Utama Blog Laman 302

[Info] Top 10 Laptop 2011

0

Salam…

Manusia tercipta besama akal dan hati. Akal berfikir hati merasa. Mencari kesempurnaan bertanyalah pada hati. Dalam kesempurnaan terdapat pilihan. Membuat pilihan bertanyalah pada akal. Dalam pilihan terdapat yang terbaik. Menentukan yang terbaik bertanyalah pada akal + hati = MINAT. Harus di ingat, TERBAIK hanyalah satu protokol pendapat sahaja. Definisi muktamad tetap pada akal dan hati sendiri.

Melorong ke tahun baru sambil mengimbau tahun yang sudah. Mari kita tinjau Top 10 komputer riba untuk tahun 2011. Dimanakah letak duduknya ‘kekasih’ anda dalam carta dunia. Ini hanyalah sekadar menu kepada penyedap maklumat . Lain pandang lainlah pandangan…

*Statistik di dibuat oleh beberapa laman web terkemuka dunia. Statistik adalah TIDAK TETAP dan sentiasa akan berubah dari semasa ke semasa.

TOP 10 KOMPUTER RIBA PILIHAN EDITOR
Melalui beberapa ujicuba dan pilihan editor [PCMag.com]
  1.  Asus Zenbook UX31-RSL8
  2.  HP Pavilion dv7-6163cl
  3.  Apple MacBook Pro 15-inch (Late 2011)
  4.  Asus U56E-BBL6
  5.  Acer Travelmate 8481T-6440
  6.  Lenovo IdeaPad V570-1066AJU
  7.  Lenovo ThinkPad X220 Tablet
  8.  Dell Inspiron 14z (Core i5)
  9.  Lenovo ThinkPad T420s
10.  Apple MacBook Air 13-inch (Thunderbolt)

TOP 10 KOMPUTER RIBA 2011 USA
Berdasarkan tindakbalas dan pendapat pembaca di laman web [Squidoo.com]
  1.  Apple MacBook Pro MD313LL/A 13.3-Inch Laptop (NEWEST VERSION)
  2.  Toshiba Satellite L755-S5349 15.6-Inch LED Laptop – Fusion Finish in Matrix Silver
  3.  Apple MacBook Air MC965LL/A 13.3-Inch Laptop (NEWEST VERSION)
  4.  Apple MacBook Pro MD318LL/A 15.4-Inch Laptop (NEWEST VERSION)
  5.  Acer AC700-1099 Chromebook (Wi-Fi)
  6.  Toshiba Portege R835-P81 13.3-Inch LED Laptop – Magnesium Alloy Casing in Blue
  7.  Apple MacBook Air MC966LL/A 13.3-Inch Laptop (NEWEST VERSION)
  8.  ASUS A53SV-EH71 15.6-Inch Versatile Entertainment Laptop (Black)
  9.  Apple MacBook Air MC968LL/A 11.6-Inch Laptop (NEWEST VERSION)
10.  Apple MacBook Pro MD314LL/A 13.3-Inch Laptop (NEWEST VERSION)

TOP 10 KOMPUTER RIBA 2011 ASIA
Statistik dari pembaca serta data yang dikumpul dari runcit termasuk Courts, Newstead Technologies dan P.A Mart. Susunan hanya mengikut abjad [CNET.com]
  1.  Acer Aspire 4752G (Core i3 2350M Processor 2.3GHz, 2GB RAM)
  2.  Acer Aspire 4755 (Core i5 2410M Processor 2.3GHz, 4GB RAM)
  3.  Apple MacBook Air 2011 (Core i7 1.7GHz, 4GB, 13.3-inch)
  4.  Apple MacBook Pro (Core i7 Processor 2.7GHz, 4GB RAM)
  5.  HP Pavilion dm1 (AMD Fusion E-450 Processor 1.65GHz, 4GB RAM)
  6.  HP Pavilion dv6 (Core i7 2630QM Processor 2.0GHz, 4GB RAM)
  7.  HP Pavilion g4 (Core i5 2410M Processor 2.3GHz, 4GB RAM)
  8.  Lenovo IdeaPad U300s (Core i5 2467M Processor 1.6GHz, 4GB RAM)
  9.  Toshiba Satellite L745 (Core i5 2410M Processor 2.3GHz, 8GB RAM)
10.  Samsung RC420E (Core i5 2410M Processor 2.3GHz, 4GB RAM)

