Salam.
Disqus bukan lagi trend baru, tetapi telah lama menjadi trend-setter untuk pembangun sistem komen bagi blog-blog atau laman-laman web. Ia ringan, sesuai bagi mereka yang kelajuan internetnya agak perlahan, dan bagus pula untuk menjadi sistem komen kerana lengkap dengan beberapa ciri tambahan seperti Trackbacks dan Reactions. Selain itu, ia juga dilengkapkan lagi dengan sistem penapisan spam dari Akismet. Tak lupa juga ciri ‘I like this page’ membantu blog anda untuk tampil di muka depan Google (SEO Friendly).
Buat mereka yang ragu-ragu untuk menggunakannya, anda tidak perlu khuatir akan komen-komen lama kerana anda boleh mengimport ia untuk masuk ke dalam sistem komen Disqus. Mudah sahaja!
1. Daftarlah di laman rasmi Disqus di sini : Disqus
Jangan lupa untuk sahkan akaun anda terlebih dahulu melalui e-mel.
2. Daftar di Akismet untuk mendapatkan API key : Akismet
3. Setelah itu, lengkapkan pendaftaran akaun Disqus anda. Untuk mengimport komen dari Blogger atau Intense Debate, sila ke Admin -> Tools -> Import.
4. Untuk mendapatkan profil Intense Debate, lawati IntenseDebate, pergi ke Sites -> Blog Anda -> XML Export. Klik pada ‘Download as XML…’.
5. Pergi ke bahagian Import untuk Disqus (Langkah 3), dan pilihlah sama ada untuk import dari IntenseDebate atau Blogger. Jika dari Blogger, anda cuma perlu klik pada ‘Import comments from Blogger’. Manakala untuk IntenseDebate pula, anda perlu muat naik fail XML yang telah anda muat turun dan tunggu dalam tempoh 24 jam untuk komen-komen anda diproses.
Antara pos yang sudah pun berjaya diimport komennya dari IntenseDebate adalah pos Perkongsian Samba. Anda boleh lihat contohnya di situ. Profil IntenseDebate Mr.Hac juga kelihatan pada ruang komen. Memang cemerlang sekali! Tidak sampai pun 24 jam, komen-komen telah berjaya diproses. Syabas Disqus.