Jenis-Jenis VPN

Bagi mereka yang belum mengetahui apa itu VPN, elok sangatlah baca entri INI.

Terdapat pelbagai jenis-jenis VPN yang ada di dunia IT ini. Mari kita lihat kepada beberapa jenis yang biasa digunakan. Namun Mr.Hac hanya mampu membuat penerangan serba ringkas dan untuk mengetahui lebih lanjut, anda bolehlah Google sendiri.

1. PPTP
Point-to-Point Tunneling Protocol atau PPTP VPN adalah dari jenis yang paling banyak digunakan di luar sana. Ia merupakan VPN paling mudah ditetapkan (set-up), dan mudah pula digunakan. Kebiasaannya, VPN ini disambungkan dari rangkain internet sedia ada dan menggunakan client terbina dalam. Namun, ia tidak menyediakan sebarang enkripsi dan ia bergantung kepada Point-to-Point Protocol (PPP) untuk tujuan sekuriti. Mr.Hac tidak menggalakkan penggunaan VPN PPTP bagi rangkaian yang mengalami persekitaran sekatan berat (heavy censorship environment) kerana biasanya ia tidak mampu untuk melepasi sekatan-sekatan tersebut. Terima kasih kepada Microsoft kerana membangunkan PPTP VPN ini.

2. Site-to-Site
VPN ini adalah lebih kurang sama dengan PPTP, cuma tiada dedikasi talian. Ia bekerja dengan cara mewujudkan rangkaian VPN dalam satu organisasi yang sama meskipun pada tempat yang berlainan dan kemudian melakukan sambungan (dari satu tapak ke satu tapak, sebab itu ia dipanggil site-to-site). Jenis ini biasa digunakan oleh syarikat-syarikat besar.

3. L2TP
Layer 2 Tunneling Protocol (L2TP) adalah lebih kurang sama dengan PPTP, disebabkan ia tidak menyediakan enkripsi dan juga bergantung kepada PPP, lebih tepat lagi kaedah ini merupakan gabungan antara dua protokol iaitu PPTP dan L2F. L2TP telah dibangunkan oleh Microsoft (PPTP) dan juga Cisco (Layer 2 Forwarding @ L2F).

4. IPSec
IPSec bekerja dengan rangkaian dan aplikasi berasaskan IP. Ia memerlukan client yang mahal dan pemasangannya juga agak lama. Syarikat-syarikat yang menggunakan IPSec adalah seperti SonicWall, NetScreen, dan WatchGuard.

5. SSL
Secure Socket Layer (SSL) adalah protokol yang bertanggungjawab menyediakan sambungan yang selamat antara pelayar web dan destinasinya. SSL boleh diibaratkan proksi pada kebanyakan masa. Kelebihannya, ia tidak perlukan perisian tambahan kerana ia menggunakan pelayar web sahaja sebagai client.

6. MPLS
Multi-Protocol Label Switching (MPLS) tidak sesuai digunakan oleh pengguna biasa sebaliknya ia adalah ideal untuk syarikat atau bisnes dengan sambungan tapak ke tapak (site-to-site). Semua konfigurasi dilakukan di peringkat rangkaian supaya pengguna akhir akan melihat sambungan rangkaian yang nyata sahaja.

7. Hybrid
Sesetengah syarikat berupaya menggabungkan ciri-ciri SSL, IPSec dan beberapa lagi jenis VPN lain. Pendeknya, Hybrid VPN adalah gabungan beberapa protokol VPN untuk mendapatkan pelbagai ciri-ciri VPN itu dalam satu pakej. VPN dari jenis ini juga biasanya mahal dan anda perlu melakukan kaji selidik sebelum membeli, biarpun anda adalah Pengarah Urusan syarikat yang besar.

8. OpenVPN
Merupakan VPN pilihan Mr.Hac dan paling digemari kerana ciri-cirinya yang melangkaui zaman dan kehebatannya melepasi setiap sekatan firewall/censorship softwares! Tambahan pula ciri-ciri sekuriti yang ditawarkan oleh sesetengah syarikat seperti Blowfish Encryption Algorithm dan 1024-bit SSL/TLS Certificates amat menarik hati dan berbaloi-baloi untuk digunakan.
OpenVPN ialah perisian SUMBER TERBUKA yang menjalankan teknologi VPN dengan protokol sekuriti yang diubahsuai. Ia telah ditulis oleh James Yonan, dibangunkan pula oleh OpenVPN Technologies, Inc dan diterbitkan di bawah GNU General Public License (GPL).

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
I am Arya Putra, a tech enthusiast and the founder of OMGHackers.com. With a passion for cybersecurity, open-source software, and emerging technologies, I specialize in reviewing and analyzing digital tools that shape the future.My goal is to provide in-depth, honest, and insightful reviews to help users make informed decisions about the latest tech innovations. Whether it’s software, hardware, or security-related topics, I strive to deliver content that is both practical and engaging.If you’re looking for a dedicated tech reviewer, I’m open to collaborations. For review inquiries, feel free to contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img