Anda seorang yang berminat untuk memulakan perniagaan secara atas talian di alam maya? Anda seorang penulis di alam maya? Anda mahu jadi seorang blogger yang mahu mengatur semuanya secara sendiri? Anda mahu berjinak dengan dunia ‘hosting’? Atau anda mahu mengenali dengan lebih dekat tentang WordPress.org atau Joomla.org? Anda mungkin memerlukan ‘web/blog hosting’.
2freehosting.com adalah penyedia ‘web hosting’ yang wa maksudkan. Baru-baru ini 2freehosting telah mengisytiharkan tentang peningkatan beberapa ciri-ciri seperti peningkatan ruang penyimpanan,kouta jalur lebar (bandwidth) dan beberapa lagi ciri tambahan yang lain yang akan dimaklumkan selepas ini.
Wa memang sudah kenal dengan 2freehosting ni sejak azali lagi. Lama tak lama,baru tak baru. Dari segi servis pelanggan memang bagus 2 atau 3 hari maklum balas dari pihak penyedia akan dapat (maklumlah barang percuma). Kalau bertuah,dalam hari yang sama pun anda boleh dapat. Untuk makluman anda yang baru kenal atau mahu mengenali bahawa 2freehosting dengan 1freehosting adalah dari kumpulan organisasi/syarikat yang berlainan.
Masa wa berkenalan dengan WordPress.org,’hosting’ ini yang wa gunakan. Cukup sampai disini kita lanjutkan dengan peningkatan/pertambahan ciri-ciri terbaru daripada 2freehosting.
Ciri-ciri tambahan 2freehosting:- 1. Ruang penyimpanan telah ditambah daripada 10 GB ke 20GB. Semakin besar ruang untuk anda merangka penulisan. 2. Pemindahan data (jalur lebar) telah ditambah sebanyak 50 GB daripada 100 GB. Maknanya berapa? Orang OMG! Hackers? bijak belaka. 3. Peti surat alam maya (e-mail) telah ditingkatkan kepada 10. Sebelum ini 5 je. Buatlah cth:-adminstrator@omghackers.com,webmasters@omghackers.com atau kuanterpertanyaan@omghackers.com. 4. Akaun FTP pun ditingkatkan dari 5 ke 10. 5. Simpanan data MySQL pun telah ditingkatkan dari 5 ke 10. 6. Ruang simpanan e-mail pun telah ditingkatkan dari 50 MB ke 100 MB. 7. Satu sub-domain baru .3eeweb.com dan empat sub-domain lama.
Berminat. Kunjungi laman yang tertera di atas dan disini.
Hello, selamat kembali lagi bersama saya untuk tutorial pada kali ini. Ok, kali ini saya ingin menunjukkan cara untuk convert file system pada drive hard disk anda. Ok, sebenarnya apakah itu FAT32 dan NTFS? Ok, ianya adalah fail dalam drive anda. Erm, lebih kurang macam format gambar juga seperti .jpg, .png, .gif dan macam-macam lagi.
Ok, apa pula perbezaan FAT32 dengan NTFS? Untuk mudah difahamkan FAT32 ini tidak boleh copy banyak-banyak atau pun tak boleh transfer fail yang besar-besar melebihi 3GB lebih. Jika anda transfer fail yang melebihi 3GB pada FAT32, akan keluar errorlah. Jadi, untuk membolehkan transfer fail yang besar-besar melebihi 3GB, haruslah gunakan NTFS file system.
Untuk jadikan NTFS dari FAT32, kita kena covert dululah file systemnya dengan hanya menggunakan command prompt(CMD). Sangat mudah. Ok, gambar rajah di bawah ini adalah drive hard disk saya yang masih lagi menggunakan file system FAT32.
1. Langkah pertama kita memerlukan CMD. Anda boleh pergi ke Start > Run > Taip CMD. Ianya akan memaparkan kotak hitam. Dan anda perlu menaipkan command di CMD itu seperti yang tertera dalam gambar di bawah. Kemudian Enter.
Commandnya ialah: convert f: /fs:ntfs
2. Setelah Enter, akan keluar paparan seperti dalam gambar rajah di bawah ini. Di situ anda perlu meletakkan nama drive hard disk anda. Seperti saya, nama drive saya adalah TOGI DISK. Ok, sekiranya drive anda tidak mempunyai nama, ianya seperti Local Disk sahaja, paparan di bawah tidak akan muncul dan anda hanya perlu taipkan huruf “Y” sahaja setelah melepasi langkah yang pertama di atas. Kemudian tekan Enter.
