Joli OS 1.2 : Lebih Maju Dari Chrome OS

Ok. Sebelum buat apa-apa konklusi, Mr.Hac nak beritahu ini adalah pendapat peribadi sahaja. Sebelum ini Mr.Hac pernah mencuba Chromium OS Vanilla yang menggunakan hampir 100% kod sumber Chrome OS. Boleh dikatakan bagus, namun masih belum menyeluruh.

Terbaru, Mr.Hac mencuba Joli OS 1.2! Keputusannya memang menarik dan menyeronokkan! Menggunakan teknologi Joli Cloud (Beta) terkini yang mana anda perlu mendaftar terlebih dahulu, Joli OS memang sangat memuaskan hati. Kebanyakan dari kita apabila menyebut sistem operasi dengan teknologi pengkomputeran awan, ramai yang takut untuk mencuba apatah lagi menggunakannya. Namun bagi Mr.Hac Joli OS tidak begitu, kerana jika anda mahu menggunakan aplikasi-aplikasi, perisian-perisian, ia masih lagi dapat digunakan, contohnya pelayar web Firefox, Transmission (Bit Torrent Client) dan pemain muzik Banshee!

Ok. Cukup dengan intro. Jom tengok sikit paparan skrin yang Mr.Hac dah ambil:

Direktori-direktori fail anda disimpan, sama seperti OS-OS Linux yang lain:

Aplikasi-aplikasi dan perisian yang tersimpan di awan (paparan skrin dari blog Joli OS):

Anda boleh memuat turun Joli OS di sini -> Joli OS 1.2

Oh.. Lupa hendak beritahu. Joli OS menggunakan pelayar web Chromium sebagai pelayar web lalai (default)! Hahah! (Chromium akan dibuka dalam Incognito Window setiap kali tetingkap baru dibuka)

Jika Chrome OS ada Chromebook, Mac OS X ada Macbook, jangan tak tahu yang Joli OS juga ada Jolibook!

Gempak seh! Selain itu, anda tidak perlu memasang apa-apa plugin untuk menggunakan OpenVPN. Semuanya sudah tersedia. Anda tinggal muat turun fail konfigurasi dan lengkapkan tetapan sahaja.

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img