Utama Blog Laman 164

Ulasan Ringkas Xiaomi Mi Band 2: Mempunyai Ciri Setara Dengan Harga

0
Gambar kredit kepada Digital Trends

Seperti yang kita semua maklum, XIAOMI merupakan jenama yang tidak asing bagi kita semua. Kali ini pihak XIAOMI  mengeluarkan Mi Band 2 iaitu Jam tangan 2-dalam-1 yang mampu berfungsi sebagai Fitness Tracker.

[Reka Bentuk]

Mi Band 2 masih mengekalkan reka bentuk seperti predecessor iaitu Mi Band 1 dan Mi Band 1S. 
Berbentuk seperti sebiji pil kuda dan mempunyai paparan OLED untuk menunjukkan waktu, notifikasi aplikasi (hanya menunjukkan icon yang telah diprogram, jika anda menggunakan aplikasi yang tidak menyokong Mi Band 2 maka akan keluar icon “App”), langkah anda berjalan dan beberapa indicator yang lain.
Namun begitu anda boleh mengubahsuai mengikut kesesuaian anda menggunakan aplikasi Mi Fit ( Android ) atau Mi Fit ( IOS) ). Mi Band 2 juga  water and dust resistant (IP67)

Pada strap pula reka bentuknya pula seperti gelang sama seperti Mi Band yang lain. Anda boleh tukar strap tersebut pada harga RM10 atau RM40 untuk strap kulit yang lebih premium.


[Penggunaan]

Mi Band 2  menggunakan Bluetooth 4.0 dan mampu bertahan sehingga 20 hari mengikut penggunaan.
Hasil dari penggunaan saya, Mi Band 2 mempunyai banyak penambahbaikan berbanding Mi band versi sebelumnya. Step counter nya pula amat tepat, sesuai untuk orang yang bersukan.


Sleep counter pula memerlukan Heart Rate Assistant bacaan yang lebih tepat. Mi Band 2 mampu berfungsi sebagai trusted device di mana anda boleh membuka peranti anda tanpa perlu membuka kunci.


[Keserasian]

Mi Band 2 menyokong IOS dan Android 4.4 keatas sahaja. Untuk unlock feature pula memerlukan Android 5.0 ke atas.

[Konklusi]

Dengan harganya (RM109) yang lebih murah berbanding smart band yang lain, fungsi sedia ada yang ditawarkan dan reka bentuk yang menarik, ianya sangat berbaloi bagi anda yang ingin mencuba smart band pada harga yang murah.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kodi 17 ‘Krypton’ Telah Dilepaskan: Prestasi Semakin Tinggi, Paparan Semakin Kemas

0

Abam mula mengenali Kodi sebelum ia dinamakan dengan nama seperti watak seorang pakcik dalam majalah Ujang (Pakcik Kordi dan Lembunya).

Dari zaman XBMC lagi abam dah bermain dengan pelbagai addon. Sekarang bila tengok paparan antaramuka terbarunya, tak sangka ia akan berubah sebanyak ini.

Paparan yang dinamakan pula sebagai Estuary, direkabentuk khas untuk peranti seperti laptop dan desktop PC. Paparan Estouchy pula (seperti yang dapat dilihat di bawah) lebih ditala kepada peranti dengan skrin sesentuh.

Ini pula paparan Estuary.

Sudah nampak tidak banyak bezanya bukan?

Terdapat pelbagai penambahbaikan yang dibawa dalam versi terbaru, 17 – kod nama Krypton ini. Tetapi naik taraf paling ketara adalah paparan antaramukanya (tema). Juga, prestasinya sudah semakin meningkat, semakin laju berbanding versi 16 – kod nama Jarvis.

Ini amat membantu mereka yang menggunakan peranti dengan spesifikasi sedikit rendah, cuma untuk Android, veri 17 memerlukan Android 5.0 ke atas untuk dapat dijalankan.

Anda yang berminat hendak menggunakan Kodi versi terbaru ini bolehlah berbuat demikian dengan memuat turun melalui pautan berikut: Kodi 17 Download

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Perisian Wajib Pasang Setiap Kali Selepas Melakukan Format

0

1.Google Chrome/Firefox

Rasanya tak perlu diceritakan secara terperinci akan keperluan memasang pelayar web ini. Setiap satunya mempunyai kelebihan tersendiri. Terserah kepada citarasa masing-masing. Abam sendiri menggunakan Chrome untuk kesemua aktiviti internet.

