Monday, 10 November 2025
spot_imgspot_imgspot_imgspot_img
Utama Blog Laman 257

Teknologi : Zaman Dulu dan Zaman Sekarang

0

Bercakap tentang teknologi, kita tidak lari dari evolusi atau perubahan. Kadangkala perubahan itu boleh jadi satu perkara yang sangat menarik, dan adakalanya perubahan itu boleh menjadi igauan ngeri. Kerana apa? Kerana perubahan teknologi tidak seperti dulu lagi. Ambil contoh telefon bimbit pintar. Hari ini dilancarkan model baru yang canggih, esok lusa pesaing pula melancarkan model baru dengan ciri yang dipertingkatkan.

Hendak diikut atau diekori rapat, rasanya seperti tidak kena kerana semua bersangkut-paut dengan duit. Tidak diikut juga rasa tidak kena kerana bukan takut digelar ketinggalan zaman, cuma takut tidak faham apa lagi yang bakal berubah di masa akan datang. Apapun bersempena dengan bulan Syawal ini, saya masih lagi belum mahu mengepos artikel yang ‘berat’ untuk tatapan anda, jadi mari kita singkap artikel santai ini untuk santapan minda kita bersama.

Teknologi : Zaman Dulu dan Zaman Sekarang (Akan Datang?)


Saya dapat ilham untuk artikel ini pun dari Majalah Gila-Gila, sebuah majalah komik satira humor nasional yang memang sangat ‘lama’, sangat old-school dan ia sahaja yang masih tidak berubah dari segi reka bentuk mahupun isi kandungan. Hmm..

Pernahkah anda mendengar cerita dari Harith Iskandar mengenai televisyen zaman dulu? Pada sekitar tahun….. err, tahun beliau masih kecil (senang cerita), televisyen pada waktu itu rasanya kalau di bawa ke zaman ini, anak-anak kita tidak mampu meneruskan kelangsungan hidup walaupun untuk sehari! Haha! Televisyen itu hanya mempunyai 2 saluran, walaupun dial yang ada padanya terdapat 9 nombor yang boleh diubah-ubah secara manual, secara fizikal. Sebut mengenai dial, ia berbentuk rotary, pusing ke kanan dan ke kiri, serta tidak mempunyai alat kawalan jauh!

Televisyen zaman sekarang? Selain saluran percuma yang boleh dinikmati bila-bila masa, pengguna disajikan dengan pelbagai saluran dari Astro. Tak puas hati dengan drama Melayu dari TV1, anda boleh tukar saluran dengan alat kawalan jauh kepada TV2, TV3, TV Al-Hijrah, NTV7, TV8, TV9 bla bla bla. No sweat, no regret. Itupun setelah puas menukar berpuluh-puluh saluran sehingga pusing semula ke TV1, masih lagi kita merungut dengan perkataan yang dipopularkan oleh Harith Iskandar sendiri, iaitu “Got nothing on la!“.

Itu belum kita sembang lagi pasal saiznya. Televisyen zaman ini memang besar, tetapi besar dari segi saiz skrinnya. Kalau dilihat dari sisi, ia nipis, dan boleh di bawa masuk ke dalam kereta dengan mudah. Zaman dulu jangan cerita la. Selain perlu menumpang tonton di rumah orang (kerana harganya mahal untuk dimiliki), televisyen dulu-dulu macam kabinet, perlu buka dulu ‘pintu’ kabinetnya baru dapat lihat skrin. Seronok juga zaman itu apabila tumpang tonton gusti atau filem Hindustan! Haha! Nostalgia, nostalgia!

Dulu telefon bimbit digelarkan dengan nama telefot bimbit kerana ia perlu dibimbit! Saiznya yang ‘bagak’ (besar) memang menjadi bahan jenaka kalau masih digunakan pada zaman ini. Kalau anda perasan trend sekarang, telefon bimbit pintar juga sudah mula kembali mendapat saiz yang agak besar untuk digenggam seperti Samsung Galaxy Note, tetapi masih munasabah untuk dibawa ke mana-mana dan masih boleh dimasukkan ke dalam poket seluar.

Dulu kanak-kanak bermain galah panjang, konda-kondi, ‘target’ kasut, layang-layang, congkak, dan lain-lain lagi. Zaman sekarang kanak-kanak disajikan dengan PS3, Xbox, PSP, permainan di telefon bimbit pintar. Tak keluar peluh langsung pun! Cuma perlu duduk diam-diam di tempat masing-masing sambil cuba sedaya-upaya habiskan ‘level’ yang ada.

Masih ingat lagi dengan pemain pita VHS? Anda rasa itu ‘old-school’? Bagaimana pula dengan piring hitam? Mari bandingkan pemain pita dengan teknologi pemain media definisi tinggi penuh, berjenama Western Digital (wow..), dan bandingkan piring hitam dengan pemain mp3 yang terdapat dalam telefon bimbit pintar anda! Jauh beza fungsi, rupa, serta saiznya bukan?

Sebut pasal Syawal, ini adalah bulan ‘Hari Raya’ untuk semua umat Islam. Di Malaysia ini zaman dulu kita cuba mengingati sahabat taulan dengan kad raya. Tak cukup dengan itu siap ada lagu lagi apabila ia dibuka. Zaman ini sudah pusing 360 darjah apabila SMS sahaja yang dihantar buat pengganti. Selain jimat duit minyak untuk hantar had raya ke post box berhampiran, jimat juga duit stem, kos kad raya, kos sampul. Tak cukup lagi dengan sms yang sangat memudahkan, Twitter pun berfungsi sama. Sikit-sikit Tweet, sikit-sikit Tweet. Belum kira pos yang ada di Wall Facebook. Urghhh..

Ketika saya kecil (tak kecil sangat, tingkatan 1-3 lebih kurang), saya sudah mula menggemari dunia muzik. Maka berjalan kakilah saya ke pasar malam mencari earphone yang murah dengan harga RM2 sahaja. Bunyinya orang kata untuk budak tingkatan 3 kira ‘ok-lah’. Sekarang saya sudah hampir tidak percaya apabila earphone yang saya beli sudah berharga lebih dari RM200, dan ada antara koleksi yang sudah mencecah lebih dari ribuan ringgit dengan jenama Beats By Dr.Dre. Serius, macam tak percaya saya akan lalui zaman ini. Bagi yang ‘kaki’ muzik macam saya, tidak ralat wang yang dikeluarkan untuk kualiti.

Ada lagi yang saya masih belum tulis? Itulah gunanya ruang komen! Jom tambah kenangan zaman silam anda, atau apa-apa yang anda teringat tentang teknologi zaman dulu-kala dan bandingkan pula dengan zaman sekarang!

Mr.Hac: Soalnya bersediakah kita untuk teknologi di masa akan datang?

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[Santai] Bruce Springsteen ft Tom Morello – Ghost Of Tom Joad

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Artikel kali ini bukanlah artikel yang berkisar tentang dunia teknologi maklumat [Information Technology (IT)]. Tetapi artikel ini untuk menghilangkan sedikit kebosanan anda. Maaf sekiranya artikel ini lebih ke arah dunia semata-mata dalam erti kata lain mengarut. Wa juga ingin memohon seribu keampunan dari Tuan Arya sekiranya artikel ini mengganggu status blog OMG! Hackers! sebagai blog yang memberi ilmu pengetahuan tentang dunia tanpa sempadan iaitu dunia IT.

Apa yang wa nak jelaskan disini bukanlah tentang lagu ini tetapi tentang keindahan petikan gitar oleh Bruce Springsteen dan Tom Morello. Tom Morello telah berjaya menajiskan gitarnya. Macam mana dia boleh jadi orang yang berjaya dengan gitarnya? Semua orang di dunia ada kebolehannya yang tersendiri. Mereka cuma perlu gali dan belajar dari kesilapan. Kita lihat orang yang berjaya mencipta berbagai-bagai benda baru. Kita ambil contoh Thomas Alva Edison,seorang pencipta yang berjaya mencipta mentol yang sehingga ke hari ini masih digunakan. Seorang lagi pencipta yang hebat,yang berjaya mencipta makanan yang sehingga ke hari ini masih dimakan oleh penduduk dunia. Beliau ialah
Kolonel Harland Sanders. Mereka ini semuanya orang yang berjaya mencipta sesuatu yang baru. Bukan sekali dua mereka mencuba tetapi beribu kali. Itu baru orang barat. Kita lihat kehebatan Ibnu Sina dalam perubatan,juga sehingga ke hari ini kaedah perubatan beliau masih digunakan dalam merawat pesakit walaupun teknologi semakin berkembang.

Itu baru orang di luar teknologi informasi. Bill Gates,Jobs dan Linus Torvalds. Masing-masing dengan ciptaan mereka yang semakin berkembang. Jangan anda gunakan barangan mereka jika anda tidak kenal akan mereka. Kenal apa yang mereka ciptakan pun kira ok lah. Cukup sampai disitu. Habis apa kena mengena dengan Tom Morello ni. Anda lihat video dibawah dan gunakan akal fikiran yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada kita. Macam mana beliau memetik gitar. Takkan lahir je ke dunia beliau terus boleh memetik gitar seperti sedemikian rupa.

Akhir kata boleh main gitar tapi jangan sampai jadi najis.

Lirik lagu Ghost Tom Joad.
Men walkin’ ‘long the railroad tracks 
Goin’ someplace there’s no goin’ back 
Highway patrol choppers comin’ up over the bridge 
Hot soup on a campfire under the bridge 
Shelter line stretchin’ ’round the corner 
Welcome to the new world order 
Families sleepin’ in their cars in the Southwest 
No home no job no peace no rest 
The highway is alive tonight 
But nobody’s kiddin’ nobody about where it goes 
I’m sittin’ down here in the campfire light 
Searchin’ for the ghost of Tom Joad 
[ Lyrics from: http://www.lyricsfreak.com/b/bruce+springsteen/the+ghost+of+tom+joad_20025049.html ] 
He pulls a prayer book out of his sleeping bag 
Preacher lights up a butt and takes a drag 
Waitin’ for when the last shall be first and the first shall be last 
In a cardboard box ‘neath the underpass 
Got a one-way ticket to the promised land 
You got a hole in your belly and gun in your hand 
Sleepin’ on a pillow of solid rock 
Bathin’ in the city aqueduct 

The highway is alive tonight 
Where it’s headed everybody knows 
I’m sittin’ down here in the campfire light 
Waitin’ on the ghost of Tom Joad 

Now Tom said “Mom, wherever there’s a cop beatin’ a guy 
Wherever a hungry newborn baby cries 
Where there’s a fight against the blood and hatred in the air 
Look for me mom I’ll be there 
Wherever there’s somebody fightin’ for a place to stand 
Or a decent job or a helpin’ hand 
Wherever somebody’s strugglin’ to be free 
Look in their eyes Mom you’ll see me.” 

Well the highway is alive tonight 
But nobody’s kiddin’ nobody about where it goes 
I’m sittin’ down here in the campfire light 
With the ghost of old Tom Joad

Kiri: Bruce Springsteen dan Tom Morello

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Untuk Split Files Menggunakan Winrar

0

Hello, apa khabar semua? Selamat bertemu lagi dengan tutorial saya kali ini. Ok, kali ini saya akan menunjukkan bagaimana hendak split fail dengan menggunakan winrar. Erm, winrar itu adalah satu perisian(software), yang sememangnya popularlah kepada pengguna komputer.

Untuk apa hendak splitkan fail? Ianya adalah untuk memperkecilkan saiz fail untuk dimuat naik(upload) ke dalam internet. Senangkan nak faham? (^_^) Contohnya macam anda yang kaki download movie, game, dan sebagainya yang fail bersaiz besar. Sudah tentunya mereka (uploader) memberikan anda banyak part untuk dimuat turun. Kerana ruang yang disediakan untuk upload adalah terhad. Jadinya mereka splitkan fail-fail yang besar itu menjadi kecil dan jadilah berpart-part banyaknya.

Okay, mari lihat bagaimana untuk splitkan fail yang saya ceritakan di atas tadi. (^^,)/

1. Langkah pertama anda haruslah perlu ada perisian winrar dan fail/perisian/game atau benda yang hendak displitkan. Seperti saya sebagai contoh, saya ingin splitkan perisian Free Studio seperti gambar di bawah ini.


2. Langkah kedua adalah klik kanan pada perisian tersebut dan pilih “Add to archive…“.


3. Langkah ketiga pula akan keluarnya satu kotak seperti gambar di bawah. Pada anak panah yang pertama itu adalah menunjukkan pada “Browse…“. Di situ adalah untuk lokasi fail yang sudah displitkan nanti. Pada anak panah yang kedua, “Split to volumes, bytes” adalah untuk saiz fail yang anda ingin split. Seperti saya, saya meletakkan 20MB untuk satu part. Kerana perisian Free Studio itu adalah bersaiz 64MB.

*untuk meletakkan saiz split, ianya memang seperti paparan di bawah ini. Ianya 20MB tetapi hanya perlu meletakkan 20m sahaja. Tidak perlu huruf “B”. Itu sebagai syaratnya, hukhuk! Kalau tidak, memang tak menjadi. Setelah itu tekan “OK”. Yang lain-lain tidak perlu ubah.


4. Setelah anda tekan “OK“, akan keluar satu kotak ini pula yang menunjukkan bahawa ianya sedang diproses untuk split files. Hanya perlu menunggu. Sekiranya fail yang anda ingin splitkan itu bersaiz besar, lamalah prosesnya.


5. Okay, sudah siap proses, akan munculnya fail-fail yang sudah displitkan tadi seperti gambar rajah di bawah ini.

Ok, mudahkan? Huhu, semuanya memang mudah sekiranya kita belajar. Kalau tak belajar, macam mana kita nak tahu. Ok, anda tak ada perisian winrar? Hmm, sebenarnya anda boleh cari sendiri di internet dan paling mudah cari di google.com. Tapi kebanyakannya adalah trial, kerana perisian winrar ini berbayar. Bukan percuma ya, hekhek! Tapi dengan OMG! Hackers? adalah percuma sahaja. Waaaahhhh!! Untungnya anda sebagai pembaca blog OMG! Hackers?.
Okay, sesiapa yang tidak ada lagi perisian winrar ini. Boleh muat turun di sini: http://www.mediafire.com/?d5fhekg5qovsvh1
*maaf tentang tajuk fail itu, saya sengaja letak tajuk seperti itu adalah untuk mengelakkan dari dibuang oleh pekerja Mediafire. Hukhuk!
Saya sempat download perisian ini dari entri abang Arya Putra yang sudah sekian lama dulu. Entrinya di sini: https://www.omghackers.com/2011/07/winrar-401-full-crack.html
Tapi, perisian itu sudah pun dibuang oleh pihak Mediafire kerana…. (tanya dia sendiri kenapa!!).
Ok, itu saja tutorial saya kali ini. Semoga anda belajar untuk jadi pandai. Huhuhu (^^,)/

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Berkenalan Dengan cPanel (2freehosting) [Bah. 1]

1

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Bila baca penulisan/karangan Rakyat Siber je mesti cerita tentang 2freehosting. Bosan betul lah. Adakah anda berprasangka sedemikian rupa? Jika ya harap dimaafkan. Untuk pengetahuan semua wa bukanlah seorang wakil/perantara/anasir/agen mahupun ejen bagi 2freehosting.

Setiap web hosting ada panel kawalan (control panel) sendiri. Contohnya, cPanel,Direct2Admin,Plesk dan lain-lain. (Untuk baca huraiannya sila klik disini,tahniah untuk Wazy84). 2freehosting menggunakan cPanel. cPanel terbahagi kepada dua. cPanel X atau nama lainnya cPanel 11 dan yang kedua diberi nama cPanel Free Web Hosting atau cPanel Ciplak (wa main pakai letak je nama ni) cPanel X banyak digunakan oleh ‘web hosting’ yang berbayar. Tetapi,berbeza pula untuk untuk cPanel Ciplak ini panel kawalan ini banyak digunakan oleh web hosting percuma mungkin kerana tiada kos sewaan daripada pihak cPanel Incorporated. (Mohon yang lebih mengetahui tampil kehadapan). Kelebihan cPanel X daripada cPanel Ciplak adalah fungsi tambahan yang diberikan. Anda boleh semak tentang ciri-ciri cPanel X di laman rasmi mereka melalui Live Demo disini. Untuk cPanel Ciplak anda kunjungilah laman 2freehosting.com.

Cukup pengenalan tentang cpanel disitu kita pergi ke ciri-ciri atau perkhidmatan apa yang ditawarkan oleh cPanel 2freehosting. Untuk log masuk ke cPanel 2freehosting anda boleh kunjungi alamat ini: cpanel.2freehosting.com.

Lihat pada bahagian Accounts.
Tiada apa untuk dihuraikan dengan mendalam disini. Hanya ada:-

  • Details: Menerangkan apa yang anda perlukan untuk membuat website/blog.
  • Getting Started: Anda perlu kenal dengan perkara asas seperti memuat sesuatu fail ke ‘hosting’ dan sebagainya supaya selepas ini anda tidak membazir masa menanyakan tentang hal tak penting. Jika anda ingin menanyakan tentang masalah hosting anda. Klik pada Help Desk dan Open Ticket pertanyaan.
  • Change Password,Facebook,Twitter,Donate Us dan Youtube anda memahaminya.
  • Upgrade To Premium!: Kerjasama dengan Hostgator.com. Selesai bahagian Accounts. 

Kita ke bahagian Emails pula.
E-Mail. Siapa yang tidak kenal akan e-mail. Orang yang tidak pernah gunakan kemudahan internet pun tahu akan e-mail. Inikan pula rakyat siber seperti anda. Ciri pertama pada bahagian e-mail.

