Digital Audio Workstation (DAW) ialah sejenis sistem elektronik yang direka khas untuk kerja-kerja seperti merekod, menyunting dan memainkan kembali audio digital. DAW dalam versi moden adalah perisian yang dipasang pada komputer dengan paparan antaramuka perkakas audio.
FL Studio (Dahulu dikenali sebagai FruityLoops) ialah perisian DAW yang dicipta oleh sebuah syarikat dari Belgian iaitu Image-Line. Ia adalah sebuah perisian super lengkap, khas untuk para penggubah lagu, penyunting audio dan mereka-mereka yang sama bidang dengannya.
Bagi mereka yang berminat untuk mengetahui bagaimana perisian dalam versi terbaru ini berfungsi, sila lihat pada paparan video di bawah:
Google mengorak langkah ke hadapan lagi dengan membangunkan storan berkonsepkan awan yang diberi nama Google Drive. Storan awan yang boleh dilihat mempunyai pengguna yang ramai adalah seperti Dropbox, Box.com, Mediafire dan Minus.com serta tak lupa juga storan awan dari Ubuntu iaitu Ubuntu One.
Google nampaknya cuba menyaingi storan-storan awan ini apabila akan melancarkan Google Drive minggu hadapan. Ia memberikan ruang simpanan sebanyak 5GB untuk permulaan (lebih banyak dari yang diberikan oleh Dropbox) dan semestinya anda akan dapat membeli ruang simpanan tambahan/ekstra.
Servis ini katanya akan menyokong peranti iOS, Macs, Windows dan Android. Linux? Belum pasti lagi!
Servis ini juga bakal ditempatkan pada URL drive.google.com, cuma buat waktu ini tiada apa lagi yang ada pada laman/URL tersebut, cuma error 404.
Untuk membaca berita selanjutnya, sila rujuk pada pautan rujukan di bawah:
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
EPISOD KETIGA
Pada minggu yang berikutnya, di kelas komputer Arif bertanya kepada Hackim adakah dia telah berjaya melaksanakan misi pertamanya itu? Hackim mengiyakan soalan Arif dengan rendah diri. Arif berkata dalam hatinya :
“Orang seperti dia inilah yang aku mahu, rendah diri. Aku akan cuba didik dia sebaik mungkin!”
Arif pun berkata sambil tersenyum :
“Kau menjalankan misi kau dengan baik. Bagus!”
Kemudian Arif menyuruh Hackim menunggunya di kedai makan selepas sekolah, tempat mereka berborak pada minggu lepas. Dan Hackim bersetuju dengan pelawaan Cik Arif.
Setelah habis sesi persekolahan, Hackim cepat-cepat pergi ke kedai tersebut supaya dia tidak mahu Cik Arif sampai dahulu dan menunggunya, sebaliknya dia lebih suka dirinya sampai dahulu dan menunggu Cik Arif.. Selang beberapa minit, Cik Arif pun sampai.. Mereka bersalaman dan duduk. Mereka terus ke topik Hacking mereka itu. Cik Arif bertanya :
“Kau tahu tak kenapa aku suruh kau godam wifi?”
Hackim menjawab :
“Untuk saja-saja je kot”
Cik Arif membalas :
“Hahaha. Kau buat lawak pulak eh? Cuba fikir betul-betul. Aku serius ni.”
Hackim menjawab dengan serius :
“Okay. Pada pendapat saya, bila mendengar Cik Arif ada berkata pasal berdikari, di situ saya tau yang saya perlu berdikari jika ingin mendapatkan sesuatu. Dalam dunia godaman ini, Internet adalah “benda” yang mesti ada. Jadi, kaitan antara berdikari dengan intenet ini adalah apabila saya tiada connection internet, saya perlu mencarinya, dan jika ianya mempunyai sekuriti, saya perlu memecahkannya supaya saya boleh menggunakan wifi tersebut. Sebab saya ada pernah tengok dalam filem-filem hacking ini, mereka jarang melakukan aktiviti penggodaman di rumah mereka, sebaliknya di kawasan terbuka kerana pihak berkuasa sukar untuk mengesan mereka ini.”
