Premium Link Generators (Rapidshare, Turbobit, Uploading)

Salam.

Anda mempunyai jalur lebar berkelajuan tinggi tetapi apabila berdepan dengan laman-laman perfongsian fail seperti Rapidshare, Turbobit, Uploading, Oron, 4shared, dan seumpama dengannya, anda ‘ketar lutut’ dek kelajuan yang dihadkan kerana anda tidak mempunyai akaun premium.

Sebut mengenai premium, saya memang suka muat turun. Tetapi sama seperti orang lain, saya jenis suka ‘konar’ ikut haluan lain. Kalau Rapidshare ada pelan percuma dan premium (berbayar), saya suka lalu ikut tengah. Berbayar tidak, ‘tak berbayar’ pun tidak. Sebabnya saya masih muat turun secara percuma, tetapi kelajuan muat turun seperti akaun berbayar lagaknya, bahkan boleh kata lebih laju. Heheh..

Perkara seperti ini, kalau tahu ‘buat sendiri’, tak perlu anda langgan servis berbayar pun tidak mengapa. Terpulang kepada cita rasa individu, kalau anda suka cara saya, silakan mencuba. Kalau anda lebih suka membeli akaun premium, itu adalah hak anda, wang anda, tiada siapa yang paksa.

Gambar di bawah adalah contoh, kalau untuk pemula, harap-harap dapat memberikan gambaran sedikit-sebanyak akan kaedahnya, kerana semua lebih kurang serupa belaka.

Alamat pautan dimasukkan ke dalam kotak leecher

Fail sedang dipindah muat ke dalam pelayan leecher

Fail siap dipindah muat dan sedia dimuat turun

Fail sudah pun berjaya dimuat turun

Di mana hendak cari Premium Link Generator? Ya, seperti entri-entri sebelumnya, jangan bimbang, saya akan berikan pautan yang diperlukan. Anda cuma perlu klik sahaja pautan di bawah dan nikmati kadar kelajuan maksima! Biasa lah, siapa yang suka speed trap!

Premium Link Generators | Premiumleech.com

Sedikit tips, untuk Rapidshare, saya selalu menggunakan laman berikut:

Leechplanet


Leechparty


Leechmafia

Untuk Turbobit, saya gunakan laman ini pula:

GetRipz.pl

Sedang memuat turun dengan gembira. Haha..

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 komen

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
mohd hairie

maafkan sy.. tp sy x berapa fhm tntg entri y ne. blh jlskan scr terperinci lg x..

spot_imgspot_img