Abam mula mengenali Kodi sebelum ia dinamakan dengan nama seperti watak seorang pakcik dalam majalah Ujang (Pakcik Kordi dan Lembunya).
Dari zaman XBMC lagi abam dah bermain dengan pelbagai addon. Sekarang bila tengok paparan antaramuka terbarunya, tak sangka ia akan berubah sebanyak ini.
Paparan yang dinamakan pula sebagai Estuary, direkabentuk khas untuk peranti seperti laptop dan desktop PC. Paparan Estouchy pula (seperti yang dapat dilihat di bawah) lebih ditala kepada peranti dengan skrin sesentuh.
Ini pula paparan Estuary.
Sudah nampak tidak banyak bezanya bukan?
Terdapat pelbagai penambahbaikan yang dibawa dalam versi terbaru, 17 – kod nama Krypton ini. Tetapi naik taraf paling ketara adalah paparan antaramukanya (tema). Juga, prestasinya sudah semakin meningkat, semakin laju berbanding versi 16 – kod nama Jarvis.
Ini amat membantu mereka yang menggunakan peranti dengan spesifikasi sedikit rendah, cuma untuk Android, veri 17 memerlukan Android 5.0 ke atas untuk dapat dijalankan.
Anda yang berminat hendak menggunakan Kodi versi terbaru ini bolehlah berbuat demikian dengan memuat turun melalui pautan berikut: Kodi 17 Download