Utama Blog Laman 184

Voice Guide Terbaru Waze [Hangpa Dah Try Ka Belum?]

0
Ye ye, ini cerita lama, sama macam cerita 10 Kaedah Carian Google Yang Lebih Tepat tu. Memang saja tulis gitu-gitu untuk hilangkan kebosanan. Jadi apa cerita kita hari ni?Saja la nak share kot-kot la ada yang tak tahu lagi. Buat yang jadi kipas-susah-mati Waze tu, ada pilihan voice guide terbaru iaitu T-Pain. Katanya penyanyi, kamu-kamu-kamu kenal ke dia ni? Saya tak biasa dengar pun lagu-lagu beliau, namun mendengar dari cara beliau memberikan arahan pandu arah dalam Waze rasanya macam rapper. Heh.

Takpe, kejap lagi boleh buka lagu-lagu beliau melalui Spotify.
Nah, tataplah lubang hidung beliau puas-puas.

Untuk menukar voice guide anda, sila pilih/klik pada ikon tetapan, kemudian Sound – Navigation guidance. Hah, tengok apa? Tukar laaa..

Serius ianya seperti memberi nafas baru kepada voice guide Waze, yang kadang-kadang kedengaran membosankan, dan boleh menyebabkan kemalangan akibat mengantuk yang terlampau. Korang semua dah cuba, sila-silalah komen. Cerita la sikit sedap ke tak sedap. Heh.

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

10 Kaedah Carian Google Yang Lebih Tepat

0
Sebenarnya terdapat banyak kaedah atau cara carian Google yang berkesan untuk menemukan pencari dengan apa yang dicari olehnya. Enjin carian Google bekerja melalui kaedah pertanyaan dan ia akan memberikan jawapan sesuai dengan apa yang ditanya atau apa yang diminta oleh di pencari (meskipun bukan semua yang terpapar adalah satu kebenaran.. Oh well, itu kita boleh bahaskan kemudian).Apa yang kita tanya atau minta, itulah yang akan dijawab atau diberi oleh Google. Ingat itu sahaja. Mungkin pada sesetengah orang terutamanya lelaki, kalau boleh apa yang hendak di-Google biar pendek sependek-pendeknya. Tidak boleh begitu, kerana walaupun tidak semestinya kata kunci paling panjang menghasilkan carian paling tepat atau sebaliknya, tetapi dengan kata kunci yang lebih baik, maka hasil yang ditunjukkan juga adalah lebih ‘benar’.

Berikut adalah senarai beberapa lagi Google Dorks yang belum saya catitkan dalam blog ini (rasanya laaa.. Kah kah kah).

1. Cari frasa sepertimana yang diinginkan.

Sebagai contoh : “cara diet tanpa makan nasi”

Dengan menggunakan pembuka dan penutup kata, anda akan mendapatkan hasil carian terhadap apa yang anda ‘minta’ di dalamnya (frasa tersebut).

2. Mengecualikan sesuatu kata kunci. Contohnya:

Captain America -film

3. Mencari pada domain yang spesifik. Anda boleh manipulasikan dork berikut untuk mendapatkan hasil carian dari domain, katakan, omghackers.com:

site:omghackers.com vpn

4. Jana isi kandungan yang seakan.

Gunakan related: untuk menjana mana-mana isi kandungan yang seakan dengan URL yang anda ada.

related:http://forum.xda-developers.com/showthread.php?t=1110775

5. Carian untuk perkataan dalam teks. Gunakan allintext:

Contoh:

