-mata untuk melepasi sekatan Websense. Suasananya amat tidak menyeronokkan, menyekat kreativiti, ilmu, dan juga kerja kita kerana kebiasaannya, VPN percuma sangat lambat manakala VPN berbayar pula agak mahal! Penggunaan proksi pula melambatkan komputer! Anda mahu merasai suasana seperti ini?? Tidak bukan?? Mari menentang sekatan internet!!

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Cara Melajukan DownThemAll

0

Siapa yang terbiasa menggunakan Firefox sebagai pelayar web harian pasti tahu ia tidak mempunyai pemuat turun lalai yang bagus terbina dalamnya. Oleh itu kita terpaksa menggunakan sumber luar dan antaranya ialah Addon DownThemAll (Download Them All) atau singkatannya DTA. Popularitinya meningkat dengan begitu cepat dan hebat sekali kerana yang pertamanya, ia adalah Addon sumber terbuka dan kedua ia 100% percuma.

DTA dikatakan dapat membantu mengakselarasi kelajuan muat turun sehingga 400%. Ia angka yang sangat tinggi. Namun sejauh mana kebenarannya? Senang saja. Jika kelajuan internet anda lemau kurang dari 1mbps, janganlah berharap ia akan laju seperti 1gbps.

Nak tengok kelajuan internet 1gbps? Klik sini -> Saja La Nak Tunjuk..

Tapi jika anda mahu melakukan sedikit ‘tweak’ untuk menambah baik DownThemAll, anda boleh cuba tips dari Mr.Hac ini.

1. Pertama sekali pasangkan Addon DownThemAll di sini -> DTA

2. Buka tetapan DTA melalui Tools -> Add-ons. Tidak banyak yang dapat kita tweak melalui ruang tetapan ini tetapi anda boleh cuba buka dan ubah satu demi satu. Contohnya seperti paparan skrin di bawah.

i) Di bahagian ‘Network’, jika anda mempunyai kelajuan 1mbps ke bawah, lebih baik biarkan ia kepada tetapan asal. Tetapi jika anda mempunyai kelajuan atas dari itu antara 4-5mbps hinggalah kepada 1gbps, anda boleh ubah Concurrent Downloads sehingga kepada angka 16, dan Downloads Per Server kepada 8-10.

ii) Di bahagian ‘Advance’, di bawahnya ada tetapan ‘Advance download control’. Dari angka 5, ubah ia kepada nilai antara 7 hingga 10.

iii) Di bahagian Miscellaneous tukarkannya kepada ‘Fast – As queued’.

3. Setelah itu, sila pasangkan Addon FireDownload 2.0 di sini -> FireDownload 2.0

Jika anda menggunakan Firefox versi 4 ke atas, ia tidak serasi (compatible) untuk dipasangkan. Oleh itu, sila gunakan Addon Compatibilty Reporter untuk mematikan fungsi ‘compatibility check’. Bagi Firefox versi 8, kalau tak silap ia tidak perlu lagi dipasang kerana fungsi itu sudah dimatikan secara lalai.

Setiap kali anda mahu memuat turun sesuatu fail dari internet, apabila keluar kekotak seperti di bawah, sila tandakan sekali pada kotak ‘Accelerate with FireDownload’. seperti contoh pada paparan skrin di bawah.

Hasilnya kelajuan muat turun anda akan bertambah sedikit. Seperti pada paparan skrin di bawah (143.2kbps), untuk pakej internet berkelajuan 1mbps yang Mr.Hac gunakan sekarang, paling tinggi DownThemAll boleh mencecah sehingga 200kbps, tetapi tak lama la! (Kejap-kejap je). Kira ok la tu kan?
Ok. Jangan lupa kongsikan tips ini dengan kawan-kawan!

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Internet Download Manager 6.07 Build 15 Full Cracked

0

Atas permintaan dari anda, Mr.Hac cari juga IDM versi terbaru ini iaitu 6.07 Build 15 yang baru sahaja dikemaskini. Tidak banyak pembaharuan yang dapat dilihat pada versi ini. Semuanya sama kecuali:

What’s new in version 6.07 build 15?

(Released: Nov 14, 2011)

Added support for Firefox 9
Fixed bugs

Itulah modal mereka. ‘Fixed bugs’. Antara sebab Mr.Hac ‘lemas’ untuk mengikuti perkembangan IDM ialah ia terlalu kerap dikemaskini. Bagi yang telah membeli serial number dari pembekal, mereka tidak akan menghadapi masalah untuk mengemaskini perisian IDM kerana serial number itu sah digunakan untuk tempoh waktu tertentu. Tapi bagi orang macam kita yang tidak mampu, tidak tahu bagaimana, atau malas untuk membeli, inilah masalah utama kerana ‘crack’ yang dilakukan pada fail utamanya juga kan ‘disapu’ habis oleh kemaskinian.

Aaahhh.. Malas lah nak berleter panjang. Anda boleh muat turun IDM yang anda sayangi pada pautan di bawah:

Klik sini -> IDM 6.07 Build 15 Including Patch

Haa.. Lupa nak beritahu. Dalam tu ada beberapa patch yang boleh digunakan. Anda gunakanlah mana-mana satu antaranya ya! Akhir kata enjoy!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Thomas Suarez : Pembangun Aplikasi iPhone, Budak Darjah 6..Huh..

