Utama Blog Laman 165

Google Akan Melancarkan Dua Flagship Jam Pintar Bersama Android Wear 2.0, Tahun Depan

0
Android Wear 2.0, Sistem Operasi bagi Jam Pintar (kredit gambar, xda-developer)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berjumpa lagi kita dalam artikel mengenai Google.
Google nak keluarkan dua flagship jam pintar? Adakah SmartWatch Pixel? hihihi

Temuramah eksklusif dengan The Verge dengan Jeff Chang (Product Manager Android Wear, Google), mengatakan Google akan melancarkan dua flagship jam pintar baru pada Q1 tahun 2017 dan kedua-dua jam tersebut merupakan peranti yang pertama yang menggunakan Android Wear 2.0

Menurut Encik Chang, peranti baru ini tidak menggunakan jenama Pixel (fuh, ingatkan SmartWatch Pixel, cool kan nama tu hahaha), tapi sebaliknya jenama OEM. Dua peranti Google ini akan dibuat bersama dengan rakan kongsi OEM, lebih kurang seperti program Nexus yang tiada fungsi lagi. Encik Chang melaporkan Google berkerjasama dengan pengeluar bagi reka perkakasan dan integrasi perisian bagi dua jam pintar, dan rakan kongsi mereka sangat berpengalaman dalam pembuatan jam pintar Android Wear.

Selepas pelancaran dua jam pintar tersebut, Encik Chang mengatakan bahawa jam pintar Android Wear yang lama akan mula menerima kemaskini mereka, iaitu Android Wear 2.0. Untuk pengetahuan anda, kemaskini Android Wear 2.0 iaitu membawa pelbagai jenis perubahan termasuk integrasi Google Assistant, standalone app store, in-app billing, dua faktor pengesahan sokongan log masuk lebih baik, gerak isyarat baru, dan banyak lagi. Tidak semua jam pintar Android Wear yang sedia ada akan dinaik taraf dan Encik Chang berkata lagi bahawa ciri-ciri tertentu seperti Android Pay memerlukan NFC, dan Google tidak akan meletakkan NFC sebagai syarat untuk menerima Android Wear 2.0

Peranti yang dijangka bakal menerima Android Wear 2.0, merujuk The Verge ialah :

  • Moto 360 Gen 2
  • Moto 360 Sport
  • LG Watch Urbane 2nd Edition LTE
  • LG Watch Urbane
  • LG G Watch R
  • Polar M600
  • Casio Smart Outdoor Watch
  • Nixon Mission
  • Tag Heuer Connected
  • Fossil Q Wander
  • Fossil Q Marshal
  • Fossil Q Founder
  • Michael Kors Access Bradshaw Smartwatch
  • Michael Kors Access Dylan Smartwatch
  • Huawei Watch
  • Huawei Watch Ladies
  • Asus ZenWatch 2
  • Asus ZenWatch 3
Bila masuk sahaja bulan Januari, Google akan melancarkan kelima dan akhir bagi Android Wear 2.0 Developer Preview, yang mana sepatutnya termasuk sokongan untuk Android Pay dan Google Assistant. Penambahan, versi akhir Developer Preview ini akhirnya akan membawa sokongan untuk iOS, yang mana telah disahkan untuk menjadi serasi dengan ciri Android Pay.
Pada masa hadapan, Encik Chang mengusik bahawa beberapa OEM telahpun bercadang untuk melepaskan peranti Android Wear 2.0 mereka sendiri, dan beberapa pengumuman mereka pada CES bulan hadapan. Memandangkan berita tahun ini seperti Motorola, LG dan Huawei melancarkan produk jam pintar mereka yang dinaik tarafkan, dan mungkin kita dapat lihat lagi dari OEM ini melancarkan jam pintar baru yang menyokong Android Wear 2.0.
Jadi, apa pendapat anda? Berbaloikah jam pintar ini? Sila komen di bawah 🙂

Sumber, xda-developer

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Servis Cyanogen dan Nightly Build Ditutup Minggu Hadapan, Selamat Tinggal

0
Selamat tinggal, Cyanogen (kredit gambar, Android Authority)

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Cyanogen.
Untuk maklumat anda, Cyanogen menamatkan perkhidmatannya hujung tahun ini. Kenapa la?