2.SM Player/VLC

Pemain media semua dalam satu ini mampu memainkan pelbagai format media tanpa perlu memasang codec tambahan. VLC sering menjadi pilihan terutama pengguna Linux. Manakala abam pula memilih SM Player dek kerana boleh ‘boost’ volume melalui tetapan.

3. Winamp/Spotify

Mungkin ada yang akan kata ianya ‘redundant’ dengan nombor 2, tetapi pada abam, aplikasi/perisian Winamp ini tidak ada tukar gantinya. Ia pemain muzik terbaik dengan ciri-ciri yang tiada tolok banding. Ada pelbagai pemain muzik di internet yang boleh dipilih, tetapi hanya ada satu Winamp yang terunggul.

Spotify pula abam gunakan untuk strim lagu dengan mudah, yang dah disiapkan dalam satu senarai main. Senang nak strim lagu raya. Heheheh.

4. WinRAR

WinRAR adalah aplikasi pengekstrak dan pemadat yang premium. Selain ciri-cirinya yang banyak (yang biasanya abam tak teroka pun), ia juga menyokong ciri tema. Kalau bosan dengan tema asal, boleh tukar saja dengan mana-mana yang terdapat di internet (terutamanya di Deviant Art).


5. Revo Uninstaller

Betul, pengguna masih boleh menyahpasang aplikasi melalui Control Panel tu, tapi jangan tak tahu, masih ada yang ‘terlepas pandang’. Dengan Revo Uninstaller, nyahpasang dilakukan secara total termasuklah apa yang tertinggal di registry.


6.OpenVPN

Hah, tak payah la abam nak tulis panjang lebar, sementelah blog ini pun banyak sudah menulis tentang VPN umumnya dan OpenVPN khususnya. Abam sendiri menggunakan TheLan VPN sebagai servis VPN terbaik dan termurah yang boleh didapatkan.

7. Internet Download Manager

Hahah, Internet Download Manager (IDM) ni abam bagi nama secara umum lah. Kalau pendek cerita, mana-mana pemuat turun lain yang anda lebih gemari juga boleh digunakan, EagleGet dan FlareGet sebagai contoh. Tiada pemuat turun tak lengkap rasanya.

8. Perisian Pejabat

Microsoft Office adalah alat (tool) yang mesti ada bagi melengkapkan sistem operasi. Melainkan anda memang hanya menjadikan PC anda sebagai tempat operasi untuk bermain permainan dan pusat media, maka perisian pejabat tidak dapat tidak wajib dipasang.

9. Netspeed Monitor

Sebenarnya aplikasi ini tidaklah begitu kritikal kepentingannya, tetapi dah jadi ‘habit’ pulak pada diri abam sendiri, suka melihat kelajuan internet sewaktu menggunakannya. Apabila perlahan sekurang-kurang kita tahu berapakah ‘keperlahanannya’ tu. Heheheh. Dengan itu bolehlah kita troubleshoot pula apa yang tak kena.


10. TeraCopy

Kalau dalam Windows 10, rasanya dah tak perlukan kepada aplikasi ini. Tetapi dalam Windows 7, ia masih relevan. Sedikit-sebanyak ia dapat melajukan proses salin dan tampal pada sistem anda.

11. DFX Sound Enhancer

Eheh, abam tak klasifikasikan ini sebagai wajib lah, tetapi kalau anda memang jenis ‘kaki muzik’, pasanglah ia. Pasti anda tidak akan dapat melayani muzik tanpanya selepas ini.

12. Pembaca PDF

Pada abam, abam lebih suka menggunakan Foxit Reader berbanding pembaca PDF yang lain. Ia banyak pilihan pada tetapan untuk menyesuaikan kegunaannya dengan diri kita. Siap ada tema.

Jadi inilah sedikit-sebanyak perkongsian aplikasi yang perlu dipasang selepas setiap kali anda format peranti anda. Sekiranya ada cadangan untuk tambahan, anda boleh komen. Nanti abam tambah. Silalah tekan butang share di bawah ini ya. Terima kasih!

Views: 7

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Jamin, Betulkan Kelemahan Bootloader Pada OTA Seterusnya

0
OnePlus 3 yang boleh tukar SELinux Enforcing to Permissive

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berjumpa lagi kita dalam aritkel mengenai OnePlus
Untuk maklumat anda, OnePlus 3/3T mengalami kelemahan bootloader iaitu boleh dilakukan dengan masuk fastboot mode untuk menukarkan SELinux Enforcing kepada Permissive.

Pertukaran Enforcing kepada Permissive bukan sahaja untuk unlock bootloader, tetapi locked bootloader juga. Isu ini amat bahaya kerana status SELinux tidak timbul di About Phone (kalau pakai CyanogenMod, nama baru LineageOS akan ada status SELinux ni) maka kita taktau peranti kita ni ada orang ubah atau tidak. 

