Nvidia Shield TV Bakal Dinaiktaraf Ke Android 11

Peranti yang menjalankan Android TV kebiasaannya mempunyai jangka hayat yang baik. Cuma, apabila diperiksa versi sistem operasi, selalunya ia akan ‘tersekat’ pada versi lama. Sokongan terhadap sistem operasi biasanya hanya diberi selama beberapa tahun sebelum terhenti.

Bagaimanapun, pengguna Shield TV/TV Pro masih boleh menarik nafas lega kerana nampaknya model asal juga dikhabarkan akan menerima kemas kini Android 11 tidak lama lagi.

Google Play Console pada masa ini menyenaraikan semua model aktif Shield TV, iaitu kesemua model yang ada, sebagai model yang menyokong Android 11 dan SDK versi 30 yang berkaitan. Penyenaraian yang dikemas kini dalam Play Console telah ditemui oleh @AndroidTV_Rumor.

Walaupun sokongan dalam Play Console ini bukanlah pengesahan yang jelas lagi pasti tentang Android 11 yang akan dilepaskan kepada siri Shield TV, tetapi bolehlah dikatakan ia sebagai satu bukti bahawa sokongan terhadap sistem operasinya tetap akan hadir walaupun untuk model lama.

Paling menarik, kemas kini ini akan dilepaskan kepada Nvidia Shield TV model tahun 2015, yang menggunakan Android versi 5 pada asalnya, dan terkini ia juga menerima versi Android 9. Meskipun usianya sudah menjangkau enam tahun, Shield masih utuh sebagai peranti Android TV yang sentiasa disokong pembangun.

Sumber: @AndroidTV_Rumor

Ulasan Nvidia Shield TV Pro: Nvidia Shield TV Pro: Penanda Aras Terbaik Untuk Peranti Penstriman Terkini

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x