3. Setelah itu, kelaur pula seperti gambar di bawah ini. Ianya akan proses yang mengambil masa juga. Sekiranya drive hard disk anda itu bersaiz besar sehingga mencecah Gigabyte, lamalah prosesnya. Anda hanya perlu menunggunya sehingga ia mengatakan conversion complete seperti paparan di bawah.
4. Ok, selesai. Anda boleh tutup(close) CMD itu dan lihat drive hard disk anda. Ianya sudah ditukarkan kepada file system NTFS seperti gambar rajah di bawah ini.
Ya, memang mudah sekali. Dengan menggunakan CMD sahaja anda boleh buat sendiri, tak perlu hantar kedai. Okay, mungkin ada yang tertanya-tanya. Adakah fail dalam hard disk akan hilang bila sudah convert dari FAT32 ke NTFS. Jawapannya tidak. Tak akan hilang satu pun setelah anda convert, tidak perlu risau.
Ok, kepada anda yang mungkin ada masalah tak boleh transfer fail besar-besar, lihat anda punya file system tu adakah ianya FAT32 atau pun NTFS. Okay, sampai di sini saja tutorial pada kali ini dan mencuba-cubalah. (^^, )/
Hai, selamat berjumpa semula dengan saya hari ini. Ok, kali ini saya buat tutorial lagi dalam blog ini dengan tajuk bagaimana untuk backup bookmarks Firefox. Mungkin satu hari nanti firefox anda rosak atau PC anda rosak, tiba-tiba bookmarks anda hilang macam tu saja. Takut hilang, kita kena backup dulu. Mudah saja, ok. :_)
1. Langkah pertama anda masuk browse Mozilla Firefox anda. Kemudian pilih “Bookmarks” yang berada di atas menu Firefox itu. Dan masuk ke “Show All Bookmarks“. Sekiranya anda guna windows XP, pilih “Organize Bookmarks…“.
2. Ok, setelah itu akan keluar satu popup seperti gambar di bawah ini iaitu Libary. Dan pilih “Import and Backup“. Kemudian di situ keluar senarai ke bawah dan pilih “Backup…“.
*untuk pengetahuan, di sini ada dua pilihan untuk menyimpan fail backup. Iaitu fail .JSON dan fail .HTML. Sekiranya anda pilih “Backup…” seperti paparan di bawah ini, fail tersebut berformatkan .JSON. Sekiranya anda memilih “Export Bookmarks to HTML…” ianya disimpan sebagai fail .HTML. Tapi keduanya sama sahaja, cuma ingin perbezaan jenis fail sahaja. Tak kisah. ^^, Untuk tutorial ini, saya pilih “Backup…”.
3. Ok, satu lagi popup akan keluar seperti gambar bawah ini untuk simpan fail backup anda. Tak kisah anda ingin simpan di mana yang boleh anda ingat. Dan tekan “Save“.
4. Setelah anda save, fail tersebut berbentuk seperti inilah. Macam kosong, kan? Tapi memang macam ini sahaja. (^^,) Sebab ianya format .JSON. Kalau anda pilih “Export Bookmarks to HTML…” tadi, failnya berlainan. Yang penting isi dalamnya sama. (^^,)/
Ok, di sini sudah selesainya untuk backup bookmarks Firefox anda. Dan satu hari tu tiba-tiba Firefox anda rosak, crash apa semua tu. Arrggghhh!! Anda sudah risau dengan bookmarks yang beribu anda simpan itu. Ok, anda pun pasang(install) semula browse Mozilla Firefox. Firefox anda pun masih baru dan kelihatan kosong tiada bookmarks. Tapi dengan adanya fail bookmarks anda yang anda backup tadi, anda boleh pasang kembali ke Firefox baru anda itu. Caranya sama sahaja.
5. Seperti biasa, pergi ke menu atas Firefox untuk memilih “Bookmarks” seperti di langkah 1 tadi. Setelah ke Libary, anda pilih “Restore” dan akan keluar senarai di tepi dan pilih “Choose File…“. Sekiranya anda memilih “Export Bookmarks to HTML…” semasa backup tadi, untuk langkah ini anda pilih “Import Bookmarks from HTML…” untuk memasang kembali ke Firefox anda.
6. Kemudian keluar satu popup lagi seperti gambar di bawah ini untuk mencari fail bookmarks anda dimana anda simpan semasa melakukan backup tadi. Kemudian tekan “Open“.
7. Setelah tekan Open, keluar satu popup seperti gambar rajah di bawah dan tekan “OK“.
Selesai. (^_^ )/
Mudah bukan? Ok, apa-apa pun anda selalulah backup anda punya bookmarks kerana mungkin anda sudah ada banyak sangat simpan, mungkin beribu-ribu bookmarks sudah anda simpan. Jadinya sebelum crash kata orang tu, sudah ada persediaan. Ok, selamat mencuba! ^_^
Hai kepada pembaca blog OMGHackers?. Selamat bertemu kita kali pertamanya anda dengan saya (penulis baru). Sebenarnya saya telah dijemput lama untuk menjadi penulis di dalam blog ini tetapi baru sekarang saya hadir dengan sebab yang tertentu (maaf abang Mr.Hack), huhu. (^^,)/
Ok, ini adalah tutorial saya yang pertama dalam blog ini. Dalam tutorial ini saya ingin menunjukkan bagaimana untuk membuat partition di Windows 7 anda dengan tanpa menggunakan perisian(software). Ianya memang tak perlu menggunakan perisian, memang sudah mempunyai tetapan(settings) di Windows 7. Ok, sebelum ini sudah ada tutorial tentang Cara Hide/Unhide Partition D yang ditulis oleh Luqman Man. Caranya lebih kurang sama sahaja, tetapi ini untuk menambah Hard Drive di Windows 7 anda.
Ok, mari kita teruskan dengan tutorial:
1. Klik kanan di “Computer” dan pilih “Manage“.
2. Akan keluar satu kotak seperti di bawah dan masuk di bahagian “Storage” dan pilih “Disk Management“.
3. Klik kanan pada “drive C” dan pilih “Shrink volume…“.
4. Setelah itu akan keluar satu popup seperti ini, ianya memakan masa juga. Sekiranya komputer anda laju, lajulah masa menunggu untuk dibaca. Sekiranya perlahan komputer anda, harap bawa bersabarlah. ^^,
5. Ok, setelah lama menunggu, akan keluar kotak seperti di bawah ini. Di “Total size before shrink in MB” itu adalah ruangan hard disk komputer anda. Ok, tapi yang penting lihat di “Enter the amount of space to shrink in MB“. Di situ adalah ruangan yang anda inginkan untuk drive baru anda nanti. Letak seberapa banyak pun boleh, tapi di situ dibaca dalam MB sahaja, kalau anda ingin drive baru bersaiz 1GB, anda letaklah 1000 di situ.
Tapi sekiranya makin besar anda letakkan saiz drive itu, makin lamalah prosesnya untuk ditunggu. Kalau sikit, sekejap saja.
6. Ok, setelah Shrink, jadinya seperti inilah paparannya (kotak kecil warna hitam). Di sini saya membuat 10MB sahaja untuk tutorial.
Ok, kemudian anda klik kanan pada kotak drive baru itu dan pilih “New Simple Volume…“.
7. Kemudian keluar satu kotak yang mengatakan “Welcome to the New Simple Volume Wizard” dan tekan saja next sehinggalah sampai ke sini (seperti paparan di bawah ini).
Ok, anda boleh pilih huruf apa-apa sahaja untuk drive baru anda. Kemudian tekan Next.
8. Di sini anda letakkan nama drive baru anda di ruangan yang disediakan itu (Volume label:). Kemudian tekan Next.
9. Ok, sekarang partition anda telah diaktifkan iaitu akan diberitahu di situ “Healthy“. Bermakna sudah aktiflah drive anda. Huhuhu..
10. Kini anda boleh semak di dalam Computer anda sudah terciptanya drive baru anda. Bolehlah simpan apa-apa fail yang peribadi dan sebagainya.
Assalamualaikum rakan-rakan dan taulan serta sahabat handai dan sahabat pena (author OMG! HACKERS?)
Saya Angelezo selaku pengepost software ingin mengongsi beberapa wallpaper bertemakan Hari Raya Aidilfitri yang menarik dari Event di Forum Rileks Community. Hasil karya adalah 100% asli. Software apa diorang pakai? Yang dapat dikenal pasti ialah idea, tangan, photoshop, ilustrator dan lain-lain software graphic..
Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah itu Forum Rileks Community? (Untuk yang belum tahu hehe)
Meh saya berikan sedikit info.
Rileks Community adalah satu forum komuniti yang telah dibawakan oleh Rileks Network. Forum ini membawa pelbagai kelainan yang anda tidak akan alami di komuniti yang lain. Selain itu kami juga menyediakan Image Hosting, RcFM Radio, RC Mall, Zone Manga, Zone Game dan pelbagai kemudahan lain yang akan dibawa untuk anda. Tujuan kami adalah untuk menyediakan satu komuniti untuk rakyat Malaysia berkumpul dan bersantai bersama rakan-rakan yang lain disamping meningkatkan pengetahuan melalui sistem yang kami sediakan dan yang terbaru forum ini 90% telah bekerjasama dengan Team Hanna.org untuk mendapatkan movie-movie terkini dari blog mereka.
Ok seperti yang anda baca..forum ini ada menyediakan Radio Online iaitu RcFM. Untuk pengetahuan anda, radio ini boleh diletakkan di blog anda semua dengan tiada sebarang bayaran diperlukan. Jika anda berminat untuk dapatkan radio ini dan diletakkan di blog masing-masing boleh la klik di sini >> Get RcFM.
Salam pembaca OMG Hackers yang dihormati. Kali nie saya nak share dengan anda-anda semua sebuah antivirus (opss Anti Virus ke?) Yups iainya memang boleh digelar anti virus tapi bukan semua jenis virus tau. Ia hanya detect virus-virus autorun/.infsahaja yang tidak dapat didetect oleh AV yang lain. Lebih info? baca bawah nie. =)
Buang virus Autorun & Autorun.inf Mudah dan Kemas
Adakah antivirus anda tidak boleh membuang virus autorun & autorun.inf dalam sistem anda atau peranti storan USB sepenuhnya? Atau pun mereka tidak boleh mengesan virus?
Autorun & autorun.inf virus merupakan jenis baru virus / trojan, kebanyakan produk antivirus biasa seperti Kaspersky, NOD32, Avast, AVG boleh lakukan sedikit tentang jenis ini virus / trojan.
Autorun Virus Remover menggunakan teknologi proaktif untuk selama-lamanya membuang virus autorun & autorun.inf, ia juga boleh menyekat mana-mana virus autorun / autorun.inf yang cuba untuk menjangkiti sistem melalui pemacu USB (pendrive, cakera keras luaran, iPod, dll). Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya mengklik butang imbasan daripada Autorun Virus Remover.
Ciri-ciri
100% perlindungan terhadap mana-mana program berniat jahat melalui storan USB.Autorun Virus Remover 3.2 Build 0818 menggunakan teknologi proaktif yang inovatif untuk menghalang ancaman melalui pemacu USB.
Penyelesaian terbaik untuk melindungi komputer offline. Autorun Virus Remover 3.2 Build 0818 menggunakan teknik pengesanan proaktif, tidak memerlukan kemaskini tandatangan, dan menutup tetingkap kelemahan kiri terbuka oleh reaktif lain, tindak balas berasaskan tandatangan.
Perisian antivirus terpantas dan terkecil di dunia. Dengan Autorun Virus Remover 3.2 Build 0818, ia tidak perlu untuk mengorbankan kelajuan untuk pengesanan dan pengimbasan, dan merupakan salah satu aplikasi antivirus terkecil.
100% serasi dengan semua perisian. Ketidakserasian antara program antivirus adalah satu isu. Dalam kebanyakan kes, memasang dua program antivirus daripada vendor yang berlainan pada satu mesin (untuk perlindungan meningkat) adalah teknikal mustahil, kerana kedua-dua program ini akan mengganggu fungsi setiap. Walau bagaimanapun, Autorun Virus Remover 3.2 Build 0818 adalah 100% serasi dengan semua perisian, termasuk Windows Vista.
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada para pembaca.
Hari ini gua nak cite skit pasal backtrack rilisan yang baru nih, ala backtrack 5 r3
baru je dilepaskan pada 13 Ogos 2012.
2
Minggu sebelum pelepasan backtrack 5 r3 nih, telah di try pakai oleh
penggodam bertopi hitam dari vegas sebagai percubaan beta. Ketua yang
bertanggungjawab dalam membangun sistem pengoperasian linux versi ini
ialah Dookie.
