Utama Blog Laman 297

Desktop Recorder/Screencaster Terbaik Untuk Windows dan Ubuntu

0

Salam.

Ya! Masih lagi berkisar tentang desktop recorder/screencaster! Inilah dia minat Mr.Hac yang paling digemari ketika mengadap skrin komputer.

Untuk Windows, Mr.Hac telahpun tulis sebuah entri khas iaitu tentang perisian Camtasia Studio 7. Silakan menjenguk dan membacanya. Memang sebuah perisian desktop screencaster terbaik untuk Windows yang pernah dicipta.

Untuk Ubuntu, Mr.Hac telah senaraikan 3 jenis desktop screencaster terbaik yang berada dalam Ubuntu 11.10, yang digunakan oleh Mr.Hac untuk melakukan kerja-kerja dekstop screencasting.

1. Eidete

Setakat ini, Eidete ialah desktop screencaster terbaik yang pernah digunakan oleh Mr.Hac pada Ubuntu 11.10 kerana tiada sebarang lag, yang ada cuma kebaikannya sahaja! Seronok menggunakannya kerana ia ringkas, mudah difahami, dan kurang menggunakan sumber memori komputer. Pasangkannya pada Ubuntu anda melalui PPA di bawah:

sudo add-apt-repository ppa:shnatsel/eidete-daily

sudo apt-get update && sudo apt-get install eidete

2. Kazam Screencaster

Pernah suatu ketika dulu Kazam Screencaster dikatakan telah ‘mati’, kerana projeknya telah ditinggalkan oleh pembangun asal. Tetapi, disitulah ‘kecantikan’ dunia perisian sumber terbuka apabila kod sumbernya telah diambil alih oleh pembangun yang baru, dan dibangunkan pula secara intensif. Kini, Kazam Screencaster versi 1.0 telah pun dilancarkan. Pasang ia pada Ubuntu melalui PPA di bawah:


sudo add-apt-repository ppa:kazam-team/unstable-series

sudo apt-get update && sudo apt-get install kazam

3. Gtk recordmydesktop

Menduduki tempat ketiga dari carta, ia tidaklah terlalu bagus, tetapi tidak pula terlalu buggy. Cuma mungkin ada hasil video yang tidak lancar kerana anda perlu mengubah tetapannya terlebih dahulu. Bagaimanapun, kalau dah namanya percuma, sapu aja lah! Anda boleh pasangkannya melalui Ubuntu Software Center.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Bridge Linux: Arch Linux Versi Mudah!

0

Bridge Linux ialah Arch Linux dalam versi yang lebih mudah, jauh lebih mudah dari ArchBang! Haha! ArchBang yang dah cukup mudah tu, dipermudahkan dua tiga kali lagi!

Meskipun begitu, biarpun ia adalah terbitan/derivatif dari Arch Linux, namun ia tetap mengambil Arch sebagai tapak dan tidak akan beralih atau bahasa Linux-nya, Fork. Ini bererti sebaik sahaja anda memulakan Bridge Linux, anda sudahpun menggunakan Arch Linux dalam versi yang lengkap dengan perisian-perisian asas.

Hmm.. Bagi Mr.Hac tidaklah salah untuk mencuba, asalkan anda rajin mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang timbul. Bridge Linux membantu pengguna untuk mendekatkan diri dengan Arch Linux.

Muat turun: Bridge Linux

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Alpha 2 – HUD & Unity 5 Preview

0

Anda boleh merujuk mengenai HUD di sini -> Melayubuntu

Unity 5.0 ialah versi baru Unity yang akan melengkapkan Ubuntu 12.04 Precise Pangolin. Ia membawakan kepada kita cara baru berkomunikasi dengan komputer, daripada menyemak atau meneliti ‘hutan menu’, sebaliknya hanya menggunakan ‘bar carian’ sahaja. Lebih pantas dan produktif. Kepada mereka yang membenci Ubuntu disebabkan Unity, anda perlu fikirkan semula.

Ya, masa Unity mula-mula diperkenalkan dulu dalam versi 11.04, Mr.Hac meluat juga. Tak pernah buka lepas cuba buat pertama kali dan terus melekat dengan Classic Desktop (Gnome 2). Tetapi dalam Ubuntu 11.10, ia semakin bagus, menarik, dan kurang masalah. Silakan mencubanya, anda pasti jatuh hati.

Muat turun: Ubuntu 12.04 Precise Pangolin Alpha 2

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Camtasia Studio 7.1.1 Build 1785 Full Cracked

0

Bayangkan desktop anda sebagai satu paparan skrin persembahan yang paling hebat dan ideal untuk mempersembahkan idea anda kepada orang lain. Ini adalah satu bonus jika anda dapat merekodkan aktiviti pada skrin desktop anda dan kemudiannya mempersembahkan ia dalam bentuk video kepada sesiapa yang anda mahu. Ini tentunya menarik bukan? Itulah yang Mr.Hac suka mengenai seni merekod desktop atau dekstop recording/screencasting.

