Home Blog Page 227

GIMP Magazine Isu 1 Diterbitkan : Sedia Dimuat Turun

0

Bagi pengguna sistem operasi Linux khususnya Ubuntu pasti tidak asing lagi dengan perisian ini. GIMP nama diberi (dahulu dikenali sebagai The GIMP), singkatan dari Gnu Image Manipulation Program, yang dicipta untuk memberi kemudahan kepada pengguna menyunting gambar secara profesional.

Super duper gempak, pengguna GIMP kini boleh menikmati panduan percuma dalam bentuk e-majalah yang boleh dimuat turun secara percuma sama ada melalui pautan terus : Direct Download PDF
atau boleh juga dimuat turun melalui Torrent : Magnet Link
ATAU, boleh dibaca secara dalam talian pada pautan : Issuu

Sumber : GIMP Magazine Issue 1

Mr.Hac  @ Dr. Freddy:


Di bawah kelopak ada gelombang,
Pejam mata yang bersangatan,
Lenakah kau pada mimpi ngeri?
Pada rongga hanyirnya darah,

Di bawah tanah ada tertanam,
Kain hitam dan miang buluh,
Di bawah tanah ada tertanam,
Besi bat dan tulang kokang,

Di luar sana ada salakan memanjang,
Banyak kesan, banyak natijah,
Apakah bentuk jelmaan?
Kala atau ular bisa?

Tegang, urat saraf menjadi tegang,
Lebam biru wajah di hembus angin,
Bahang, wajah melecur kesakitan,
Kuping ku ingin pantas mencari azan,

Al-hulm – tersepit di celah rekahan,
Al-hulm – bermandikan percikkan darah,
Al-hulm – makhluk apakah yang menerkam?
Al-hulm – makhluk apakah itu  yang bertanduk?

Al-araq – berdengus,bersuara asing,
Al-araq – meronta seraya menghamun,
Al-araq – jeritan ribut histerikal,
Al-araq – minda resah terbiar,

Didalangi siapa?
Siapa dalangnya?
Psikologi atau emosi!!

IDM 6.xx Patcher!

0

Jemu betul rasanya dengan IDM, apabila selang beberapa hari tiba-tiba sudah rilis kemaskini versi terbaru, dengan pembaharuan minima. Kadangkala popup yang keluar boleh ditutup dengan senang hati, kadangkala rasa nak hempuk kepala pembangun perisian ini.

Tapi jangan gusar, jangan gundah, kerana setiap kali IDM minta dikemaskini, anda boleh terus klik untuk kemaskini dengan senang hati tanpa perlu bimbang akan popup ‘Internet Download Manager has been registered with a fake Serial Number bla bla bla bluerghhhhh’, kerana IDM Patcher untuk siri 6.xx ini telah dicuba berkali-kali, dimana setiap kali muncul popup tersebut, anda cuma perlu gunakan ia untuk patch semula IDM dan ia akan menjadi versi penuh kembali.

Dalam entri yang pernah di-pos oleh saya atau Angelezo sebelum ini, kami ada menyediakan patch ini di dalam setiap arkib IDM yang anda muat turun, jadi anda tidak perlu memuat turunnya untuk kedua kali, kerana telah pasti patcher ini boleh digunakan untuk kali pertama, kedua, ketiga, malah berkali-kali tanpa rasa bersalah pun boleh juga.

Tetapi buat yang masih belum pernah menggunakannya, entri ini sebenarnya adalah untuk anda, dan kini anda boleh muat turun sambil senyum kepada kawan-kawan yang terkena popup hangit dari IDM :

Muat Turun : IDM 6.xx Patcher

Caranya cukup mudah, anda cuma perlu salin fail patcher ini ke dalam direktori IDM, dan klik dua kali untuk menjalankannya, lalu klik pula pada ‘patch’. Bagi pengguna Windows 7/Vista, klik kanan dan pilih ‘Run as administrator’. Apabila keluar tetingkap ‘First’ dan ‘Last Name’, anda taipkan saja nama yang anda suka.

Mr.Hac : Call me Dr. Freddy.

Kamen Rider Wizard Episode 2 Download

0

Siri yang dinanti sudah tiba. Kamen Rider dengan sistem yang paling ‘humble’ dan ‘down to earth’ dalam sejarah apabila setiap permintaan yang diajukan kepada sistemnya akan dimulai dengan perkataan ‘please’. Haha. Yeah, jom download, tak payah intro panjang-panjang. Sumber

Kamen Rider Wizard Episode 2 (SD)

Pautan Alternatif:

Minus part 1 Minus Part 2

Panda Internet Security 2013 Free 3 Months

0

Selama 20 tahun, Panda Security telah inovasi dan membangunkan teknologi baru untuk melindungi pelanggan kami dari semua jenis ancaman…Melindungi anda dan identiti anda terhadap ancaman Internet dengan Panda Internet Security 2013…

Panda Internet Security 2013 melindungi anda daripada virus, penggodam, penipuan dalam talian, kecurian identiti dan lain-lain ancaman yang diketahui dan tidak diketahui…
Ia juga,membolehkan anda untuk melayari laman web persendirian dan selamat dengan “Pelayar Selamat Panda yang baru”…Panda Internet Security 2013 juga menawarkan kawalan kepada  anak-anak anda  yang sedang  melayari internet dengan selamat..
Panda Internet Security 2013 adalah lebih mudah, lebih ringan, lebih selamat dan lebih lengkap daripada yang dahulu..!!!
                                                             Cantik tak ciri-ciri nya..
Key Features
-Protection against spyware, phishing (online fraud), rootkits (stealth techniques) and banker Trojans…
-Real-time protection..
-New Web Filter for safe Web browsing…
-Complete protection against known and unknown virus attacks…
-Vaccinate your USB flash drives against infections…
-Firewall. Block intruders and hackers, even on your wireless network…
Requirements:
=Operating System: Windows 8; Windows 7; Windows Vista; Windows XP 32-bit..
=Processor: Pentium 300 MHz or faster..
=RAM: 128 MB without TruPrevent..
=512 MB with TruPrevent (1 GB recommended)..
=Hard Disk: 275 MB free space..
=MS Internet Explorer 6.0..
=Supported Browser: Microsoft Internet Explorer 6.0 or higher;Mozilla Firefox 2 or higher;Google Chrome..
GIveaway:
Apa yang perlu buat adalah pergi ke laman promosi dan download..Di sini
P/S:ada apa komen di bawah..

Cloud Storage With Auto Sync

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Biarpun guruh berdentum di kaki langit,tapi wa masih kekal disini. Sudah membiru muka ini memikirkan bagaimana untuk memperbaharui penulisan wa. Sudah menjadi satu kemestian bagiku untuk menulis dan memberinya kepada insan yang cemerlang. Tahukah anda dengan menjadi seorang blogger anda diketegorikan sebagai manusia yang hebat kerana anda memberi dan anda juga yang menerima. Bagaimana ini semua boleh terjadi? Itulah ilmu Allah dan inilah mukaddimah bagi penulisan wa kali ini. Dengan hari yang cukup sempurna ini,marilah kita bersama-sama menyempurnakan lagi dengan menelaah ilmu baru.

Cloud Storage atau dalam Bahasa Ibunda Ruang Penyimpanan Awan dan mungkin juga boleh dikenali dengan nama Ruang Penyimpanan Alam Maya. Cloud bukan sekadar awan itulah yang dapat ditafsirkan disini. Selepas bro Luqman mengeluarkan/membekalkan entri 25GB free cloud storage kini tiba pula giliran wa selaku penerus kepada generasi yang bakal memerintah negara Malaysia. 

MegaCloud itulah nama yang diberi sejak azali lagi,sejak penciptaan dan pengeluaran oleh pihak yang bertanggungjawab menguruskan MegaCloud. Dengar namanya sahaja sudah berasa taksub. Mega adalah sesuatu benda/perkara yang hebat/tinggi/berkuasa. Mungkin sudah terdetik dihati anda pada hati anda MegaCloud? Adakah terlalu besar ruang penyimpanan awan yang diberikan oleh pihak MegaCloud ini. Mungkin ruang penyimpanan yang diberikan tidak sebesar yang diberikan oleh pihak lain. Tetapi dengan kualiti keselamatan penjagaan fail anda dan fungsi auto sync itu sudah memadai. Selain daripada fungsi auto sync,MegaCloud juga menyokong boleh dikatakan semua jenis platform komputer mahupun telefon. Jangan disangkakan MegaCloud hanya untuk sistem operasi Windows semata-mata. Tetapi MegaCloud juga menyokong sistem operasi Linux,Mac dan segala macam sistem pengeroperasian telefon bimbit yang sudah tidak relevan untuk dipanggil dengan panggilan sedemikian kerana telefon juga mengikuti perkembangan dunia informasi teknologi.

Cukuplah sekadar itu sahaja celoteh daripada ku. Bukan mudah untuk berbahasa kecuali wa keturunan Dato’ A. Samad Said.

Kaedah Pendaftaran.

Langkah 1: Kunjungi laman MegaCloud disini (Harap maklum jangan klik link lain jika anda tidak mahu diselubungi dengan kehidupan ghaib kerana ini link ‘referral’ wa). Jika anda terlihat/ternampak dan tersentuh perkataan Signup. Maka,jangan segan-silu untuk mengklik perkataan tersebut atau anda akan rugi.

Langkah 2: Ikuti langkah seterusnya yang dibekalkan oleh pihak MegaCloud dan log masuk ke akaun megacloud anda.

Langkah 3: Jika anda seorang pelajar yang mempunyai alamat e-mel .edu. Anda adalah seorang yang bertuah. Secara kebiasaannya anda hanya dapat ruang penyimpanan awan secara percuma sebanyak 8 GB sahaja. Tetapi anda dapat tambahan 8 GB ruang penyimpanan untuk media sosial dan e-mel. Dapatkannya 20 GB ruang tambahan untuk e-mel .edu disini.

Langkah 4: Rujuk pada gambar dibawah:-

Itu sahajalah langkah-langkahnya. Harap maaf jika kurang pengisian sebab wa dah lupa beberapa perkara penting. Tapi jika anda ada masalah,hantarkan ke ruangan komen dibawah. Beri pandangan anda tentang keserabutan penulisan wa kali ini pada penulisan di awal perenggan.

Permainan RTS 0 A.D. Alpha 11 ‘Kronos’ Dilepaskan!

0

Permainan 0 A.D. nampaknya benar-benar menunjukkan pembangunan yang begitu memberansangkan apabila kini versi terbaru iaitu Alpha 11 dengan kod nama ‘Kronos’ dilepaskan dan sedia untuk dimuat turun.

Antara pembaharuan dan peningkatan yang dapat dilihat pada versi ini ialah (English):

  • New Celtic Factions.
  • New AI script: Aegis Bot.
  • Wall segments of certain widths can be converted into gates. 
  • New sound system.
  • Shared LOS among allies.
  • To increase the game’s realism, several post-processing effects and mapping enhancements have been implemented in 0 A.D.’s 3D graphics, using OpenGL Shading Language (GLSL).
  • Some extra improvements have been made to the way terrains are displayed.
  • Smooth Line of Sight (LOS).
  • New art assets.
  • Seven new maps.
  • Game setup and score screen changes.
  • Queued rally points.
  • New, more realistic ranged attack.
  • Team & private multiplayer chat.

Anda boleh membaca perubahan penuh (changelog) pada laman ini.

Permainan yang gempak ini boleh dipasang pada Ubuntu melalui PPA rasminya:

sudo add-apt-repository ppa:wfg/0ad 

sudo apt-get update 

sudo apt-get install 0ad

Selain Ubuntu, ia juga terdapat untuk Windows, Mac OS X dan juga distro Linux yang lain.



Daftar di Minus.com sekarang dan nikmati servis storan awan yang terbaik!

[Giveaway] BatchMarker with License Key

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera..Apa yang dimaksudkan dengan  BatchMarker,batchmarker adalah satu perisian imej Watermaking..Perisian ini membantu anda untuk menambah tanda hak cipta,watermark teks,tambah watermark logo dan tarikh untuk foto dalam mod batch..

Ia akan melindungi hak cipta anda dengan menambah watermark hak cipta tanda untuk semua gambar atau imej anda…Ia juga banyak kelebihan perisian ini seperti:

•Menambah alamat web anda di foto sebelum menerbitnya di Web…
• Melindungi hak cipta anda dengan Watermarking semua imej atau gambar anda dengan “© Syarikat Anda atau Nama Anda” dalam mod batch….
• Tambah tarikh untuk bilang foto…
• Tambah nama syarikat anda nama anda atau logo kepada semua gambar-gambar anda dalam mod batch…

                                                                      screenshot

Download:batchmarker.exe

System Requirements:
-Winows 2000/XP/Vista/7..
-512 MB RAM (1 Gb Recommended)..
-40 MB free hard drive space..
-Not for Mac..

GIVEAWAY:


1.Perisian ini akan diberi pada tidak tahu bila..Jadi,pergi ke laman promosi di SINI dan apa yang kita perlu buat adalah tengok di sebelah kanan anda dan klik I WANT THIS..

2.Tulis EMAIL ANDA dan klik ok..

P/S:kalau ada apa-apa komen di bawah..

                                                      

Google Chrome Standalone/Offline Installer For Windows/Linux

0

Saya jarang menerbitkan entri mengenai Google Chrome, sejak menggunakan Linux. Namun apabila saya mula kembali beralih menggunakan Windows yang dipasang bersama dengan elementary OS Luna, saya tergerak hati untuk mencuba semula Google Chrome, dan kini ia adalah pelayar web lalai untuk sistem operasi yang saya gunakan. Maaf peminat Firefox, saya juga dulu peminat tegar Firefox, tetapi Google Chrome ternyata tidak mengecewakan.

Namun ketika menggunakan pautan ini untuk memuat turun fail pemasang luar talian untuk Google Chrome, ia memberikan fail .exe, yang ternyata mengelirukan. Jadi cari punya cari akhirnya membawa kepada penemuan pautan ini. Berikut disenaraikan pautan untuk anda muat turun fail pemasang Google Chrome untuk kegunaan luar talian (offline).

32-bit Ubuntu/Debian :

http://dl.google.com/linux/direct/google-chrome-stable_current_i386.deb

64-bit Ubuntu/Debian :

http://dl.google.com/linux/direct/google-chrome-stable_current_amd64.deb

32-bit Fedora :

http://dl.google.com/linux/direct/google-chrome-stable_current_i386.rpm

64-bit Fedora :

http://dl.google.com/linux/direct/google-chrome-stable_current_x86_64.rpm

Bagi para pengguna Windows, anda cuma perlu menggunakan pautan INI untuk memuat turun fail pemasang yang serasi dengan sistem operasi anda.

Ubuntu 12.10 Beta 1 Dilepaskan!

0

Setelah agak beberapa lama menunggu dari tarikh yang dijadualkan, akhirnya (lega) Ubuntu 12.10 Beta 1 dilepaskan untuk dimuat turun.

Apa yang menarik dalam versi terbaru Quantal Quetzal ini? Cuba kita telusuri bersama-sama beberapa ciri yang boleh dikatakan ‘out of the box’.

1. Unity Previews

Bagi Mr.Hac, ini adalah ciri yang paling ‘awesome’ sekali. Masakan tidak, Unity Dash yang dahulu kegunaannya sangat minimum, kini diperluaskan lagi skop kegunaannya sehingga anda dapat memainkan muzik sekalipun, terus melalui Unity Dash jika anda mahu. Memang sangat ‘cool’ dan sesiapa yang melihatnya juga bakal teruja untuk mencuba. Cara menggunakannya sangat mudah, anda cuma perlu klik kanan pada mana-mana gambar, lagu, atau aplikasi yang anda cari melalui Unity Dash, kemudian fungsi Unity Previews akan terpapar.

