Langkah Pencegahan Sebelum Menjadi Mangsa Penggodam

Hari ini kita dapat melihat banyak blog, laman web, atau akaun individu mahupun organisasi menjadi mangsa kepada penggodam, yang kebanyakannya adalah terdiri dari Script Kiddies dan Developed Kiddies yang mahu mencuba kemahiran masing-masing setelah mempelajari teknik atau kaedah baru..tidak kisahlah teknik apapun, namun langkah pencegahan adalah tetap sama..atas permintaan yang banyak dari para pembaca, Mr.Hac akan menulis beberapa garis panduan untuk mengelakkan diri anda dari menjadi mangsa penggodam. sememangnya banyak panduan ‘diluar’ sana tetapi ini adalah yang dikompilasikan oleh Mr.Hac sendiri berdasarkan kepada pengalaman dan pengetahuan yang Mr.Hac ada..jom sama-sama kita pelajari langkah pencegahan sebelum terlambat!

Langkah Pencegahan Sebelum Menjadi Mangsa Penggodam

1. Jangan kongsi kata laluan dengan sesiapa sahaja tidak kira SIAPA PUN DIA.

2. SELALU/KERAP ubah kata laluan khususnya yang digunakan untuk log masuk dalam akaun di internet contohnya kata laluan e-mel. disarankan 3 bulan sekali.

Iklan Google

3. Gunakan kata laluan yang kukuh. jangan hanya masukkan perkataan dari kamus kemudian ditambah nombor ‘1234’ untuk ‘mengukuhkannya’. kata laluan jenis ini mampu membuat para penggodam tersenyum.

4. SENTIASA INGAT kata laluan khususnya untuk E-MEL, sama ada E-MEL utama yang digunakan untuk pelbagai akaun sosial mahupun E-MEL RECOVERY (sekunder). ini TERAMAT PENTING, kerana sekiranya anda ingin mengembalikan kata laluan yang dilupai, E-MEL RECOVERY adalah penyelamat anda!

5. SENTIASA KEMASKINI nombor telefon bimbit yang digunakan dalam akaun contohnya FACEBOOK, khususnya buat mereka yang KERAP menukar nombor telefon bimbit (artis contohnya). kerana jika anda ingin ‘mengembalikan’ akaun Facebook anda yang telah DIGODAM, nombor telefon bimbit adalah salah satu elemen yang ada dalam membantu mengembalikannya! jika anda tidak mengemaskininya, bayangkan apa akan terjadi jika akaun anda digodam, kemudian anda tidak lagi mempunyai akses kepada e-mel mahupun nombor telefon bimbit, SUSAH BUKAN??

Iklan Google

6. JANGAN LOG MASUK secara semberono..PERIKSA terlebih dahulu URL sebelum log masuk kerana berkemungkinan halaman log masuk anda adalah palsu! (phishing)

7. TUNTUTLAH ILMU mengenai hacking kerana dengan mengetahui kaedah penggodam ‘melakukan’ kerjanya adalah sebaik-baik langkah pencegahan.

8. SEBOLEH-BOLEHNYA JANGAN bergantung kepada perisian CRACK melainkan datang dari sumber yang boleh dipercayai contohnya blog ini (hehe)..berkemungkinan ia telah ditanam RAT atau KEYLOGGER yang tidak dapat dikesan oleh antivirus, contohnya CYBERGATE..sekali ia telah masuk ke dalam sistem anda, adalah amat sukar untuk mengesan dan membuangnya dari komputer anda melainkan FORMAT semula..seronok macam tu??

9. JANGAN mudah percaya dengan tawaran-tawaran tertentu dari mana-mana orang sebelum menyelidiki ia terlebih dahulu, kerana ia berkemungkinan adalah salah satu teknik kejuruteraan sosial (Social Engineering) untuk memperdayakan mangsa supaya membuat sesuatu yang tidak patut dilakukan.

Apa yang ingin Mr.Hac tekankan disini ialah ubah kata laluan dengan kerap, ingat kata laluan khususnya e-mel anda sama ada e-mel pertama mahupun kedua (sekunder, recovery) dan kemaskini nombor telefon bimbit anda dalam akaun di internet. bagaimana cara anda mahu mengingati kata laluan, itu terserah kepada anda sendiri, namun tidak digalakkan disimpan dalam NOTEPAD pada komputer anda ataupun dalam telefon bimbit anda kerana bila-bila masa ia boleh dilihat!

Iklan Google

Situasinya begini, bayangkan akaun FACEBOOK anda digodam, kemudian anda cuba untuk membuat ‘password recovery’ dengan harapan dapat mengembalikan akaun anda itu tadi..tetapi bagaimana mahu mengembalikannya sedangkan anda TIDAK MEMPUNYAI akses kepada akaun e-mel anda sendiri kerana telah terlupa kata laluan (jarang guna e-mel adalah salah satu punca terlupa) dan anda juga tidak mempunyai akses ke nombor telefon bimbit kerana itu adalah nombor LAMA yang tidak lagi DIGUNAKAN..Sistem sekuriti Facebook adalah sangat ketat di mana sekiranya anda tidak mempunyai akses ke akaun e-mel sendiri, maka anda BUKANLAH SESIAPA dan TIDAK MEMPUNYAI HAK ATAU AUTHORITI untuk mendapatkan kembali akaun Facebook anda.

Anda mahu lebih tips mengelakkan diri dari menjadi mangsa hacking?
sila ke blog Fikri.my

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img