Koleksi Laman Sesawang Untuk Muat Turun Perisian

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.
Apa khabar? Harap sihat sejahtera. Hari ini penulis akan kongsikan beberapa laman sesawang yang menyediakan perkhidmatan untuk anda memuat turun sebarang perisian sama ada ‘freeware’,’shareware’ dan sebagainya. Laman sesawang ini membekalkan anda pautan memuat turun fail melalui ‘server’ mereka ataupun ‘server’ luar. Laman-laman ini penulis dapatkan daripada pelbagai sumber yang boleh dipercayai. Jadi,kadar peratusan penyebaran virus atau seumpanya adalah 0%. 
Seringkali anda menggunakan enjin carian Google untuk mencari perisian yang anda perlukan. Ini merupakan langkah yang paling mudah,cepat dan efektif untuk anda. Tetapi,sekiranya anda menggunakan laman sesawang yang menjadi pembekal kepada sebarang perisian berpotensi,anda akan dapati bahawa laman sesawang ini amat berguna untuk anda menambah ilmu pengetahuan selain daripada mendapatkan perisian yang anda kehendaki. Penulis kerap kali mengunjungi laman-laman pembekal perisian seperti ini,dimana daripada laman ini penulis dapat mengenalpasti beberapa perisian yang tidak mendapat perhatian pengguna tetapi amat berguna.
Mungkin anda pernah mendengar atau mengunjungi laman sesawang CNET atau Download.com,Softpedia dan sebagainya. Ya! Laman ini memang amat berguna untuk mereka yang mencari pautan untuk memuat turun perisian dengan mudah. Kerana ‘server’ mereka dalam keadaan baik. Dalam erti kata lain,’server’ mereka laju dan berkeadaan stabil. Jadi,kita teruskan sahaja tentang tujuan kita berkenaan Koleksi Laman Sesawang Untuk Muat Turun Perisian.
1. FileHippo.com
Memiliki tampilan yang mudah dan mesra pengguna menjadikan laman sesawang FileHippo sering mendapat perhatian pengguna yang menginginkan kesempurnaan dalam melakukan sesuatu perkara. Server yang dimiliki laman sesawang FileHippo adalah sangat stabil dan berkelajuan tinggi. Juga memiliki fungsi kemaskini perisian yang jarang didapati pada laman sesawang yang membekalkan perkhidmatan yang sama juga menjadi faktor pengguna memilih FileHippo sebagai pusat carian perisian. Jadi,laman FileHippo perlu diambil perhatian oleh segenap pengguna yang ingin memuat turun perisian tanpa sebarang masalah.
2. Softpedia.com
 
Laman sesawang Softpedia menjadi pusat pengumpulan perisian yang berada antara kelumpuk terbesar yang menawarkan perkhidmatan carian perisian. Memiliki kestabilan dan kelajuan ‘server’ menjadikan laman sesawang Softpedia banyak dikunjungi oleh pengguna yang inginkan perisian terus daripada pembina seluruh dunia. Malah,laman softpedia tidak hanya membekalkan perisian malah membekalkan ilmu pengetahuan mengenai dunia teknologi semasa memalui News. Jadi,sekiranya anda mencari laman yang bukan sekadar membekalkan pautan muat turun perisian,Softpedia layak diambil perhatian.

3. Sourceforge.net

Anda pengguna sumber terbuka tegar? Jika Ya. Jangan anda katakan bahawa anda tidak kenal akan laman sesawang Sourceforge. Laman sesawang Sourceforge berbeza dengan laman pembekal yang lain. Laman sesawang Sourceforge hanya menyediakan pautan muat turun daripada pembina khusus untuk mereka yang membina perisian dibawah lesen GPL atau lebih mesra dengan panggilan percuma. Sekiranya anda seorang pembina perisian. Anda layak untuk mengedarkan barangan anda di laman sesawang Sourceforge.

4. CNET atau Download.com.

Sama seperti pembekal Softpedia,laman CNET atau lebih dikenali dengan Download.com bukan hanya membekalkan perisian tetapi membekalkan ilmu pengetahuan berkenaan dengan teknologi semasa. Download.com juga mempunyai pengguna yang ramai dari serata dunia. Lihat sahaja dari ‘counter’ mereka. Beratus malah berjuta kali perisian dimuat turun dari laman mereka. Mereka juga memiliki ‘download manager’ yang tersendiri bagi memudahkan pengguna untuk memuat turun sebarang perisian tanpa membebankan ‘server’ mereka.

5. FreewareFiles.com

 

Namanya sahaja telah menunjukkan ciri-ciri laman sesawang yang satu ini. Menyerupai pembekal Sourceforge iaitu hanya membekalkan perisian bersifat sumber terbuka (percuma). Pelbagai perisian yang boleh anda dapati dari laman ini secara percuma. Bermula daripada keselamatan hinggalah perisian untuk memberi kesegaran pada komputer anda. Jika anda pengguna perisian sumber terbuka. Laman ini wajib anda manfaatkan sepenuhnya.

Jadi,lima sudah diberi. Kini,giliran anda untuk teruskan. Apa laman sesawang kegemaran anda untuk mendapatkan perisian?  Atau anda juga boleh kongsikan kepada kami disini dan pengguna-pengguna  lain agar dapat sama-sama kita manfaatkan kemudahan yang disediakan. 

Selamat mengguna.
Sekian,Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img