TOP 10 JENAMA KOMPUTER RIBA 2011
Statistik melalui talian lebih dari 73 juta pendapat awam dari Twitter, Facebook dan Amplicate sendiri selama 3 bulan [Amplicate.com]
  1.  Apple
  2.  LG
  3.  Sony
  4.  Panasonic
  5.  Asus
  6.  HCL
  7.  Hewlett Packard
  8.  Packard Bell
  9.  Medion
10.  Fujitsu

Itu kata orang. Apakah kata anda pula? Yang borek itu kendi, yang molek itu budi, yang terbaik tanyalah pada hati. Melihat pada model komputer riba terkini bak cendawan tumbuh pagi, memang cemburu menangis sendu berlagu tanpa D Minor dibuatnya. Satu ayat sahaja – Cantik di mata, cantik di hati, cantik di hujung jari, itulah yang TERBAIK.

Sekian.

Views: 4

Iklan Newspaper Inline

Pasang Conky Pada Ubuntu

0

Melihat kepada permintaan yang agak hangat, entri ini menyusul untuk memberikan jawapan. Susahkah nak pasang (Install) Conky di Ubuntu? Mr.Hac menggunakan Ubuntu 11.10 Oneiric Ocelot dan Conky berjalan dengan cemerlang sekali. Jadi bagaimanakah caranya?

Buka Terminal dan jalankan perintah di bawah:

sudo apt-get install conky

Siap.. Eh.. Itu sahajakah? Bagaimanakah caranya untuk memasang tema? Sebagai contoh, tema Lunatico Rings, kegemaran Mr.Hac seperti gambar di bawah:

Baiklah. Anda boleh mengambil cara ini sebagai contoh. Terlebih dahulu, muat turun fail tema yang Mr.Hac gunakan itu di sini -> Conky Lunatico Rings

Pergi kepada direktori anda tempatkan ia dimuat turun, klik kanan dan pilih ‘Extract Here’. Buka direktori Home anda, cipta satu folder dengan nama ‘.conky‘. Potong dan tampal
(Cut and Paste) fail yang telah diekstrak tadi ke dalamnya (conky_lunatico.lua & conkyrc_lunatico).

Anda boleh jalankan Conky dan tema di atas melalui baris perintah berikut:

conky -c ~/.conky/conkyrc_lunatico

Untuk menambahkannya pada waktu mula (startup), buka Startup Application, klik ‘New’, pada ‘Name’, masukkan ‘conky’ dan pada ‘Command’, masukkan baris perintah di bawah:

conky -p 50 -c /home/Nama_Pengguna_Anda/.conky/conkyrc_lunatico

Pada Nama_Pengguna_Anda, masukkan nama pengguna Linux anda yang telah anda pilih. Sebagai contoh dari Mr.Hac, ‘arya’.

Selesai! Cara ini boleh digunakan untuk pelbagai lagi tema! Anda boleh carinya di Gnome-Look.org

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Giveaway] Ashampoo® Undeleter 1.00 : Unlimited

0

Salam…

Barang yang lepas hai jangan dikenang. Kalau dikenang makan tak kenyang, mandi tak senang, tidur tak panjang, hidup jadi pincang, suara tak lantang, entri semakin kurang bonus pun tak datang…hu3… Hilang duit boleh dicari, hilang gewe boleh diganti, hilang bini kahwin lagi, hilang data dalam pc siapa yang nak cari? Menangis lagi-lagi…

Biasalah, manusia selalu tersilap dalam rutin. Terpadam data penting sememangnya lumrah terjadi di alam IT. Bezanya, data penting atau terlalu penting. Terpadamnya data – Yang tak penting…biar je! Yang penting…hmm tak pe! Yang terlalu penting…Damn! Menyeranah tak terkata! Jangan ribut–ribut kawan…Ashampoo Undeleter 1.00 kan ada. Penyelesai kepada masalah data yang terpadam.

Data yang anda padam atau terpadam lazimnya akan dipindahkan sementara ke Recycle Bin. Masih ada lagi sengeh untuk mendapatkan kembali data anda. Tetapi sekiranya Recycle Bin telah dikosongkan ertinya satu kerja mustahil untuk anda mendapat balik dengan cara manual. Kerana itulah terciptanya perisian sepeti My Recover File dan Ashampoo Undeleter. Perisian yang dicipta untuk membetulkan semula kesilapan dan keterlanjuran impak kerja anda. Ashampoo Undeleter sebuah perisian bersaiz 9.67 MB dan harus lakukan pemasangan ke dalam komputer sebelum anda dapat menggunakannya.

