Maklumat Peribadi 1.3 Juta Pengguna Clubhouse Terdedah

Tidak cukup dengan pendedahan maklumat peribadi pengguna Facebook, Clubhouse juga tidak terkecuali. Forum penuh ekslusif yang didakwa penuh privasi itu juga tidak selamat daripada capaian penggodam dan pencuri maklumat peribadi.

Tambah serius, pada Februari lalu hangat diperkatakan tentang risiko besar forum berkenaan. Seorang pengguna telah menunjukkan bukti perbualan audio di dalam Clubhouse dapat dicuri oleh pihak ketiga.

Data yang didedahkan adalah ID pengguna, nama, nama kunci, alamat akaun Twitter, alamat akaun Instagram, jumlah pengikut, jumlah pengguna yang diikuti oleh akaun pengguna, tarikh cipta akaun, dan nama pengguna yang mengajak ke Clubhouse. Tiada data tentang maklumat kewangan di dalam senarai data yang terdedah.

Contoh data yang didedahkan.

Setakat ini, tiada maklum balas daripada Clubhouse tentang kebocoran data ini. Walau bagaimanapun, pakar keselamatan siber di CyberNews berpendapat data yang terdedah ini walaupun tidak berbahaya, tetap boleh digunakan secara jahat seperti untuk tujuan penyamaran dan juga scam atas talian.

Tambah mereka lagi, pengguna Clubhouse dinasihatkan agar sentiasa berhati-hati dalam menggunakan forum berkenaan. Terutama sekali dengan perbualan dan permintaan untuk berhubung di dalam Clubhouse daripada pengguna lain yang tidak dikenali.

Sumber: Cyber News

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x