Perkara yang buat Mr.Hac sangat sukakan Linux khususnya Ubuntu adalah kerana kita akan dapat menggunakan perisian-perisian dengan versi yang paling baru. Melalui implementasi PPA dan beberapa cara lain, kita dapat melihat bagaimana rupa bentuk perisian yang bakal dirilis.
JDownloader ialah sebuah aplikasi/perisian berasaskan Java yang memudahkan proses muat turun melalui laman One-Click Hoster seperti Rapidshare, Hotfile dan lain-lain (lebih 110 laman kesemuanya). Selain itu, muat turun video dari laman terkenal seperti Youtube, Vimeo dan Dailymotion dipermudahkan dengan integrasi pada pelayar web. Senang cerita kalau nak dituliskan cirinya memang tak habis satu muka.
Dalam versi 2 Beta ini, ia membawakan perubahan kepada paparan antaramuka, tetapan yang dipermudahkan dan pelbagai lagi perubahan yang bakal anda dapat lihat sendiri apabila ia dirilis secara rasmi.
Jika anda mahu mencuba JDownloader 2 Beta pada Ubuntu, seperti yang Mr.Hac lakukan pada Ubuntu 12.04 Beta 2 ini, sila ikuti langkah-langkah yang diberikan.
1. Pasang JDownloader menggunakan PPA di bawah:
sudo add-apt-repository ppa:jd-team/jdownloader
sudo apt-get update && sudo apt-get install jdownloader
2. Muat turun JDownload Updater di sini.
3. Ekstrak JDownloader Updater dalam Home Folder anda, cari fail ‘Updater.jar’ dalam folder ‘Updater’, klik kanan padanya dan klik pada ‘Open with OpenJRE runtime’ ataupun pilihan lain seperti dalam kes Mr.Hac, OpenJDK (Oracle Java juga boleh!).
4. Jika pilihan yang disebutkan tidak ada dalam senarai menu klik kanan itu tadi, anda boleh buka Terminal dan gunakan baris perintah di bawah:
java -jar ~/Updater/Updater.jar
JDownloader Updater akan diaktifkan dan anda perlu tunggu sehingga prosesnya selesai. Jangan jalankan JDownloader lagi biarpun proses tersebut telah tamat.
5. Setelah selesai proses muat turun, buka Terminal dan jalankan pula baris perintah di bawah:
rm -rf ~/.jdownloader
cp -r ~/Updater ~/.jdownloader
Inilah dia paparan JDownloader 2 Beta: