[Antivirus] Norton Antivirus & Internet Security 2012 : 3/6 Months

Salam…

Berkata tentang virus, hari ditunggu tiba lagi. Selagi ada daya dan peluang kita akan terus berkata-kata. Walaupun di luar lingkungan tapi kami tetap berpegang – lain muka lain rupa, lain suara lain kata-kata, lain rasa lain cinta, lain perkara lain suka, lain benda lain peminta. Atas permintaan kerabat, teman datang dengan Norton Antivirus & Internet Security 2012. Awesome. Khabar sukaria buat penggemar Symantec.

Secara peribadi Norton adalah antivirus default dalam komputer NEC pr67am™ yang pertama kali dibeli 2008. Yang hanya sempat saya gunakan untuk 6 bulan sahaja. Dan secara perbadi juga saya pun sudah tidak tahu tahap prestasinya dalam era baru ini. Teknologi terlalu pantas menerjah, pengalaman lapuk memang tidak boleh dikongsikan lagi.

Kepada pencinta Norton Internet Security 2012 anda boleh merujuk [ pr67am™ ] untuk memuat turun perisian sekaligus mendapatkan lesen sah percubaan selama 3 bulan. Lesen sah hanya akan di perolehi selepas membuat pendaftaran semasa proses pemasangan. Hah! 3 bulan je? Tak cukup ke…? OK lah tu geng…nanti ada rezeki adalah lagi.

Dan kepada pencinta Norton Antivirus 2012 pula, sedikit kelebihan buat anda. Anda boleh mendapatkan tempoh 6 bulan percuma hanya dengan sedikit kreativiti. Yang berminat sila rujuk tutorial yang akan saya berikan. Pastikan anda benar-benar faham sebelum meneruskan kelas kita pada hari ini. Apa lagi…jom kita memanipulasi!

1.Pertama sekali anda harus memuat turun Norton Antivirus 2009 Germany [ pr67am™ ]. Sebenarnya ini adalah versi promosi untuk 2009 yang sempat dikutip.
2.Jalankan proses pemasangan perisian Norton AntiVirus 2009 seperti biasa.

3.Selepas siap pemasangan popup pendaftaran akan muncul dan sekiranya tiada anda boleh klik Norton Account. Masukkan email dan klik Weiter untuk membuka akaun Norton yang baru.

4.Kemudian isi maklumat yang diperlukan lalu klik Weiter.

5.Anda akan menerima balasan email dari [email protected] seperti di bawah. Klik pada pautan yang diberikan untuk melengkapkan proses pendaftaran.

6.Pergi ke [ pr67am™ ] dan klik sign In untuk masuk ke dalam akaun anda. Kemudian klik pada nama produk Norton Antivirus, Ingat! Salin dan simpan Product Key yang telah anda perolehi.

7.Muat turun pula Norton Antivirus 2012 [ pr67am™ ]
8. Anda boleh nyah pasang versi 2009 terlebih dahulu ATAU meneruskan sahaja pemasangan versi 2012. Klik fail NAV-TW-30-19-1-0-28-EN.exe yang telah di muat turun tadi. Dan lakukanlah pemasangan dengan mengikut arahan yang diberikan.
9.Klik pada Subscribe pautan Norton Antivirus 2012 pada paparan.

10.Klik I have a key or code to enter kemudian masukkan Product Key yang telah di salin simpan tadi lalu klik Next untuk pengaktifan.

Selesai sudah dan nkmatilah 180 hari Norton Antivirus 2012 tanpa rasa ragu dan cuak ditempelak blacklist. Semoga anda mendapat manfaat dan indah rasa hasil kreativiti jari anda sendiri. Isu Norton anda boleh merujuk dengan Tuan Arya Putra. Beliau seorang pengguna Norton yang berpengalaman. Amacam Big Tuan…! Teman nak masuk beradu sekejap nohhh… 🙂

Sekian.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img