0

Thomas Suarez is a 6th grade student at a middle school in the South Bay of Los Angeles. When Apple released the Software Development Kit (SDK), he began to create and sell his own applications. “My parents, my friends and even the people at the Apple store all supported me,” he says, “and Steve Jobs inspired me”. Thomas points out that it’s hard to learn how to make an app. “For soccer you could go to a soccer team … but what if you want to make an app?” He’s started a club for fellow students at school, where he shares his knowledge of programming. Thomas articulates his vision that students are a valuable new technology resource to teachers, and should be empowered to offer assistance in developing the technology curriculum and also assist in delivering the lessons.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Virus Stuxnet dan DUQU : Ancaman Siber Alaf Baru Versi Hybrid

0

Stuxnet merupakan salah satu dari virus Windows yang paling digeruni. Ia telah ditemui pada Julai 2010 dan ia telah menarik perhatian pelbagai media di seluruh dunia. Ada yang mengatakan bahawa Stuxnet asalnya dicipta untuk menyerang loji muklear Iran. Disebabkan itu juga ia dikatakan sebagai malware yang paling bahaya pernah dihasilkan. Stuxnet menggunakan sehingga 4 kelemahan zero days yang belum ditampal (Unpatched) dalam kernel Windows dan menyediakan pelbagai cara untuk tidak dikesan, yang mana ia telah ditulis dalam C,C++, dan bukan merupakan satu kebiasaan sesuatu malware itu ditulis dalam beberapa bahasa pengaturcaraan.

Antara sebab utama mengapa Stuxnet mendapat perhatian media sedunia ialah sasaran utamanya merupakan Programmable Logic Controller (PLC), yang bertindak mengawal sistem jentera industri. Apabila ia berada dalam rangkaian, ia akan terus mencari sasaran secara automatik, menjangkitinya, lalu menghantar maklumat-maklumat yang dikehendaki oleh penyerang/penggodam.

Pada 1 September 2011, sejenis virus komputer telah ditemui oleh Laboratory of Cryptography and System Security dari Budapest University of Technology and Economics. Virus itu dinamakan sebagai DUQU bersempena sifatnya yang akan mencipta fail dengan awalan ‘~DQ‘.

Virus ini boleh dikatakan versi hybrid atau kacukan dari virus Stuxnet kerana ia mensasarkan kepada sistem Supervisory Control and Data Acquisition (SCADA). Berkemungkinan DUQU dicipta oleh orang sama yang menciptakan Stuxnet.

DUQU dikatakan menyerang WINDOWS melalui cara menembusi kelemahan pada zero-day.
RUJUK : Apa Itu Zero Day Attack?
Sebaik sahaja menjangkiti komputer sasaran, DUQU akan menggunakan ‘keylogger’ untuk merekodkan setiap keystroke pada keyboard, setiap program atau proses yang berjalan, maklumat akaun dan sebagainya. DUQU juga akan mencuri digital certificates dari komputer yang dijangkiti dan akan menggunakannya untuk ‘membantu’ virus lain di kemudian hari agar dapat tampil sebagai perisian yang selamat. DUQU menggunakan protokol peer-to-peer ringkas untuk bergerak dalam sistem yang selamat dan akan melupuskan dirinya selepas 36 hari, bererti ia mempunyai sasaran spesifik.

Kepada anda yang menggunakan Windows, adalah disarankan untuk sentiasa mengemaskini sistem operasi anda supaya setiap tampalan keselamatan dapat diaplikasikan. Kita cuma mampu berharap Microsoft akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian supaya kedua-dua virus ini tidak mengancam keselamatan data pada komputer lebih-lebih lagi maklumat sulit atau peribadi. Namun cukupkah dengan sekadar tampalan keselamatan apabila ancaman itu bergerak dengan selesa melalui kelemahan zero day? Beranikah anda mengemaskini sistem operasi jika yang anda gunakan itu versi cetak rompak?
Renung-renungkan, dan selamat bereksperimentasi!

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Pinguy OS 11.10 Rilisan ‘Akhir Tetapi Beta’

0

Salam semua! Salam satu dunia! Salam hari raya! Sebelum ini Mr.Hac pernah buat sedikit ulasan mengenai Pinguy OS di sini -> Pinguy OS : Ubuntu Extreme Makeover

Sepatutnya, kini rilisan versi 11.10 sudah dilepaskan kepada umum. Namun pembangun Pinguy enggan melabelnya sebagai rilisan stabil. Berikut adalah quote dari blog Pinguy OS:

Due to a few things I don’t feel comfortable enough releasing this as a final. A few of the used apps are still in the alpha/beta stage and there is a few quirks like some of the proprietary drivers breaking the text and flash in Shell.

Gnome Shell is still pretty new and does need a little bit more work. The fallback mode is just about usable but isn’t ideal. As Shell needs 3D drivers to work and the proprietary drivers are breaking flash I can’t in good conscience release this as a stable release due to the current state of the fallback mode and Shell needing 3D.

Shell does work well if the open source drivers are working so for most people this shouldn’t be an issue, but people that need to install the proprietary drivers to get shell working have reported a few problems. I have tested this on ATI and Intel graphics cards and haven’t had any issues with the open source drivers.

I am very doubtful that there will be another release of the 11.10. Until Shell can work without 3D acceleration I am not happy calling this a stable product. Some work on this is being done over at Fedora so this will be possible soon but not just yet. I don’t feel Gnome 3.2 is mature enough to be called a stable product and thats why Pinguy OS 11.10 will stay as a beta release.

Berikut adalah beberapa paparan skrin dari Web Upd8:

Pelbagai perisian dalam versi TERKINI seperti Firefox, Deluge, Dropbox, Empathy, Gwibber, Skype, TeamViewer, Thunderbird, XChat, LibreOffice, Shotwell, Rapid Photo Downloader, Pinta, Docky, Cover GLoobus, Nautilus, Shutter, Brasero, Calibre, wxBanker Finance Manager, Boot Repair, Gparted, Synaptic, Cheese, Arista Transcoder, HandBrake, VLC, XBMC, OpenShot Video Editor, gtkpod, DeVeDe, Clementine, Ailurus, Ubuntu Tweak, Wine dan sebagainya lagi telah didatangkan pra-muat bersama dengan Pinguy OS 11.10.

Tiada lagi Mint Menu sebaliknya digantikan dengan Cardapio (Lihat gambar di atas).

Pelbagai lagi pembaharuan menarik dapat dilihat jika anda berani menggunakannya. Muat turun Pinguy OS 11.10 di sini -> Pinguy OS 11.10 (Beta 2) SF

Mr.Hac: Dah mencubanya sendiri dan ternyata sangkaan Mr.Hac meleset. Pembangun Pinguy OS nampaknya memang begitu menitik beratkan kualiti rilisannya. Sukar untuk menjumpai bugs pada versi terbaru ini biarpun ia masih di peringkat beta. Silakan mencubanya hari ini. Mr.Hac sudah. Anda bila lagi?

Views: 5

Iklan Newspaper Inline

Download Video Di Youtube Tanpa Menggunakan Perisian

0

Download Video Di Youtube Tanpa Menggunakan Perisian.Mungkin entri ini tidak berguna bagi anda yang mempunyai perisian memuat turun seperti Internet Download Manager(IDM),Real Player Downloader dan lain-lain perisian untuk memuat turun.Entri ini di tujukan kepada pengguna yang tiada perisian seperti itu.
Caranya mudah sahaja dan tidaklah sesukar mana.

1. Pergi ke Youtube.Pilih video yang mahu di muat turun.

2. Letakkan perkataan “save” di URL sebelum perkataan youtube.
Contohnya : www.saveyoutube.com/watch?v=dGR65RWwzg8

3. Satu site baru akan termuncul seperti gambar dibawah dan pilih “Run

4. Selepas memilih “Run“,akan muncul pula paparan seperti ini :

4. Pilih download format yang anda mahu.Klik sahaja pada “Download FLV  240,Download FLV 360 atau Download FLV 480.Proses Memuat turun akan dilakukan secara automatik kedalam komputer anda.
Mudah bukan?Cara ini memang sangat sesuai bagi yang tidak mempunyai apa-apa perisian memuat turun video dan juga ketika berada di Cyber Cafe.Tentang kelajuan memuat turun pula tidak dinafikan IDM adalah yang terbaik bagi Analyzer.Kelajuan memuat turun bagi cara ini adalah pada kadar yang biasa sahaja.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Supertuxkart 0.7.3 Rilisan Stabil Dilepaskan : Muat Turun dan Bermain Sekarang!

0

Supertuxkart ialah permainan perlumbaan 3D cross platform yang dicipta sesuai untuk semua sistem operasi. Bonusnya ialah ia merupakan perisian sumber terbuka dan PERCUMA untuk dimuat turun. Menggunakan pelbagai watak haiwan sebagai pelumba, ia menawarkan keseronokan dan cabaran biarpun tampilan paparan kepermainannya adalah sederhana. Jangan terpedaya dengan rupa luar, bermainlah dahulu baru tahu tingginya langit dan rendahnya tanah pama ni! (Macam pernah dengar dialog tu ya)

Supertuxkart kini memasuki versi 0.7.3 dengan pelbagai pembaharuan dan penambahan litar. Antara pembaharuan yang dibawakan ialah (Bahasa Inggeris):

New Minigolf track
New Zen Garden track
New Subsea track
New Island battle arena
New Suzanne kart
New graphical effects
New weapons ‘Swatter’ and ‘Rubber Ball’
Added Thunderbird as race referee
3 Strikes Battles now displays lives as spare tires
Improved bubble gum
See progression during Grand Prix
Improve physics for tall karts (e.g. Adiumy)
Lots of bug fixes
Improved kart control at high speeds
Better placement of rescued karts
Transition track-making to blender 2.5/2.6

Ia boleh dimuat turun secara percuma di -> Supertuxkart Download Page

Views: 5

Iklan Newspaper Inline