XDA Recognize Developer, SultanXDA menerangkan isu ini :

The way that the “fastboot oem selinux <state>” command works is that it adds an extra argument onto the kernel command line when booting Linux. The extra argument comes in the form of “androidboot.selinux=<state>”, where <state> can be “permissive”. There’s where things get funny: “androidboot.<something>” arguments on the kernel command line are parsed by Android’s init. In a normal Android production build (a “user” build), the “androidboot.selinux” argument is totally ignored and selinux is always forced to enforcing.

So this bug is composed of two issues: One, users can make the bootloader pass a flag that would normally make selinux permissive on an engineering/debugging ROM build. And two, OnePlus modified Android’s init in order to honor the “androidboot.selinux” flag even for production ROM builds.

Beliau mencadangkan beberapa langkah-langkah untuk selesaikan isu ini, anda boleh baca cadangan beliau dan lebih lanjut mengenai kelemahan ni di xda-developer

OnePlus telahpun maklum balas mengenai kelemahan bootloader ini. Mereka telahpun menjamin bahawa kelemahan tersebut akan di patch kan untuk OnePlus 3 dan 3T. Kedua-dua peranti tersebut bakal menerima patch ini sebagai sebahagian daripada OTA mereka.

Tahniah OnePlus atas maklum balas yang cepat dan berharap OTA tiba tidak lama lagi untuk kedua-dua peranti tersebut.

P/S: Admin tukarkan SELinux Enforcing kepada Permissive semata-mata untuk app ViPER4Android. hihihi

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Pengalaman Bersama webe, Berjaya Mencuri Hati Ini

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai webe
Anda sudahpun baca artikel ni kan > webe, Berbaloikah? Nak Apa Lagi?
Ini sambungan artikel tersebut 🙂

Setelah saya guna webe ni serta dengan plan yang ada ni, saya terfikir kenapa tidak buat awal-awal lagi?
Saya jarang call dan sms, tapi tambah nilai semata2 beli pas internet (RM3 : 1GB sehari, Hotlink) sampaikan beli simkad U-Mobile untuk simkad data. hahahaha
Ramai tertanya-tanya, senarai telefon pintar di laman sesawang webe tu hanya model tertentu sahaja ka yang disokong?
webe menyokong semua model telefon pintar (selagi peranti tersebut boleh access internet hahaha), cuma telefon pintar yang mempunyai LTE/4G Band 5 (850) disokong dengan cemerlangnya. Tetapi 3G juga boleh tahan lajunya. Jangan risau kerana mereka sedang mengembangkan band lain seperti 38, 40 dan lain-lain.

Saya uji webe pada OnePlus 3 China Set (tiada LTE/4G Band 5), dan merata juga saya pi untuk uji simkad ini.
Saya uji di Sunway Pyramid, OP3 saya mendapat signal 4G.
Saya yakin itu LTE/4G Band yang lain kerana peranti saya tiada Band 5 🙁
Ini screenshot kelajuan webe di Sunway Pyramid

Diuji menggunakan OpenSignal, signal 4G.
Ini pula diuji menggunakan Speedtest, lokasi di Taman TTDI Jaya, Seksyen U2, Shah Alam.

Terima kasih juga pada pembaca dan komen Redwave dan rakan-rakan dari Facebook saya sudi berkongsi maklumat tambahan mereka.
webe menggunakan LTE Band 5 untuk internet sahaja. Jika panggilan suara menggunakan rangkaian Celcom (3G/2G)
Jika anda sedang menggunakan internet pada line 4G, kemudian anda menjawab panggilan ia akan tukar line pada 3G dan selepas jawab panggilan ia akan tukar semula pada 4G.
Rakan-rakan saya mengatakan webe ni senang keluar, senang masuk hahaha (pasal terminate account kot hihihi)

Saya hanya dapat merasai kelajuan sebenar 4G di Sunway Pyramid sahaja 🙁
Lain-lain tempat, hanya guna H+, tapi H+ pun sedap dah (ada khabarkan H+ pun boleh beat 4G hahaha), tengok Youtube tiada masalah.
Cuma line agak gila sikit, sedap guna tiba2 line takda, ada line tapi connection tiada hahaha
Ikut hang la labu, janji hang unlimited hihihi. Bawah ni screen record bagi percubaan tengok video Youtube menggunakan webe.

Screen Record menggunakan aplikasi Screen Recorder 5+.