allintext: senarai penipu online

6. Carian Multi-Frasa.
Gunakan OR untuk mencari kata kunci berbeza frasa.
Contoh:

diet tanpa nasi OR diet boleh makan nasi

7. Carian untuk perkataan dalam tajuk. Gunakan allintitle:
Contoh:
allintitle: asas task scheduler
Den ajo yang tulih,, Hahaha,, >.<
8. Mencari berita melalui lokasi. Gunakan location:
Contoh:
location: us oil price
9. Carian melalui jenis fail.
Selalunya saya gunakan kaedah ini untuk mencari fail pdf. Well, kadang-kadang terpaksa juga cari e-book ‘percuma’ sebab versi cetakannya sudah tidak dikeluarkan lagi. Huh.. ok, gunakan filetype:pdf nama fail
Contoh:
filetype:pdf permata yang <— malas nak sambung tajuknya. Korang fikir sendiri la heh! Hahaha!
10. Buat penukaran unit.
Biasanya saya gunakan untuk tukar unit mata wang dari USD kepada MYR. Biasa la, kira bajet untuk beli aplikasi. Kih kih kih.
Contoh : 1USD to MYR
Senang bukan? Heheh..
Baiklah. Saya akan sambung lagi kaedah carian Google ini di artikel seterusnya. Apa yang saya tuliskan ini anda cuba aplikasikan terlebih dahulu. Tengoklah dalam seminggu dua lagi kalau saya rajin saya sambung. K papai. Chow seen cheee aaaaa! Hahaha!

Views: 3

Iklan Newspaper Inline

[Asas] Task Scheduler Dalam Windows

0
Dalam Android, kita ada ‘Tasker’, iaitu sebuah aplikasi yang cuba mengaplikasikan dunia automatik segalanya dalam kehidupan seharian, melalui implementasi terhadap peranti Android. Terdapat berbagai contoh tugas mudah hinggalah versi ‘sukar’ yang dapat ditonton dan dipelajari di YouTube. Salah satu contoh dah tentulah anda boleh tonton video dari Armando Ferreira.

 

Windows juga mempunyai ‘Tasker’, namun dalam versinya yang tersendiri. Hari ini jom kita kenal-kenal dengan Task Scheduler dalam Windows dan apa yang mampu kita buat dengannya. Apa-apa hal kita lancarkan dahulu aplikasi tersebut.

 

 

Inilah dia rupa Task Scheduler dalam Windows 10:

 

 

Apa yang menarik tentang Task Scheduler? Oh well, kadang-kadang bosan juga buat perkara yang sama setiap hari. Apabila diulang-ulang, maka adalah lebih baik ciptakan satu ‘task’ atau tugas kepada komputer supaya ia boleh melakukan apa yang ingin kita lakukan itu dengan ‘sendirinya’ atau ‘automatik’.

 

Untuk tujuan pembelajaran ini, kita mulakan dengan ‘Create Basic Task’ dahulu:

 

 

Kemudian kita berikan nama kepadanya:

 

 

Setelah itu kita tentukan pula bila waktunya tugas akan dijalankan, sebagai contoh saya pilih ‘Daily’:

 

 

Saya tentukan pula bila waktu mulanya:

 

 

Sesudahnya saya berikan apa tugas yang hendak ia jalankan nanti, iaitu ‘Start a program’:

 

 

Kemudian, untuk contoh kepada tutorial ini, saya pilih menjalankan skrip .bat yang telah saya buat sebelumnya. Berikut adalah contoh perintah:

shutdown.exe -s -c “This PC will self destruct in less than 10 minutes.. Please save your works and leave the PC as soon as possible!! Only if you don’t want to die!!!” -f -t 3600

Ianya saya simpan dengan nama ‘Auto Shutdown.bat’. Serba sedikit penerangan:

shutdown.exe = program yang hendak kita jalankan, dalam kes ini saya hendak jalankan program untuk matikan PC.

3600 = saat (tempoh waktu untuk matikan PC)

Dah setel? Ok seterusnya, klik Next – Finish.

 

 

Siap sudah satu tugas untuk Task Scheduler jalankan setiap hari. Sebenarnya boleh saja jalankan ia tanpa menggunakan skrip .bat tersebut, cuma saya ingin memberikan anda klu bahawa hanya dengan mempelajari asas ini, jika anda tekun dan rajin mengkaji, menelaah serta bertanya, maka selepas ini anda bukan sahaja akan pandai menjalankan skrip asas tetapi juga skrip yang lebih terkedepan, dan adakalanya membahayakan.

