Internet Malaysia Masih Terkesan Dengan Kerosakan Kabel Dasar Laut di Laut Merah

Pada bulan Mac lalu, berita melaporkan kerosakan 4 daripada hampir 20 kabel dasar laut di Laut Merah. Pelbagai spekulasi timbul tentang siapa yang bertanggungjawab tapi faktanya jelas yang ia mengalami kerosakan kerana berlanggar dengan kapal dagang Australia yang membawa muatan bahan kimia untuk membuat baja.

4 kabel yang terlibat adalah:

  1. Seacom
  2. TGN-Gulf
  3. Asia-Africa-Europe 1 (AAE1)
  4. Europe India Gateway

AAE1 adalah kabel yang menghubungkan Hong Kong, Myanmar, Kemboja, Vietnam, Thailand, Malaysia dan Singapura kepada Eropah, Asia dan Timur Tengah. Setakat ini, permit untuk kerja-kerja pembaikian kabel dasar ini telah diluluskan oleh kerajaan Yaman. Namun begitu, hanya satu sahaja permit yang tidak diluluskan iaitu permit kerja pembaikian bagi kabel AAE1.

Tidak diketahui punca permit tidak diluluskan untuk AAE1, tapi ini satu berita yang tidak baik bagi Malaysia kerana sudah tentunya kita akan menunggu lebih lama untuk proses pengembalian sambungan internet utama. Buat masa ini, trafik dari wilayah ini telah disalur semula melalui China.

AAE1 yang sepanjang 25000 kilometer dimiliki dan dioperasikan oleh konsortium yang terdiri daripada China Unicom, Djibouti Telecom, Etisalat, Global Transit, Hyalroute, Metfone, Mobily, Omantel, Ooredoo, OTEGLOBE, Pakistan Telecommunications Company Ltd., PCCW, Reliance Jio Infocom, Retelit, Telecom Egypt, TeleYemen, Vietnam Telecom International dan Viettel Corporation.

Kesan dari kerosakan AAE1 juga dapat dirasai oleh kami dengan penurunan prestasi laman web kami di omghackers.com. Apabila anda melayari laman web kami, anda boleh merasakan waktu menunggu dan waktu memuat turun halaman web mengambil masa yang lebih lama berbanding kebiasaan. Ini kerana servis Jetpack dan Cloudflare juga turut mengalami kesan.

Sumber:

  1. Al-Jazeera
  2. Bloomberg
Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x