Utama Blog Laman 157

Sisi Hitam OnePlus, Yang Para Peminatnya Nafikan

0
Kepak lagi, tak patah dua lak -_-, kredit to JerryRigEverything

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Berjumpa lagi kita dalam artikel mengenai OnePlus.
Kali ni bukan artikel review or puji produk dia
Tetapi menceritakan sisi hitam OnePlus, yang peminat dia tak mengaku kelemahan tersebut

Untuk pengetahuan anda, OnePlus ada 6 produk telefon pintar, termasuk yang bakal keluar iaitu OnePlus 5.
Jadi saya nak ceritakan sisi hitam dari produk OnePlus One sehingga OnePlus 5.
Maaf sekiranya anda baca artikel ini, membuat anda rasa marah, meluat dan benci bukan pada OnePlus, tetapi pada Admin.
Akui lah, bahawa setiap produk yang sempurna, ada kelemahan dia yang kita sedar dan tak sedar

OnePlus One

  • Design nak sama macam OPPO Find 7 dan 7a, adakah tak boleh move on dengan company lama, OPPO?
  • Sistem invite yang merumitkan orang nak beli. 
  • Sokongan talian yang terhad, tapi dekat Malaysia tiada masalah.
  • Kamera dia kurang memuaskan, color tak accurate, kamera depan boleh tahan la (tapi 13MP belakang masa tu gah juga la, depan 5MP)
  • Phone suka panas, kadang-kadang cas pun panas, main game panas, duk saja panas. Sangat berguna tika demam or kesejukan 😛
  • Processor 801, ada Quick Charging 2.0, tapi mana quick chargenya?
  • Takda sokongan MicroSD, kalau penuh macam mana?
  • Bahagian yang suka panas, dekat kamera tu.
  • Kemaskini perisian peranti rasmi, iaitu OxygenOS. Versi 2.1.4? Dah la sapa pasang, bencana la nak tukar ROM lain tak boleh? Takkan dah lupa dekat OPO? Nasib ada Custom ROM masih lagi ingat dekat model ni.
  • Sandstone Black, bila pakai casing tak rasa kasar dan, lembut. Baik letak kertas pasir hahahaha
  • Accessories, spare part susah nak cari. Banyak kena order dan stok takda
Tapi itu dulu la, sekarang OnePlus One masih lagi berbaloi kalau sapa nak pakai. Ya, janji storage 64GB la. RAM 3GB tu kira dah ok dan sokongan Custom ROM. Cuma barang gantian dia tak banyak dan terhad, jadi berhati2 la pakai ye.
OnePlus 2
  • Sandstone Black? Kali ni kasar sikit, tapi awat tak letak kertas pasir eh?
  • Processor 810, Quick Charge 2.0, tapi mana quicknya?
  • Fingerprint sensor, silap langkah jahanam. Banyak orang kena. Ada bernasib baik ia fungsi balik dan ada yang merana ia rosak (ring tepi sensor tu macam senang lekang warna dia -_-)
  • Laser Autofocus punya cover senang calar
  • Saiz dia agak besar, cover belakang plastik semata2
  • Speaker bawah menipu, sebelah kiri mic, kanan loadspeaker. Nak tiru iPhone ka -_-
  • Ok la sokongan ROM OxygenOS daripada OnePlus One dan X, tapi sampai Marshmallow ja? Sedangkan OnePlus 3, dan 3T sampai ke Nougat -_-
  • Tiada sokongan MicroSD, kalau penuh macam mana?
  • Accessories, casing agak susah nak cari. Ada sampai kena order. hmm
  • Button volume dan power duk sebaris, pastu keliru silap tekan button.
  • NFC takda? Penting tu untuk Android Pay.
  • Bateri ok la 3300 mAh, tapi dia punya habis macam sedut air dan cas balik tu tabah la hahaha
  • Isu panas tak settle lagi, kena dengan slogan Never Settle hahaha
  • Sistem invite yang menyusahkan pengguna nak beli. 
  • Sejak2 OnePlus 3 dan 3T keluar, model ni seperti anak tiri. Buat taktau ja dan nasib la 12/4/17 lalu ada kemaskini bagi ROM OxygenOS. Nasib la ada Custom ROM yang masih lagi ambil berat pasal model ni.
Tapi itu dulu la, dan sekarang ni kalau nak pakai still berbaloi kerana kamera dia ada mode manual, kemudian cover belakang boleh tukar2 (SwapStyle) dan mengenai perisian dia, banyak developer keluarkan ROM hingga sokongan Nougat. Ada mengatakan waktu ia mula keluar fingerprint sensor kurang serasi dengan versi Android pada ketika itu. RAM 4GB, stor penyimpanan 64GB terbaik, nak apa lagi? Tapi sayang harga dia jatuh sedikit malah setaraf harga OnePlus One.
OnePlus X