 

Maksud ‘membahayakan’ itu adalah dari segi data sulit yang tersimpan dalam cakera keras PC tersebut, atau lain-lain jenis data. Klu lain, anda boleh saja jalankan skrip yang boleh memadamkan mana-mana data dalam PC pada waktu-waktu tertentu, atau boleh juga menjalankan tugas untuk melancarkan apa-apa program yang…. pendek kata membahayakan.

 

Baiklah. Cukuplah dulu setakat ini. Di lain masa kita cuba tutorial lain pula.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Opera Mengintegrasi Penyekat Iklan Pada Opera Mini

0
Nampaknya buat semua yang menjadi kipas-susah-mati pelayar web Opera untuk Android, kini Opera mengintegrasikan sokongan penyekat iklan (ad blocker) dimulakan dengan Opera Mini.

Biasanya saya menggunakan Google Chrome, namun dek kerana buat masa ini saya hanya mempunyai peranti yang penuh dengan bloatware, maka penggunaan Chrome sedikit ‘menyesakkan’ RAM. Jadi penawar kepada ‘duka’ ini ialah pelayar web Opera Mini.
Apa yang menjadikan ia lebih menarik untuk digunakan ialah sebab saya guna Digi, well you know, ‘unlimited surfing using Opera Mini’. Hehe. Ditambah pula dengan ciri Data Saver dan Ad Blocker, feywhhh.. Lancar.

Di atas ini pula adalah gambar ketika Opera Mini ‘beraksi’ bersama Ad Blocker.
Memang ‘gangster’, hehehe.

Cuma kekurangannya, buat masa ini tiada lagi fungsi whitelist iaitu satu senarai yang anda boleh gunakan untuk (contohnya) memasukkan URL laman omghackers.com sebagai salah satu daripada laman yang ‘dibenarkan’ untuk memapar iklan. Hmmm, saya rasa itu kita kena tunggu.

Muat turun Opera Mini di sini (Android) dan di sini (iOS).

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Ubuntu Tweak Kini Dihentikan Pembangunannya Secara Rasmi

0
Ya, berita ini benar, kerana ia datang dari pembangunnya sendiri iaitu Tualatrix Chou. Beliau telah mengumumkan bahawa beliau terpaksa memberhentikan pembangunan aplikasi ini buat selama-lamanya.Sebelum ini pun kita sudah pernah mendengar akan berita pemberhentian pembangunannya, namun atas ‘desakan’ dari para peminat aplikasi tersebut, Tualatrix Chou mengambil keputusan untuk meneruskannya.

Ini bukan kali pertama pengumuman seperti ini dibuat, namun yang pasti ini adalah kali yang terakhir. Anda boleh baca tentang ‘pengumuman’ sebelumnya itu di sini.

Laman web rasmi ubuntu-tweak.com juga sudah tidak lagi beroperasi, dan jika diklik sekalipun ia akan menghalakan para pengguna kepada laman pembangun aplikasi tersebut iaitu imtx.me.

Pun begitu, walau kita telah kehilangan sebuah aplikasi ‘wajib pasang’ yang khusus dicipta untuk mengkonfigurasi desktop Ubuntu anda, namun kita masih mempunyai Unity Tweak Tool yang boleh dipasang melalui repo utama hanya dengan baris perintah ringkas seperti di bawah:

sudo apt-get install unity-tweak-tool

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Cara Menaik Taraf Ubuntu Dari Mana-Mana Versi Kepada Ubuntu 16.04 LTS

0
Sebenarnya saya dah malas nak tulis artikel ini, disebabkan artikel sama dah lama ditulis di laman-laman lain contohnya OMG! Ubuntu!. Tetapi memandangkan ada permintaan dari kawan-kawan yang berminat hendak menggunakan Ubuntu 16.04 LTS tetapi tidak mahu melakukan ‘clean install’, maka nak tak nak saya terasa bertanggungjawab untuk menulis juga.Tambahan pula kebanyakan pembaca blog ini bukan dari golongan tech-savvy (memang itu pun sasaran saya), jadi sedikit-sebanyak saya juga terasa tidak mahu buatkan anda terasa ‘tertinggal’ dengan perkembangan semasa.

