Lights Out: Sebuah Premis Yang Menjanjikan Ketakutan

Saya adalah seorang anak 80an. Anak-anak 80an membesar dengan filem-filem seram dari Steven Spielberg, yang mana kebanyakannya biarpun ia tiada CGI yang hebat, namun ia tetap lebih menakutkan dari filem-filem kontemporari dek kerana garapan jalan ceritanya yang kemas dan tersusun rapi.

Tak lupa juga dari beberapa trilogi yang mantap seperti A Nightmare on Elm Street (filem ini lebih dari ‘trilogi’) dan Child’s Play (ini juga lebih dari trilogi). Dari kenangan francais filem-filem yang mantap inilah kami menjadi lebih ‘cerewet’ dalam ‘memilih’ untuk menonton filem-filem seram.

Begitulah yang saya lihat dalam filem Lights Out, sebuah filem yang berasal dari filem pendek oleh David F. Sandberg, dan kemudian dikembangkan menjadi sebuah filem penuh yang diterbitkan oleh James Wan.
Konsep Lights Out, boleh anda tonton terlebih dahulu dalam filem pendeknya melalui video ini.

 

Sedikit Sinopsis (Spoiler)

Dalam filem penuh tersebut, David cuba mengembangkan ia melalui penceritaan asal-usul Diana, yang telah menderita sejenis penyakit kulit yang pelik. Apabila terkena cahaya, kulitnya mengelupas dan mereput. Mungkin dek kerana penyakit itu Diana mengalami tekanan dan dimasukkan ke dalam ‘hospital sakit jiwa’, di mana dia bertemu dengan Sophie, ibu kepada Martin dan Rebecca. Diana terlampau obses dengan ‘persahabatan’ yang mereka jalinkan hingga selepas kematiannya yang tragis, dia masih lagi menghantui hidup Sophie serta membunuh sesiapa sahaja yang mengancam hubungan mereka.

Premis Yang Boleh Berkembang Menjadi Francais

Pada saya, saya optimis dengan mengatakan bahawa Lights Out boleh berkembang daripada satu filem kepada filem trilogi. Ini kerana kita semua sedia maklum, watak-watak seperti Chucky dalam Child’s Play, Freddy Krueger dalam A Nightmare On Elm Street, dan Jason Voorhees dalam Friday The 13th tidak mati dan tidak akan pernah sekali-kali mati.

Iklan Google

Sama seperti Diana. Diana ‘wujud’ dek kerana hubungan rapatnya dengan Sophie. Ia ‘dibawa’ semula ke dunia kerana ia enggan meninggalkan Sophie. Namun apabila Sophie mati, Diana juga turut ‘mati’. Tetapi watak seperti ini boleh dibawa untuk hidup semula menggunakan pelbagai sebab, dari watak Rebecca yang hidup dalam dunia muziknya, atau watak Martin, yang begitu takut dengan kegelapan.

Plot dan jalan cerita filem ini terkadang sedikit perlahan dan mendatar. Di hujung cerita, ia juga terasa seakan kurang menakutkan, dan pengakhirannya kurang memberi impak kepada penonton. Akan tetapi sekiranya David ingin kembali dengan versi ‘Lights Out 2’, saya pasti ianya boleh jadi lebih menakutkan sekiranya plot-plot mencemaskan, dilebihkan berbanding jump scares yang boleh diagak dimana ia akan berlaku.

Durian Meter by Rotten Durians : 7/10

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img