Lebih daripada 60 tools telah ditambah dan beberapa ralat telah dibaiki:
Antara toolsnya ialah:
Identify Live Hosts:
dnmap – Distributed NMap
address6 (The Second “Alive6″ entry) – IPV6 address conversion
Information Gathering Analysis
Jigsaw – Grabs information about company employees
Uberharvest – E-mail harvester
sslcaudit – SSL Cert audit
VoIP honey – VoIP Honeypot
urlcrazy – Detects URL typos used in typo squatting, url hijacking, phishing
Web Crawlers
Apache_users – Apache username enumerator
Deblaze – Performs enumeration & interrogation against Flash remote end points
Database Analysis
Tnscmd10g – Allows you to inject commands into Oracle
BBQSQL – Blind SQL injection toolkit
Bluetooth Analysis
Blueranger – Uses link quality to locate Bluetooth devices
Vulnerability Assesment
Lynis – Scans systems & software for security issues
DotDotPwn – Directory Traversal fuzzer
Exploitation Tools
Netgear-telnetable – Enables Telnet console on Netgear devices
Termineter – Smart Meter tester
Htexploit – Tool to bypass standard directory protection
Jboss-Autopwn – Deploys JSP shell on target JBoss servers
Websploit – Scans & analyses remote systems for vulnerabilities
Wireless Exploitation Tools
Bluepot – Bluetooth honeypot
Spooftooph – Spoofs or clones Bluetooth devices
Smartphone-Pentest-Framework
Fern-Wifi-cracker – Gui for testing Wireless encryption strength
Wi-fihoney – Creates fake APs using all encryption and monitors with Airodump
Wifite – Automated wireless auditor
A Bunch of Password Tools
Creddump
Johnny
Manglefizz
Ophcrack
Phrasendresher
Rainbowcrack
Acccheck
smbexec
Bagi sesiapa yg dah ada versi sebelumnya iaitu Backtrack 5 R2 boleh ikut langkah2 disini
Bagi sesiapa yg belum ada mana-mana versi boleh download di sini disini
Beginilah
takbir raya yang kita ulang-ulangkan selepas terbenam matahari hari
terakhir Ramadhan sehingga solat Hari Raya. Semua Muslim pasti
bergembira menyambut Hari Raya, lelaki atau wanita,muda,tua ataupun
anak-anak. Kerana pada hari ini merupakan simbol kemenangan umat Islam
setelah sebulan mengharungi Ramadhan, menunaikan ibadah puasa dan
amalan-amalan baik lainnya,kemenangan meraih jiwa yang fitrah,
kemenangan meraih cinta Ilahi, kemenangan meraih pahala syurgawi dan
kemenangan-kemenangan lainnya.
Eidil Fitri terdiri dari dua
perkataan Eid dan Fitri. Eid bererti hari raya, Fitri bererti terbuka,
kesucian dan kebersihan jiwa. Ini kerana pada hari itu seorang hamba
diperbolehkan untuk makan dan haram untuk berpuasa atau kembali kepada
kesucian dan juga kerana umat Islam merayakan kebersihan dari noda-noda
dosa hasil dari beribadah dan bertaubat secara intensif selama sebulan
penuh. Oleh itu ia adalah hari kemenangan.
Saya wakil
kepada penulis-penulishttps://www.omghackers.com/ ingin mengucapkan SELAMAT HARI
RAYA AIDILFITRI 1433H, kepada semua Muslimin dan Muslimat yang berada di
seluruh dunia.
Selepas Ramadhan ini marilah kita
teruskan amalan-amalan baik yang telah kita lakukan di sepanjang
Ramadhan ini – bersedekah, solat berjemaah, tilawah al-Quran, bercakap
yang baik menjauhi perkara keji dan mungkar dan banyak lagi. Kalau berat
badan dah turun, bagi yang obses atau overweight tu, teruskanlah usaha
untuk turunkan badan. Bagi berat badan yang naik sepanjang Ramadhan kena
cari cara lain untuk turunkan.
Akhir kata marilah kita berdoa: “Ya
Allah, pertemukanlah di Ramadhan akan datang dalam keadaan sihat
walafiat, mudahkanlah rezeki kami dan segala urusan kami Ya Allah. Ya
Allah janganlah engkau jadikan puasa ini sebagai puasa yang terakhir
dalam hidupku. Seandainya engkau berketetapan sebaliknya maka jadikanlah
puasa ku ini sebagau puasa yang dirahmati bukan yang hampa semata-mata.
