IDrive Sync: Cloud Storage.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Rasanya sudah lama wa tinggalkan laman ini dan tak dikemaskini dengan entri baharu. (cakap seperti laman kepunyaan sendiri). Tapi hari ini wa tampil memperkenalkan kepada anda semua satu lagi cloud storage atau media penyimpanan atas awan. Sebab apa atas awan? Kerana anda tidak memerlukan ciri-ciri fizikal seperti Universal Serial Bus (bukan bas sekolah) tetapi USB seperti thumdrive,external hard disk. Fail anda takkan hilang apabila anda menyimpan pada cloud storage kerana segala fail anda disimpan di awan. Awan takkan hilang biarpun hujan dan terik matahari. Masakan pula,fail anda boleh hilang apabila anda simpan pada awan. Hujan,panas,sejuk mahupun bunga. Itulah empat musim dimana menunjukkan awan sentiasa ada. Itulah gambaran mengenai cloud storage.

IDrive Sync merupakan satu laman yang membekalkan servis penyimpanan fail atas awan atau di alam maya. Tujuannya adalah untuk membantu anda apabila anda berada dalam masalah. Tiada apa yang dapat dirungkai kerana segalanya sudah terdapat pada laman IDrive Sync itu sendiri. Bagi anda pengguna internet berkelajuan tinggi mungkin tiada masalah dengan IDrive Sync ini kerana IDrive Sync tak menyokong Download Accelerator seperti Internet Download Manager. Makna kata,anda memuat turun masih mendapat kelajuan juga. Tapi jika anda pengguna internet berkelajuan rendah. Mungkin sukar bagi anda untuk memuat turun fail yang anda simpan pada cloud storage kepunyaan IDrive Sync ini. Tak support resume dan hanya satu mirror/channel apabila menggunakan IDM. Huh! penuh cabaran. Tapi yang pasti server mereka adalah stabil. Tanpa membuang masa eloklah rasanya kita pergi kepada ciri-ciri media penyimpanan awan IDrive Sync. Sebelum melangkah ke ciri-ciri servis mereka anda diberikan 10GB media penyimpanan awan tapi Limited Time atau masa yang terhad. Jadi jangan lepaskan peluang untuk mendaftar secepat mungkin sebelum terlambat. Harap maklum.

Sebelum itu,ciri-ciri ini tidak akan dirungkai dengan lebih dalam. Anda perlu kunjungi laman mereka untuk mengetahui dengan lebih lanjut. Klik disini untuk features dan disini untuk Faq (frequently ask question) Segalanya ada pada pautan ini.

Ciri pertama. Integrasi (integration/intergrate) atau berkompromi dengan Facebook. Nak cepat menggunakan servis mereka inilah jalannya.

Ciri kedua. Menyokong banyak sistem operasi. Windows dan Mac tapi bukan Linux.

Ciri ketiga. Sekuriti atau keselamatan fail dijaga dengan baik. Pada tahap berapa sekuriti itu? Tidak dimaklumkan pula. Mungkin 128-bit,256-bit ataupun 512-bit.

Ciri keempat. Auto sync. Fail yang dimasukkan ke dalam folder IDrive Sync akan terus di muat naik ke laman mereka. Muat turun perisian mereka pada laman mereka untuk memudahkan urusan anda. Lihat perbezaan pada gambar. Yang berwarna biru proses muat naik sedang berlaku. Yang berwarna hijau pula,telah selesai proses muat naik ke awan.

Selamat mencuba. Kunjungi laman IDrive Sync disini.
Anda boleh mencuba memuat turun fail yang telah dimuat naik oleh wa sendiri disini.
Sebarang pembaharuan/penambahan ada diruangan komen. Sila rujuk.
Sekian,Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img