Cuma jika anda kaki Torrent, sakit sikit kerana sokongan webe pada kaki Torrent agak nipis, senipis kulit bawang hahaha jadi alternatif dia, direct download 😀

Itu sahaja pengalaman saya bersama webe, actually tak tahu nak tulis apa lagi, maaf kerana artikel ini tak panjang seperti artikel pertama webe saya hahaha.
Sekiranya anda berminat untuk melanggan plan ini, sila layari laman sesawang webe untuk maklumat lanjut 🙂
Pastikan anda tidak berhutang atau blacklist dengan mana-mana telco yer 🙂
Ini pros and cons mengenai plan webe :

Pros

  • Unlimited data
  • Panggilan dan SMS percuma bagi semua rangkaian
  • Tiada kontrak
  • Penghantaran percuma
  • Menyokong semua telefon pintar, bagi ada LTE/4G Band 5 dapat manfaatkan kelajuan 4G/LTE tersebut. (Khabarnya webe sedang mengembang LTE/4G Band, so bersabarlah)
  • Hanya perlu bimbangkan bateri sebab bateri tak unlimited hahaha
Cons
  • Signal sekejap ada, sekejap tiada seperti chipsmore, nyummy
  • Kelajuan kadang2 laju, kadang2 slow (laju2 ampa nak pi mana? benda tak habis kan hahaha)
  • Untuk mengekalkan no lama, hanya pemegang akaun sahaja, jika yang lain sila tukar no anda kepada pemegang akaun baru boleh kekalkan no lama 😛
  • Live chat pun macam chipsmore, tapi bila ada tu dia menjawab persoalan kita 🙂
Ini pula lampiran mengenai maklumat tambahan webe yang dikongsikan oleh Redwave, thanks bro!
Part 1

Itu saja tinjauan saya mengenai webe ini, jika ada sebarang persoalan dan pendapat, sila komen kat bawah ye?
Untuk pengetahuan semua, OMG! Hackers? tidak dibayar atau ditaja oleh webe tau! 🙂
Maaf sekiranya terdapat info-info yang salah, terima kasih sudi membaca artikel ini 😀
P/S : untuk info lebih lanjut, sila layari laman sesawang ini untuk FAQ, dan webe agreements 🙂

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

webe, Berbaloikah? Nak Apa Lagi?

0
webe, we can be anywhere as long have coverage :P, kredit gambar technave 


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai webe
Apa itu webe? Best sangat ka webe ni? Agenda barat ka nak melingkupkan orang ramai?
Saya akan terangkan kat bawah ni, please calm your hormones and enjoy this bored article xD

webe ini merupakan salah satu produk TM (Telekom Malaysia) yang dahulunya dikenali sebagai Packet One Networks atau nama lain dia P1 yang sertai TM pada Oktober 2014.
webe ni menawarkan plan yang menarik di mana data anda tak pernah habis, panggilan dan SMS percuma pada semua telco, tiada kontrak dan penghantaran SIM kad percuma (boleh ambik dekat store webe)
Dengan webe ni, anda boleh menikmati liputan rangkaian di seluruh Malaysia dan data tidak pernah habis dan dikawal. Bukan itu sahaja, and boleh SMS dan buat panggilan dengan keluarga, rakan-rakan serta kekasih yang tercinta sampai bateri habis. (plan ni tidak termasuk unlimited battery power tau :P)
Nama pun unlimited data, jadi boleh tonton video dan music secara online tanpa memikirkan quota. Cuma fikirkan bateri ja habis hahaha (jika nak hotspot, kena cas RM6.36 untuk 2 jam dan International Roaming, deposit RM200)

Dahulunya webe membuat sistem invitation yang mana pengguna TM dan P1 dapat potongan harga serta mempunya peranti dalam senarai webe lagi diskaun!
Saya sudahpun apply, tapi bebai bila tiba di Sunway Pyramid, sesat tak jumpa store webe jadi balik terus. hahaha
Kini, webe membuat promosi di mana anda boleh dapatkan SIM kad webe hanyalah RM79 (campur GST, bayaran pendahuluan maka total RM106), promosi tamat pada 11 February ini. Tunggu apa lagi?
Telefon pintar yang disokong webe ni (semua phone boleh guna webe tanpa masalah, cuba peranti senarai bawah ni mendapat kelebihan LTE (Band 5) ni :D) ialah :

  • Alcatel – 5045T Pixi 4-5 (4G) dan 5080U Shine Lite
  • Apple – iPhone 5, iPhone 5C, iPhone 5S, iPhone SE, iPhone 6, iPhone 6 Plus, iPhone 6S, iPhone 6S Plus, iPhone 7 dan iPhone 7 Plus
  • Flash – Plus 2 (FL02)
  • HTC – One E9+
  • Huawei – Honor 5X, Mate 8, Mate S, Nexus 6P, P9 Plus dan P9 Premium
  • Lenovo – Vibe K4 Note, A7010, Vibe K5, Vibe P1m, Vibe S1 Lite dan Vibe X3
  • Microsoft – Lumia 640
  • OnePlus – OnePlus 2, OnePlus X, OnePlus 3 (MySet) dan 3T
  • Oppo – A37, F1, F1s, Neo 7, R7 Plus dan R7s
  • Samsung – Galaxy A3, Galaxy A3 (2016), Galaxy A5 (2015), Galaxy A5 (2016), Galaxy A7, Galaxy A7 (2016), Galaxy A8, Galaxy A9, Galaxy A9 Pro, Galaxy J1 Ace, Galaxy J2, Galaxy J2 (2016), Galaxy J5, Galaxy J5 (2016), Galaxy J7, Galaxy J7 (2016), Galaxy J7 Prime, Galaxy Note 3, Galaxy Note 4, Galaxy Note 5, Galaxy S6, Galaxy S6 Edge, Galaxy S6 Edge Plus, Galaxy S7, dan Galaxy S7 Edge
  • Sony – Xperia C4 Dual, Xperia C5 Ultra, Xperia C5 Ultra Dual, Xperia E4g, Xperia M5, Xperia M5 Dual, Xperia XA, Xperia XA Ultra, Xperia Z5, Xperia Z5 Dual dan Xperia Z5 Premium
  • Vivo – V3, V3Max, Y31L, dan Y51
  • Xiaomi – Redmi Note 3 dan 3 Pro
  • ZTE – A813, Axon 7 dan 7 Mini, Blade A910, Blade Q Lux, Blade S7 dan Blade V7 Lite.

Jadi, jika telefon pintar tersenarai dalam list atas ni, maka anda dapat menggunakan LTE Band 5 webe sepenuhnya, lenjan sampai bateri kong hahaha. LTE Band bagi webe ialah Band 5, tapi jika kawasan tersebut tiada LTE atau peranti anda lock atau tiada Band 5, 3G boleh lagi guna kerana mereka guna 3G Celcom 🙂

Selain daripada webemobile®, webe juga menawarkan webebroadband yang harganya RM59 sahaja! Dengan harga itu, ada dapat rangkaian LTE untuk kegunaan harian, dapat 10GB tambahan 20GB untuk masa yang terhad, serta yuran pengaktifan dikecualikan! serta tiada kontrak. 
Tablet yang disokong webe ni ialah :

  • Asus – ZenPad 8.0 Z380KL, ZT5100KL, Google Nexus 7 (2013) dan ZenPad Z8
  • Apple – iPad Mini 2, iPad Mini 3, iPad Mini 3, iPad Air 2, iPad Pro dan iPad Pro 9.7
  • Dlink – MiFi Router DWR930
  • HTC – Nexus 9
  • Huawei – MediaPad M3 8.4, MediaPad M2 8.0, MiFi Router E5377s-32 dan LTE FWT B593s-516
  • Lenovo – Yoga Tab 3 Plus
  • LG – G Pad 7.0 LTE
  • Nokia – Lumia 2520
  • Nvidia – Shield LTE
  • Samsung – Galaxy Tab A 7.0 (2016), Galaxy Tab S2 9.7, Galaxy Tab S2 8.0, Galaxy Tab A 9.7, Galaxy View, Galaxy Tab Active LTE, Galaxy Tab 7.7 LTE I815 dan Galaxy Tab A 10.1(2016)
  • Sony – Xperia Z4 Tablet LTE, Xperia Z3 Tablet Compact, Xperia Tablet Z LTE dan Xperia Z2 Tablet LTE
  • ZTE – MiFi MF90

Jadi jika tablet anda tersenarai dalam list atas ni, boleh la menikmati kelajuan LTE tanpa disekat sampai bateri habis lah 😛

#webesyiok, promosi sampai 11 Feb 2017. Hang tunggu pa lagi?