Cik Arif membalas :
“Bagus jawapan kau tu. Cuma kau kena ingat, jangan hack dan gunakan wifi orang itu tanpa tujuan yang jelas. Itulah prinsip seterusnya yang kau kena sematkan dalam hati kau iaitu “tujuan yang jelas dan jitu”. Ingat nak jadi white-hat hacker kita tak boleh menyusahkan orang lain. Kita kena menyenangkan orang lain. Tujuan yang jelas dan jitu adalah jika kita ada satu tugas, sebagai contoh fb member kau telah di godam oleh orang yang kau kenali. Orang itu menggunakan wifi dirumahnya semasa melakukan aktiviti penggodaman. Jadi kau kenalah pergi ke area rumahnya dan pecahkan sekuriti wifi-nya, dan godamlah komputer milik orang itu supaya kau boleh dapatkan semula password fb member kau tu. Ini hanyalah contoh sahaja. Tapi kalau aku bagi misi macam tu kat kau, boleh buat tak?”
Hackim menjawab :
“Entah la. Boleh kot tapi saya tidak tahu caranya. Hee.”
Cik Arif membalas :
“Haha. Aku gurau je la. Okay aku nak tanya lagi, selain dari kau hack wifi ni, apa lagi yang kau dapat?”
Hackim menjawab :
“Dapat password la Cik Arif.”
Cik Arif membalas :
“Yeah! Okay apa yang kau perasan kat password tu?”
Hackim menjawab :
“Ada nama orang dengan nombor. Ada yang nampak macam tarikh lahir la, nombor plat kenderaan la, nama kucing la. Tapi semuanya yang berkaitan dengan pemilik wifi tu la.”
Cik Arif membalas :
“Betul tu! Semuanya berkaitan dengan pemilik wifi itu betul tak? Jadi, itulah tujuan aku juga. Aku mahu kau tahu yang password ni orang selalu guna yang berkaitan dengan diri mereka sahaja. Sebab ianya SENANG DI INGAT. Orang akan selalu gunakan namanya sendiri, keluarga, haiwan peliharaan, tarikh lahir, nombor plat, nombor telefon dan nombor umum dan senang ditaip seperti 12345.”
Hackim membalas:
“Ohh. Baru saya faham. Terima kasih Cik Arif! Maklumat ini amat berguna untuk saya gunakan pada masa hadapan.”
Cik Arif membalas:
“Sama-sama. Erm. Aku nak bagi kau misi yang kedua ianya ada kaitan dengan perbualan kita mengenai password tadi iaitu…..”
Apakah misinya?? Sama-samalah kita tunggu… Kalau nak teka misinya, boleh komen dibawah. =)
SRS Audio Essentials bukan asing lagi bagi penggemar muzik mahupun video. Dalam versi terbaru ini, ia dipertingkatkan lagi dengan beberapa tetapan baharu untuk permainan (Game), muzik, dan video. Bunyi-bunyian terasa lebih hidup, gema bass lebih padu, irama lebih rancak dan semangat sudah sampai ke kemuncak. Ewah!
Mr.Hac cuba menggunakannya pada Windows 8, dan ternyata paduan antara teknologi Windows 8 dan SRS Audio Essentials menyemarakkan lagi semangat kesukanan keseronokan mendengar muzik dan menonton video. Bunyinya memang awesome!
Tak payah cakap banyak la eh? Muat turun di sini : SRS Audio Essentials 1.1.14.0.rar
Mr.Hac ada sediakan beberapa patch di dalamnya. Ada satu patch auto dan dua patch manual. Anda boleh gunakan mana-mana jenis yang anda suka, TETAPI Mr.Hac sarankan (recommend) anda guna patch versi manual. Panduannya ada DI SINI.
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
EPISOD KEDUA
Hackim pun menggunakan pelayar web Firefox miliknya untuk mencari video berkenaan dengan godam wifi WEP dan WPA. Selama lebih lima minit menggunakan google dia telah menjumpa video-video yang berkitan dengan misinya itu di laman web Youtube. Di bawah ini adalah video yang telah di jumpai oleh Hackim semasa menjalankan research-nya.
Dia pun tanpa menunggu lama, terus sahaja mengikut cara-cara yang di tunjukkan didalam video tersebut. Mula-mula dia menggodam wifi WEP jirannya. Dalam masa lebih kurang 10 minit dia dapat menggodam password wifi tersebut! Dalam hatinya terdetik :
“Senang je rupanya hack wifi ni. Ingatkan susah…”
Seterusnya dia godam pula wifi yang sekuritinya WPA. Tetapi dia menemui jalan buntu kerana cara penggodamannya menggunakan dictionary attack. Dan dictionary-nya pula semua bahasa inggeris, tidak ada bahasa melayu langsung! Jadi dia cuba berhubung dengan Cik Arif untuk meminta pendapatnya mengenai godam password wifi WPA ini. Jawapan Arif adalah :
“Come on Hackim. You want to be a hacker right? Fikirlah cara yang lain. Hacking adalah satu seni. Kita boleh mempelbagaikan cara godaman dengan cara kita sendiri. Kalau kau nak menggodam password, apa yang selalu kau fikir? Kau pasti menekanya betul? Tapi kadang-kadang tekaan kau itu salah. Jadi kita kena gunakan cara memaksanya dengan menggunakan pelbagai password sehinggalah kita dapat password yang betul.”