Ya Allah,Ya Tuhan kami,terimalah puasa kami dengan sebaik-baiknya
penerimaan, perkenan, maaf, kemurahan, pengampunan dan hakikat
keredaanMu sehingga kau memenangkaan kami dengan segala kebaikan yang
dituntut, segala anugerah yang kau curahkan di bulan ini. Selamatkanlah
kami di dalamnya dari kekhuatiran terhadap bencana yang mengancam atau
dosa yang berlangsung terus“…
Selamat hari raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. Sebelum anda pulang ke kampung untuk merayakan hari kemerdekaan untuk umat Islam sedunia kerana telah berjaya melawan hawa nafsu adalah lebih baik anda baca ini dulu. Sekaligus memberikan kita ilmu baru. Wa bekal dan bagi kepada lu satu entri secara automatik wa dapat 10 entri dalam minda wa. Ini menyebabkan blog ini akan dipenuhi dengan artikel yang bermanfaat. InsyaAllah.
Artikel kali ini mudah je. Khas untuk anda pengguna perkhidmatan laman penstriman (ada ke dalam kamus) Youtube. Sebelum ini Tuan Arya ada membincangkan tentang Minitube klik disini untuk membaca artikel karangan beliau. Dengan menggunakan Minitube,anda hanya dibenarkan untuk memuat turun video sahaja tanpa mengubah format sesuatu video itu. Tetapi dengan perisian/aplikasi yang akan dikongsikan dengan anda ini,anda dapat mengubah format video ke beberapa format yang popular.
Perisian ini merupakan perisian yang tidak memerlukan modal untuk menggunakannya. Dalam erti kata lain ialah percuma. Tapi macam biasalah. Bila percuma atau bersumber terbuka mestilah akan wujud perkataan ‘donate’. Jika anda berkemampuan,maka hulurkanlah beberapa keping wang saguhati sebagai tanda terima kasih. Sekilas pandangan,perisian ini diberi nama DownVerter.
Ciri-ciri perisian Downverter:- (dialih bahasa)
1. Mudah untuk digunakan. Memang mudah kerana hanya dengan tiga langkah anda boleh memuat turun sesuatu video yang telah siap diubah formatnya mengikut kehendak anda.
2. Seperti yang telah diberitahu tadi bahawa perisian ini adalah percuma.
3. Menyokong 16 bahasa dunia. Jangan main-main Bahasa Malaysia juga tersenarai dalam perisian ini.
4. Boleh dijalankan pada tiga sistem operasi hebat. Windows,Mac dan sudah semestinya (Linux) Ubuntu.
5. Juga telah diberitahu tadi bahawa boleh diubah ke beberapa jenis format audio dan video.
6. Sekarang sudah menyokong laman Metacafe. Sebuah laman penstriman video. Tapi wa masih gagal untuk memuat turun daripada laman Metacafe. Hanya Youtube je.
Kaedah pemasangan:-
Langkah 1. Kunjungi laman rasmi DownVerter disini.
Langkah 2. Skrol ke bawah dan dapatkan pautan muat turun untuk Ubuntu 32-bit atau 64-bit.
Langkah 3. Disebabkan fail Ubuntu berformat .deb (debian) dan fail Downverter juga berformat .deb maka secara tidak langsung distro linux seperti Linux Mint dan distro yang lain juga dapat menggunakannya. Yang penting menyokong fail berformat .deb.
Langkah 4. Setelah selesai. Jalankan dan pasangkannya menggunakan gdebi atau perisian lain.
Kaedah penggunaan:-
Langkah 1. Seperti yang anda lihat pada gambar nun jauh di atas sana anda mendapati bahawa terdapat tiga langkah mudah untuk memuat turun dan mengubah video dari Youtube dan Metacafe.
Langkah 2. Masukkan pautan video Youtube pada ruangan 1.
Langkah 3. Pilih tahap kualiti video anda. Sekiranya anda mahu mengubah format video pastikan mengikut kesesuaian. Tetapkan tahap kekuatan kelantangan (volume) video anda. Dan pastikan di manakah video atau audio anda akan disimpan. Semuanya pada ruangan 2.
Langkah 4. Klik Download & Convert. Pada ruangan 3.
Hebat dan sungguh mengagumkan. Itulah dia dua perkataan yang mampu saya ungkapkan untuk filem ini selepas selesai menontonnya di pawagam malam semalam (Sneak Preview).