Cyanogen berkata :

As part of the ongoing consolidation of Cyanogen, all services and Cyanogen-supported nightly builds will be discontinued no later than 12/31/16. The open source project and source code will remain available for anyone who wants to build CyanogenMod personally

Jadi ini bermakna peranti yang menggunakan CyanogenOS tidak akan dapat kemaskini dan boleh beralih kepada CyanogenMod yang lebih kepada modifikasi hehehe

CyanogenOS mendapat momentum terima kasih dari OnePlus atas kerjasama dengan OnePlus One, tapi itu hubungan yang buruk dan terima kasih pada perjanjian eksklusif Cyanogen dengan Micromax (pengeluar telefon bimbit India) dan perjanjian eksklusif tersebut berakhir pada awal tahun ini, membuka jalan kepada Lenovo ZUK Z1. Kerjasama dengan Lenovo jugak tidak berhasil dengan baik, kerana ZUK Z1 tidak menerima apa-apa kemaskini.

Ada sumber lain mengatakan Steve Kondik menyalahkan Kirt McMaster atas apa yang berlaku. Tapi misi Steve untuk membunuh Google dan rancangan tersebut gagal. Tetapi jangan risau kerana source code masih lagi ada (jika tidak silap)

Jika peranti anda menggunakan CyanogenOS, beralih la kepada sumber yang terbaik, antaranya CyanogenMod. Apa rancangan Cyanogen Inc.? Mungkin mereka fokus kerjasama dengan rakan kongsi dalam modular platform. Apa pendapat anda? Komen di bawah

Sumber, Android Central

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Berita Baik Untuk Trainer Pokèmon GO

0

 

Pokèmon GO, Merry Christmas!

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai Pokèmon GO
Permainan ini pernah menjadi terkenal pada satu ketika dahulu, hanya trainer sejati yang masih setia main (jangan main semata-mata ikut trend :P)
Apa yang berita baik tu? Sempena akhir tahun 2016, mereka memberi cara yang terbaik untuk meraikan akhir tahun 2016 bersama Pokèmon GO.

Jangan terlepas peluang untuk menikmati banyak peluang untuk menetas Togepi (dan Pokèmon lain), bermula pagi pada 25 Disember ini hingga tengah hari pada 3 Januari 2017 (PST). PokèStop pula anda akan dapat  satu sekali guna Incubator setiap hari (dalam lingkungan tarikh tersebut) selepas anda putarkan Photo Disc tersebut (sehari satu Incubator). Jika anda melawat PokèStop dalam lingkungan tarikh tersebut, anda mempunyai peluang yang besar untuk dapatkan telur yang menetas Togepi, Pichu dan beberapa Pokèmon yang lain, asalnya dijumpai dekat daerah Johto. Pikachu istimewa yang memakai topi perayaan juga tinggal sekitar lebih lama. Anda pasti mencari Pikachu yang edisi terhad dalam tempoh sambutan ini.

Tambahan pula, dari tengah hari pada 30 Disember hingga tengah hari pada 8 Januari 2017 (PTS), rakan kongsi pertama Pokèmon dan evolusi mereka, asalnya dijumpai dekat daerah Kanto, lebih cenderung untuk ditemui. Maknanya peluang besar untuk menangkap Bulbasaur, Ivysaur, dan Venusaur, juga Charmander, Charmeleon, dan Charizard, tambahan Squirtle, Wartorle, dan Blastoise. Bukan itu sahaja, untuk tingkatkan peluang untuk dapatkan salah satu atau kesemua Pokèmon tersebut, gunakan Lure Modules yang sebelum ini bertahan 30 minit, tapi kini bertahan selama satu jam! (mungkin khas untuk acara ini)

Jadi tunggu apa lagi, bangun dan pi tangkap Pokèmon hahaha, tapi jangan abaikan keselamatan ya?

Sumber, Pokèmon GO Live

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

OnePlus 2 Menerima Kemaskini OxygenOS 3.5.5, 6.0.1 Marshmallow

0
OnePlus 2

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus
Berita baik untuk pengguna OnePlus 2, kini anda menerima kemaskini OxygenOS 3.5.5
Apa perubahan yang ada dalam versi ini? Bahaya atau tidak, akan saya ceritakan di bawah.