  • Digelar model gagal OnePlus
  • Design nak macam Sony Xperia Z, iPhone 4S.
  • Sistem invite ni menyusahkan orang nak dapatkan model ni.
  • Kenapa spec lebih kurang macam OnePlus One? Ni bukan upgrade ni
  • Bateri kecik, 2525 mAh. Whattt?
  • Snapdragon 801, isu panas jangan kata la
  • Button volume dan power satu baris? keliru orang nak tekan
  • Kemaskini perisian? Jangan tanya la, dia sama nasib dengan OnePlus One. Last perisian rasmi OxygenOS 10/11/16, jangan tanya versi Android apa alahai.
Tapi itu dulu la, dan sekarang boleh la nak pakai tapi fikir lah jika anda dari OnePlus One agak tidak berbaloi kerana seolah2 anda downgrade tau. Tapi serius selain OnePlus One dan 2, model ni terabai gila kemaskini perisian dia. Tabahlah.
OnePlus 3
  • Design nak sama macam iPhone. Dah kenapa?
  • Tiada sokongan VR pada OnePlus 3? Wattt?
  • Tiada sokongan MicroSD, kalau penuh macam mana beb?
  • Dash Charge, kalau pasang cable lain jadi biasa la kau hahaha
  • Fokus kamera gila. Pada OnePlus 2, fokus agak cemerlang. Apa ni
  • OnePlus kedekut source code fingerprint, kesian developer perah otak nak bagi fingerprint sensor fungsi baik pada Custom ROM.
  • China Set tiada LTE Band 5? why? Tabah lah pengguna webe
  • Perisian ada tema hitam, tapi tak semua hitam. ada ja putih. huhhh
Jujurnya nak kondem OnePlus 3 ni taktau nak kutuk apa hahaha. Sebab saya pakai OnePlus 3 memang berpuas hati sangat rekemen sapa yang nak pakai (kalau OnePlus 3T bajet tak cukup la). Saya kecewa dengan tiada LTE Band 5 bagi China Set, mati webe pakai band tu serta FOKUS kamera tu. Hang pi sentuh fokus tu sakit la nak ejas elok hahaha. 
OnePlus 3T
  • Point dia lebih kurang dengan OnePlus 3 kat atas tu
  • Kenapa dekat OnePlus 3 tak buat 128GB?
  • Processor 821? Bateri 3400 mAh? Kamera depan 16MP? tu ja perubahan dia dan yang lain2 SAMA.
  • Saja nak ulang, FOKUS kamera gila. Pi usik fokus malang lah.
  • Midnight Black, Colette Edition tu warna hitam ja. tapi mahai, kot la ada beza specs ka hmm.
Tak banyak nak kutuk OnePlus 3 dan 3T ni. Tapi saya boleh katakan berbaloi sapa pakai ni sebab model ni agak jahat dan boleh dipakai pada jangkamasa yang lama. China Set dan International Set kali ni takda beza, kecuali LTE Band 20 ja China Set takda. (Syukur LTE Band 5 ada hewhewhew, kejam kau webe -_-)
OnePlus 5
  • Takda modal lain ka, body OnePlus 3, 3T gak pakai hahaha
  • 8GB RAM? Amboi nak run Windows 7 Ultimate ka RAM besar ni hahaha
  • Design kamera macam Mate 9, ada scandal dengan Huawei ka wei? 
  • Khabarnya kamera depan 16MP, dan belakang 23MP. hmm not bad la
  • Bateri 4000 mAh? cukup ka bang hihihi
  • Ada 64GB stor penyimpanan. Aikk katanya ada 128GB dan 256GB stor penyimpanan
Ini gambar bocor OnePlus 5 dan spesifikasi dia agak baik. Harapan saya agar dia tak ada ralat2 seperti model2 sebelum ini. Belajar dari kesilapan kata orang hahaha. Bagi yang dah beli OnePlus 3T tu jangan menyesal kerana 3T masih lagi bagus walaupun OnePlus 5 dah keluar.
Ni saya belanja gambar bocor spesifikasi OnePlus 5
gambar ni memang blur, jangan marah hahaha
Itu sahaja kutukan dari saya mengenai sisi hitam produk OnePlus. Saya akui, tiap2 model ada baik dan buruknya sendiri. Kita jangan melenting dan lawan balik orang cakap kelemahan phone yang kita pakai. Mau tak mau kena hadam la.
Model yang saya pernah guna ialah OnePlus One, 2, 3 dan 3T. OnePlus X sahaja saya tak pernah pegang dan guna.
OnePlus ni boleh dikatakan phone yang mesra Custom ROM dan harga pun murah, spesifikasi boleh tahan dan kamera pun cantik juga. Percayalah, jika anda pakai produk OnePlus ni, anda akan jatuh cinta dan puas hati dengan model yang anda pilih. Orang kata tak kenal maka tak cinta hahaha
Saya saja kutuk produk OnePlus ni walaupun saya sekarang pakai OnePlus 3T Midnight Black (Niat nak pakai 128GB, harga Midnight Black beza berapa puluh ja, alang2 nak pakai, bagi puas hati, iye dok?).
Tak semestinya kita pakai model tu, kita tak boleh kutuk. Ya saya akui masa pakai OnePlus 3, fokus kamera agak mereng mabuk koroi hahaha. 3T masih ada masalah sama, cuma macam ok sikit la.
Akhir kata dari saya, orang kutuk produk yang anda pakai tu, kita terima dengan hati terbuka. Weh, lain orang lain citarasa.
Jangan gelarkan seseorang tu MKBHD Malaysia la, TheVerge Kodiang ka, JerryRigAnything Padang Jawa ka apa. Masing2 ada pendapat masing, jadi chill la 😀


#NeverSettle

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Serangan WannaCry Ransomware: 13 Langkah Pencegahan

0
Gambar dari NBC News

Apa Itu WannaCry?

