Microsoft Security Essentials : Perisian Antivirus Percuma Untuk Windows

Microsoft Security Essentials (MSE)adalah satu perisian sistem sekuriti untuk komputer yang membantu melindungi komputer anda dari dijangkiti virus, spyware dan malware..asalnya Mr.Hac tidak mahu membuat ulasan mengenainya..tetapi menyedari tidak semua orang tahu dan setelah terbaca entri tentang MSE di blog Maiiqueen (Knowledge Is Power), barulah tergerak hati Mr.Hac untuk menulis..

Inilah dia perisian sistem sekuriti yang Mr.Hac gunakan sekarang..kenapa? Mr.Hac menggalakkan anda mencuba dan menggunakanya sekarang kerana ianya sangat ‘ringan’, setiap imbasan pada komputer dapat dirasakan sangat lancar, dan ianya adalah antivirus serta antispyware rasmi dari Microsoft yang 100% percuma kepada pengguna Sistem Operasi Windows..teknologi pengesanannya juga adalah sangat bagus di mana Microsoft meletakkan standard yang tinggi untuk setiap definisi virus supaya dapat mengurangkan FALSE POSITIVE..ini adalah sangat penting untuk setiap advance user yang tidak mahu ‘diganggu’ oleh perisian antivirus ketika melakukan apa-apa kerja..pengesanan yang SALAH boleh merugikan pengguna..(bayangkan anda memuat turun fail yang bersaiz besar tetapi kemudian dipadam atau disekat secara DEFAULT oleh antivirus..ini kerap berlaku kepada pengguna Kaspersky!)

Setiap fail yang berjaya dikesan oleh MSE juga akan diminta ‘kebenaran’ dari ANDA terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa tindakan..ciri ini adalah bagus supaya pengguna tahu apa kandungan yang telah dimuat turun yang dikesan sebagai virus..

Anda boleh memuat turun Microsoft Security Essentials dari laman web rasmi Microsoft
di sini -> Microsoft Security Essentials

Anda boleh membaca lebih lanjut mengenai MSE di sini -> Microsoft Security Essentials

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img