Jangan lepaskan peluang ni, sementara promosi masih ada. Melainkan anda banyak duit, taktau nak buat apa boleh la apply selepas tarikh promosi atau bagi kat saya pun takpa hahahah.
Ada tiga kaedah jika ada mengalami masalah dan pertanyaan mengenai webe ini, iaitu :

  1. Online Support Form – Response time 24 hours
  2. Live Chat – Response time 5mins
  3. Walk In – Working hours 10am – 10pm (kecuali Queensbay Mall)
Cerita punyalah panjang, cara beli tak habaq dengan tempat dia. hahaha maaf-maaf
Ada dua kaedah pembelian iaitu online atau pergi ke store mereka.
Belian online boleh klik sini dan boleh pilih sama ada nak mereka pos simkad atau tak sabar terus pegi ambik dekat store :3 (register siap2 la senang nak buat urusan :))
Kalau pi store dia, ada 2 kaedah bayaran iaitu credit/debit atau cash dan ambil nombor dulu takda kertas nombor maka kena ingat lah ataupun scan barcode atau tunggu kat situ satgi depa panggil, mau relax laa. 
Saya pergi store dekat Sunway Pyramid (haritu pi dah, sesat+tak jumpa store teruih balik hahaha)
Layanan staff mereka bagus dan mesra serta ada amoi cantik adudududu
Hah lokasi kan, saya senaraikan kat bawah ni :
  • Pulau Pinang – Queensbay Mall, Persiaran Bayan Indah, Queens Bay, 14300 Bayan Lepas, Pulau Pinang (untuk orang utara). Hari-hari buka termasuk cuti umum : 10.30am – 10.30pm
  • Selangor – Sunway Pyramid, LG 1.33A (Concourse), Bandar Sunway, No 3 Jalan PJS 11/15, 46150 Petaling Jaya, Selangor (untuk orang tengah). Hari-hari buka termasuk cuti umum : 10am – 10pm
  • Johor – JBCC, Lot 136, Komtar Johor Bahru City Centre, 80000 Johor Bahru, Johor (untuk orang selatan). Hari-hari buka termasuk cuti umum : 10am – 10pm
Tempat dah tau, cara beli dah tau, pembayaran dah tau.
Tunggu apa lagi, sambar la satu dan cari lagi 4 orang untuk bayar murah bulan2 hahaha.
Ini bukan MLM, tapi anda dan subline anda untung tak rugi 😀
Terima kasih sudi baca artikel panjang mengenai webe dan saya tak mendapat apa2 komersyen mengenai review ini. Ini khas untuk pembaca-pembaca OMG? Hackers! 
Untuk sebarang pertanyaan dan persoalan boleh komen di bawah dan layari laman sesawang webe untuk maklumat lanjut 🙂

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Muat Turun TubeMate Dengan Ciri Material Design Dan Bebas Iklan

0

TubeMate memang aplikasi yang sangat disukai oleh para penggemar YouTube, khususnya mereka yang suka memuat turun video dari laman tersebut.

Namun jika ada beberapa ciri yang dapat ditambah baik, saya yakin TubeMate jadi pilihan nombor satu di kalangan pengguna. Malangnya aplikasi yang ada jarang sekali dikemaskini, dan kalau ada pun masih mengekalkan ciri lama yang tidak lagi relevan.

Atas sebab itulah wujudnya aplikasi TubeMate versi ‘modded’ ini, terima kasih kepada OsmDroid.

Seperti yang anda dapat lihat, OsmDroid membuat penambahbaikan dan pembaharuan terhadap aplikasi TubeMate yang ‘lama’ dan menjadikan ia lebih baik. Dengan ciri material design yang menambahkan ‘seri’ pada paparan antaramukanya, ditambah pula dengan ciri bebas iklan, hari anda tidak akan menjadi lebih baik dari hari ini setelah anda menggunakannya.

Paling penting terdapat ‘in-app updater’ bagi memastikan anda mendapat kemaskini terbaru tanpa perlu menyemak melalui laman webnya.

Muat turun: TubeMate Modded Material Design AdFree

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

10 Laman Torrent Terbaik Bagi Tahun 2017

0
Imej kredit kepada Make Tech Easier

Tahun 2016 menunjukkan kejatuhan bagi beberapa laman torrent yang memberikan impak kepada pengguna tegar. Laman seperti KickassTorrents (KAT) ditutup setelah pengasasnya ditahan oleh pihak berkuasa sebelum ia dibuka semula dengan usaha oleh bekas staf KAT.

Namun dalam jatuh ada bangunnya. Berikut disenaraikan 10 laman torrent yang saya sendiri jadikan sebagai tempat untuk muat turun (yang terbaik sahaja saya senaraikan) bagi tahun 2017.

Ambil perhatian senarai ini tiada kaitan dengan rank laman-laman ini di Alexa atau seumpama dengannya. Saya hanya senaraikan mengikut kepada apa yang saya anggap sebagai terbaik. Terdapat nama-nama baru yang bakal mewarnai persada torrenting.