WannaCry ialah sejenis ransomware (ransom + malware) yang akan menjangkiti sesebuah mesin/PC/laptop/Fattah Amin dan akan melakukan enkripsi (ibaratkan seperti sebuah penjara) supaya ia tidak dapat diakses oleh pemiliknya.

Sejurus selepas itu, ia akan memberitahu pemilik dokumen untuk membayar wang tebusan dalam bentuk Bitcoin sebagai pertukaran bagi mendapatkan ‘kunci’ untuk ‘membebaskan’ fail yang telah ‘ditawan’. Kerana itu ia digelar ransomware. Bukan sebab dia hensem, tapi sebab ia meminta wang tebusan yakni ransom dalam bahasa Inggerisnya.

Apa Lagi Ciri WannaCry?

Malware ini merebak seperti worm, yang mana ia akan melakukan imbasan terhadap komputer-komputer lain yang boleh dijangkiti dan terus melekap padanya, melalui kerentanan pada sistem operasi Microsoft, khususnya Windows XP dan Windows Server 2003.

Sekiranya satu komputer mula dijangkiti, maka kesemua komputer yang berada dalam satu rangkaian akan turut dijangkiti.

Malware tersebut juga memiliki sejenis pakej enkripsi yang akan memuat turun dirinya secara automatik kepada komputer yang dijangkiti itu lalu terus mengunci kesemua fail pada PC tersebut, juga PC lain yang bersambung kepadanya dan meminta sejumlah bayaran tebusan.

WannaCry Versi Baru

Terdapat pengumuman dari beberapa pengkaji sekuriti yang mengatakan bahawa kini terdapat WannaCry versi terbaru, bererti kini sudah terdapat dua variasi WannaCry yang sedang berlegar di luar alam Matrix sana. Oh sori, saya memang suka filem tu.

Apa Yang Boleh Dilakukan Sebagai Langkah Pencegahan Jangkitan?

1. Kemaskini sistem operasi dengan memuat turun tampalan terbaru dari Microsoft untuk Windows XP, Windows 8, dan Windows Server 2003.

Muat turun tampalan tersebut boleh didapati di laman Microsoft, dan juga di sini.

2. Pengguna Windows 10 pastikan sistem operasi anda telah dikemaskini. Buat masa ini anda telah dilindungi secara automatik.

3. Berhati-hati dalam membuka sebarang lampiran pada emel, tidak kira sama ada dari sumber mana pun.

4. Pengguna Linux elakkan dari menggunakan WINE.

5. Sekat alamat IP berikut:

a. 205.186.153.200
b. 96.127.190.2
c. 184.154.48.172
d. 200.58.103.166
e. 216.145.112.183

6. Sekat alamat emel ini: alertatnb@serviciobancomer.com

7. Sekat sambungan ke laman berikut:

a. www.rentasyventas.com/incluir/rk/imagenes.html?retencion=081525418
b. http://www.rentasyventas.com/incluir/rk/imagenes.html?retencion=081525418
c. https://graficagibin.com.br/loja/q.hta

8. Buat salinan sandaran pada cakera keras luaran.

9. Sekat port SMB (139, 445) dari semua host luaran boleh capai.

10. Sekiranya dijangkiti, JANGAN bayar wang tebusan.

11.  Memastikan organisasi anda menjalankan sistem operasi yang disokong secara aktif, yang menerima kemas kini keselamatan. Lebih mudah sekiranya gunakan Windows 10 terus, kerana sekurang-kurangnya ia disokong oleh Microsoft.

12. Melaksanakan pelan pemulihan bencana, termasuk membuat sandaran dan memulihkan data dari peranti yang disimpan di luar talian. Lakukan salinan sandaran terhadap fail yang mungkin menjadi sasaran dengan kerap untuk mengelakkan dari membayar tebusan kepada penggodam.

13. Untuk anda yang tidak beberapa mahir menggunakan komputer, maka adalah digalakkan bagi anda menggunakan Anti Virus yang dikemaskini – sentiasa. Ini adalah kritikal untuk anda. Tiada pilihan lain.

Kredit tips/info: GCERT – MAMPU CYBERJAYA
Diterjemahkan oleh: Yang menulis la, sapa lagi.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

OnePlus 3T Midnight Black, Hitam Yang Menawan

0
Cantik kan hitam ni?

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
Pasti anda pernah dengar mengenai produk OnePlus yang edisi terhad ini, iaitu OnePlus 3T Midnight Black?
Sebelum ini, OnePlus keluarkan versi hitam ini, tapi edisi colette.