Jadi, buat anda yang sudah menggunakan Ubuntu LTS versi sebelumnya, sebagai contoh kita ambil Ubuntu 15.10, maka terdapat dua kaedah mudah yang boleh digunakan untuk menaiktaraf sistem operasi anda sekaligus mengemaskini semua versi aplikasi/perisian.

1. Cara pertama ialah dengan menggunakan aplikasi sedia ada iaitu ‘Software Updater’.

– Klik pada butang Dash dan cari ‘update’. Klik pada Software & Updates.

– Seterusnya klik pada tab ‘Other Software’ dan nyah-tanda (untick) kesemua kotak yang bertanda.
Kalau tengok dalam gambar bawah ni memang Mr. Hac tak untick la, malas kot. Korang faham-faham sendirilah kan? Hahahah..

– Seterusnya klik pada tab ‘Updates’, klik pada kotak ‘pre-released updates’, pergi ke pilihan di bawah iaitu pada ‘Notify me of a new Ubuntu Version’ dan pilih ‘For any new version’. Klik butang ‘Close’, cari ‘Software Updater’, dan kemaskini sistem operasi anda like-a-boss.

2. Cara kedua ialah dengan menggunakan baris-baris perintah.

Gunakan baris perintah di bawah untuk memasang Core Update-Manager:

sudo apt-get install update-manager-core

Gunakan baris perintah berikut pula untuk membuka fail ‘release-upgrades’ menggunakan Gedit:

sudo gedit /etc/update-manager/release-upgrades

Tukarkan baris daripada normal kepada lts:

Prompt=lts

Masukkan baris perintah ini untuk memulakan proses naik taraf:

sudo apt-get update
sudo do-release-upgrade -d

Atau boleh juga gunakan perintah ini:

sudo apt-get dist-upgrade -d

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

U Mobile Memperkenalkan Video Onz – Penstriman Video Tanpa Had Data Dan Masa

0
Sebelum ini telah berlakunya beberapa penawaran penstriman video tanpa had data dari beberapa telco, dengan terma dan syarat-syarat tertentu, contohnya hanya boleh digunakan pada waktu yang tertentu untuk kuota data tersendiri.U Mobile juga tidak terkecuali dari hal ini yang mana mereka pernah menawarkan penstriman YouTube dan Tonton secara tanpa had, namun hanya boleh digunakan bermula pada pukul 2 pagi hingga pukul 10 pagi sahaja.

Namun terkini, U Mobile nampaknya telah memperbaharui pelan mereka dan memperkenalkan pula pelan terbaru iaitu U Mobile Video Onz.

Dengan U Mobile Video Onz, para pengguna pelan P70, i98, dan i130 boleh menstrim video dari laman HyppTv, Viu, iflix, YouTube, Youku, Tonton, Astro on the Go, Erosnow, Herotalkies, Pokectimes.my, OnFm, dan juga semestinya YouTube Gaming. Sebelum terlupa, ianya dapat distrim dan dilayari like-a-boss tanpa had data selama 24/7, tidak terhad lagi kepada bukan sahaja data, tetapi juga kepada masa.

Pelan lain juga tidak terkecuali dari menerima penambahbaikan dan pembaharuan kepada Video Onz, sebagai contoh jika anda menggunakan pelan U28, anda akan menerima 3GB setiap bulan, dan tambahan lagi 3GB khas untuk penstriman video, hasil dari ‘jasa bakti’ pelan Video Onz ini.

Contoh lain jika anda menggunakan pelan prabayar UMI 30, anda akan menerima data tetap 2.5GB sebulan, dan juga tambahan data sebanyak 1.5GB untuk Video Onz. Amacam?

