Menaiktaraf Linux Mint 11 Kepada Versi 12

Seperti yang kita tahu, Linux Mint 12 Lisa telah pun dilepaskan. Para pengguna dinasihatkan untuk memasangnya secara clean/fresh installation jika anda bercadang untuk menaiktaraf daripada versi 11 (Katya) kepada versi 12 (Lisa) tersebut, kerana meskipun anda boleh menaiktaraf melalui APT, tetapi pelbagai masalah dan risiko bakal anda hadapi. Oleh itu lebih baik anda pasang dengan cara clean installation (format HDD dan pasang sistem operasi baru).

Apapun adalah digalakkan untuk membuat salinan (backup) kepada fail-fail dan perisian-perisian yang pernah anda pasang pada sistem anda menggunakan mintBackup (Backup Tool) yang tersedia dalam Linux Mint 9, 10, atau 11. Jika anda menggunakan versi lama, anda boleh muat turun pakej deb Backup Tool di sini:

Versi 8 -> http://packages.linuxmint.com/pool/main/m/mintbackup/mintbackup_2.0.6_all.deb

Versi 7 ke bawah -> http://packages.linuxmint.com/pool/romeo/m/mintbackup/mintbackup_2.0.2-mint5-1_all.deb

1. Ok. Pertama sekali buka mintBackup melalui Menu -> Administration -> Backup Tool

2. Klik pada ‘Backup Files’ untuk membuat salinan sandaran kepada fail-fail anda. pastikan anda mempunyai saiz storan cakera keras luaran (External Hard Disk) yang mencukupi kerana disebabkan kita mahu format cakera keras pada komputer, salinan akan dibuat pada cakera keras luaran atau USB Pendrive.

1. Source : Direktori ‘Home’ anda
2. Destination : Cakera keras luaran anda (Sebaik-baiknya)
3. Description : Deskripsi fail salinan anda
4. Output: Sama ada anda mahu memilih fail salinan anda disimpan sebagai direktori atau arkib.
5. Overwrite: Anda boleh abaikan pilihan ini

Kemudian klik pada ‘Forward’.

3. Anda boleh pilih mana-mana fail atau direktori untuk disingkirkan dari salinan. Setelah selesai, klik ‘Forward’.

4. Berikut adalah contoh maklumat fail salinan sandaran anda. Klik pada ‘Apply’.

5. Proses salinan sandaran sedang berjalan.

6. Buat salinan sandaran kepada perisian-perisian anda pula. Klik pada ‘Backup software selection’. Pilih cakera keras luaran anda sebagai destinasi. Jangan pilih Home Directory seperti gambar di bawah.

7. Ok. Cun. Cakera keras luaran telah dipilih. Klik pada ‘Forward’ untuk meneruskan.

8. Di sini anda boleh pilih mana-mana perisian yang anda mahu dan tidak. Anda cuma perlu tandakan padanya dan klik pada ‘Apply’.

9. Selesai. Anda boleh format dan pasang semula Linux Mint 12 pada komputer anda. Setelah selesai pemasangan, untuk mengembalikan semula kesemua fail-fail dan perisian-perisian itu tadi, anda cuma perlu lancarkan Backup Tool, dan pilih ‘Restore files‘ atau ‘Restore software selection‘.

Diharapkan dengan sedikit panduan ini, anda akan lebih yakin untuk mencuba versi terbaru Linux Mint tersebut dan jika tidak keberatan, berikan pendapat anda mengenainya!

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img