Setakat yang saya sudah cuba, kedua-dua versi iaitu muzik dalam talian dan juga dalam simpanan cakera keras boleh dimainkan terus melalui Unity Dash tanpa perlu menggunakan pemain muzik berasingan! Memang cool habis! Anda boleh lihat pada paparan skrin di bawah:

2. Unity 2D Digugurkan

Unity 2D tiada lagi dalam sokongan, ia digugurkan terus dari sistem operasi, bertujuan memudahkan para pembangun untuk menumpukan kepada satu desktop shell sahaja. Selain dari itu, faedah yang pengguna dapat ialah semua orang akan dapat prestasi dan ciri yang sama, tiada beza antara satu pengguna dengan yang lain. Buat para pengguna yang mempunyai PC berspesifikasi rendah, Unity mungkin terasa sedikit perlahan.

3. Wallpaper baru

Untuk para penggemar ‘dekorasi’, elok benarlah kiranya anda lihat wallpaper baru yang telah dimasukkan dalam Ubuntu 12.10. Memang sangat cantik, sangat menarik. Ini ialah wallpaper kegemaran saya:



4. Magic Lamp dihidupkan secara lalai (default)

Jika anda biasa menggunakan Mac OS X, maka anda pasti biasa dengan Genie Effect. Magic Lamp ini adalah seperti Genie Effect tersebut, cuma dalam Ubuntu 12.10 Beta 1, ia bukan dihidupkan ketika anda minimize tetingkap yang terbuka, tetapi sebaliknya, iaitu ketika anda klik ikon tetingkap tersebut untuk memunculkan ia semula. Jadi anda tidak perlu lagi menggunakan CCSM untuk menghidupkan ia, kecuali anda mahu ia beraksi untuk minimize pula.

5. Ubuntu Online Accounts

Saya sebenarnya masih ‘mamai’ lagi dengan ciri baru ini, tetapi ideanya agak mudah, iaitu anda log masuk pada Online Accounts, dan kesemua aplikasi seperti klien e-mel, IM, Picasa dan sebagainya lagi, akan mendapatkan data anda melalui ia.

6. Ubuntu One Client Yang Dipertingkatkan

Klien bagi Ubuntu One nampaknya telah diperbaiki lagi fungsinya apabila ciri seperti bar carian untuk fail yang berada dalam storan dan juga ciri perkongsian pautan telahpun dimasukkan.

7. Sebenarnya ada beberapa lagi ciri yang saya sendiri belum sempat untuk ‘explore’. Tetapi anda boleh baca keseluruhan reviu dari blog OMG! Ubuntu! atau Web Upd8. Mr.Hac harap anda boleh enjoy dengan entri ini dan jangan lupa mencuba rilisan Ubuntu Beta 1. Ia sememangnya masih belum stabil, tetapi buat mereka yang sukakan cabaran, maka inilah masa yang paling sesuai.

Muat Turun : Ubuntu 12.10 Beta 1

Mr.Hac: Should I blame it on the heart or blame it on skin, blame it on her or blame it on him, blame it on man or blame it on jin, when the only one to blame is the enemy within..

25 GB of Online Storage For FREE With Fetchnotes

0

Assalamualaikum dan selamat sejahtera buat peminat OMG!!hackers…luqman terjumpa storage 25 GB(boleh la nak guna)..

How to get online storage 25 GB,follow me:::

1) Sign up on fetchnotes and claim your username…
2) Upper-right, click your Username, and then Settings..
3) Click on https://www.box.com/signup/o/fetchnotes_25 and sign up to Box..
4) Once you verify the account through your email, go back to Settings in Fetchnotes and click Connect to Box..

5) Once you sign in to Box, you are now connected! “Connect to Box” will now be “Upload to Box”!..

Kita layan lagu ni dulu..

P/S:Enjoy..