1. RARBG

Mungkin ada yang pelik kenapa saya tidak meletakkan The Pirate Bay atau KickassTorrents di carta nombor satu ini. Saya menilai bukan hanya berdasarkan kepada ranking ia di Alexa semata-mata seperti sesetengah laman/blog lain. Tetapi saya gariskan panduan laman torrent harus ada paparan yang kemas, ada semua yang ingin dicari oleh pengguna, dari perisian, video, audio, dan sebagainya, serta kandungan yang dikemaskini lebih awal dari alternatifnya.

Paling penting, jumlah seeders adalah amat memuaskan hati serta torrent yang disimpan sentiasa aktif bagi memastikan kelancaran muat turun. Maka RARBG adalah pilihan saya.

2. SevenTorrents

SevenTorrents hanya menyediakan filem (video). Tetapi meskipun ia hanya menyediakan indeks, ia meletakkan video-video dalam susunan mudah faham serta mengikut urutan kualiti dari CAM hinggalah kepada BRRip. Ini amatlah memudahkan pengguna, terutama mereka yang sentiasa ingin mencari video dari filem-filem terbaru.

3. 1337x

1337x tidak sepopular laman torrent lain, tetapi laman ini mengalami beberapa perubahan pada paparan dan menunya yang menyebabkan ia tidak dapat dikecualikan dari menduduki tangga teratas. Laman yang ‘kemas’ seperti inilah yang lebih patut dipromosikan.
Laman ini tidak perlukan promosi lagi. Ia diletakkan di kedudukan nombor satu oleh Torrent Freak dan digelar sebagai ‘king of torrents’. Saya kurang bersetuju dengan kenyataan dan gelaran seperti itu hanya kerana ranking Alexanya hebat dan ia merupakan laman torrent tertua, namun ini adalah dapat difahami memandangkan TPB adalah laman yang iconic, mengalami zaman jatuh bangunnya yang hebat dan tersendiri.
Ini juga adalah laman torrent yang tidak perlukan introduksi. Siapa yang tidak kenal dengan KickassTorrents atau KAT bermakna dia belum cukup ‘hardcore‘ lagi dalam ‘bidang’ muat turun fail-fail melalui torrent. Setelah ia dibangunkan semula oleh bekas staf, laman KAT mula menunjukkan peningkatan yang memberansangkan.
6. Zooqle
Zooqle adalah nama baru (saya yang baru mengenalinya) dalam kalangan laman torrent. Secara asasnya, kelihatannya ia menyediakan indeks fail torrent dengan cukup ‘stail’ sekali. Sangat kemas dan mudah untuk pengguna mencapai mana-mana menu penting. Zooqle adalah laman yang patut anda kunjungi.
Saya amat menyukai laman ini walaupun ianya dalam bahasa Rusia (gunakan Chrome untuk terjemahan automatik), dek kerana ianya adalah ‘lubuk’ atau tempat utama jika saya ingin mendapatkan album-album penuh dari band-band yang saya minati. Sangat disyorkan jika anda juga mempunyai minat yang sama.
Laman ini amat ‘ringan’ sekali, serta bebas dari iklan-iklan dan popup yang menyakitkan hati. Anda boleh masuk ke laman ini dengan hati yang tenang tanpa risaukan iklan. Oh ya, peminat anime pasti akan suka dengan LimeTorrents.
Laman ini memudahkan pengguna apabila menyediakan torrent-torrent dalam senarai dan kategorinya yang masing-masing. Ia disusun dalam format yang menyenangkan bagi mata memandangnya.
Laman terakhir ini juga kurang popular, tetapi saya agak terperanjat juga apabila ada torrent yang sukar untuk didapati boleh diperolehi di sini. Sudah pasti ini adalah laman yang berada dalam bookmark apabila saya ingin mencari sesuatu yang mungkin ‘tersembunyi’ dari paparan di laman-laman yang lain.
Baiklah. Setakat ini sahaja untuk artikel ini. Jangan lupa klik butang share di bawah untuk kongsikan artikel ini dengan rakan anda.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

FlareGet Download Manager: Alternatif Percuma Terbaik Kepada IDM

0

Sebelum ini kami pernah menulis tentang Free Download Manager, sebuah perisian alternatif terbaik kepada Internet Download Manager (IDM). Ada juga berbagai lagi alternatif lain yang pernah ditulis, contohnya EagleGet.