Dah la, cakap banyak tak guna, apa kata anda lihat sendiri pada pautan di sebelah untuk rujukan tambahan : U Mobile Video Onz

 

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Membaiki Kebocoran DNS Pada Ubuntu 16.04 LTS

0
Kebocoran DNS bukanlah perkara ‘mainan budak’ kerana bagi mereka yang sangat mementingkan privasi, kebocoran DNS adalah satu perkara yang amat-amat dititik beratkan. Ini adalah disebabkan jika sambungan internet anda mengalami kebocoran DNS, maka adalah tidak berguna walau satu apa jua servis enkripsi seperti OpenVPN sekalipun, identiti seseorang itu tetap boleh terdedah dengan lebih mudah lagi.Ini juga bukanlah kali pertama artikel seumpama ini ditulis. Sebelum ini pernah saya catitkan kaedah untuk memperbaiki kebocoran DNS. Namun dalam Ubuntu 16.04 caranya ada sedikit penambahan. Mari kita lihat cara-caranya.

Baiki Kebocoran DNS Pada Ubuntu 16.04

1. Nyahaktif Terlebih Dahulu IPv6

Ya, ini adalah perkara wajib yang perlu dilakukan terlebih dahulu. Nyahaktif segala tetapan IPv6 pada Ubuntu 16.04. Pertama sekali sunting fail /etc/sysctl.conf dengan menggunakan Gedit (senang guna Gedit ni):

sudo gedit /etc/sysctl.conf

Sila tambahkan beberapa baris berikut di akhir teks:

net.ipv6.conf.all.disable_ipv6 = 1
net.ipv6.conf.default.disable_ipv6 = 1
net.ipv6.conf.lo.disable_ipv6 = 1

Aktifkan semula sysctl.conf:

sudo sysctl -p

2. Sunting semula tetapan sambungan rangkaian internet anda. Klik pada ikon sambungan internet di status bar dan hala kepada ‘Edit Connections…’. Seterusnya klik pada sambungan internet yang sedang anda gunakan, hala kepada ‘IPv6 Settings’. Ubah Method kepada ‘Ignore’.

3. Tambahkan baris berikut di akhir config OpenVPN anda.

script-security 2
up /etc/openvpn/update-resolv-conf
down /etc/openvpn/update-resolv-conf

4. Mulai semula (restart) PC/lappy anda. Setelah itu cuba gunakan mana-mana servis enkripsi sambungan internet anda, contohnya OpenVPN dan buka pautan DNS leak test.

5. Sekiranya sambungan tersebut tidak menunjukkan mana-mana IP dari ISP anda, maka sambungan internet anda telah berjaya ditutup tanpa kebocoran DNS lagi. Tahniah. Silalah gunakan internet secara berhemah.

 

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

11 Perkara Perlu Dilakukan Selepas Memasang Ubuntu 16.04 LTS

0
Telah lama saya menantikan rilisan ini, akhirnya bertemu jua. Ada yang dipasang secara dual boot pun tidak diusik, dek kerana enggan melepaskan kejutan (surprise) di akhir pelepasannya kepada para pengguna. Bila keluar saja versi stabil, dengan pantas ia dimuat turun dan terus dipasangkan.

Macam biasa, kita ‘tweak’ dulu sana-sini, barulah rasa ‘sedap’ nak menggunakannya, betul tak? Ok, jangan berlengah lagi. Jom kita tengok apa yang telah saya buat dalam versi 16.04 LTS kali ini untuk menjadikan ia lebih ohsemmm.

1. Net Speed Indicator

Ahahaha.. jangan ditanya kenapa. Memang ini yang Mr. Hac pasang dulu sebelum yang lain. Mungkin sebab dah terbiasa agaknya, dari Android membawa ke Windows 10, semua kena ada ‘benda alah’ ni.

 

‘Benda alah’ yang tunjuk kelajuan internet kita di Ubuntu ni ada dua, jom cuba dua-dua sekali, ok?

Untuk memasangnya amat mudah, masukkan setiap satu baris perintah di bawah satu demi satu, dan klik Enter.


Indicator Netspeed Unity

sudo apt-add-repository ppa:fixnix/netspeed
sudo apt-get update
sudo apt-get install indicator-netspeed-unity

Indicator Netspeed

sudo add-apt-repository ppa:nilarimogard/webupd8
sudo apt-get update
sudo apt-get install indicator-netspeed

Sumber : WebUpd8

2. Pasang Google Chrome

Hey serius lah, Google Chrome dalam Ubuntu ni jauh lebih ‘RAM friendly’ berbanding Windows. Jadi saya syorkan agar anda memasangnya, dan nikmati pelayar web terbaik dari Google ini.

