How To Install Arch Linux (2011-2012)

Pengenalan: Arch Linux ialah sebuah distro Linux yang bersaiz kecil, ringan, dan fleksibel. Ia disasarkan kepada golongan pengguna Linux pertengahan – hinggalah kepada mahir. Kerana apa? Kerana Arch Linux tidak memasang satu apa pun padanya melainkan sedikit antaramuka pemasang. Ketika itu andalah selaku pembinanya, memilih apa jua pakej yang anda suka. Anda bina ia mengikut kehendak anda sendiri. Disebabkan itulah ia dilabel sebagai distro untuk golongan pertengahan hingga mahir, kerana dari proses pemasangannya sahaja mungkin sudah timbul pelbagai ralat. Hanya mereka yang sudah terbiasa dengan Linux sahaja yang akan bersabar dan mencari jalan penyelesaian kepada masalah tersebut.

Tapi kali ini Mr.Hac memudahkan anda yang berminat untuk mencubanya dengan memberikan kepada anda tutorial kaedah pemasangan Arch Linux (2011-2012). Sebenarnya ada lebih dari 20 keping gambar, namun ia terpaksa disunting dan dipilih yang terbaik agar tidak mengelirukan anda. Pemasangan Arch Linux sebenarnya bagi Mr.Hac agak mudah, straight-forward, dan ‘mencabar’ minda. Anda ikuti sahaja siri gambar di bawah, InsyaAllah anda boleh melakukannya.

Pemasangan ini dijalankan melalui Virtualbox. Namun kaedahnya sama untuk pemasangan secara terus pada komputer. Anda boleh muat turun fail ISO Arch Linux di sini -> Arch Download Page

1. Boot Arch Linux pilihan anda. Sila muat turun versi i686 untuk 32bit dan x86-64 untuk 64bit.
Sudah boot? Sudah sampai pada paparan di bawah? Taipkan /arch/setup untuk memulakan pemasangan.

Iklan Google

2. Pilih sumber. Pilih ‘core-local’ dan klik Ok. Pendek kata biarkan saja pilihan lalai (Default).

3. Pilih editor. Pilih nano untuk versi paling mudah.

4. Set-kan jam. Pilih UTC jika anda tidak dual-boot dengan Windows.

5. Sediakan cakera keras. Pilih ‘Auto-Prepare’ jika anda tidak mahu dual-boot dengan Windows. Ambil perhatian, pilihan ini akan memadamkan semua data dalam PC anda. Bahasa mudahnya, clean installation. Jika anda mahu belajar mengenai kaedah partitioning untuk Arch Linux, sila rujuk pada laman Youtube (disarankan) atau rujuk ARCH WIKI. Pada Arch Wiki sudah tersedia sebagai gudang ilmu yang lengkap mengenai apa jua!

6. Pilih pakej. Jangan buangkan tanda ‘base’! Pilih ‘base-devel’ sebagai tambahan. Seperti biasa rujuk Arch Wiki untuk lebih memahami mengenai pakej.

7. Pasangkan pakej.

8. Sunting/edit fail sistem. Untuk bahagian ini, anda disaran agar rujuk laman Youtube dan cari video tutorial berkaitan kerana bahagian inilah yang terpaksa disunting untuk memendekkan tutorial ini.

9. Ubah nama HOSTNAME kepada nama yang anda ingini pada fail /etc/rc.conf. Ada beberapa lagi bahagian yang tidak dipaparkan di sini iaitu bahagian pemilihan pelayan (Server) dan bahagian untuk menge-set root password. Untuk memilih pelayan, anda hanya perlu uncomment atau bahasa mudahnya padamkan (Delete) simbol # pada mana-mana pelayan yang anda suka.

Iklan Google

10. Jika semuanya berjalan dengan lancar, anda boleh ‘Exit Install’, taipkan ‘reboot’, dan anda boleh log masuk dengan menggunakan ‘root’ sebagai nama pengguna dan kata laluan ialah apa yang telah anda set-kan di atas.

Selebihnya Mr.Hac tinggalkan kepada anda untuk proses pemasangan yang seterusnya. Contoh : pemasangan persekitaran desktop, pemacu, pengurus tetingkap, pelayar web, dan sebagainya lagi!
Anda mahukan Arch Linux dengan persekitaran desktop Enlightenment 17 (E17) seperti di bawah? Kalau jawapan anda ya, maka mulakan langkah berani anda sekarang!

Satu nasihat Mr.Hac, jika anda mahu menggunakan Arch, anda perlu berkawan rapat dengan ARCH WIKI kerana di dalamnya terkandung 1001 jawapan kepada pelbagai persoalan anda! Arch Linux mempunyai Wiki yang super duper lengkap, lebih lengkap dari Ubuntu Wiki! Jangan malas membaca, kerana jika anda malas membaca, anda tidak akan ke mana-mana.

Iklan Google

Arch bukan untuk pemula, jadi silalah jadikan diri anda maju ke depan jika anda berkenan dengan distro yang satu ini. Mr.Hac sudah merasai ‘learning curve’ Arch Linux yang juga super duper LUAS. Anda bila lagi?

Iklan Google

RUJUKAN WAJIB:

1. ARCH WIKI

2. Arch E17

3. Arch Desktop Environment

Iklan Google

4. Install Arch Linux On Virtualbox

5. Youtube

Iklan Google
Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at arya@omghackers.com

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img