More

    Sample Page Title

    Kebiasaannya, buat anda yang memang jenis hebat dalam bidang IT ni (bahasa lainnya nerd, kih kih kih) akan menggunakan Internet Download Manager atau IDM, untuk memuat turun sesuatu.

    Namun, bagi mereka yang hanya menggunakan internet sekadar menonton YouTube, melayari internet sambil bersosial di laman Facebook, Twitter, dan Instagram, penggunaan IDM mungkin agak asing.

    Apa cara paling mudah untuk membantu golongan ini? Ya, dengan cara memberikan mereka sebuah pelayar web yang sudah siap tersedia untuk digunakan bagi apa juga yang ingin mereka lakukan.

    Citrio, sebuah pelayar web berasaskan Chrome yang mempunyai pemuat turun (Download Manager) terbina dalaman seakan-akan IDM kelajuannya. Diulangi, seakan-akan IDM kelajuannya (maknanya bukan paparan antaramuka pengguna a.k.a GUI – mohon jangan salah faham).

    Berikut adalah antara ciri-ciri menarik pada Citrio:


    1. Pemuat Turun Terbina Dalaman

    Pemuat turun memang dah ada dalam mana-mana pelayar web, namun adakah ianya efisien seperti IDM, tambah lagi yang ada pada Chrome? Tidak bukan. Sudahlah tidak efisien, tak laju pula. Di sinilah bezanya pemuat turun yang ada pada Citrio. Ianya selain dapat mengesan video-video yang ada di laman YouTube (versi HD), ia juga dapat menguruskan semua aktiviti muat turun, termasuklah resume proses muat turun yang tersekat.

    2. Pemain Media

    Mungkin ciri ini tidak terlalu penting untuk sesetengah orang, kerana pada saya sendiri, saya lebih memilih menggunakan pemain video luaran seperti VLC dan SM Player untuk memainkan media-media. Namun ciri ini kadangkala memudahkan untuk kita melihat terlebih dahulu (pratonton) apa-apa media yang telah dimuat turun.



    3. Pemuat Turun Torrent

    Oh ya, selain pemuat turun fail-fail ‘biasa’ di internet, Citrio juga mempunyai pemuat turun torrent terbina dalaman. Ia menyokong pautan magnet dan fail .torrent. Ini bererti anda sudah tidak lagi memerlukan klien torrent lain. Cukup sekadar memasang Citrio, anda sudah dapat semua dalam satu.

    4. Penyekat Iklan

    Kalau anda buka laman omghackers, mohon whitelist ya. Tetapi untuk laman lain, ikut sukalah. Heheh. Penyekat iklan yang dipasang secara sedia dalam pelayar web ini tidak memerlukan sebarang konfigurasi. Ia akan terus menyekat sebarang iklan sebaik sahaja pelayar web Citrio membuka mana-mana laman.



    5. Penukar Proksi

    Saya difahamkan bahawa penukar proksi yang terbina dalaman ini sudah mempunyai proksi yang sedia digunakan sebaik sahaja Citrio dipasang. Namun setakat ini ianya kosong sahaja tanpa ada apa-apa tetapan proksi. Buat masa ini anda perlu letakkan sendiri proksinya. Saya akan sahkan perkara ini dengan menghubungi pembangun Citrio.

    Paling penting, pelayar ini serasi dengan semua extensions yang ada untuk Chrome. Tak lupa juga anda boleh menggunakan akaun Google pada Citrio ini untuk menyelaraskan data-data dari Google Chrome.

    Anda boleh muat turun pelayar web serba guna ini melalui pautan di bawah. Jangan lupa komen setelah anda mencubanya ya. Buat masa ini Citrio terdapat untuk sistem operasi Windows dan Mac.

    Muat Turun: Citrio Browser

    Arya Putra
    Arya Putrahttps://omghackers.com/
    I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future. My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging. If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

    Artikel Terkini

    spot_imgspot_img

    Artikel Berkaitan

    MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

    Sila masukkan komen anda!
    Sila masukkan nama anda di sini

    spot_imgspot_img