Muat turun : Chrome Browser

Kemudian, halakan (navigasi) Terminal ke folder di mana anda muat turun ia. Gunakan baris perintah di bawah ini untuk memasangnya:

sudo dpkg -i goo <— taipkan ini sahaja, kemudian tekan butang Tab. Ia akan terus melengkapkan nama pakej deb Chrome yang hendak dipasang tersebut. Seperti biasa, tekan Enter.

Kalau tidak dapat dipasang kerana dependencies tidak mencukupi, sila gunakan perintah ini:

sudo apt-get -f install

3. Pasang Spotify

Meskipun Spotify sudah diabaikan oleh pembangunnya untuk sistem operasi Linux, tetapi buat masa ini apa yang ada, itulah yang kita guna. Gunakan satu demi satu baris perintah berikut:

sudo apt-key adv –keyserver hkp://keyserver.ubuntu.com:80 –recv-keys BBEBDCB318AD50EC6865090613B00F1FD2C19886

echo deb http://repository.spotify.com stable non-free | sudo tee /etc/apt/sources.list.d/spotify.list

sudo apt-get update
sudo apt-get install spotify-client

4. Pasang Codec

Rasanya setiap rilisan Ubuntu, ini menjadi perkara wajib untuk buat Ubuntu jadi lebih ‘baik’. Hanya dengan menggunakan satu sahaja perintah, sistem operasi anda akan mampu memainkan media dengan sempurna:

sudo apt-get install ubuntu-restricted-extras

5. Pasang CCSM

Compiz Config Settings Manager (CCSM) amat diperlukan bagi setiap pengguna termaju (advance user). Kaki tweak a.k.a ‘tweakers’ kalau tidak ada CCSM di dalam sistem operasi mereka, ianya macam ‘tidak sah’.

sudo apt-get install compizconfig-settings-manager

6. Pasang GIMP

Saya tak pandai sangat guna aplikasi penyunting gambar atau video, tapi kalau ada satu aplikasi yang amat saya senangi kerana paparan antaramuka yang mudah difahami serta ianya mirip kepada Photoshop, maka GIMP adalah jawapannya.

sudo add-apt-repository ppa:otto-kesselgulasch/gimp
sudo apt-get update
sudo apt-get install gimp

7. Pasang OpenShot

Hahah, baru sahaja kita berbicara tentang penyunting gambar, ini pula adalah sebuah aplikasi/perisian penyunting video. Ianya merupakan aplikasi yang paling lama ‘setia’ bersama Linux, dan kini versi terbarunya baru sahaja dilepaskan. Jom cuba!

sudo add-apt-repository ppa:openshot.developers/ppa
sudo apt-get update
sudo apt-get install openshot-qt

 

8. Panjangkan jangka hayat bateri dengan memasang TLP

Sebenarnya banyak lagi fungsi TLP ni, tapi senang cerita kalau nak kurangkan suhu lappy/PC awak tu, selain dapat memanjangkan lagi jangka hayat bateri, hah, pasang la TLP ni. Mudah faham kan, kan?

sudo add-apt-repository ppa:linrunner/tlp
sudo apt-get update
sudo apt-get install tlp tlp-rdw

Dah siap pasang, gunakan perintah ini untuk menghidupkannya:

sudo tlp start

9. Gunakan sudo tanpa kata laluan (untuk power user sahaja!)

Amaran, perkara ini sepatutnya hanya boleh dilakukan jika anda telah pun benar-benar ‘masak’ dengan selok-belok Linux dan memahami ia dengan sebenar-benar faham. Saya suka gunakan sudo tanpa kata laluan kerana ia lebih mudah, tidak perlu masukkan kata laluan setiap kali hendak memasang sesuatu atau apa saja arahan/perintah yang perlu kepada sudo.

sudo visudo

Tambahkan baris ini di akhir teks:

aryaputra ALL=(ALL) NOPASSWD: ALL

Ctrl + O untuk write dan Ctrl + X untuk keluar dari paparan nano.