  • Manage Emails: Pada bahagian ini anda dapat bina e-mail sebanyak 10. Cth:- admin@omghackers.com dan sebagainya. Sub-domain e-mail anda bergantung kepada url website anda. Anda juga boleh menyemak e-mail anda dengan klik Webmail. Atau anda boleh masuk ke alamat webmail.2freehosting.com 
  • Manage Forwarders: Kegunaannya adalah untuk menjadi perantara antara dua e-mail. Contohnya,anda mempunyai dua e-mail. Anda jarang buka e-mail pada hosting/webmail ini (admin@omghackers.com) jadi anda menggunakan fungsi ‘manage forwarders’ ini untuk menyalurkan sebarang email yang masuk ke admin@omghackers.com untuk dihantarkan ke gmail,yahoo mail mahupun outlook.com.
  • Edit MX Record: Jangan tanya wa. Wa pun masih mencari lagi kegunaan MX Record ni. Tapi lu boleh baca disini dan disini.
  • Webmail: Macam yang wa terangkan tadi pada Manage Email. Anda boleh semak sebarang e-mail yang masuk melalui dua penyedia RoundCube dan SquirrelMail. Jika anda mahukan kecepatan mengakses gunakanlah SquirrelMail tapi jika anda mahukan kecantikan gunakanlah RoundCube. Fungsi dua-dua penyedia pun sama. Sent,Read dan sebagainya.
  • Mail Service Control: Kawalan sekuriti e-mail dan sebagainya 
Abaikan entri ini jika tak memberi manfaat kepada anda. 
Sekian,Assalamualaikum. 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

‘Hosting’ Percuma Terbaik Di Muka Bumi.

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Anda seorang yang berminat untuk memulakan perniagaan secara atas talian di alam maya? Anda seorang penulis di alam maya? Anda mahu jadi seorang blogger yang mahu mengatur semuanya secara sendiri? Anda mahu berjinak dengan dunia ‘hosting’? Atau anda mahu mengenali dengan lebih dekat tentang WordPress.org atau Joomla.org? Anda mungkin memerlukan ‘web/blog hosting’. 

2freehosting.com adalah penyedia ‘web hosting’ yang wa maksudkan. Baru-baru ini 2freehosting telah mengisytiharkan tentang peningkatan beberapa ciri-ciri seperti peningkatan ruang penyimpanan,kouta jalur lebar (bandwidth) dan beberapa lagi ciri tambahan yang lain yang akan dimaklumkan selepas ini.

Wa memang sudah kenal dengan 2freehosting ni sejak azali lagi. Lama tak lama,baru tak baru. Dari segi servis pelanggan memang bagus 2 atau 3 hari maklum balas dari pihak penyedia akan dapat (maklumlah barang percuma). Kalau bertuah,dalam hari yang sama pun anda boleh dapat. Untuk makluman anda yang baru kenal atau mahu mengenali bahawa 2freehosting dengan 1freehosting adalah dari kumpulan organisasi/syarikat yang berlainan.

Masa wa berkenalan dengan WordPress.org,’hosting’ ini yang wa gunakan. Cukup sampai disini kita lanjutkan dengan peningkatan/pertambahan ciri-ciri terbaru daripada 2freehosting.

Ciri-ciri tambahan 2freehosting:-
1. Ruang penyimpanan telah ditambah daripada 10 GB ke 20GB. Semakin besar ruang untuk anda merangka penulisan.
2. Pemindahan data (jalur lebar) telah ditambah sebanyak 50 GB daripada 100 GB. Maknanya berapa? Orang OMG! Hackers? bijak belaka.
3. Peti surat alam maya (e-mail) telah ditingkatkan kepada 10. Sebelum ini 5 je. Buatlah cth:-adminstrator@omghackers.com,webmasters@omghackers.com atau kuanterpertanyaan@omghackers.com.
4. Akaun FTP pun ditingkatkan dari 5 ke 10.
5. Simpanan data MySQL pun telah ditingkatkan dari 5 ke 10.
6. Ruang simpanan e-mail pun telah ditingkatkan dari 50 MB ke 100 MB.
7.  Satu sub-domain baru .3eeweb.com dan empat sub-domain lama.

Berminat. Kunjungi laman yang tertera di atas dan disini.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Untuk Convert Dari FAT32 ke NTFS

1

Hello, selamat kembali lagi bersama saya untuk tutorial pada kali ini. Ok, kali ini saya ingin menunjukkan cara untuk convert file system pada drive hard disk anda. Ok, sebenarnya apakah itu FAT32 dan NTFS? Ok, ianya adalah fail dalam drive anda. Erm, lebih kurang macam format gambar juga seperti .jpg, .png, .gif dan macam-macam lagi.

Ok, apa pula perbezaan FAT32 dengan NTFS? Untuk mudah difahamkan FAT32 ini tidak boleh copy banyak-banyak atau pun tak boleh transfer fail yang besar-besar melebihi 3GB lebih. Jika anda transfer fail yang melebihi 3GB pada FAT32, akan keluar errorlah. Jadi, untuk membolehkan transfer fail yang besar-besar melebihi 3GB, haruslah gunakan NTFS file system.

Untuk jadikan NTFS dari FAT32, kita kena covert dululah file systemnya dengan hanya menggunakan command prompt(CMD). Sangat mudah. Ok, gambar rajah di bawah ini adalah drive hard disk saya yang masih lagi menggunakan file system FAT32.