Kemaskini yang baru ini memberi OnePlus 2 nafas baru OxygenOS 3.5.5 yang mana terdapat ciri-ciri baru, penambahbaikan dan pelbagai perubahan. OnePlus memberi amaran pada pengguna bahawa mengemaskini pada 3.5.5 akan mendatangan isu-isu seperti WiFi dan sambungan rangkaian serta fingerprint sensor (jika anda menurun taraf semula versi 3.1.0)serta kehilangan IMEI (HydrogenOS ada isu ini)

Anda boleh menurun taraf kepada 3.1.0 tanpa masalah, tetapi anda kena menggunakan penurun taraf yang khas versi 3.1.0 dan flashing tool (klik sini untuk tool tersebut). Proses tersebut akan memadam kesemua maklumat dari peranti anda. Perubahan utama dalam kemaskini ini ialah ciri-ciri baru yang ditambah oleh OnePlus. Difahamkan kemaskini ini membolehkan fungsi VoLTE bagi rangkaian yang terpilih, tetapi tidak dimaklumkan rangkaian yang manakah yang boleh serta membawa ciri App Lock.

Pemaju juga menambah Battery Saving Mode, Gaming Mode serta pilihan baru bagi Alert Slider dalam Settings. Kemaskini ini juga direka semula bar pelarasan kelantangan, menambah pengoptimuman bagi ciri Shelf dan kemaskini antaramuka pengguna bagi aplikasi jam. Dimaklumkan bahawa aplikasi Jam, Kalkulator, dan Mesaj akan digantikan dengan stock aplikasi OnePlus melainkan anda kemaskini aplikasi Google yang sepadan.

Sekiranya anda ingin sambung guna aplikasi Google, anda boleh muat turun ia di Play Store. Kemaskini OTA yang baru ini membawa perubahan UI baru pada OxygenOS pada keseluruhannya, mereka tingkatkan kestabilan, beberapa ralat telahpun diperbaiki, termasuk juga security patches bulan Disember. OnePlus memberi amaran bahawa kemaskini ini akan menetapkan semula “kebanyakkan”  tetapan telefon (seperti nama peranti, nada dering, accent colors dan lain-lain)

Jadi, anda boleh setkan semula tetapan anda sekiranya anda merasakan ia berbeza dari sebelum kemaskini. Apa pendapat anda mengenai kemaskini OxygenOS 3.5.5? Sila komen di bawah jika ada sebarang pendapat dan soalan.

Bagi yang mahu mencuba OxygenOS 3.5.5, sila klik sini (cara pemasangan mungkin seperti biasa, clean install tapi bagi yang datang dari ROM lain, sila pasang dahulu OxygenOS 3.1.0 untuk mengelakkan sebarang masalah. Admin tak pakai dah OnePlus 2, maaf 🙁 )

* Amaran lembut, risiko tanggung sendiri dan rajin-rajinlah melawat forum di bawah ini
OnePlus Forum (OnePlus 2), xda-developer (OnePlus 2)

Sumber, xda-developer

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

KickassTorrents Akhirnya Kembali: Kelahiran Semula Yang Amat Dinantikan

0

Sepertimana yang kita sedia maklum, Kickass Torrents dah lama terkubur suatu waktu dahulu akibat tangkapan yang telah dibuat terhadap pengasasnya, Artem Vaulin.

Tahun 2016 ini memang menunjukkan zaman gelap bagi para peminat P2P/torrent apabila banyak laman-laman torrent yang ditutup akibat serbuan oleh pihak berkuasa dan atas sebab-sebab yang tidak dapat diketahui.

Walaupun terdapat laman-laman alternatif, namun impak KickassTorrents (KAT) terhadap pengguna tegar sememangnya meninggalkan kesan mendalam.

Ramai yang tidak dapat ‘move on’, dan atas sebab itulah, kini KickassTorrents dihidupkan semula sebagai Katcr.co (KATcr). Ianya kelihatan amat serupa dan identikal kepada laman asal, dan ia telah diberi nafas baru dengan data lama oleh para staf KAT.

Pun begitu, mungkin disebabkan ‘penjelmaan semula’ ini masih terlalu baru, maka hasil carian yang diberikan juga adalah tidak memuaskan. Lihat saja gambar di bawah.

Apapun, ini adalah dapat difahami memandangkan legasi KAT sudah terlalu lama dan sudah tentunya kelahiran semulanya juga perlukan sedikit masa lagi untuk kita dapat lihat sebuah laman yang lebih baik.
Anda boleh lihat laman tersebut di sini: Kickass Torrents Community

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Ingin Pembuatan OnePlus 3T Di India

0
OnePlus 3T, kiri Gunmetal dan kanan Soft Gold. Gambar kredit to Technave

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Kita tahu bahawa OnePlus 3 dan 3T telah mendapat sambutan orang ramai sehingga pengeluaran OnePlus 3 ditangguhkan gara-gara tak cukup stok.

