ASUS Malaysia Lancarkan Siri RTX 4060, Harga Dah Rasmi!

ASUS Malaysia baru sahaja mengumumkan 3 model baru GPU siri RTX 4060. Harga telah diumumkan. Melihatkan harganya, lebih kurang dengan harga siri RTX 3060 di awal pelancarannya dulu. 3 model yang dilancarkan adalah model ROG Strix, ProArt dan Dual. Model ROG Strix menawarkan lebih pengudaraan dengan tahap bunyi yang lebih rendah. Ia juga akan hadir dengan sokongan ARGB Aura Sync.

Model Dual dan ProArt pula hadir dengan 2 kipas beserta 2 pilihan warna iaitu warna hitam dan putih. Untuk model ProArt, anda akan menerima tambahan 3 bulan langganan Adobe Creative Cloud. Tambahan lagi, kedua-dua kad ini dilengkapi dengan kipas 11 bilah Axial bagi menyamai kuasa penyejukan kad model ROG Strix mereka. Kesemua kad mereka ditawarkan jaminan selama 3+1 tahun.

Harga yang diumumkan ASUS Malaysia:

ROG STRIX RTX4060-O8G-GAMING: RM1,999

DUAL-RTX4060-O8G: RM1,539

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

Apa pendapat anda?

0 Comments
Inline Feedbacks
View all comments
spot_imgspot_img
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x