NoSpace: Pengganti MySpace Untuk Gen Z

NoSpace adalah sebuah platform media sosial yang menawarkan persekitaran dalam talian yang lebih selamat dan mesra untuk pengguna terutamanya golongan remaja.

Dijadualkan untuk pelancaran pada Jun 2024, platform baharu ini sudah mempunyai 500,000 pelanggan dalam senarai menunggu.

Ia seperti MySpace tetapi dengan sentuhan Gen Z, iaitu sebuah rangkaian sosial gaya lama tetapi dalam satu bentuk ‘suasana’ baharu dengan memberi tumpuan kepada peribadisasi yang lebih besar.

Pembangunnya iaitu Tiffany Zhong mengambil inspirasi daripada rangkaian sosial MySpace untuk meletakkan semula pengguna dalam pengalaman sebenar media sosial, dengan membolehkan mereka mempribadikan profil sepenuhnya.

Laman ini memberi pilihan pengubahsuaian melalui warna, fon dan latar belakang, dan pengguna boleh menunjukkan apa yang mereka dengar, tonton dan baca dalam kehidupan masing-masing untuk mencerminkan keperibadian tersendiri.

Setakat ini pautan muat turun hanya terdapat untuk iOS sahaja. Platform Android perlu menanti lagi nampaknya.

Pautan pra-muat turun: https://nospace.app/

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x