Dalam Windows XP/7, Mr.Hac menggunakan satu perisian yang super duper canggih, yang digelar sebagai Camtasia Studio 7, dan sekarang sudah masuk versi seperti yang tertera pada tajuk iaitu Camtasia Studio 7.1.1 Build 1785.

Mr.Hac akan memberikan kepada anda perisian ini, yang telah dimuat turun dari laman web rasminya, tetapi macam biasa la, dimuat naik ke dalam laman perkongsian fail Mediafire untuk memudahkan kerja anda.

Di dalam folder yang dibekalkan oleh Mr.Hac terdapat satu fail pemasang, satu fail arkib berisi keygen dan satu fail teks (Notepad) di mana terkandung di dalamnya akan nombor siri untuk anda mengaktifkan perisian ini menjadi versi penuh.

Setelah selesai memasangnya, ketika tetingkap kecil seperti di bawah keluar, anda cuma perlu klik pada butang pangkah!

Beberapa paparan skrin (Screenshot) Camtasia Studio 7:

Muat turun: Camtasia Studio 7.1.1 Build 1785 Full Cracked

Jangan lupa mencuba dan berikan reviu anda!

Views: 23

Iklan Newspaper Inline

Winstep Xtreme 11.10 Full Cracked

0

Mahukah anda jadikan desktop Windows XP/Vista/7 menjadi seperti desktop Windows 7 Mr.Hac di atas? Jika anda mahu, maka anda telah datang ke tempat yang betul!

WInstep Xtreme 11.10 ialah versi terbaru perisian dari Winstep.net. Ia adalah satu kumpulan perisian untuk merubah tampilan desktop, mempercantikkan ia, dan membantu mempertingkatkan produktiviti anda dengan meletakkan perisian yang selalu anda gunakan di hujung jari anda.

Gabungan perisian berguna yang disebutkan sebentar tadi contohnya ialah Dock (Nexus Ultimate), Tabbed Dock (Workshelf), sistem menu (NextSTART), gajet (Modules), tema dan banyak lagi!

Bagaimana? Teruja nak jadikan Windows anda tampak seperti pro?

Muat turun: Winstep Xtreme 11.10 Full Cracked

Wallpaper dalam gambar di atas: Windows 7 Black Wallpaper

Perisian ini hanya tinggal untuk pemasangan sahaja. Anda tidak perlu kemaskini (Update), memasukkan nombor siri atau menggunakan crack kerana ia sudahpun versi penuh.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Saja La Nak Tunjuk.. (2)

0

Agak-agak total speed berapa tu? kui kui kui.. ^^

Versi sebelum: Saja La Nak Tunjuk..

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Top 10 Unity Lenses

0

Salam.

Kehadiran Unity sebagai desktop environment/interface pada Ubuntu versi terbaru bermula dari 11.04 dan legasinya disambung dengan versi 11.10 (Tak lupa juga Precise Pangolin yang bakal keluar bulan 4 ini).

Unity ibarat satu anjakan paradigma bagi pengguna lama Ubuntu. Pun begitu, ramai yang menyukainya, kerana ia mudah dan ringkas. Antara ciri Unity yang menarik ialah Lens. Lenses yang sedia ada (Default) ialah Home, Application, Files & Folders dan Music.

Kita boleh menambah beberapa jenis lagi Lens dan berikut merupakan 10 Lenses terbaik:

Sebelum memasang mana-mana Lens, sila masukkan terlebih dahulu PPA ‘Super Lens’-

sudo add-apt-repository ppa:jsevi83/unity && sudo add-apt-repository ppa:atareao/lenses && sudo apt-get update

1. Graphic Design Lens

sudo apt-get install unity-scope-colourlovers

2. Contacts Lens

sudo apt-get install scope-contacts-google
sudo apt-get install lens-contacts

3. Tomboy Lens

sudo add-apt-repository ppa:remi.rerolle/unity-lens-tomboy
sudo apt-get update
sudo apt-get install unity-lens-tomboy

4. Photo/Flickr Lens

sudo apt-get install unity-scope-flickr

5. Youtube Lens

sudo apt-get install lens-video
sudo apt-get install scope-youtube

6. Cities Scope

sudo apt-get install unity-scope-cities

7. Torrent Lens

sudo apt-get install unity-scope-piratebay

8. Gwibber Lens

sudo apt-get install unity-lens-gwibber

9. Spotify Scope

sudo apt-get install unity-scope-spotify

10. Book Lens

sudo apt-get install unity-lens-books

Untuk mendapatkan penerangan mengenai Lenses di atas, sila ke OMG! Ubuntu!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

Windows 8 BSOD Wallpaper Download

0

Seriously super duper funny! This is just a joke! Please leave if you tend to ‘burn’ my blog with your sadistic comment! Weee~

Download:

BSOD 1

BSOD 2

BSOD 3

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Firefox 10 Kini Dilepaskan!