Ciri-Ciri Utama Ashampoo Undeleter 1.00:
.  Mendapatkan fail dan direktori pada NTFS dan FAT 12, 16, 32 partitions
.  Mendapatkan fail pada partitions dengan aktif NTFS mampatan
.  Mendapatkan fail pada partitions dengan penyulitan NTFS aktif
.  Mendapatkan aliran data silih ganti (ADS) pada partitions NTFS
.  Sokongan semua sistem fail yang dikenali pada Microsoft Windows ®
.  SANGAT cepat MFT dan algoritma FAT, serta pemulihan amat cepat
.  Objek boleh dipulih tanpa had (fail, direktori)
.  Imbasan dan penilaian keadaan objek boleh pulih
.  Pantas dan Antaramuka yang mudah

Pada harga asal USD14.99 kali ini anda boleh mendapatkannya secara percuma dari Ashampoo Jerman. Walaupun promo ini telah lama berlangsung sejak Ogos 2011 lagi, tetapi selepas saya redah ternyata nombor siri untuk perisian ini masih lagi aktif. Anda boleh redah [ pr67am™ ] dan masukkan email dan klik senden. Gunakan email menyamar 30 saat pun tak kisah. Kemudian ikutilah langkah demi langkah sehingga selesai. Untuk memuat turun perisian pula sila rujuk [ pr67am™ ] Selepas siap pemasangan anda di tegah menaiktaraf ke versi terkini. Pastikan kekal dengan versi Ashampoo® Undeleter 1.00.

Saya cuma sempat mengujicuba sekejap perisian ini. Ya! Pantas dan berkesan. Tetapi anda amat di galakkan membuat penilaian sendiri. Untuk memahami tatakerja perisian sejenis ini sila rujuk [ pr67am™ ] Rumusannya hampir sama je. Cuma berbeza jenama dan tahap prestasi.

Semoga kerabat mendapat manfaat dengan perisian ini. Tiada rajuk, tiada tangis dan tiada marah-marah lagi hendaknya. Yang hilang telah kembali pulang…Chow dulu! Jumpa lagi bersama antivirus selepas ini 😉

Sekian.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Hari Ini Dalam Sejarah : Rabu Tanpa Kata?

0

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Nilai blog MHAH

0

Tengah jalan-jalan makan angin dekat internet secara tak sengaja pergi ke satu website. Lepas tu cuba masukkan blog MHAH. Tak nak cakap banyak tengok la sendiri.

Ingat lagi masa mula-mula kenal blog ni, nilainya dalam RM 21K. Masa tu dalam bulan Mac keer April macam tu la, tak ingat sangat. Tapi yang penting nilai MHAH dah meningkat sekarang. Syabas kepada Mr Hac dan semua penulis blog MHAH 🙂  Tak lupa kepada semua pembaca dan pengikut MHAH yang setia menyokong MHAH.

http://bizinformation.com.my/www.myhackersarehere.com

Kalau ade cadangan atau pendapat untuk terus majukan blog ni boleh la dikongsi bersama.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Antivirus] Norton Antivirus & Internet Security 2012 : 3/6 Months

0

Salam…

Berkata tentang virus, hari ditunggu tiba lagi. Selagi ada daya dan peluang kita akan terus berkata-kata. Walaupun di luar lingkungan tapi kami tetap berpegang – lain muka lain rupa, lain suara lain kata-kata, lain rasa lain cinta, lain perkara lain suka, lain benda lain peminta. Atas permintaan kerabat, teman datang dengan Norton Antivirus & Internet Security 2012. Awesome. Khabar sukaria buat penggemar Symantec.

Secara peribadi Norton adalah antivirus default dalam komputer NEC pr67am™ yang pertama kali dibeli 2008. Yang hanya sempat saya gunakan untuk 6 bulan sahaja. Dan secara perbadi juga saya pun sudah tidak tahu tahap prestasinya dalam era baru ini. Teknologi terlalu pantas menerjah, pengalaman lapuk memang tidak boleh dikongsikan lagi.