Di India, pihak OnePlus mengatakan mereka merancang pembuatan telefon pintar yang baru pada tahun hadapan. Laporan dari Reuters, yang menemu ramah General Manager operasi OnePlus India mengatakan mereka harus mempunyai set perkongsian pengeluaran pada awal Q1, tahun 2017. Beliau juga mengatakan bahawa kemungkinan OnePlus akan berkerjasama dengan beberapa rakan kongsi di India, tetapi enggan menamakan mana-mana mereka selain daripada Foxconn.

Baru-baru ini IDC menerbitkan sebuah laporan yang mengatakan OnePlus merupakan penjual ketiga terbesar telefon pintar premium dalam India. Ia jelas bahawa membina kualiti premium dipasangkan dengan harga yang berpatutan membuatkan OnePlus 3T mendapat penghormatan dari pelanggan. OnePlus akui yang mereka mengalami kerugian 30% jualan kerana kehabisan stock dan mereka hanya menjual peranti mereka secara rasmi di Amazon serta mengatakan mereka tidak mempunyai apa-apa rancangan untuk menukar tetapan ini.

Terdapat kedai-kedai lain yang tidak rasmi untuk membeli produk OnePlus, tapi OnePlus nasihatkan para pengguna untuk membeli produk mereka melalui peruncit yang rasmi. Mereka tiada rancangan untuk menjual produk pada peruncit yang lain buat masa ini, tetapi mereka ingin membuka “Experience Center” tidak lama lagi dan lokasinya mungkin selatan hab teknologi India, Bengaluru maka para pelanggan dapat mencuba dahulu produk OnePlus sebelum menempahnya

Jadi, apa pendapat anda? Jika ada sebarang cadangan dan pertanyaan boleh komen di bawah. Saya berharap sangat-sangat mereka membuka cawangan di Malaysia. Terdapat pelbagai produk OnePlus yang menarik, tetapi semua kena beli dalam talian. adududu

Sumber, xda-developers

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara ‘Memaksa’ YouTube Memainkan Keseluruhan Video

0

Waktu dulu, video-video di YouTube akan dimuat turun (buffer) sehingga habis. Memang syok layan YouTube kalau ada internet yang stabil dan laju.

Tetapi kalau kelajuan internet agak perlahan, kita boleh ‘pause‘ video tersebut, buka banyak tab, dan tunggu sehingga habis dimuat turun lalu mainkan satu demi satu.

Namun sejak Google memperkenalkan protokol baharu iaitu Dynamic Adaptive Streaming over HTTP atau DASH, cara mainkan video sambil pause tidak lagi berkesan.

Ini adalah kerana apabila video dimainkan, ia hanya akan muat turun sebahagian kecil (sangat sedikit) dan terus terhenti di situ sehingga pengguna klik pada butang play.

Namun, kita masih boleh cuba menyahaktif protokol DASH dengan menggunakan addon/extension pelayar web yang dinamakan sebagai YouTube Center.

Untuk pelayar web Firefox, ianya amat mudah. Anda hanya perlu pergi ke pautan ini, pasangkan addon, dan siap. Tetapan selebihnya adalah sama dengan pelayar web Chrome.

Namun untuk Google Chrome, extension ini telah dibuang dari Chrome Web Store dek kerana melanggar beberapa polisi seperti ciri muat turun video YouTube dan nyahaktif iklan-iklan.

Oleh itu, kita terpaksa melakukan beberapa perkara sebelum extension ini dapat digunakan.

1. Muat turun extension YouTubeCenter.crx

2. Ekstrak extension ini menggunakan WinRAR. Sebagai contoh, ini adalah ‘rupanya’ selepas diekstrak. Saya ekstrak kesemuanya ke dalam satu folder bernama YouTubeCenter (contoh).

3. Pada Chrome, klik menu > More tools > Extensions.

3. Klik pada ‘Developer mode’ > ‘Load unpacked extension…’ > pilih folder tadi (YouTubeCenter).

4. Siap. Extension YouTube Center ini telah pun dipasangkan pada Chrome.

5. Sekarang, buka tetapannya dengan mengklik pada ‘Options’.

6. Terdapat banyak tetapan yang boleh anda terokai sendiri. Di sini saya hanya ingin beritahu cara untuk kita paksa YouTube mainkan atau muat turun/buffer keseluruhan video dan bukan hanya mainkan sedikit sahaja.