Hackim membalas :
“Oh saya seperti faham apa yang Cik Arif terangkan. Kita menggunakan teknik brute-force attack betul tak?”
Arif membalas :
“Yeah! You are my hacker.. Tetapi kamu bukan brute-force passowrd-nya tetapi kamu brute-force WPS pin nya. Itu pun jika WPS nya di benarkan.”
Hackim membalas :
“Oh okay. Terima kasih Cik Arif. Saya baru saja baca pasal brute-force ni. Hee.”
Perbualan mereka tamat disitu. Hackim pun tidak membuang masa, terus saja mencari maklumat berkaitan dengan brute force attack wifi wpa ini dengan menggunakan google. Dan dia telah menjumpa satu tool yang dipanggil reaver.
Reaver has been designed to be a robust and practical attack against WPS, and has been tested against a wide variety of access points and WPS implementations.
On average Reaver will recover the target AP’s plain text WPA/WPA2 passphrase in 4-10 hours, depending on the AP. In practice, it will generally take half this time to guess the correct WPS pin and recover the passphrase.
Dia pun carilah video yang berkaitan dengan reaver ni kat Youtube dengan menngunakan key word “reaver wpa backtrack”, dan jumpanya dengan senang.
Setelah mempraktikkan apa yang ditunjuk dalam video tersebut, dia telah dapat password wifi jirannya itu dalam masa lebih kurang 6 jam! Dalam masa 6 jam itu dia gunakan untuk tidur sebab nak sekolah keesokkan paginya. Kini kedua-dua wifi yang mempunyai sekuriti iaitu WEP dan WPA telah dapat dipecahkan. Hackim pergi kesekolah dengan hati yang gembira kena misi pertamanya telah dapat di selesaikan dengan jayanya.
Itulah misi pertama Hackim. Dia telah merasai apa itu godam sebenarnya. Walaupun belum masuk tahap advance tetapi itu telah memberikannya kepuasan. Jadi apakah misi keduanya pula? Sama-sama kita tunggu…
p/s : Saya tidak membuat tutorial kerana didalam video itu lengkap penerangannya. Dan saya telah berjaya menggunakan ketiga-tiga cara itu berdasarkan video tersebut!
Disqus bukan lagi trend baru, tetapi telah lama menjadi trend-setter untuk pembangun sistem komen bagi blog-blog atau laman-laman web. Ia ringan, sesuai bagi mereka yang kelajuan internetnya agak perlahan, dan bagus pula untuk menjadi sistem komen kerana lengkap dengan beberapa ciri tambahan seperti Trackbacks dan Reactions. Selain itu, ia juga dilengkapkan lagi dengan sistem penapisan spam dari Akismet. Tak lupa juga ciri ‘I like this page’ membantu blog anda untuk tampil di muka depan Google (SEO Friendly).
Buat mereka yang ragu-ragu untuk menggunakannya, anda tidak perlu khuatir akan komen-komen lama kerana anda boleh mengimport ia untuk masuk ke dalam sistem komen Disqus. Mudah sahaja!
1. Daftarlah di laman rasmi Disqus di sini : Disqus
Jangan lupa untuk sahkan akaun anda terlebih dahulu melalui e-mel.
2. Daftar di Akismet untuk mendapatkan API key : Akismet
3. Setelah itu, lengkapkan pendaftaran akaun Disqus anda. Untuk mengimport komen dari Blogger atau Intense Debate, sila ke Admin -> Tools -> Import.
4. Untuk mendapatkan profil Intense Debate, lawati IntenseDebate, pergi ke Sites -> Blog Anda -> XML Export. Klik pada ‘Download as XML…’.
5. Pergi ke bahagian Import untuk Disqus (Langkah 3), dan pilihlah sama ada untuk import dari IntenseDebate atau Blogger. Jika dari Blogger, anda cuma perlu klik pada ‘Import comments from Blogger’. Manakala untuk IntenseDebate pula, anda perlu muat naik fail XML yang telah anda muat turun dan tunggu dalam tempoh 24 jam untuk komen-komen anda diproses.