0

Sepertimana yang umum ketahui, Firefox 10 telah pun dilepaskan kepada umum untuk dimuat turun dan dipasangkan pada komputer masing-masing. Pada yang ingin menaik taraf boleh juga melakukannya dengan cara klik pada butang Help > About Firefox > dan tunggu ia mengemaskini versinya lalu mulai semula (Restart) pelayar web anda.

Pada mereka yang menggunakan Ubuntu (tidak kira apa versi), tunggulah dalam beberapa hari lagi pasti anda boleh memasangnya melalui Update Manager, atau buat yang tidak sabar lagi boleh menggunakan PPA (Sila cari sendiri caranya) atau boleh juga menggunakan cara INI.

Anda boleh lihat apa yang baharu dalam versi 10 ini DI SINI. Agak banyak juga Pepijat (Bugs) yang telah dibaiki.

Pengguna Arch Linux tak payah mengada nak tunggu. Kemaskini dan naik taraf sistem anda, Firefox versi terbaru sudah tersedia. AUR memang cemerlang!

UPDATE:

Selepas anda siap memasang Firefox 10, cubalah gunakannya. Anda akan dapat rasai perubahan dari segi kelajuan. Kemudian apabila anda pasang mana-mana Addon, dan kemudian mulai semula (Restart) pelayar web Firefox anda, akan muncul tetingkap untuk mengesahkan pemasangannya. Apabila anda mengesahkannya, anda perlu mulai semula sekali lagi. Memang agak menjengkelkan, tetapi mungkin pembangunnya ada sebab-sebab yang tertentu. Selain itu, butang ‘Forward’ akan disorokkan melainkan ada laman yang benar-benar boleh ‘dikehadapankan’ (Forward).

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Mengubah Kedudukan Bar/Dock Unity Ke Bawah Pada Ubuntu 11.10

0

Perhatian: Tutorial ini tidak digalakkan mencuba jika anda jenis berdarah gemuruh.

Adakah anda pengguna Ubuntu 11.10 yang ingin mengubah kedudukan bar/dock Unity daripada biasa:

Kepada kedudukan seperti berikut:

Anda mahu? Teruskan membaca.

1. Sila buka Terminal, dan masukkan perintah di bawah untuk memasang Ubuntu Unity Plugin Rotated, Libnux terbaru dan CCSM. Jika sebelum ini anda sudah pernah memasang CCSM, maka baris perintah itu bolehlah di diabaikan.

sudo add-apt-repository ppa:paullo612/unityshell-rotated
sudo apt-get update
sudo apt-get install unityshell-rotated libnux-1.0-0 compizconfig-settings-manager

2. Buka CCSM, sila buangkan tanda pada kotak ‘Ubuntu Unity Plugin’ dan tandakan pada kotak ‘Ubuntu Unity Plugin Rotated’. Akan keluar tetingkap yang memberitahu terdapat ‘konflik’, di sini sila pilih ‘Resolve conflicts’. Jika ada lagi dua tetingkap yang keluar (dalam kes Mr.Hac tiada), sila pilih ‘Disable Run Dialog’ dan ‘Disable Flip Down’.

3. Jika CCSM ‘hang’, tetapi anda telah berhasil menandakan kotak ‘Ubuntu Unity Plugin Rotated’, untuk mengatasi masalah ini, sila tekan kekunci Ctrl + Alt + F1, masukkan nama pengguna dan kata laluan dan taipkan:

sudo service lightdm restart

Kemudian log masuk seperti biasa.

4. Jika CCSM ‘hang’ selepas anda membuangkan tanda pada ‘Ubuntu Unity Plugin’, tetapi anda tidak sempat menandakan pada kotak ‘Ubuntu Unity Plugin Rotated’, sila lakukan langkah nombor 3, kemudian setelah log masuk tekan kekunci Ctrl + Alt + T untuk membuka Terminal dan taipkan:

ccsm

Lalu tandakan terus pada kotak ‘Ubuntu Unity Plugin Rotated’.

Untuk membuat paparan Unity seperti asal, anda cuma perlu membuang tanda pada kotak ‘Ubuntu Unity Plugin Rotated’ dan tandakan semula pada kotak ‘Ubuntu Unity Plugin’.

Jika anda mahu membuang PPA itu tadi, sila buka Terminal dan masukkan perintah di bawah:

sudo apt-get install ppa-purge
sudo ppa-purge ppa:paullo612/unityshell-rotated
sudo apt-get remove unityshell-rotated

RUJUKAN: Webupd8

Views: 0

Iklan Newspaper Inline