7. Pergi ke Player > Nyahaktif DASH Playback

8. Selesai! Sekarang cuba mainkan satu video, tekan pause, dan cuba uji sendiri sama ada ia masih mainkan sedikit bahagian video itu ataupun ia terus muat turun kesemua sekali.

Ia juga adalah serasi dengan extension Magic Actions for YouTube.

Satu-satunya kelemahan cara ini ialah Chrome akan memberitahu anda untuk menyahaktif extension tersebut kerana ia dipasang bukan dari Chrome Web Store. Ahhh, pedulikan.

Amacam? Siapa yang dah cuba tu komen sikit.

Views: 6

Iklan Newspaper Inline

Cara ‘Boost’/Stabilkan Signal Rangkaian Bermasalah Untuk Melajukan Internet

0

Kebiasaannya, bila tempat/kawasan anda ADA rangkaian 4G tetapi lemah (1 bar), smartphone akan ‘turunkan’ kualiti rangkaian kepada 3G.

Apabila ini terjadi, kelajuan internet akan menjadi sangat perlahan, dan biasanya telco akan dimaki ‘babi’ kerana memberikan ‘servis’ yang tidak memuaskan.

Tetapi, ada caranya untuk membantu sedikit sebanyak rangkaian yang lemah. Memaki bukan caranya. Berikut abam senaraikan beberapa cara yang boleh anda lakukan untuk ‘boost’ dan stabilkan signal, supaya kelajuan internet anda juga secara tidak langsung menjadi stabil dan sebagai bonusnya ia menjadi laju.

1. Kunci/Lock signal 4G meskipun hanya ada 1 bar.

Ada dua kaedah bagi mengunci signal rangkaian kepada 4G.

a) Dengan menggunakan gabungan *#*#4636#*#*, kemudian pergi ke Device information -> dan setkan kepada LTE only.

b) Dengan menggunakan aplikasi ‘NetSwitch‘.

Aplikasi ini mudah dan ringkas. Hanya perlu pasang, buka, dan setkan.

Muat turun: saylor-netswitch-v4.apk

Setelah anda berjaya mengunci signal 4G, cuba layari internet dan gunakan mana-mana aplikasi yang memerlukan kepada sambungan internet. Ada perubahan atau masih cenggitu?

Cara ini juga boleh digunakan jika di tempat anda mempunyai rangkaian 3G yang tidak stabil, atau hanya mempunyai rangkaian 3G sahaja, atau mempunyai rangkaian 4G ‘sipi-sipi’.

Caranya ialah dengan mengunci rangkaian kepada ‘WCDMA only‘.

2. Gunakan aplikasi ‘signal booster’.

Tetapi ada satu lagi aplikasi yang boleh membantu peranti anda boost signal rangkaian, terutamanya anda yang menggunakan Digi atau U Mobile. Memang signal hampeh di dalam kawasan bangunan, jadi apa yang boleh anda lakukan? Troll orang?

Tidak, anda boleh gunakan aplikasi HSPA+ Tweaker (3G booster).

Muat turun: HSPA+ Tweaker (3G booster)

Dengan aplikasi ini, rangkaian 3G akan ‘dikunci’ kepada tahap optimum bagi penggunaan yang intensif. Tetapi jika anda tidak menggunakan ia, eloklah dinyahaktifkan (disable) kerana aplikasi ini agak kuat juga mentekedarah tenaga bateri.

*Kalau dah tempat encik takde signal U Mobile (contohnya), tak payah la pakai jugak U Mobile tu.

Apapun ini juga bergantung kepada peranti yang anda gunakan. Kalau pakai phone low end, janganlah mengharapkan modem yang ada padanya berkualiti tinggi dan mampu mendapatkan signal yang kuat.

Views: 49

Iklan Newspaper Inline

Google Keyboard Dijenamakan Semula Sebagai Gboard Dengan Integrasi Carian Google

0

Sebelum ini saya lebih memilih SwiftKey dek kerana ia boleh menaip secara Flow untuk dua bahasa sekaligus (BI-BM). Ini amat-amat memudahkan kerana saya tidak perlu menukar bahasa semata-mata untuk menaip dalam bahasa lain yang diinginkan.

Tak lupa juga rangkaian neural di dalam SwiftKey menjadikan papan kekunci itu lebih pintar menafsirkan perkataan-perkataan yang akan ditaip. Kepintaran sama kini boleh dinikmati pada Google Keyboard yang telah dijenamakan semula kepada Gboard. Taipan dengan bahasa berbilang beserta Flow seperti SwiftKey yang dinamakan sebagai ‘Glide typing’ sudah pun dimasukkan ciri ini ke dalam Gboard.