Antara pos yang sudah pun berjaya diimport komennya dari IntenseDebate adalah pos Perkongsian Samba. Anda boleh lihat contohnya di situ. Profil IntenseDebate Mr.Hac juga kelihatan pada ruang komen. Memang cemerlang sekali! Tidak sampai pun 24 jam, komen-komen telah berjaya diproses. Syabas Disqus.
Assalamu’alaikum Dan Selamat Sejahtera Para Pembaca OMG! Hackers?
Bermula pada hari ini, Abg Saki akan buat entri dengan menggunakan jalan cerita. Suka tak? Kalau tak suka, jangan baca. Hehe. Okay tajuk ceritanya adalah “Hackim Si Penggodam”. Ianya berepisod. Hackim akan menggunakan BackTrack untuk menjalankan misinya. Cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa sama ada hidup ataupun yang telah meninggal dunia. Jalan ceritanya hanyalah rekaan sahaja. Boleh Abg Saki mulakan?
Hackim merupakan seorang budak biasa yang hanya pandai bermain komputer tetapi tidak mahir menggunakannya dan dia ni masih bersekolah. Tetapi ada seorang hacker yang merupakan bekas ejen perisik, Arif, melihat potensi yang dimiliki oleh Hackim untuk menjadi seorang hacker yang beretika semasa mengendalikan kelas komputer di sekolah Hackim. Selepas sesi persekolahan, Hackim telah dipanggil oleh Arif dan mengajaknya ke kedai berhampiran untuk berborak. Arif pun tidak mahu berselindung dengan tujuannya yang ingin menjadikan Hackim seorang hacker atau dengan kata lainnya pakar IT. Hackim pun lantas bersetuju dengan pelawaan Arif itu. Tetapi disebabkan Hackim ini tidak mahir menggunakan komputer, Arif memberitahunya :
“Sebelum aku mengajar teknik-teknik dan cara-cara untuk menjadi Hacker. Aku nak kau mahirkan diri dengan sistem operasi Linux iaitu BackTrack 5. Selain itu mahirkan diri menggunakan google untuk mencari maklumat yang di ingini. “Berdikari” perlu ada dalam prinsip seorang HACKER! Aku tahu kau boleh. Di samping itu, kehidupan sebagai budak sekolah perlu dikekalkan, jangan disebabkan kau mempelajari semua ni, pelajaran dilupakan.”
Hackim membalas dengan mukanya yang semangat :
“Baik cik. Saya akan cuba buat seperti yang disuruh oleh cik Arif. Mengenai pelajaran, saya tidak kisah kerana semuanya dah ada dalam otak. Hehe. Tetapi saya nak tanya apa itu Linux, apa itu BackTrack 5?”
Arif membalas :
“Linux adalah sistem operasi seperti Windows dan Mac OS. Kalau nak terang lebih lanjut pun takde guna sebab kau tak akan faham jadi kau cuba google la nanti. BackTrack 5 pula merupakan sistem operasi berasaskan Linux tetapi ianya di gunakan untuk penetration testing. Kiranya untuk menguji sesuatu sistem la. Ianya amat membantu untuk pemula macam kau ni. Walaupun aku tahu, dengan mengajar orang baru hanya akan melahirkan Black-hat Hacker tapi aku percaya kau bukan jenis orang yang akan menjadi seperti itu.”
Hackim membalas :
“Black-hat Hacker? Macam orang jahat je. Saya bukan orang yang macam tu. Jika cik Arif melatih saya dengan cara yang betul, insya-Allah saya akan menjadi hacker yang beretika.”
Arif membalas :
“Oh kau tak tahu eh jenis-jenis hacker ni? Baiklah aku cuba terang kan seringkas mungkin. Terdapat tiga jenis Hacker kat dunia ini. Pertama white-hat hacker, black-hat hacker dan grey-hat hacker. White-hat hacker ni orang yang menggodam untuk kebaikkan. Black-hat hacker pula menggodam untuk kejahatan. Grey-hat hacker pula mempunyai kedua-dua sikap yang dimiliki oleh white-hat hacker dan black-hat hacker. Jadi aku nak melatih kau menjadi white-hat hacker. Supaya kau dapat membantu sekolah kau dan orang-orang disekeliling kau.”
Hackim membalas :
“Oh. Okay semakin berminat pula saya untuk menjadi hacker. Cik Arif ni hacker ke?”