Ini OnePlus 3T Colette, edisi terhad juga ni boleh rujuk pautan sebelah ni OnePlus Melancarkan OnePlus 3T Hitam Mitam, Edisi Colette

Saya sempat juga dapat sambar satu produk edisi terhad ini (terpaksa korbankan OnePlus 3 kesayangan saya tu huhuhu)
Midnight Black ini mempunyai stor penyimpanan 128GB sahaja.
Saya ambil Midnight Black A3010 (China Set) bajet tak cukup hahaha, dan nasib baik 3T China Set ada semua band kecuali band 20 -_-

Spesifikasi dia sama ja dengan 3T cuma beza warna dan beza OnePlus 3 dan 3T :

  • Hampir 70% persamaan OnePlus 3 dan 3T
  • Processor Snapdragon 821 (OnePlus 3 pakai 820)
  • Stor penyimpanan 64GB dan 128GB (OnePlus 3 hanya ada 64GB sahaja)
  • Bateri 3400 mAh (OnePlus 3 punya bateri 3000 mAh)
  • Kamera depan 16MP (OnePlus 3 punya kamera depan 8MP)
  • Lens cover kaca Sapphire (OnePlus 3 punya cover lens kaca biasa)
  • Loudspeaker kurang sikit kekuatan dia (OnePlus 3 kuat sedikit loudspeaker)
  • OnePlus 3T ada 3 warna iaitu Gunmetal, Soft Gold dan warna edisi terhad Midnight Black.
Midnight Black juga dikatakan keluaran tak banyak dah, dan laku sungguh versi ni, cepat betul habis.
Mungkin kerana warna hitam, terhad dan stor penyimpanan 128GB.

Kat bawah ni gambar produk tersebut
Kotak dia sama macam OnePlus X, 2, 3, dan 3T.

Dalam kotak ada ni

Sticker baru, dan rasa OnePlus 3 besar sikit kotak merah tu dari ni -_-

Hanya untuk versi Midnight Black, dapat TPU Transparent case secara percuma! Saya ingatkan tak dapat, simpan la Spigen Rugged Armor OnePlus 3 tu. hahaha

Casing ni warna hitam, 

Ini pula gambar sim tray.

Kalau OnePlus 3, contoh sim tu warna hitam, yang ni putih -_-

Saya belanja lagi gambar OnePlus 3T, Midnight Black

Masa unboxing, screen protector ada calar, tapi screen ok lagi. Jadi saya buka screen protector tu. hahaha
 Kenapa logo tak warna hitam, oh OnePlus -_-
Serba hitam, biar serba hitam tapi jangan hati tu hitam

Kenapa saya pilih 3T dan ramai kata kenapa tak tunggu OnePlus 5?

  • Saya mencari stor penyimpanan 128GB. Ya Xiaomi Mi 6 pun tidak kurangnya tapi stor penyimpanan dia 64GB melainkan Mi 6 Ceramic, 128GB.
  • Beli phone ni, untuk pakai masa panjang dan saya selesa dengan OnePlus. Kalau la pakai brand lain, tak kena selera payah la hahaha.
  • Dengan spesifikasi yang ada pada 3T, sudah cukup bagi saya. 
  • Dash Charge, tiap saat amat bermakna.
  • Untuk sim kad webe (OnePlus 3, China Set tiada LTE Band 5, tapi OnePlus 3T ni juga China Set, tetapi ada LTE Band 5)
  • Kerana warna hitam, sapa tak berkenan weh.
  • Kamera depan 16MP kot.
Memang tidak berbaloi jika dari OnePlus 3 ke 3T kerana penambahbaikan  tidak begitu banyak. Tapi lain orang lain citarasa.
Jika anda nak tunggu OnePlus 5, silakan dan bagi yang nak cari Midnight Black ni, sila klik pautan tepi ni Direct-D (sebab saya terpaksa beli kat situ, Satu Gadget stok habis huhuhu)
Midnight Black mempunyai dua jenis, iaitu A3003 (RM2699) bagi International Set dan A3010 (RM2499) bagi China Set
Selepas 4 jam cas ia, kemudian terus Unlock Bootloader, flash OxygenOS Beta 6, dan root/busybox menggunakan Magisk v12.0 serta dikuatkan dengan ARISE Sound Systems.
Bateri pun boleh tahan mungkin kerana 3400 mAh.
Seharian menggunakan ia, ini pendapat saya mengenai OnePlus 3T :
  • Kamera depan lawa wey.
  • Gembira akhirnya dapat juga merasa webe 4G.
  • Seperti saya sebut di atas, speaker dia kurang sikit berbanding OnePlus 3 agak kuat speaker da.
  • Button volume saya lembut bila tekan, berbanding 3T kawan saya, biasa ja.
  • Kawan saya kata Midnight Black ini ringan sedikit dari 3T dia -_-
  • ARISE kalau reboot phone, kena install balik driver dan kena set semula SELinux Permissive -_-
Setakat ini saja review saya mengenai OnePlus 3T Midnight Black.
Jika anda ada bajet, angkat la kerana model sebegini tidak banyak dah atau 3T yang biasa (ambil 128GB terus tau hihihi)
Jika anda nak tunggu OnePlus 5, tiada masalah nak tunggu.
Jika anda tak kisah OnePlus 5 ka 7 ka, dengan spec tersebut berbaloi anda naiktaraf phone anda.
Jika anda dari OnePlus 3, nak naiktaraf ke 3T, berbaloi jika anda mencari stor penyimpanan 128GB.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

NordVPN: Indah Khabar Dari Bloggers

0

Abam reviewer VPN dari dulu sebab memang tiap-tiap bulan kalau boleh memang abam akan cuba servis berbeza.