Kepada pencinta Norton Internet Security 2012 anda boleh merujuk [ pr67am™ ] untuk memuat turun perisian sekaligus mendapatkan lesen sah percubaan selama 3 bulan. Lesen sah hanya akan di perolehi selepas membuat pendaftaran semasa proses pemasangan. Hah! 3 bulan je? Tak cukup ke…? OK lah tu geng…nanti ada rezeki adalah lagi.

Dan kepada pencinta Norton Antivirus 2012 pula, sedikit kelebihan buat anda. Anda boleh mendapatkan tempoh 6 bulan percuma hanya dengan sedikit kreativiti. Yang berminat sila rujuk tutorial yang akan saya berikan. Pastikan anda benar-benar faham sebelum meneruskan kelas kita pada hari ini. Apa lagi…jom kita memanipulasi!

1.Pertama sekali anda harus memuat turun Norton Antivirus 2009 Germany [ pr67am™ ]. Sebenarnya ini adalah versi promosi untuk 2009 yang sempat dikutip.
2.Jalankan proses pemasangan perisian Norton AntiVirus 2009 seperti biasa.

3.Selepas siap pemasangan popup pendaftaran akan muncul dan sekiranya tiada anda boleh klik Norton Account. Masukkan email dan klik Weiter untuk membuka akaun Norton yang baru.

4.Kemudian isi maklumat yang diperlukan lalu klik Weiter.

5.Anda akan menerima balasan email dari NortonAccount@symantec.com seperti di bawah. Klik pada pautan yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran.

6.Pergi ke [ pr67am™ ] dan klik sign In untuk masuk ke dalam akaun anda. Kemudian klik pada nama produk Norton Antivirus, Ingat! Salin dan simpan Product Key yang telah anda perolehi.

7.Muat turun pula Norton Antivirus 2012 [ pr67am™ ]
8. Anda boleh nyah pasang versi 2009 terlebih dahulu ATAU meneruskan sahaja pemasangan versi 2012. Klik fail NAV-TW-30-19-1-0-28-EN.exe yang telah di muat turun tadi. Dan lakukanlah pemasangan dengan mengikut arahan yang diberikan.
9.Klik pada Subscribe pautan Norton Antivirus 2012 pada paparan.

10.Klik I have a key or code to enter kemudian masukkan Product Key yang telah di salin simpan tadi lalu klik Next untuk pengaktifan.

Selesai sudah dan nkmatilah 180 hari Norton Antivirus 2012 tanpa rasa ragu dan cuak ditempelak blacklist. Semoga anda mendapat manfaat dan indah rasa hasil kreativiti jari anda sendiri. Isu Norton anda boleh merujuk dengan Tuan Arya Putra. Beliau seorang pengguna Norton yang berpengalaman. Amacam Big Tuan…! Teman nak masuk beradu sekejap nohhh… 🙂

Sekian.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OxOmar Godam Maklumat Israel : 1 Juta Kad Kredit Didedah

0

Khamis lalu, penggodam yang menggelarkan dirinya sebagai ‘OxOmar‘ berkata dia sudah membocorkan maklumat peribadi lebih 400,000 penduduk ISRAEL.

Dalam laporan itu sebuah syarikat kad kredit berkata, 25,000 nombor sesetengahnya sudah luput tarikh, didedahkan Jumaat lalu. Dia juga berikrar mendedahkan semua maklumat kad kredit penduduk Yahudi yang ada padanya sebanyak 1000,000 orang.

Beliau (OxOmar) berkemungkinan tidak bergerak berseorangan kerana menyatakan dirinya sebagai ‘part of a Saudi Arabian hacker team’. Selepas mendedahkan maklumat sulit itu, beliau menambah lagi dengan kata-kata ini:

“Enjoy it world! Purchase stuff for yourself online, buy anything you want,”

Mr.Hac: Belum jumpa lagi laman di mana beliau mendedahkan nombor kad kredit tersebut.
Kalau jumpa…

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

How To Build Your Own Hackintosh (E-Book) Download

0

Lama tak menulis buatkan jari ni terasa berat nak tulis panjang. Panduan membina Hackintosh ini Mr.Hac perolehi dari distrowatch, muat turun melalui e-mel dan terus muat naik kembali ke laman perkongsian fail Mediafire dan Multiupload.

Terdapat satu lagi panduan yang Mr.Hac telah lama nak kongsikan tetapi disebabkan banyak entri lain yang masuk terlebih dahulu ke dalam queue, maka terlupa akhirnya. Panduan itu Mr.Hac muat turun dari laman Melayubuntu {Kredit kepada penulis}.

Klik pada pautan di bawah untuk muat turun:

1. How To Build Your Own Hackintosh.pdf

2. Panduan Pemasangan Mac OSX86.pdf

Multiupload:

1. How To Build Your Own Hackintosh.pdf

2. Panduan Pemasangan Mac OSX86.pdf

Mr.Hac: Innity reject blog ini kerana ada ‘download link‘ katanya. Cis.. Macam la blog yang tiada ‘download link‘ sangat berkualiti tinggi super duper. ~_~

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

[Software] PC Tools Privacy Guardian

0

Salam…

Jauh merantau penat berjalan. Singgah sebentar di warung Pak Leman. Membeli sedikit minuman dan makanan. Sebagai bekalan sebelum menyambung perjalanan. Supaya nanti tidak kehausan dan kelaparan. Cis! Intro rembat je…Tak eh! Ini cerita tentang perjalanan. Tentang jejak-jejak aktiviti yang telah anda tinggalkan tanpa sedar.

Tahukah anda setiap jejak yang anda tinggalkan di alam maya ini boleh diintip dan dikesan dengan petik jari kelingking sahaja. Walaupun anda berselindung dan menyamar dengan IP dari Zuhal sekalipun, ia bukanlah jaminan konkrit. Selagi pelayar anda masih terdedah sebagai pengumpul dan penyimpan data. Kerana itulah anda amat digalakkan mengubah tetapan pelayar anda kepada Privacy > Never Remember History.

Adakah membuat tetapan pada pelayar sudah memadai? Phu! Nehi! Tidak! Itu cumalah protokol sahaja dan bukan bertindak sebagai pembersih. Anda masih perlukan si bibik sebagai pembersih kepada semua jejak aktiviti yang telah anda tinggalkan. Lazimnya perisian Windows Optimizer [ pr67am™ ] memang telah tersedia dengan fungsi tersebut. Tetapi sekiranya anda jenis manusia paling cerewet dan amat cermat dengan privasi, di sini saya kongsikan satu perisian yang lebih efisyen dan lengkap dalam melakukan tugasan membersihkan jejak dan aktiviti anda.

PC Tools Privacy Guardian sebuah perisian yang memiliki antaramuka yang mudah untuk dikendalikan. Ia bekerja dan bertindak memadam semua jejak dan rekod aktiviti anda di internet, yang tersimpan dalam pelayar termasuk yang tersembunyi dalam fail-fail komputer anda. Jom kita rungkai fungsi persatu dengan ringkas.

. Membersihkan segala kesan aktiviti internet dan komputer anda termasuk cache, cookies, index.dat, dan sejarah.
. Memadamkan kandungan Recycle Bin, fail sementara dan sejarah dokumen
. Membersihkan ruang yang tinggal selepas sesuatu fail dipadam, satu kaedah cakera keras menjadi sihat dan segar sentiasa.
. Sesuai untuk pelayar Internet Explorer, Opera, Netscape dan Mozilla Firefox.
. Terbuka kepada semua kerabat Windows.

PC Tools Privacy Guardian boleh dikendalikan secara manual atau automatik. Terserah kepada tetapan pilihan anda sendiri. Pada harga USD26.93 untuk satu lesen, kali ini anda boleh mendapatkannya secara percuma. Ya! Percuma aje…Tawaran ini bersifat global jadi pengecop pasport antarabangsa tidak diperlukan. Kerabat yang berminat dengan perisian ini sila rujuk [ pr67am™ ]. Hanya masukkan nama dan email anda. Dalam beberapa saat sahaja anda akan mendapat balasan berserta nombor siri dan pautan untuk anda memuat turun perisian.

