Cara ‘Memaksa’ YouTube Memainkan Keseluruhan Video

Waktu dulu, video-video di YouTube akan dimuat turun (buffer) sehingga habis. Memang syok layan YouTube kalau ada internet yang stabil dan laju.

Tetapi kalau kelajuan internet agak perlahan, kita boleh ‘pause‘ video tersebut, buka banyak tab, dan tunggu sehingga habis dimuat turun lalu mainkan satu demi satu.

Namun sejak Google memperkenalkan protokol baharu iaitu Dynamic Adaptive Streaming over HTTP atau DASH, cara mainkan video sambil pause tidak lagi berkesan.

Ini adalah kerana apabila video dimainkan, ia hanya akan muat turun sebahagian kecil (sangat sedikit) dan terus terhenti di situ sehingga pengguna klik pada butang play.

Namun, kita masih boleh cuba menyahaktif protokol DASH dengan menggunakan addon/extension pelayar web yang dinamakan sebagai YouTube Center.

Untuk pelayar web Firefox, ianya amat mudah. Anda hanya perlu pergi ke pautan ini, pasangkan addon, dan siap. Tetapan selebihnya adalah sama dengan pelayar web Chrome.

Namun untuk Google Chrome, extension ini telah dibuang dari Chrome Web Store dek kerana melanggar beberapa polisi seperti ciri muat turun video YouTube dan nyahaktif iklan-iklan.

Oleh itu, kita terpaksa melakukan beberapa perkara sebelum extension ini dapat digunakan.

1. Muat turun extension YouTubeCenter.crx

2. Ekstrak extension ini menggunakan WinRAR. Sebagai contoh, ini adalah ‘rupanya’ selepas diekstrak. Saya ekstrak kesemuanya ke dalam satu folder bernama YouTubeCenter (contoh).

3. Pada Chrome, klik menu > More tools > Extensions.

3. Klik pada ‘Developer mode’ > ‘Load unpacked extension…’ > pilih folder tadi (YouTubeCenter).

4. Siap. Extension YouTube Center ini telah pun dipasangkan pada Chrome.

5. Sekarang, buka tetapannya dengan mengklik pada ‘Options’.

6. Terdapat banyak tetapan yang boleh anda terokai sendiri. Di sini saya hanya ingin beritahu cara untuk kita paksa YouTube mainkan atau muat turun/buffer keseluruhan video dan bukan hanya mainkan sedikit sahaja.

7. Pergi ke Player > Nyahaktif DASH Playback

8. Selesai! Sekarang cuba mainkan satu video, tekan pause, dan cuba uji sendiri sama ada ia masih mainkan sedikit bahagian video itu ataupun ia terus muat turun kesemua sekali.

Ia juga adalah serasi dengan extension Magic Actions for YouTube.

Satu-satunya kelemahan cara ini ialah Chrome akan memberitahu anda untuk menyahaktif extension tersebut kerana ia dipasang bukan dari Chrome Web Store. Ahhh, pedulikan.

Amacam? Siapa yang dah cuba tu komen sikit.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img