Biasanya kebanyakan blog-blog ‘luar’ akan senaraikan top 5 atau top 10 VPN terbaik menurut mereka, dan salah satunya ialah NordVPN.

Dari segi ciri, tidak dapat dinafikan, memang ia punyai pelbagai ciri hebat seperti Double VPN, Onion over VPN, dan Smart DNS khas untuk pengguna Netflix.

Dari segi bayaran bulanan, ia agak kompetetif namun pada kebanyakan kita, ia mahal.

Manakala dari segi kelajuan pula, pada abam ia amatlah mengecewakan. Tak tahulah macam mana ia boleh selalu tersenarai dalam top 5 best VPN, namun pada abam, selayaknya ia diletakkan pada nombor 10.

NordVPN Pro:

1. Mempunyai native client.

2. Terdapat beberapa ciri bonus/plus contohnya pelayan khas untuk P2P, Onion over VPN, Double VPN, Anti DDoS dan IP khas yang anda boleh tetapkan (Dedicated IP Servers).

3. Smart DNS yang khas untuk para Netflix streamers.

4. Pelayan yang sangat banyak.

5. Sistem sokongan live yang sangat memuaskan.

NordVPN Cons:

1. Kelajuan sangat menghampakan. Netflix memang tiada masalah, tak perlu lakukan apa-apa tetapan tambahan, tetapi kualiti agak potato lah.

2. Bayaran bulanan yang mahal (setelah ditukar ke MYR) bagi para pengguna di Malaysia.

3. Tiada apa-apa tetapan istimewa dalam klien.

4. Klien tidak menyokong proksi (untuk ditambah ke atas rangkaian). Biasanya budak-budak kaki bypass kuota yang suka ‘main’ benda ni.

5. Anehnya tiada fungsi Anti-DPI, sedangkan fungsi ‘pelik-pelik’ yang lain ditambah.

Apa pun kalau anda nak cuba, mereka menyediakan akaun percubaan selama 3 hari.

Anda boleh cuba di pautan ini: NordVPN Free Trial

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Teori Bagaimana Savitar ‘Tercipta’

0
Gambar dari Screen Rant

Abam dapat melihat terlalu ramai yang super-duper keliru mengenai asal-usul Savitar. Ramai juga yang merujuk kepada penjelasan Cisco yang mengumpamakan situasi Savitar seperti egg-and-chicken-situation.

Tidak dapat dinafikan, kalau difikir secara ‘sekali lalu’ memang ia agak memeningkan kepala. Cuba tonton dahulu penjelasan Savitar melalui video di bawah dan kita kupas satu persatu.

Antara dialog yang diucapkan:

Barry: I know what you are. You’re a time remnant.

Savitar:

1. A temporal duplicate. Created when you run back in time and meet yourself. You brought a remnant to life last year to defeat Zoom.

2. Your duplicate died saving the Multiverse and you continued your happy little life. And it would have stayed that way… but then you decided to play God. You created Flashpoint and changed everything.

Huraian:

Ok, jadi kita tahu melalui dialog di atas, sebenarnya ia bukan egg-and-chicken-situation. Savitar ada asal-usul beliau, iaitu beliau adalah time remnant yang Barry cipta sewaktu hendak menumpaskan Zoom.

Namun dengan tindakan berani seperti seorang hero layaknya, ‘beliau’ (kita gelarkan beliau ini sebagai Time Remnant 1 atau TR1) mati ketika cuba menyelamatkan dunia dari dihancurkan oleh plan jahat Zoom.

Akan tetapi situasi ini tidak lama, di mana Barry kemudiannya mencipta Flashpoint (Paradox), yang telah mengubah struktrur masa. Akibat dari perbuatan inilah TR1 itu tadi tidak mati, sebaliknya ia ‘wujud kembali’. Terima kasih kepada Flashpoint ya.

Jadi, TR1 inilah yang akan pergi ke masa hadapan dan membunuh Iris, lalu kemudiannya dipenjara oleh Barry ke dalam Speed Force.

TR1 ialah versi asal Savitar, iaitu yang diwujudkan oleh Barry ketika hendak menentang Zoom.

Tercipta Pula Time Remnant 2


Barry: I went to the future. My future self told me that he created time remnants to stop you. That you slaughtered them all!

Savitar: All but one. Me. I lived. But a funny thing happened when I did. You, Joe, Wally, Cisco? You all shunned me because I wasn’t the true Barry Allen. I was an aberration. A disposable hero. Future you failed to mention that, didn’t he?