Kali ini saya ingin bercerita pula tentang FlareGet Download Manager. Sebelum ini memang sudah ada artikel tentangnya, namun artikel tersebut dikhususkan untuk Ubuntu. Kali ini apabila ingin mencari alternatif, FlareGet muncul kembali dalam ingatan.

Percayalah, saya telah mencuba kesemua alternatif yang ada kepada IDM. Memang amat penat menguji satu demi satu dek kerana apa yang orang ramai ingini pada sesebuah pemuat turun yang sama serupa seperti IDM tidak ada pada kebanyakan darinya.

Saya telah cuba JDownloader, Download Accelerator Plus, Internet Download Accelerator, DownThemAll, Ninja Download Manager, dan pelbagai lagi hingga bengkak mata.

Akhirnya saya cuba FlareGet di Windows untuk melihat bagaimana ia beraksi, adakah boleh menggantikan IDM. Jom kita lihat paparan antaramuka aplikasi ini.

Ini pula adalah perbandingan antara FlareGet dan IDM.

Memang jauh beza, bagai langit dan bumi. Tetapi kalau anda tidak suka paparan yang besar, anda boleh kecilkan ia, jangan bimbang. Ianya masih boleh diubah (resize) mengikut kemahuan pengguna.

Mari lihat lihat bagaimana ia berfungsi pula.

FlareGet juga seperti IDM, mempunyai integrasi dengan pelayar web popular seperti Firefox dan Chrome. Terdapat juga extension untuk Opera dan Internet Explorer. Anda cuma perlu klik pada butang tersebut untuk memasangnya.

Ini adalah paparan ketika saya membuka YouTube, Lihat saja pada butang muat turun yang keluar, saling tak tumpah sepertimana IDM, segalanya dijalankan dengan automatik.

Apabila anda klik pada salah satu pilihan yang keluar tersebut, tetingkap seperti ini akan terbuka. Fail akan dimuat turun mengikut jenis/kategori masing-masing. Folder juga akan diuruskan sendiri oleh FlareGet.

FlareGet sedang beraksi memuat turun fail video dari YouTube. Dengan 8 pecahan sambungan yang dibenarkan oleh FlareGet, kelajuan muat turun tidak berbeza lagi dengan IDM.

Paparan muat turun yang telah siap. Sekali imbas memang pemuat turun ini telah ‘salin’ segala ciri dan paparan antaramuka yang disukai oleh pengguna pada IDM ke dalam cirinya sendiri. Paling penting, jika anda berminat untuk mendapatkan versi pro, ianya tidaklah terlalu mahal seperti IDM, harganya tidak sampai RM50 pun.

Berminat? Anda boleh muat turun FlareGet pada pautan di bawah.

>>> FlareGet.

Views: 2

Iklan Newspaper Inline

Cara Muat Turun Video Dari Netflix

2
Pengguna internet memang tak akan pernah puas. Semua perkara ingin dicuba. Setakat muat turun video di YouTube, dari cara paling ringkas dengan menggunakan ‘khidmat’ dari laman web seperti ‘Save From Net’, dan hinggalah kepada menggunakan IDM, tidak ada apa lagi yang tertinggal.
Netflix ada peminatnya yang tersendiri. Termasuk saya, yang sememangnya meminati pelbagai siri ekslusif di Netflix, terkadang ingin juga hendak muat turun.
Kalau bukan atas sebab hendak menonton, dapat muat turun sekadar untuk ‘kepuasan’ muat turun itu pun sudah cukup. Begitulah ‘peliknya’ kemahuan pengguna internet di waktu ini.
Sekarang, perkara itu dapat direalisasikan, melalui aplikasi Free Netflix Dowloader yang telah dibangunkan oleh DVDVideoSoft.
Untuk menggunakan aplikasi ini, anda perlukan satu akaun Netflix (berbayar) yang sah. Kemudian, pasangkan aplikasi ini, dan log masuk menggunakan akaun tersebut.

Paparan aplikasi setelah siap dipasang

Log masuk ke akaun anda
Demo muat turun video menggunakan aplikasi

Buat sementara waktu ini, hanya terdapat satu sahaja kekurangannya iaitu kualiti video yang dimuat turun adalah sederhana sahaja. Namun pembangun aplikasi ini berkata kualitinya akan dipertingkatkan lagi pada masa akan datang.

Selain muat turun secara terus, aplikasi ini juga memberikan pilihan untuk menukar format video untuk disesuaikan dengan beberapa platform.

Jika anda berminat hendak menggunakannya, sila ke laman rasmi DVDVideoSoft: Free Netflix Downloader

Views: 0

Iklan Newspaper Inline