Arif membalas :
“Dahulunya aku seorang ejen perisik yang ditugas untuk menggodam apa sahaja untuk mendapatkan maklumat. Kerja aku ni berisiko tinggi kerana aku boleh ditangkap bila-bila masa saja jika salah perancangan.”
Mereka pun berborak selama lebih sejam. Selepas itu Arif pun memberitahu misi yang pertama yang perlu dilakukan oleh Hackim untuk menjadi hacker adalah godam wifi. Tak kisah la di mana tempatnya. Dia mahu Hackim menggodam wifi yang menggunakan sekuriti WEP dan WPA dengan menggunakan BackTrack 5. Hackim bersetuju dengan misi itu.
Setelah Hackim pulang ke rumah, Hackim buatlah aktiviti yang selalu dibuatnya iaitu makan, mandi, solat dan buat kerja rumah. Setelah siap kesemua itu, Hackim pun buka komputernya dan terus mencari dan memuat turun sistem operasi BackTrack 5 untuk memulakan zaman hidupnya sebagai hacker.
Gambar Hiasan
Setelah membuat research dengan menggunakan google mengenai BackTrack ini. Barulah dia tahu akan kelebihan BackTrack ni. Begitu banyak tool yang boleh digunakan untuk melakukan penetration testing ini. Tetapi Hackim perlu fokus kepada misinya iaitu menggodam wifi. Jadi dia pun mencari la maklumat mengenai wifi ini. Barulah dia tahu apa yang dimaksudkan WEP dan WPA yang dikatakan oleh Arif.
“Wired Equivalent Privacy (WEP) is a security algorithm for IEEE 802.11 wireless networks.”
“Wi-Fi Protected Access (WPA) and Wi-Fi Protected Access II (WPA2) are two security protocols and security certification programs developed by the Wi-Fi Alliance to secure wireless computer networks. The Alliance defined these in response to serious weaknesses researchers had found in the previous system, WEP (Wired Equivalent Privacy).”
Selepas lebih kurang 5 jam memuat turun operating tersebut. Dia terus mencubanya dengan menggunakan Live CD. Apabila membukanya, dia rasa buntu bagaimana untuk menggunakan BackTrack 5 ini. Berbekal maklumat yang dia dapat dari research-nya dia cuba untuk godek-godek dulu dalam BackTrack tu supaya mahir dalam menggunakan perintah-perintahnya. Setelah begitu lama dia menggodek, dia cuba menyambungkan connection-nya ke wifi nya sendiri dahulu. Dan berjaya disambungkan. Dari situ, bermulalah kisah hidup Hackim sebagai penggodam…
p/s: Saya cuba untuk tampilkan kelainan dalam blog ini. Jadi kepada yang tidak suka entri seperti ini, anda boleh menukar kepada entri lain. Hee. Kepada yang suka, saya ucapkan terima kasih. Jika ada kelapangan masa kita akan ke episod kedua pula. 🙂
Usah bicara barang tak sudah, usah perbahas silam yang kelam, teraju kehidupan menuju kehadapan, jangan pandang belakang, nanti kena hon dengan kereta orang..ahaha!
Mr.Hac sudah cuba pelbagai jenis pemain media. Dalam Windows 8 ini beberapa jenis telah dipasang. Semuanya atas tujuan untuk mencari yang terbaik. Namun pada akhirnya, kesemua digunakan, tiada satu pun yang terabai. Berikut Mr.Hac senaraikan 3 pemain media terbaik untuk Windows dan Linux.
1. VLC
Dahulu, Mr.Hac tidak sukakan VLC kerana fungsi volume yang rigid dan tidak boleh diubah. Namun sejak versi Twoflower dirilis, VLC menjadi pemain default kerana selain sistem volume yang sudah diperbaiki, ia juga menyokong pelbagai jenis codec (tanpa perlu kepada pemasangan codec tambahan), ia juga pantas pada waktu mula (startup), dan rupanya juga agak cantik. Sistem operasi yang disokong adalah Windows, Linux dan Mac OS X.
Anda boleh muat turun pemain video VLC di sini : VLC
2. UMPlayer
UMPlayer ialah sebuah pemain media berasaskan SMPlayer dan MPlayer. Turut menyokong pelbagai jenis codec, ia juga menyokong sistem operasi Mac OS X dan Linux. Mempunyai pelbagai fungsi menarik, UMPlayer adalah pemain video yang patut dipasang sebagai pemain sandaran atas dasar fungsinya. UMPlayer ‘mengingati’ setiap apa yang anda mainkan. Dari jumlah volume yang anda pilih, sehinggalah kepada waktu terakhir video yang anda mainkan itu berjalan, anda tidak perlu lagi mengingati semuanya. Tinggal klik dan mainkan sahaja. Video yang anda tinggalkan akan dimainkan mengikut tetapan kali terakhirnya.