Cukup sampai disini. Semoga ini menjadi justifikasi bernilai kepada diri anda sendiri. Pecah kaca pecah gelas, habis cerita nak masuk kelas…zzz…

Sekian.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Antivirus] BitDefender Internet Security 2012 : 365 Days

0

Salam…

Sekali lagi di atas koridor yang sama dengan laba yang sama. Di awal tahun dengan senyuman memukat rezeki yang belum kesudahan. Kami sekadar berkongsikan keuntungan mengajak anda ke arah positif dalam kehidupan. Lupakanlah Crack…masih ada cara lagi untuk komputer anda sihat dalam percuma. Kerana itulah lahirnya entri sebegini. Apalah gunanya anda memasang Raja Antivirus sekalipun kalau ditampal dengan Crack, Patch, Keygen dan unsur mungkar. Bila Raja Antivirus pun dah terkedek-kedek macam manalah nak perkasa mengangkat pedang dalam perang…huk3…

Kali ini kita akan merungkai satu lagi jenama antivirus yang berkualiti tinggi di dunia. BitDefender Internet Security 2012 bakal menanti anda. Anda boleh menilik sendiri dmanakah kedudukan jenama ini dalam rangking dunia untuk 2012 [ pr67am™ ] Prestasinya bukan lagi satu keraguan. Seperti lazimnya sifat sesebuah antivirus, BitDefender Internet Security 2012 juga memiliki ciri-ciri:

. Menyekat virus, spyware dan spam
. Menyekat percubaan mencuri ID
. Menapis pautan yang anda terima dari Facebook dan Twiter
. Mengawal penggunaan bawah umur dengan kawalan ayahanda bonda
. Firewall dan kawalan ke atas sambungan internet anda
. Terdapat satu lagi kelebihan iaitu AutoPilot yang akan mengawal popup tanpa kebenaran anda. Anda boleh mematikan fungsi ini sekiranya rasa annoying.

Pendek cerita saya sendiripun belum menguji BitDefender Internet Security 2012 jadi tidak banyak pendapat yang boleh saya kongsikan…toinggg!…kantoi…Pandai-pandailah anda buat penilaian sendiri. Disini saya cuma ingin menunjukkan kaedah terbaik untuk mendapatkan lesen sah. Banyak kontroversi berlaku dalam forum dan saya sendiripun berkali-kali mencuba sebelum berjaya. Di harap pengalaman ringkas ini dapat membantu encik dan cik sekalian. Untuk mendapatkan lesen anda mestilah menggunakan proxy Switzerland, Austria dan Jerman. Promosi ini berlangsung di Jerman jadi anda harus faham dengan bahasanya.

. http://www.bitdefender.de/media/html/de/pcwelt/

Anda boleh gunakan cara tersendiri untuk terjah pautan di atas. Atau salin pautan di atas kemudian tampal URL di laman CyberGhost [ pr67am™ ] Rujuk gambar di bawah dan ikut tetapan yang telah saya buat.

Masukkan Email dan Captcha kemudian klik Absenden

Sekiranya email anda telah berjaya dikirim akan keluar popup seperti ini. Kemudian klik OK dan anda akan bawa terus ke laman utama.

Hanya di dalam beberapa saat sahaja anda akan menerima balasan email yang disertakan bersama nombor siri lesen BitDefender Internet Security 2012 untuk 365 hari. Nombor siri tersebut mengandungi 7 abjad seperti terdapat dekat wajah pr67am™.

Harus di ingat promosi ini akan berakhir pada 31 Januari 2012. Masih banyak masa lagi untuk kalian menggoda dan merebut promosi ini. Sekiranya anda gagal pertama kali, cubalah lagi dan lagi…Tetapi cara yang saya telah lakukan di atas dijamin 100% berkesan. Berbanding berbagai kaedah dan musibah termasuk menggunakan proxy Firefox…Damn! Nak senang bukanlah perkara senang. Dah senang perutpun kenyang dan jiwa merasa tenang 🙂

Sekian.

BitDefender Internet Security 2012 > [ pr67am™ ]

[ KEMASKINI ] Sekadar makluman kepada sesiapa yang belum berjaya mendapatkan lesen. Selepas mencuba berbagai cara, HANYA dengan kaedah di atas sahaja saya telahpun berjaya mendapatkan 3 lesen. Memanglah perlu banyak kali klik dan ambil masa juga sebelum berjaya. Tapi bukanlah beerti tidak dapat langsung. Saya telah menggunakan email AOL, gmx (versi Germany) dan Gmail. Jangan sesekali gunakan email 30 saat, memang takkan layan punya. Hanya ini sahajalah maklumat yang boleh saya kongsikan. Selebihnya bergantung pada kreativiti anda semua dan percayalah pada rezeki 😉

Views: 0

Iklan Newspaper Inline