1. Langkah pertama kita memerlukan CMD. Anda boleh pergi ke Start > Run > Taip CMD. Ianya akan memaparkan kotak hitam. Dan anda perlu menaipkan command di CMD itu seperti yang tertera dalam gambar di bawah. Kemudian Enter.

Commandnya ialah: convert f: /fs:ntfs


2. Setelah Enter, akan keluar paparan seperti dalam gambar rajah di bawah ini. Di situ anda perlu meletakkan nama drive hard disk anda. Seperti saya, nama drive saya adalah TOGI DISK. Ok, sekiranya drive anda tidak mempunyai nama, ianya seperti Local Disk sahaja, paparan di bawah tidak akan muncul dan anda hanya perlu taipkan huruf “Y” sahaja setelah melepasi langkah yang pertama di atas. Kemudian tekan Enter.


3. Setelah itu, kelaur pula seperti gambar di bawah ini. Ianya akan proses yang mengambil masa juga. Sekiranya drive hard disk anda itu bersaiz besar sehingga mencecah Gigabyte, lamalah prosesnya. Anda hanya perlu menunggunya sehingga ia mengatakan conversion complete seperti paparan di bawah.


4. Ok, selesai. Anda boleh tutup(close) CMD itu dan lihat drive hard disk anda. Ianya sudah ditukarkan kepada file system NTFS seperti gambar rajah di bawah ini.

Ya, memang mudah sekali. Dengan menggunakan CMD sahaja anda boleh buat sendiri, tak perlu hantar kedai. Okay, mungkin ada yang tertanya-tanya. Adakah fail dalam hard disk akan hilang bila sudah convert dari FAT32 ke NTFS. Jawapannya tidak. Tak akan hilang satu pun setelah anda convert, tidak perlu risau.
Ok, kepada anda yang mungkin ada masalah tak boleh transfer fail besar-besar, lihat anda punya file system tu adakah ianya FAT32 atau pun NTFS. Okay, sampai di sini saja tutorial pada kali ini dan mencuba-cubalah. (^^, )/

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Untuk Backup Bookmarks Firefox

0

Hai, selamat berjumpa semula dengan saya hari ini. Ok, kali ini saya buat tutorial lagi dalam blog ini dengan tajuk bagaimana untuk backup bookmarks Firefox. Mungkin satu hari nanti firefox anda rosak atau PC anda rosak, tiba-tiba bookmarks anda hilang macam tu saja. Takut hilang, kita kena backup dulu. Mudah saja, ok. :_)

1. Langkah pertama anda masuk browse Mozilla Firefox anda. Kemudian pilih “Bookmarks” yang berada di atas menu Firefox itu. Dan masuk ke “Show All Bookmarks“. Sekiranya anda guna windows XP, pilih “Organize Bookmarks…“.


2. Ok, setelah itu akan keluar satu popup seperti gambar di bawah ini iaitu Libary. Dan pilih “Import and Backup“. Kemudian di situ keluar senarai ke bawah dan pilih “Backup…“.

*untuk pengetahuan, di sini ada dua pilihan untuk menyimpan fail backup. Iaitu fail .JSON dan fail .HTML. Sekiranya anda pilih “Backup…” seperti paparan di bawah ini, fail tersebut berformatkan .JSON. Sekiranya anda memilih “Export Bookmarks to HTML…” ianya disimpan sebagai fail .HTML. Tapi keduanya sama sahaja, cuma ingin perbezaan jenis fail sahaja. Tak kisah. ^^, Untuk tutorial ini, saya pilih “Backup…”.
3. Ok, satu lagi popup akan keluar seperti gambar bawah ini untuk simpan fail backup anda. Tak kisah anda ingin simpan di mana yang boleh anda ingat. Dan tekan “Save“.


4. Setelah anda save, fail tersebut berbentuk seperti inilah. Macam kosong, kan? Tapi memang macam ini sahaja. (^^,) Sebab ianya format .JSON. Kalau anda pilih “Export Bookmarks to HTML…” tadi, failnya berlainan. Yang penting isi dalamnya sama. (^^,)/


Ok, di sini sudah selesainya untuk backup bookmarks Firefox anda. Dan satu hari tu tiba-tiba Firefox anda rosak, crash apa semua tu. Arrggghhh!! Anda sudah risau dengan bookmarks yang beribu anda simpan itu. Ok, anda pun pasang(install) semula browse Mozilla Firefox. Firefox anda pun masih baru dan kelihatan kosong tiada bookmarks. Tapi dengan adanya fail bookmarks anda yang anda backup tadi, anda boleh pasang kembali ke Firefox baru anda itu. Caranya sama sahaja.

