[Giveaway] Ashampoo® Undeleter 1.00 : Unlimited

Salam…

Barang yang lepas hai jangan dikenang. Kalau dikenang makan tak kenyang, mandi tak senang, tidur tak panjang, hidup jadi pincang, suara tak lantang, entri semakin kurang bonus pun tak datang…hu3… Hilang duit boleh dicari, hilang gewe boleh diganti, hilang bini kahwin lagi, hilang data dalam pc siapa yang nak cari? Menangis lagi-lagi…

Biasalah, manusia selalu tersilap dalam rutin. Terpadam data penting sememangnya lumrah terjadi di alam IT. Bezanya, data penting atau terlalu penting. Terpadamnya data – Yang tak penting…biar je! Yang penting…hmm tak pe! Yang terlalu penting…Damn! Menyeranah tak terkata! Jangan ribut–ribut kawan…Ashampoo Undeleter 1.00 kan ada. Penyelesai kepada masalah data yang terpadam.

Data yang anda padam atau terpadam lazimnya akan dipindahkan sementara ke Recycle Bin. Masih ada lagi sengeh untuk mendapatkan kembali data anda. Tetapi sekiranya Recycle Bin telah dikosongkan ertinya satu kerja mustahil untuk anda mendapat balik dengan cara manual. Kerana itulah terciptanya perisian sepeti My Recover File dan Ashampoo Undeleter. Perisian yang dicipta untuk membetulkan semula kesilapan dan keterlanjuran impak kerja anda. Ashampoo Undeleter sebuah perisian bersaiz 9.67 MB dan harus lakukan pemasangan ke dalam komputer sebelum anda dapat menggunakannya.

Ciri-Ciri Utama Ashampoo Undeleter 1.00:
.  Mendapatkan fail dan direktori pada NTFS dan FAT 12, 16, 32 partitions
.  Mendapatkan fail pada partitions dengan aktif NTFS mampatan
.  Mendapatkan fail pada partitions dengan penyulitan NTFS aktif
.  Mendapatkan aliran data silih ganti (ADS) pada partitions NTFS
.  Sokongan semua sistem fail yang dikenali pada Microsoft Windows ®
.  SANGAT cepat MFT dan algoritma FAT, serta pemulihan amat cepat
.  Objek boleh dipulih tanpa had (fail, direktori)
.  Imbasan dan penilaian keadaan objek boleh pulih
.  Pantas dan Antaramuka yang mudah

Pada harga asal USD14.99 kali ini anda boleh mendapatkannya secara percuma dari Ashampoo Jerman. Walaupun promo ini telah lama berlangsung sejak Ogos 2011 lagi, tetapi selepas saya redah ternyata nombor siri untuk perisian ini masih lagi aktif. Anda boleh redah [ pr67am™ ] dan masukkan email dan klik senden. Gunakan email menyamar 30 saat pun tak kisah. Kemudian ikutilah langkah demi langkah sehingga selesai. Untuk memuat turun perisian pula sila rujuk [ pr67am™ ] Selepas siap pemasangan anda di tegah menaiktaraf ke versi terkini. Pastikan kekal dengan versi Ashampoo® Undeleter 1.00.

Saya cuma sempat mengujicuba sekejap perisian ini. Ya! Pantas dan berkesan. Tetapi anda amat di galakkan membuat penilaian sendiri. Untuk memahami tatakerja perisian sejenis ini sila rujuk [ pr67am™ ] Rumusannya hampir sama je. Cuma berbeza jenama dan tahap prestasi.

Semoga kerabat mendapat manfaat dengan perisian ini. Tiada rajuk, tiada tangis dan tiada marah-marah lagi hendaknya. Yang hilang telah kembali pulang…Chow dulu! Jumpa lagi bersama antivirus selepas ini 😉

Sekian.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img