Barry: How did you become Savitar?

Savitar: I was broken. And alone. I wanted the pain to end. And that’s when I realized the truth, Barry. God feels no pain. All I had to do was become one. And I only needed two more thingsFor Iris to die so that you are driven so far into the dark that I can be born.

Huraian:

Jangan dilupakan pula akan fakta bahawa ketika hendak bertempur dengan Savitar (TR1), Barry mencipta banyak Time Remnant lain. Kesemua Time Remnant ini dibunuh oleh Savitar a.k.a TR1 kecuali SATU iaitu Savitar – TR2.

Time Remnant Barry yang diwujudkan ketika hendak menentang Savitar ini pula tidak dibunuh, lalu menyebabkan Savitar (TR1) dapat dipenjara oleh mereka (Barry dan TR2).

Namun akibat dari perbuatan Team Flash sendiri yang menyebabkan TR2 ini rasa terpinggir, hina, dan keseorangan menyebabkan beliau kembali ke masa lalu, mencipta mitos yang mengatakan bahawa Savitar ialah God of Speed, dan merekrut para pengikutnya yang terdiri dari apa yang tercipta sewaktu Flashpoint, diketuai oleh Alchemy.

TR2 menyalahkan Barry kerana ia tidak akan tercipta sekiranya Flashpoint tidak terjadi, maka Savitar tidak akan wujud sama sekali. Namun akibat Savitar diwujudkan melalui Flashpoint, maka Time Remnant terpaksa ‘dibuat’, dan situasi ketika TR2 dipinggirkan oleh Team Flash memaksa beliau untuk ‘mengajar’ Barry agar tidak lagi cuba mengubah masa lampau atau masa hadapan.

Dari sinilah loop ini berterusan, yang mana sama ada Barry akan berubah menjadi ’emo’ setelah Iris dibunuh, atau Savitar.

Pening? Tak payah fikir. Kalau fikir juga nanti kau orang migrain. Heheheh.

Views: 0

Iklan Newspaper Inline

Gunakan WhatsApp, Telegram, Dan Messenger Melalui Opera!

0

Sebelum ini say adalah pengguna tegar Google Chrome, dek kerana begitu terikat kepada kemudahan penyelarasan akaun dan datanya (synch).

Namun setelah ia kerap kali menyebabkan penggunaan cakera keras melonjak kepada 100% dan menjadikan sistem agak lembab, lemau, dan lesu, maka mungkin sudah tiba masanya untuk beralih kepada sesuatu yang baru.

Apabila saya mencuba pelayar Opera versi terbaru ini, tertanya pilihan kali ini nampaknya boleh mencabar Google Chrome dengan ‘angkuhnya’. Heheh. Kenapa?

Ini adalah kerana banyak ciri yang dibina terus ke dalam pelayar ini sekaligus mengurangkan masa pengguna untuk tercari-cari ciri yang dikehendaki, contohnya aplikasi permesejan WhatsApp, Telegram, dan juga Messenger telah pun dibina ke dalam Opera.

Kita sedia maklum aplikasi-aplikasi ini sememangnya ada versi web, dan apabila ia menjadi ciri lalai atau default pada sesebuah pelayar web tanpa menjejaskan prestasinya sedikit pun, maka tidak salah kalau saya katakan Opera telah berjaya melangkaui Chrome dari segi cirinya.

Bukan apa, sekurang-kurangnya ia menjadi pintasan kepada aplikasi-aplikasi yang tersebut, tanpa perlu lagi untuk kita membuka tab baru sekaligus membuat penggunaan RAM menjadi hemat.

Tidak lupa juga, Opera mempunyai hampir semua ‘kuasa’ dan kelebihan yang ada pada Chrome, minus kelahapannya dalam ‘memakan’ RAM.

Dari versi 40 lagi, Opera sudah mempunyai VPN-nya sendiri, dan ini sedikit sebanyak menambah ciri sekuritinya.

Untuk Telegram pula, anda perlu mengaktifkan ia melalui tetapan.

Anda boleh muat turun Opera melalui laman rasminya: Opera Browser

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Kenapa OnePlus 5, Dan Bukan OnePlus 4?

0
Ada sesapa nak sponsor abam OnePlus 3T hitam macam gambar atas ni?

OnePlus sememangnya terkenal dengan kontroversi. Dari mula ianya dilancarkan, dengan OnePlus One menjadi penanda aras, bergelar sebagai ‘Flagship Killer‘, lalu legasi diteruskan dengan lahirnya OnePlus 2, yang tidak dapat dinafikan agak suam-suam kuku (sambutannya).

Namun OnePlus kembali meragut hati peminat lama dan baru dengan hadirnya OnePlus 3, kemudian disusuli pula OnePlus 3T yang membawakan ciri-ciri terbaik.

Setelah nombor 1, 2, dan 3, maka sepatutnya nombor 4 menyusul pula. Tetapi OnePlus memutuskan untuk memberi nama kepada bayi mereka yang terbaru ini sebagai OnePlus 5. Kenapa ya? Staf dan orang-orang dalam syarikat OnePlus ni tak sekolah ke?

Ehh, bukan. Bukan mereka tak sekolah, sebaliknya menurut kepercayaan orang Cina, nombor 4 ialah nombor ‘malang’. Ianya seakan berbunyi ‘mati/kematian’ walaupun tulisan antara ’empat’ dan ‘mati’ itu berbeza karakter (tulisan/kaligrafi Cina).

Jadi anak-anak, begitulah kisahnya. Simple je. Kalau kita telusuri balik sejarah, orang Cina di mana-mana pun ada kepercayaan yang sama, malah di Malaysia juga menunjukkan mereka masih percayakan nombor ‘malang’ seperti ini. Jadi tidak hairan perkara ini berlaku.

Elok juga rasanya, sebab abam pun rasa kalau mereka letak ‘OnePlus 4’, bunyinya macam kurang sedap. Heheheh. OnePlus bila lagi nak sponsor abam OnePlus 5 untuk review unit nih?

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

10 Laman Terbaik Muat Turun Serta Strim Filem Dan Drama

0
Gambar dari Wallpapers Junction

Post ini adalah sebuah kesinambungan kepada post 10 Laman Tempat Muat Turun Dan Strim Filem. Harap anda enjoy dan silakan share kepada rakan-rakan anda masing-masing ya.

Kepada semua copy paster, harap anda burn in hell ketik share. Jangan sedap nak copy je.

1. OPloverz

Ini adalah lamannya, sekiranya anda jenis yang berminat dengan anime. Menyediakan pelbagai anime dengan sarikata Indonesia, rasanya tak salah kalau bookmark awal-awal.

2. Kdrama List – Dlkdrama

Dlkdrama adalah kependekan dari ‘download Korean drama’. Sesuai sangatlah kalau anda memang jenis layan KDrama. Abam bagi link untuk anda yang berminatlah kan. Macam-macam ada dalam tu.

3. HD Movies Kit

HD Movies Kit ni sebenarnya sesuai untuk mereka yang:

1. Tak reti guna torrent.
2. Tak minat guna torrent, katanya sebab banyak ‘makan data’. Hahah. Ikutlah nak..
3. Suka muat turun versi kecil sahaja.

4. Divx Crawler

Laman ini rasanya akan menjadi kegemaran kebanyakan pelajar kot. Sebab? Sebabnya senang sangat nak muat turun. Klik kanan, tekan ‘Save link as…’.

5. MyDownloadTube

Laman Mydownloadtube menyediakan beberapa pautan alternatif untuk anda muat turun video. Sumber yang banyak amat membantu anda yang malas nak cari akaun premium bagi sesetengah host.

6. Movies Crib

Biasanya abam cari filem Hindustan dekat sini. Hehe.

7. TvBox

Sesuai dengan namanya, ia menyediakan pelbagai siri televisyen, dan juga filem yang ‘rare’.

8. House Movie

Ini juga salah satu laman kegemaran abam. Sebab tampilannya nampak ‘bersih’, serta terdapat pautan-pautan alternatif untuk strim serta muat turun.

9. 123Movies

123Movies amat sesuai bagi mereka yang tiada masa hendak menanti muat turun selesai. Strim terus, dengan sarikata Korea biasanya. Hahaha (sebab gambar wayang, terimalah seadanya).

Kalau ada kualiti yang baik pun filem yang sudah dirilis beberapa bulan (ini perkara biasa).

10. Mp4Mania

Di sini, biasanya abam cari video-video gusti terbaru. Ada juga kartun, siri TV, dan sebagainya lagi. Anda boleh jelajah sendiri, cuma paparan laman ini nampak sedikit ‘cheap’. Itu sahaja kekurangannya.

Itu dia kawan-kawan, 10 laman paling syok setakat ni. silakan share okeh!

Views: 30

Iklan Newspaper Inline

OnePlus Melepaskan Kemaskini OxgenOS Beta 15 (OnePlus 3) dan Beta 6 (OnePlus 3T)

0

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Bertemu lagi kita dalam artikel mengenai produk OnePlus.
OnePlus melepaskan kemaskini Beta bagi kedua-dua peranti hebat mereka, iaitu OnePlus 3 dan 3T.
Nama kemaskini tersebut ialah Beta 15 bagi OnePlus 3 dan Beta 6 untuk OnePlus 3T
Ada apa dalam kemaskini ni? Saya akan ceritakan kat bawah ni

Untuk pengetahuan anda, changelog bagi kedua-dua kemaskini ni sama tau :

  • Dialer dan interface panggilan masuk baru (UI baru).
  • Pengoptimuman UI untuk Messages, Settings dan Contacts.
  • Action Bar baru untuk Messages dan Settings.
  • Notifikasi penggunaan kuasa tinggi dioptimumkan.
  • Pengoptimuman Bluetooth dan Night mode.
  • Ralat sebelum-sebelum ini dibaiki.
Tapi sebelum ini, Beta 14 dan 4.xx (Official, Stable) mengalami ralat I/O yang mana kita sudah padam fail tersebut, ruang tak berkurang, sama seperti tidak padam. Saya sudah uji, dan Beta 15 ni depa dah baiki ralat tu (saya rasa Beta 6 juga sama)
Nak sedut macam mana?
Klik pautan kat bawah ni
Untuk menguji ketahanan bateri, sila tunggu kitaran penuh bateri, senang cerita tunggu sehari la. Kemaskini Beta kali ni smooth, UI cantik, mesra bateri, dan yang penting ia menyokong Magisk (dalam ni ada root dan busybox) dan ViPER4ARISE (modifikasi yang menguatkan speaker anda hohoho).
Bawah ni saya lampirkan sedikit rakaman skrin ROM OxygenOS Beta 15 dari OnePlus 3.


