Dulu, Do Kwon adalah hero bangsa Korea, bangsa berhanbok. Do Kwon dijenamakan sebagai manusia biasa yang mempunyai isteri yang sangat supportive dan belajar kemahiran coding computer sendiri. Hasilnya, Do Kwon berjaya mencabar sistem kapitalis dengan platform coin dia sendiri. Pelbagai janji manis ditabur kononnya matawang baru ini stabil dan kalis perubahan ekonomi dunia. Para pelabur juga turut sama naik syekh dan bersemangat untuk melawan sistem.
Pelbagai kritikan dan amaran tidak dipedulikan para pelabur ketika itu. Setiap pertanyaan dituduh sebagai FUDS, dengki atau permainan anjing kapitalis. Sehinggalah platform ciptaan Do Kwon didakwa digodam dan kesemua dana pelabur lebur. Do Kwon tampil mohon maaf dan menyalahkan hacker. Cerita-cerita sedih mula keluar dengan Do Kwon mendakwa dirinya diancam dan diserang oleh askar upahan kapitalis.
Walhal yang sebenarnya, Do Kwon sedang melarikan diri dan dikejar para pelabur yang kehilangan kesemua modal pelaburan. Ada yang telah menghabiskan kesemua simpanan hidup kerana percaya dengan janji Do Kwon untuk melawan sistem dan meningkatkan nilai matawangnya.
Kini, Do Kwon telahpun meringkuk di dalan penjara. Cerita kononnya beliau digodam hanyalah drama Korea semata-mata. Do Kwon disahkan bersalah kerana memalsukan dokumen pelaburan dan merancang kehilangan dana pelabur matawangnya. Tamatlah riwayat kesan degil.