Sebelum ini saya memang ada menonton filem-filem pendek arahan Syafiq Yusof yang dimuat naik pada channel Youtube beliau. Tetapi filem-filem pendek itu masih belum menunjukkan kredibiliti, kemampuan dan kreativiti sebenar beliau, dan itulah yang ditunjukkan dalam filem pertama arahan beliau iaitu SAM (Saya Amat Mencintaimu).
Kalau dilihat dari tajuk terasa seperti (What??). Sebaik saja filem bermula, kelibat kanak-kanak sedang menguis pasir dipaparkan. Sebentar kemudian Sam (Shaheizy Sam), memulakan monolog penceritaan kehidupannya. Pada waktu itu saya masih belum dapat merasakan bahang genre filem ini iaitu pycho thriller. Faham-faham sajalah, ia dimulai dengan watak Sam yang kelakar, dan romantik (apabila bertemu dengan Lisa, lakonan Lisa Surihani).
Tetapi sebaik sahaja Haikal (Azad Jasmin) muncul dan mengganggu Lisa, segalanya berubah. Debaran makin terasa apabila Haikal bersumpah akan membunuh Sam, dan itulah yang cuba dilakukan olehnya apabila beliau menculik Sam dan Lisa lalu membawa mereka ke sebuah kilang lama. Apa yang telah dilakukan olehnya? Itu anda kena pergi tonton sendiri di pawagam! Serius berbaloi!
Ulasan:
Saya tidak mahu mengulas panjang mengenai filem ini. Saya boleh bagi 9/10 untuk Syafiq Yusof, barisan pelakon serta filem ini sendiri kerana berjaya memuaskan hati saya. Filem seperti inilah yang saya nanti-nantikan untuk ditonton. Saya cuma ingin mengulas, sebenarnya kalau babak-babak percintaan antara Sam dan Lisa dipendekkan, dan babak-babak ‘permainan kematian’ antara Sam dan lelaki bertopeng di kilang lama PV6 dipanjangkan, filem ini akan menjadi lebih baik. Babak percintaan itu dirasakan terlebih dan meleret-leret pula, sehingga habis satu lagu dibuatnya (Urghhh..). Sedangkan tatkala saya masih belum puas melihat Sam disiksa lelaki bertopeng, ia sudahpun tamat. Aduhai.. sadis.
Satu lagi, babak watak budak kecil yang mengidap penyakit Dissociative Identity di akhir cerita tidak begitu kukuh. Tidak pasti mengapa budak tersebut jadi sedemikian. Adakah kerana bapanya? Ibunya? Kawan-kawannya? Saya benar-benar tidak pasti. Kalau hendak dikatakan sikap bapanya, ia tidak begitu meyakinkan. Kalau dimantapkan lagi bahagian ini, pasti menusuk kalbu. Saya benar-benar hendak tahu apakah sebab yang begitu kuat sehingga menyebabkan kecelaruan identiti yang dahsyat kepada seorang kanak-kanak. Anda boleh tonton filem Anniyan (lihat pada pautan Rujukan) untuk memahami apa yang cuba saya sampaikan. Ini penting, kerana kesemua penyebab kepada penceritaan bermula dari watak kanak-kanak ini.
Apapun anda wajib tonton filem terbaik 2012 ini! Saya sarankan jangan ragu-ragu, jangan fikir panjang. Pergilah menonton di pawagam yang berhampiran kerana ia sudahpun mula ditayangkan. Memang puas hati! Syafiq Yusof, anda memang masa depan perfileman negara kita. Saya harap, kalau anda ingin mengarahkan filem baru, jangan lupa buat filem yang dapat menyaingi The Raid : Redemption (Serbuan Maut) dan juga Merantau. Dua filem Indonesia yang heronya adalah Iko Uwais ini mengangkat martabat persilatan Indonesia ke tahap yang sangat membanggakan. Siapa lagi yang akan mengangkat martabat filem persilatan di Malaysia kalau bukan anda? Saya yakin dan percaya anda mampu melakukannya.
“Yesterday, upon the stair, I met a man who wasn’t there
He wasn’t there again today I wish, I wish he’d go away…
When I came home last night at three
The man was waiting there for me
But when I looked around the hall
I couldn’t see him there at all!
Go away, go away, don’t you come back any more!
Go away, go away, and please don’t slam the door… (slam!)
Last night I saw upon the stair
A little man who wasn’t there
He wasn’t there again today
Oh, how I wish he’d go away”
“Don’t tell me, Tell my ghost, Cause I blame him For all I don’t want to know“