 

Selamat menyedut dan mengemaskini OnePlus 3/3T anda.

Views: 1

Iklan Newspaper Inline

Windows 10 Creators Update: Kemaskini Mega Yang Dinanti-Nantikan

0
Baru-baru ini saya menerima satu ‘mesej’ ataupun ‘pesanan’ dari sistem operasi Windows 10 itu sendiri yang meminta saya untuk mengemaskini sistem kepada versi terbaru, menggunakan ‘Update Assistant/Upgrader’.
Apabila dibuka sahaja pautan untuk memuat turun Update Assistant tersebut, nyatalah versi Windows 10 Creators Update kini menjadi rasmi untuk semua.

Waktu anda mula-mula boot ke desktop selepas siap kemaskini, anda akan disambut oleh Edge dengan beberapa panduan/tutorial.

Atau,

Jika anda memasang Windows 10 dari mula, anda akan disambut dengan ‘iringan’ dari Cortana untuk menyiapkan tetapan sistem operasi.

Windows Defender juga nampaknya menerima pembaharuan dari segi paparan antaramuka pengguna dan juga beberapa ciri tambahan yang mana menjadikan ia seperti sebuah pusat kepada sekuriti anda.

Segalanya boleh anda uruskan dari sini seperti imbasan virus, firewall, pengurusan prestasi peranti, kawalan aplikasi serta pelayar web dan lain-lain lagi.

Kini, pada bahagian tetapan (Settings), terdapat dua seksyen tambahan baharu iaitu Apps dan Gaming.

Seksyen Apps menunjukkan bahawa semua tetapan sebenarnya boleh dipermudahkan, sekiranya kita menjadikan ia dalam bentuk ‘berpusat’ atau ‘berkumpul’.

Dahulunya tetapan untuk aplikasi bersepah-sepah, sekarang ia lebih kemas dan tersusun.

Dalam Windows 10 Creators Update ini, terdapat beberapa aplikasi baharu, dan juga aplikasi yang diberikan ‘pembaharuan’ sama ada kepada cirinya, mahupun paparan antaramuka penggunanya.

Kita dapat lihat terdapat aplikasi e-mel, yang boleh menguruskan beberapa jenis e-mel seperti Outlook, Exchange, Google (Gmail), Yahoo!, iCloud, dan lain-lain e-mel yang disokong.

Apa yang kelakar, Gmail mengenalpasti saya telah log masuk ke Gmail melalui Internet Explorer. LOL.

Jangan dilupakan, ciri-ciri asas seperti Registry Editor juga telah mendapat sedikit ‘make over‘ yang boleh dikatakan membantu, iaitu ia kini mempunyai bar alamat yang membolehkan anda menyalin dan tampal di bahagian tersebut ketika diperlukan.

Night Light adalah antara ciri Windows 10 Creators Update yang paling saya suka. Ia membantu pengguna untuk melihat skrin dengan lebih ‘nyaman’ ketika waktu malam, dan anda boleh ubah tetapan warnanya, sama ada lebih gelap atau lebih terang.

Saya jarang menggunakan aplikasi penyunting gambar/imej melainkan pada Android. Microsoft Paint 3D belum mampu menarik perhatian saya untuk belajar menggunakannya, namun sedikit-sebanyak perkataan ‘3D’ itu menggugat rasa ingin tahu juga.

Jangan bimbang, Paint versi ‘biasa’ masih ada dan tidak dibuang oleh Microsoft.

Edge juga tidak diabaikan. Edge kali ini akan menyekat kandungan flash dari dijalankan, dengan tujuan untuk membantu prestasi pada PC-PC tua yang biasanya ada pada pejabat kerajaan.

Tak lupa juga terdapat dua butang baharu, yang berfungsi sebagai ‘set aside’ untuk tab yang anda buka.

Untuk para gamer tegar, terdapat tetapan ‘Gaming’ yang mengoptimumkan Windows 10 bagi para pemain, dan butang ‘Game Mode’ adalah bonus jua bagi membantu prestasi sistem operasi ketika sedang bermain permainan yang mencabar.

Anda boleh ‘broadcastgame session anda dengan Beam Streaming, yang boleh ditonton atas talian melalui laman Beam.

Bagaimana? Berminat?

Anda boleh muat turun alat bantu kemaskini di sini: Windows 10 Update Assistant

Views: 1

Iklan Newspaper Inline