10. Menghidupkan ‘click to minimize’

Ciri ini sebenarnya dulu ada, tetapi ‘ditiadakan’ dengan alasan ‘buggy’. Lantak kau lah Mark, asalkan boleh dihidupkan ‘ikut jalan belakang’, kira ok lah tu. Apa yang perlu dilakukan ialah anda perlu buka CCSM yang telah anda pasangkan melalui cara yang telah diajarkan di atas:

Navigasi ke Ubuntu Unity Plugin – Launcher – Minimize Single Window Applications (klik pada kotak tersebut).

Anda juga boleh gunakan perintah di bawah sekiranya anda tidak mahu menggunakan CCSM:

gsettings set org.compiz.unityshell:/org/compiz/profiles/unity/plugins/unityshell/ launcher-minimize-window true

Untuk undo perkara ini, gunakan pula perintah berikut:

gsettings set org.compiz.unityshell:/org/compiz/profiles/unity/plugins/unityshell/ launcher-minimize-window false

Rujuk : askubuntu

11. Pasang SM Player

Apa guna ada Spotify kalau tiada padanannya iaitu pemain video terbaik. Bagi saya SM Player menepati citarasa saya kerana ia sarat dengan ciri yang dikehendaki oleh seorang pengguna termaju.

sudo add-apt-repository ppa:rvm/smplayer
sudo add-apt-repository ppa:mc3man/mpv-tests
sudo apt-get update
sudo apt-get install mpv smplayer smtube smplayer-themes smplayer-skins youtube-dl

Ok cukuplah setakat ini dahulu, saya akan kemas kini kalau saya rasa ada perkara menarik lain yang boleh ditambah. Apapun, pasang dulu Ubuntu 16.04, jangan cakap banyak. Tak pasang, tak guna, tak tahu, tak jatuh cinta. Sekian.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

[Muat Turun] Ubuntu 16.04 LTS Xenial Xerus Telah Dilepaskan

0
Seperti yang telah dijanjikan dalam ‘blue print’ pembangunannya, kini Ubuntu 16.04 LTS (Xenial Xerus) versi stabil akhirnya dilepaskan kepada pengguna untuk dimuat turun. Apa yang paling saya suka tentang LTS ialah ianya disokong selama 5 tahun, jadi ada masa yang sangat panjang untuk menggunakannya tanpa memikirkan tentang naik taraf versi.
Antara sebab lain yang membuatkan seseorang boleh tertarik dengan LTS kali ini ialah tetapan privasi yang telah ‘diperbaiki’ iaitu carian dalam talian telah dinyah aktif secara lalai (default). Bagi kebanyakan orang, ciri ini adalah antara yang ditunggu-tunggu dan amat dialu-alukan.
Tak lupa juga kini Unity Launcher sudah boleh diubah kedudukannya ke bawah (saya pula telahpun terbiasa, dapat menerima, dan mengadaptasi kedudukannya di kiri skrin).
Di entri lain saya akan kemas kini apakah antara perkara-perkara yang perlu dilakukan selepas memasang Ubuntu 16.04 ini. Nantikan ia.

Antara ciri baru, pembaharuan, dan penambah baikan yang ada dalam Ubuntu versi terbaru ini ialah:

Linux Kernel 4.4.x
Boot Service SYSTEMD default
New Overlay scroll bar
Ubuntu software center replaced with Gnome Software center
Unity 7.4
Gnome 3.18
GTK 3.18.x Support
Locally Integrated Menus (LIM) can be enabled from Appearance settings
Power commands from Dash (restart, shutdown, etc)
Snappy package system
Move Unity Launcher to Bottom
Online Search is disabled by default
Default applications of Ubuntu updated
New scroll bars
Python 3.5 by default
Improved Intel Skylake processor support
3D support in the virtual GPU driver
Support for TPM 2.0 chips
Drop driver support for AMD and Radeon GPUs [Rujukan – NoobsLab]

Muat turun Ubuntu 16.04 LTS melalui pautan di bawah:

Ubuntu 16.04 LTS [Xenial Xerus]

Views: 4

Iklan Newspaper Inline