5. Seperti biasa, pergi ke menu atas Firefox untuk memilih “Bookmarks” seperti di langkah 1 tadi. Setelah ke Libary, anda pilih “Restore” dan akan keluar senarai di tepi dan pilih “Choose File…“. Sekiranya anda memilih “Export Bookmarks to HTML…” semasa backup tadi, untuk langkah ini anda pilih “Import Bookmarks from HTML…” untuk memasang kembali ke Firefox anda.

6. Kemudian keluar satu popup lagi seperti gambar di bawah ini untuk mencari fail bookmarks anda dimana anda simpan semasa melakukan backup tadi. Kemudian tekan “Open“.


7. Setelah tekan Open, keluar satu popup seperti gambar rajah di bawah dan tekan “OK“.

Selesai. (^_^ )/
Mudah bukan? Ok, apa-apa pun anda selalulah backup anda punya bookmarks kerana mungkin anda sudah ada banyak sangat simpan, mungkin beribu-ribu bookmarks sudah anda simpan. Jadinya sebelum crash kata orang tu, sudah ada persediaan. Ok, selamat mencuba! ^_^

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Bagaimana Untuk Membuat Partition Di Windows 7

2

Hai kepada pembaca blog OMGHackers?. Selamat bertemu kita kali pertamanya anda dengan saya (penulis baru). Sebenarnya saya telah dijemput lama untuk menjadi penulis di dalam blog ini tetapi baru sekarang saya hadir dengan sebab yang tertentu (maaf abang Mr.Hack), huhu. (^^,)/

Ok, ini adalah tutorial saya yang pertama dalam blog ini. Dalam tutorial ini saya ingin menunjukkan bagaimana untuk membuat partition di Windows 7 anda dengan tanpa menggunakan perisian(software). Ianya memang tak perlu menggunakan perisian, memang sudah mempunyai tetapan(settings) di Windows 7. Ok, sebelum ini sudah ada tutorial tentang Cara Hide/Unhide Partition D yang ditulis oleh Luqman Man. Caranya lebih kurang sama sahaja, tetapi ini untuk menambah Hard Drive di Windows 7 anda.

Ok, mari kita teruskan dengan tutorial:

1. Klik kanan di “Computer” dan pilih “Manage“.

2. Akan keluar satu kotak seperti di bawah dan masuk di bahagian “Storage” dan pilih “Disk Management“.

3. Klik kanan pada “drive C” dan pilih “Shrink volume…“.

4. Setelah itu akan keluar satu popup seperti ini, ianya memakan masa juga. Sekiranya komputer anda laju, lajulah masa menunggu untuk dibaca. Sekiranya perlahan komputer anda, harap bawa bersabarlah. ^^,
5. Ok, setelah lama menunggu, akan keluar kotak seperti di bawah ini. Di “Total size before shrink in MB” itu adalah ruangan hard disk komputer anda. Ok, tapi yang penting lihat di “Enter the amount of space to shrink in MB“. Di situ adalah ruangan yang anda inginkan untuk drive baru anda nanti. Letak seberapa banyak pun boleh, tapi di situ dibaca dalam MB sahaja, kalau anda ingin drive baru bersaiz 1GB, anda letaklah 1000 di situ.
Tapi sekiranya makin besar anda letakkan saiz drive itu, makin lamalah prosesnya untuk ditunggu. Kalau sikit, sekejap saja.
6. Ok, setelah Shrink, jadinya seperti inilah paparannya (kotak kecil warna hitam). Di sini saya membuat 10MB sahaja untuk tutorial.
Ok, kemudian anda klik kanan pada kotak drive baru itu dan pilih “New Simple Volume…“.

7. Kemudian keluar satu kotak yang mengatakan “Welcome to the New Simple Volume Wizard” dan tekan saja next sehinggalah sampai ke sini (seperti paparan di bawah ini).

Ok, anda boleh pilih huruf apa-apa sahaja untuk drive baru anda. Kemudian tekan Next.
8. Di sini anda letakkan nama drive baru anda di ruangan yang disediakan itu (Volume label:). Kemudian tekan Next.
9. Ok, sekarang partition anda telah diaktifkan iaitu akan diberitahu di situ “Healthy“. Bermakna sudah aktiflah drive anda. Huhuhu..
10. Kini anda boleh semak di dalam Computer anda sudah terciptanya drive baru anda. Bolehlah simpan apa-apa fail yang peribadi dan sebagainya.
Selamat mencuba. Tak faham boleh tanya. (^^,)/

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

[FREE GIFT] Wallpaper Hari Raya

0
Assalamualaikum rakan-rakan dan taulan serta sahabat handai dan sahabat pena (author OMG! HACKERS?)
Saya Angelezo selaku pengepost software ingin mengongsi beberapa wallpaper bertemakan Hari Raya Aidilfitri yang menarik dari Event di Forum Rileks Community. Hasil karya adalah 100% asli. Software apa diorang pakai? Yang dapat dikenal pasti ialah idea, tangan, photoshop, ilustrator dan lain-lain software graphic..

