Home Blog Page 226

Kamen Rider Wizard Episode 4 Download

0

Apakah cabaran baru yang bakal dihadapi oleh Kamen Rider Wizard dalam episod kali ini? Mari kita sama-sama saksikan.

Download : Kamen Rider Wizard Episode 4 SD



Mr.Hac/Dr.Freddy : Pantang kalah, Bangun bila jatuh, Kalau patah sayap bertongkatkan paruh.

Thanks to Overtime!

Menggunakan VPN FreeUploads Pada Linux

0

Saya merupakan peminat nombor satu OpenVPN. Mana-mana servis VPN yang menggunakan protokol ini akan saya cari, saya tangkap, saya pancung, saya… eh.. apa hal jadi macam Pak Engku ‘Perangi Sihir’ pulak ni..

Ok. Ini termasuklah servis VPN dari laman FreeUploads (freeuploads.fr). Servisnya menggunakan kaedah OpenVPN dan untuk pelan percuma, anda akan diberikan dengan IP dari Perancis. Pada waktu dan ketika ini, saya sedang menggunakan VPN ini pada sistem operasi Linux, iaitu elementary OS Luna. Saya suka dengan servis ini kerana selain percuma, ia tidak mengehadkan jumlah bandwidth yang anda boleh gunakan (unlimited).

Berikut adalah paparan dari laman What Is My IP Address?, yang saya gunakan untuk memeriksa status alamat IP setelah sambungan internet berjaya dihubungkan kepada servis ini:

Kaedah menggunakannya pula tidaklah susah. Saya pernah menulis entri mengenai cara menggunakan OpenVPN pada Linux (khususnya Ubuntu serta derivatifnya), dan meskipun entri itu telah lama, tetapi ia masih lagi berfungsi seperti mana lazimnya.

Anda boleh ikuti kaedah menggunakan OpenVPN pada pautan ini : OpenVPN GUI Untuk Ubuntu : Kaedah Membuat Tetapan

Secara amnya, anda perlu mendaftar di FreeUploads dan muat turun fail yang diperlukan untuk tetapan OpenVPN.

Langkah seterusnya adalah sama seperti tutorial yang telah saya tuliskan. Setelah anda berjaya disambungkan/dihubungkan kepada servis ini, anda boleh semak alamat IP anda di Apakah IP Saya?.




Happy surfing!

SecurityKISS Tunnel Jadeite 3 Bulan Free

0

Assalamualaikum para pelawat OMG!!hackers..dengar ja SecurityKiss ingat VPN free..Vpn securityKiss ada yang free ada yang premium…

Apa ciri-ciri securityKiss premuim:

With SecurityKISS Tunnel Jadeite, you can:
#Watch US/UK TV abroad..
#Bypass censorship..
#Unblock Skype..
#Access online games..
#Hide your IP address..
#Protect your identity..
#Secure WiFi connection..
#Stay safe during travel..

Macam mana SecurityKISS berfungsi..

Giveaway:
Mula kita pergi ke laman promosi..tapi kena register dulu baru dapat tengok link..HERE

P/S:This giveaway will end Sept 23rd 2012 at 24:00 GMT(cepat-cepat la,sebelum anda menyesal)

IDrive Sync: Cloud Storage.

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya sudah lama wa tinggalkan laman ini dan tak dikemaskini dengan entri baharu. (cakap seperti laman kepunyaan sendiri). Tapi hari ini wa tampil memperkenalkan kepada anda semua satu lagi cloud storage atau media penyimpanan atas awan. Sebab apa atas awan? Kerana anda tidak memerlukan ciri-ciri fizikal seperti Universal Serial Bus (bukan bas sekolah) tetapi USB seperti thumdrive,external hard disk. Fail anda takkan hilang apabila anda menyimpan pada cloud storage kerana segala fail anda disimpan di awan. Awan takkan hilang biarpun hujan dan terik matahari. Masakan pula,fail anda boleh hilang apabila anda simpan pada awan. Hujan,panas,sejuk mahupun bunga. Itulah empat musim dimana menunjukkan awan sentiasa ada. Itulah gambaran mengenai cloud storage.

IDrive Sync merupakan satu laman yang membekalkan servis penyimpanan fail atas awan atau di alam maya. Tujuannya adalah untuk membantu anda apabila anda berada dalam masalah. Tiada apa yang dapat dirungkai kerana segalanya sudah terdapat pada laman IDrive Sync itu sendiri. Bagi anda pengguna internet berkelajuan tinggi mungkin tiada masalah dengan IDrive Sync ini kerana IDrive Sync tak menyokong Download Accelerator seperti Internet Download Manager. Makna kata,anda memuat turun masih mendapat kelajuan juga. Tapi jika anda pengguna internet berkelajuan rendah. Mungkin sukar bagi anda untuk memuat turun fail yang anda simpan pada cloud storage kepunyaan IDrive Sync ini. Tak support resume dan hanya satu mirror/channel apabila menggunakan IDM. Huh! penuh cabaran. Tapi yang pasti server mereka adalah stabil. Tanpa membuang masa eloklah rasanya kita pergi kepada ciri-ciri media penyimpanan awan IDrive Sync. Sebelum melangkah ke ciri-ciri servis mereka anda diberikan 10GB media penyimpanan awan tapi Limited Time atau masa yang terhad. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendaftar secepat mungkin sebelum terlambat. Harap maklum.

Sebelum itu,ciri-ciri ini tidak akan dirungkai dengan lebih dalam. Anda perlu kunjungi laman mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Klik disini untuk features dan disini untuk Faq (frequently ask question) Segalanya ada pada pautan ini.

Ciri pertama. Integrasi (integration/intergrate) atau berkompromi dengan Facebook. Nak cepat menggunakan servis mereka inilah jalannya.

Ciri kedua. Menyokong banyak sistem operasi. Windows dan Mac tapi bukan Linux.

Ciri ketiga. Sekuriti atau keselamatan fail dijaga dengan baik. Pada tahap berapa sekuriti itu? Tidak dimaklumkan pula. Mungkin 128-bit,256-bit ataupun 512-bit.

Ciri keempat. Auto sync. Fail yang dimasukkan ke dalam folder IDrive Sync akan terus di muat naik ke laman mereka. Muat turun perisian mereka pada laman mereka untuk memudahkan urusan anda. Lihat perbezaan pada gambar. Yang berwarna biru proses muat naik sedang berlaku. Yang berwarna hijau pula,telah selesai proses muat naik ke awan.

Selamat mencuba. Kunjungi laman IDrive Sync disini.
Anda boleh mencuba memuat turun fail yang telah dimuat naik oleh wa sendiri disini.
Sebarang pembaharuan/penambahan ada diruangan komen. Sila rujuk.
Sekian,Assalamualaikum.

[ Tutorial ] Penyelesaian Masalah Graphic Card ATI

0

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia

Maaf saya nak guna bahasa ampa dan kami di sini,
harap tidak jadi masalah 🙂

Ampa semua apa khabar?
harap sihat2 na?
kami lama tak post kan?
tak sempat nak cari bahan dan post untuk ampa semua

Alhamdulillah, kami dah selesai bertarung ( peperiksaan ) akhir,
dan dapat cuti selama 1 bulan 🙂

Eh, lari teruk topik, hohoho

Entri kami kali ni tentang masalah graphic card ATI yang tak serasi dengan Windows Vista atau 7.
Memang kita download guna Windows Update, masalah selesai.
TETAPI, ha ada tetapinya.
Kita nak setting graphic tu high perfomence or high quality ka tak boleh dan ” installControl Panel ATI tu kadang2 tak boleh.

Program ni boleh guna pada Windows XP, Vista, 7 dan 8 ( kami ternampak dalam forum depa ada keluarkan topik pasal Windows 8 xD )

Jadi ini penyelesaiannya.
BTW, software ini hak milik DriverHeaven.

Mula2, muat-turun program ni
Mobility Modder 

Lepas tu sila download ini pula
MSXML 6.0 ( tujuan install benda ni supaya mod tool tu running dengan lancarnya haa )

Marah ke download lagi? hehehe
kami janji ni last download. 
Driver Heaven Downloads ( tutorial ini untuk ” Graphic CardATI sahaja xD )

P/s : ampa download yang ATI tau, kami cadangkan yang latest 🙂

Ok, sekarang ampa duduk elok2 depan ” lappy ” tu,
ikut langkah2 ni.

Langkah 1

  1. Sila install MSXML 6.0. Sekejap saja install 🙂

Langkah 2

  1. Pastikan ampa tutup UAC ( User Account Control ) kemudian restart. Supaya mod tools ini berjalan dengan lancar. Tak tahu? Mari kami tunjukkan, 

Buka User Accounts, akan ada ni kan? klik yang kami tanda bulat tu ( eh bulat ka? -_- )

 Klik untuk kejelasan pemandangan xD

 P/s : ini screenshot untuk Windows 7 ( cewi boleh pakai Windows 7 kat laptop ” old school ” xD )

 Klik untuk kejelasan pemandangan xD

 Ini pula pada Windows Vista. Klik ” Turn User Account Control on or off “

Kemudian akan ada macam ni kan?
Screenshot di bawah ini untuk Windows 7


Klik untuk kejelasan pemandangan xD

Tarik bar tu turun bawah sekali ” Never notify ” untuk Windows 7,

Jika Windows Vista pula, untick ” Use User Account Contorl ( UAC ) to help protect your computer


Klik untuk kejelasan pemandangan xD

Langkah 3

Ampa kena install yang ampa download tadi tu.
ATI Catalyst 8.12 < kami punya 64-bit, jangan silap download dan install. hehehe
Sudah saja dia extract, ampa tekan cancel. Kita nak file dia sahaja xD

Ini contohnya

 Klik untuk kejelasan pemandangan xD

P/s : keluar macam tu cancel saja 😛 ( jangan bebai kata penat2 tunggu -_- )

Langkah 4

  1. Install Mobility Modder tu, ( akan ada shortcut kat desktop ampa ), buka program tu.
  2. Sila cari driver yang dah extract tadi. Contoh kami punya ” C:ATISUPPORT8-12_vista64_dd_ccc_wdm_enu_72276 “. 
  3. Kemudian tekan lah Modify tu. Tunggu sampai keluar countdown close. Jika cepat, cepat lah, jika lama, lama lah xD

Ini contoh screenshot kami xD

Klik untuk kejelasan pemandangan xD

 P/s : pastikan ampa punya tu sama macam kami tau. yang check2 tu.

Siap saja mod tu, kena folder driver yang dah diextract dan dimodkan tu.
klik Setup. Install macam biasa.

ADD : Jika naik warning tengah proses install tu just install sahaja, tiada masalah 🙂 ( tak silap kami, ampa tekan pilihan kedua. sebab yang atas tu ignore kot. maaf kami lupa T.T )

JANGAN LUPA REBOOT TAU!!! dan Selamat main game dengan sedapnya xD

Ini contoh kami punya.


Klik untuk kejelasan pemandangan xD

Sebenarnya kami dah cuba kat Windows Vista, main game boleh cun sebab setting ” High Perfomence “, teringin Windows 7 tu yang kami upgrade. Alhamdulillah, setting2 sikit kat BIOS berjaya upgrade ke Windows 7 Ultimate 64-bit ( kami pakai x64 sebab nanti nak upgrade ram xD ). Laptop kami HP Compaq nx6330. Ampa boleh pi check, ” old school ” punya, website rasmi HP mana ada driver untuk Windows 7, Vista ada, tapi jenis lain -_-

Ok lah, setakat di sini kami menaip,
InsyaAllah panjang umur, kita berjumpa lagi.
Selamat mencuba 🙂

P/s : sapa yang dah tau tu buat2 taktau na? xD

Sumber program di atas
Mobility Modder

Nota : Kami hanya penulis yang biasa, jika ada salah dan silap harap dimaafkan.

Saksikan perlumbaan di antara ATI dengan NVIDIA

 
 

 Peace :3

# ayah kami tegor post entri time2 ni xD

Internet Dowload Manager 6.12 BETA Build 17 with Patch (Fix YouTube Error)

0

Salam semua…ok kali nie IDM mengeluarkan satu versi BETA yang saya rasa semua orang patut update walaupun BETA (saya pun tak suka barang-barang BETA nie. Tapi TERPAKSA..)

 Kenapa?

Screenshot sponsor by Husni Ahmad ^_^

Disebabkan error diatas yang menyebabkan kita kena update IDM ke versi yang terbaru. Kerana saya sudah membuat test pada version build 10 untuk youtube tidak support firefox dan chrome dan pada versi yang stable iaitu version build 15 tidak support pada chrome sahaja. Dan kini yang version beta build 17 telah memperbaiknya.

Lihat nie (Sumber) :-

What’s new in version 6.12 Beta Build 17

(Released: Sep 14, 2012)
  • Fixed an erroneous interception of video from
    web-players in Google Chrome browser. After IDM update you will need to
    restart Google Chrome and agree with the installation of “IDM
    Integration” extension.

    Patch
    Dan lagi satu di dalam folder saya sertakan PATCH yang paling simple dan mudah pakai (HANYA SATU KLIK SAHAJA). Saya harap anda semua simpan la patch nie elok-elok sehingga la diberitahu supaya tukar kepada patch yang baru kelak. Sebab apa? Sebab lepas nie kalau ada update lagi dari IDM anda terus je direct tekan butang update tu. Then da abis install yang baru. Off kan IDM. Lepas tu klik PATCH.exe dan settel. On balik IDM tu dan anda boleh check kat Help > About IDM.

    Read More here about Internet Download Manager

Download Here


Download Patch Only Here

Patch|Mediafire

Note:-
if Mediafire link is dead..Please try another link 
Because Mediafire already connect with DMCA.  
If any problems please report to:
Facebook: Angelezo
Or leave a comment

Kamen Rider Wizard Episode 3 Download

0

Dalam episod kali ini kita dipertontonkan dengan kelincahan Kamen Rider Wizard, bersama cincin baru elemen cahaya.
Sumber

Muat Turun : Kamen Rider Wizard Episode 3 SD

Mr.Hac/Dr. Freddy : Belum khatam ngaji lagak mahir mahu tafsir. Duniaku haru-biru usah tipu duniamu juga begitu. Yang bertanjak berperang, yang berserban berdendang, yang bersongkok telanjang. 3 warna berserak, yang serumpun nak bergolak. Tanahku pijak berbau hanyir, munafik dijulang sampai ke akhir.

AntiCrash v3.6.1 with Serial Key

0

Salam semua…seperti biasalah sebagai pengepost software…saya tak kan share kalau software nie tak best…

Nama diberi adalah AntiCrash. Ni rupa dia :-

Kegunaan dia?

Seperti nama dialah anticrash…iainya dapat membaiki segala crash-crash program atau “hang” dan error yang sering muncul di pc anda dengan SATU KLIK. Ianya dapat membantu anda sehingga 95.8% dalam menangani masalah-masalah tersebut. Iainya juga dapat menangani Blue Screen Of Death (BSOD).

Dan yang menarik minat saya iainya jika ada program yang sedang dilanda masalah “hang” sedang crash. Anda boleh gunakan je tool nie. Maka masalah anda akan selesai.

Nie ada lah contoh Test AntiCrash (Program Tengah Hang)

 
 
 

Akhir kata dari saya SELAMAT MENCUBA.

AireTalk : Aplikasi Telekomunikasi Android Semua Dalam Satu

0

Kita semua sedia maklum, terutamanya bagi para pengguna Android akan aplikasi seperti WhatsApp dan LINE. Pengguna yang gemar chatting pasti tidak akan lepaskan peluang untuk memasang dan mencuba setiap satu aplikasi ini. Bagi saya, saya sendiri gemar menggunakan LINE, kerana selain ia percuma seumur hidup, ia juga mempunyai ciri ‘Sticker’, iaitu boleh dikatakan ’emoticon dalam bentuk gambar’.

Kini muncul satu lagi aplikasi baru yang diberi nama sebagai AireTalk. Seperti LINE dan WhatsApp Messenger, ia memberi kemudahan kepada pengguna untuk mengadaptasi ia sebagai alat menghantar mesej/pesanan ringkas dan panggilan suara serta panggilan video

Tetapi bukan itu sahaja ciri yang ada pada AireTalk. Anda juga boleh berkongsi fail, sama ada gambar, teks,  fail arkib berformat rar atau zip, pendek kata apa jua jenis fail, berapapun juga saiznya. Selain itu ia juga mempunyai ciri Walkie Talkie! Memang menarik kerana setakat ini, hanya AireTalk sahaja yang menawarkan ciri semua dalam satu seperti ini.

Tidak kurang dengan ciri-ciri yang menarik, anda juga boleh berkongsi lokasi di mana anda berada kepada sahabat-taulan, sanak-saudara dan keluarga. Cukup dengan GPS sebagai pengesan kedudukan dan titik koordinat anda boleh diberikan kepada sesiapa yang anda mahukan, atau sesiapa yang mahukannya.



Beberapa lagi paparan skrin AireTalk:

Anda boleh pasangkan AireTalk melalui Google Play.