Tambah menarik lagi, ia telah diintegrasikan dengan carian Google, yang mana kini anda tidak perlu lagi keluar dari mana-mana aplikasi yang sedang anda gunakan. Anda boleh terus lakukan carian dari Gboard, dan berkongsi hasil carian secara terus.

Ini contoh yang saya sendiri cuba, dalam aplikasi WhatsApp. Super cool.

Selain itu, Gboard juga sudah mempunyai baris nombor di atasnya, serta carian emoji.

Anda boleh muat turun aplikasi Gboard di sini: Gboard

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun Sehingga 5 Kali Lebih Pantas Tanpa Menggunakan IDM

0

Kebiasaannya, buat anda yang memang jenis hebat dalam bidang IT ni (bahasa lainnya nerd, kih kih kih) akan menggunakan Internet Download Manager atau IDM, untuk memuat turun sesuatu.

Namun, bagi mereka yang hanya menggunakan internet sekadar menonton YouTube, melayari internet sambil bersosial di laman Facebook, Twitter, dan Instagram, penggunaan IDM mungkin agak asing.

Apa cara paling mudah untuk membantu golongan ini? Ya, dengan cara memberikan mereka sebuah pelayar web yang sudah siap tersedia untuk digunakan bagi apa juga yang ingin mereka lakukan.

Citrio, sebuah pelayar web berasaskan Chrome yang mempunyai pemuat turun (Download Manager) terbina dalaman seakan-akan IDM kelajuannya. Diulangi, seakan-akan IDM kelajuannya (maknanya bukan paparan antaramuka pengguna a.k.a GUI – mohon jangan salah faham).

Berikut adalah antara ciri-ciri menarik pada Citrio:


1. Pemuat Turun Terbina Dalaman

Pemuat turun memang dah ada dalam mana-mana pelayar web, namun adakah ianya efisien seperti IDM, tambah lagi yang ada pada Chrome? Tidak bukan. Sudahlah tidak efisien, tak laju pula. Di sinilah bezanya pemuat turun yang ada pada Citrio. Ianya selain dapat mengesan video-video yang ada di laman YouTube (versi HD), ia juga dapat menguruskan semua aktiviti muat turun, termasuklah resume proses muat turun yang tersekat.

2. Pemain Media

Mungkin ciri ini tidak terlalu penting untuk sesetengah orang, kerana pada saya sendiri, saya lebih memilih menggunakan pemain video luaran seperti VLC dan SM Player untuk memainkan media-media. Namun ciri ini kadangkala memudahkan untuk kita melihat terlebih dahulu (pratonton) apa-apa media yang telah dimuat turun.



3. Pemuat Turun Torrent

Oh ya, selain pemuat turun fail-fail ‘biasa’ di internet, Citrio juga mempunyai pemuat turun torrent terbina dalaman. Ia menyokong pautan magnet dan fail .torrent. Ini bererti anda sudah tidak lagi memerlukan klien torrent lain. Cukup sekadar memasang Citrio, anda sudah dapat semua dalam satu.

4. Penyekat Iklan

Kalau anda buka laman omghackers, mohon whitelist ya. Tetapi untuk laman lain, ikut sukalah. Heheh. Penyekat iklan yang dipasang secara sedia dalam pelayar web ini tidak memerlukan sebarang konfigurasi. Ia akan terus menyekat sebarang iklan sebaik sahaja pelayar web Citrio membuka mana-mana laman.



5. Penukar Proksi

Saya difahamkan bahawa penukar proksi yang terbina dalaman ini sudah mempunyai proksi yang sedia digunakan sebaik sahaja Citrio dipasang. Namun setakat ini ianya kosong sahaja tanpa ada apa-apa tetapan proksi. Buat masa ini anda perlu letakkan sendiri proksinya. Saya akan sahkan perkara ini dengan menghubungi pembangun Citrio.

Paling penting, pelayar ini serasi dengan semua extensions yang ada untuk Chrome. Tak lupa juga anda boleh menggunakan akaun Google pada Citrio ini untuk menyelaraskan data-data dari Google Chrome.

Anda boleh muat turun pelayar web serba guna ini melalui pautan di bawah. Jangan lupa komen setelah anda mencubanya ya. Buat masa ini Citrio terdapat untuk sistem operasi Windows dan Mac.

Muat Turun: Citrio Browser

Views: 2

Iklan Newspaper Inline