Mesti ramai yang tertanya-tanya apakah itu Forum Rileks Community? (Untuk yang belum tahu hehe)
Meh saya berikan sedikit info.

Rileks Community adalah satu forum komuniti yang telah dibawakan oleh Rileks Network. Forum ini membawa pelbagai kelainan yang anda tidak akan alami di komuniti yang lain. Selain itu kami juga menyediakan Image Hosting, RcFM Radio, RC Mall, Zone Manga, Zone Game dan pelbagai kemudahan lain yang akan dibawa untuk anda. Tujuan kami adalah untuk menyediakan satu komuniti untuk rakyat Malaysia berkumpul dan bersantai bersama rakan-rakan yang lain disamping meningkatkan pengetahuan melalui sistem yang kami sediakan dan yang terbaru forum ini 90% telah bekerjasama dengan Team Hanna.org untuk mendapatkan movie-movie terkini dari blog mereka.

Ok seperti yang anda baca..forum ini ada menyediakan Radio Online iaitu RcFM.  Untuk pengetahuan anda, radio ini boleh diletakkan di blog anda semua dengan tiada sebarang bayaran diperlukan. Jika anda berminat untuk dapatkan radio ini dan diletakkan di blog masing-masing boleh la klik di sini >> Get RcFM.

Download Wallpaper Aidilfitri|Mediafire
Download Wallpaper Aidilfitri|Rapidgator

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Autorun Virus Remover v3.2 Full Keygen

0
Autorun Virus Remover v3.2 Full Keygen
Salam pembaca OMG Hackers yang dihormati. Kali nie saya nak share dengan anda-anda semua sebuah antivirus (opss Anti Virus ke?) Yups iainya memang boleh digelar anti virus tapi bukan semua jenis virus tau. Ia hanya detect virus-virus autorun/.inf sahaja yang tidak dapat didetect oleh AV yang lain. Lebih info? baca bawah nie. =)
Buang virus Autorun & Autorun.inf Mudah dan Kemas 
  

Adakah antivirus anda tidak boleh membuang virus autorun & autorun.inf dalam sistem anda atau peranti storan USB sepenuhnya? Atau pun mereka tidak boleh mengesan virus? 
Autorun & autorun.inf virus merupakan jenis baru virus / trojan, kebanyakan produk antivirus biasa seperti Kaspersky, NOD32, Avast, AVG boleh lakukan sedikit tentang jenis ini virus / trojan. 
Autorun Virus Remover menggunakan teknologi proaktif untuk selama-lamanya membuang virus autorun & autorun.inf, ia juga boleh menyekat mana-mana virus autorun / autorun.inf yang cuba untuk menjangkiti sistem melalui pemacu USB (pendrive, cakera keras luaran, iPod, dll). Apa yang anda perlu lakukan adalah hanya mengklik butang imbasan daripada Autorun Virus Remover. 
Ciri-ciri 
100% perlindungan terhadap mana-mana program berniat jahat melalui storan USB.Autorun Virus Remover 3.2 Build 0818 menggunakan teknologi proaktif yang inovatif untuk menghalang ancaman melalui pemacu USB. 
Penyelesaian terbaik untuk melindungi komputer offline. Autorun Virus Remover 3.2 Build 0818 menggunakan teknik pengesanan proaktif, tidak memerlukan kemaskini tandatangan, dan menutup tetingkap kelemahan kiri terbuka oleh reaktif lain, tindak balas berasaskan tandatangan. 
Perisian antivirus terpantas dan terkecil di dunia. Dengan Autorun Virus Remover 3.2 Build 0818, ia tidak perlu untuk mengorbankan kelajuan untuk pengesanan dan pengimbasan, dan merupakan salah satu aplikasi antivirus terkecil. 
100% serasi dengan semua perisian. Ketidakserasian antara program antivirus adalah satu isu. Dalam kebanyakan kes, memasang dua program antivirus daripada vendor yang berlainan pada satu mesin (untuk perlindungan meningkat) adalah teknikal mustahil, kerana kedua-dua program ini akan mengganggu fungsi setiap. Walau bagaimanapun, Autorun Virus Remover 3.2 Build 0818 adalah 100% serasi dengan semua perisian, termasuk Windows Vista.

Download Here

Views: 1

Iklan Newspaper Inline