MyFridgeFood: Cari Resepi Berdasarkan Bahan Sedia Ada Di Dapur

Terkadang diakui, terasa agak serabut juga bila memikirkan apa yang hendak dimakan pada ‘hari ini’.

Apabila melihat telur, minyak, nasi, bawang, halia, dan apa yang ada dalam peti sejuk seperti daging ayam, dan sedikit sayur-sayuran, apa yang terfikir dek akal ketika itu hanyalah;

Nasi goreng.

Betul atau tidak?

Iklan Google

Tetapi tahukah anda, terdapat satu laman yang jika anda masukkan perincian bahan-bahan apa yang anda ada di dapur, ia akan memberikan kepada anda senarai kesemua resepi yang boleh dicuba. Adakah anda mahu mendapat resepi menarik walaupun bahan sedia ada hanyalah seperti yang disebutkan di atas? Kalau anda mahu, mari kita berkenalan dengan satu laman yang dapat membantu kita di dapur.

Laman tersebut ialah MyFridgeFood.

Buka sahaja MyFridgeFood, anda akan terus ‘dihidangkan’ dengan pelbagai nama bahan-bahan masakan. Apa yang anda perlu lakukan hanyalah tandakan sahaja pada mana-mana bahan yang anda ada.

Kemudian, apabila anda telah berpuas hati dengan bahan-bahan yang anda tandakan, klik sahaja pada butang ‘Find Recipes’.

Seterusnya anda akan diberikan senarai resepi.

Iklan Google

Saya pasti anda akan berasa agak terkejut dengan resepi-resepi yang terpapar. Tipikalnya kita hanya akan terbayangkan nasi goreng ayam, nasi goreng campur telur beserta ayam goreng, dan nasi goreng kosong.

Tetapi dengan senarai resepi dari MyFridgeFood, anda tidak akan lagi memasak masakan yang sama walaupun bahan agak terhad. Resepinya mungkin tidak sempurna, tetapi cukup untuk menjadi sesuatu yang berbeza setiap hari.

Laman ini juga akan memberitahu bahan tambahan sekiranya perlu, apabila resepi itu menjadi sedikit lebih ‘kompleks’ berbanding… nasi goreng.

Iklan Google

Di sebelah kanannya pula adalah perincian tambahan, seperti resepi yang diperlukan untuk pesakit diabetes, resepi rendah karbohidrat, dan pelbagai kategori dari sarapan, sup, pembuka selera, dan sebagainya lagi.

Jadi apa tunggu lagi? Jika anda rasa pening kepala tidak tahu hendak masak apa, silakan cari resepi terbaik di MyFridgeFood.

Cuma kalau dah tahu di dapur hanya ada telur, janganlah mengada-ngada pula nak ‘pening kepala’.

Memang resepi telur rebus lah yang akan anda dapat!

Iklan Google

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Sila masukkan komen anda!
Sila masukkan nama anda di sini

spot_imgspot_img