Jika anda sukakan Media Player Classic, mengapa tidak anda cuba Combine Community Codec Pack atau ringkasnya CCCP ini. Selain codec terbina dalaman, ia turut menyediakan pemain Media Player Classic sebagai pemain media lalai (default). Namun sebelum pemasangan, anda perlu terlebih dahulu memasang DirectX End-User Runtime yang boleh didapati di sini : Microsoft Download Center
Sistem operasi yang disokong ialah Windows.
Jadi bagaimana? Teringin untuk mencuba? Silakan. Kesemuanyaadalah pemain yang terbaik untuk setiap media yang ada dalam PC anda. Jangan lupa lontarkan komentar membina anda!
Bagi penggemar kaedah muat turun Torrent, anda pasti tidak asing lagi dengan klien Torrent yang canggih-manggih lagi menawan ini, iaitu Deluge. Kini Deluge merilis versi baharu untuk kliennya iaitu versi 1.3.5. Lihat pada paparan skrin di bawah, memang menawan bukan?
Apa yang Mr.Hac suka ialah, tidak seperti klien Torrent yang lain, Deluge menyediakan PPA untuk Ubuntu. Malah ia dapat dijalankan dalam mana-mana persekitaran desktop yang anda gunakan. Oleh itu anda boleh pasangkan versi terbaru dengan mudah tanpa perlu memikirkan mengenai keserasian dengan sistem operasi anda. Buka Terminal, salin dan tampal baris perintah berikut:
Selain itu, ia juga menyediakan fail pemasang (Installer) untuk Unix, OS X, dan semestinya Windows. Ia menggunakan memori hanya sedikit sahaja, jadi anda tidak perlu risaukan mengenainya. Komputer dengan pemproses Pentium juga mampu menjalankannya!
Antara ciri yang dinyatakan pada laman web rasminya ialah:
Tetingkap yang memaparkan tetapan juga tampak lebih mudah untuk diubahsuai:
Anda tidak perlu menjadi seorang pakar IT untuk menyelenggarakannya. Jadi jangan tunggu lama-lama. Sila ke laman web rasmi Deluge sekarang untuk memuat turun dan menggunakan versi terbaru Deluge ini!
Perkara yang buat Mr.Hac sangat sukakan Linux khususnya Ubuntu adalah kerana kita akan dapat menggunakan perisian-perisian dengan versi yang paling baru. Melalui implementasi PPA dan beberapa cara lain, kita dapat melihat bagaimana rupa bentuk perisian yang bakal dirilis.
JDownloader ialah sebuah aplikasi/perisian berasaskan Java yang memudahkan proses muat turun melalui laman One-Click Hoster seperti Rapidshare, Hotfile dan lain-lain (lebih 110 laman kesemuanya). Selain itu, muat turun video dari laman terkenal seperti Youtube, Vimeo dan Dailymotion dipermudahkan dengan integrasi pada pelayar web. Senang cerita kalau nak dituliskan cirinya memang tak habis satu muka.
Dalam versi 2 Beta ini, ia membawakan perubahan kepada paparan antaramuka, tetapan yang dipermudahkan dan pelbagai lagi perubahan yang bakal anda dapat lihat sendiri apabila ia dirilis secara rasmi.
Jika anda mahu mencuba JDownloader 2 Beta pada Ubuntu, seperti yang Mr.Hac lakukan pada Ubuntu 12.04 Beta 2 ini, sila ikuti langkah-langkah yang diberikan.
3. Ekstrak JDownloader Updater dalam Home Folder anda, cari fail ‘Updater.jar’ dalam folder ‘Updater’, klik kanan padanya dan klik pada ‘Open with OpenJRE runtime’ ataupun pilihan lain seperti dalam kes Mr.Hac, OpenJDK (Oracle Java juga boleh!).
4. Jika pilihan yang disebutkan tidak ada dalam senarai menu klik kanan itu tadi, anda boleh buka Terminal dan gunakan baris perintah di bawah:
java -jar ~/Updater/Updater.jar
JDownloader Updater akan diaktifkan dan anda perlu tunggu sehingga prosesnya selesai. Jangan jalankan JDownloader lagi biarpun proses tersebut telah tamat.
5. Setelah selesai proses muat turun, buka Terminal dan jalankan pula baris perintah di bawah: