Heroes of Newerth : Permainan 3D Multi-Platform Percuma

Heroes of Newerth, permainan MOBA (Multiplayer Online Battle Arena) dalam talian ini kini dilepaskan secara percuma. Dengan klien platform berbilang yang tersedia untuk Windows, Linux dan Mac OS X bersaiz dalam lingkungan 1GB++, sekarang semua peminat dapat memainkan permainan ini tanpa perlu risaukan mengenai bayaran.

Anda perlu terlebih dahulu mendaftar di laman rasmi Heroes of Newerth sebelum dapat memuat turun klien permainan. Jika kelajuan sambungan internet anda perlahan, maka silalah cari sambungan yang lebih pantas kerana saiz kliennya memang besar. Dengan saiz 1GB++, setelah pemasangan pula berapa agaknya?

Mari kita lihat pula trailer untuk permainan ini:



Bersiap-sedialah untuk berperang di alam fantasi super-duper cool! Jangan lupa baca apa-apa yang patut untuk mengelakkan dari gangguan makhluk khurafat! Muahaha!

……………………………………………………………………………………………………………………………………………

Satu dua tiga empat
Huruf alif ba dan ta
Semuanya sifir kehidupan
Yang tertera sejak azali
Bukan dalam mimpi-mimpimu
Tetapi dalam realiti

Laungkan, luahkan,
Segala yang terpendam
Menjerit kesakitan
Bila tersesat jalan

Jangan kau cuba lagak panglima
Pasti tewas kau tersungkur
Bila mentera kersani berubah
Duniamu gelita

Kerana kau kesakitan
Dalam terang kau meraba
Bukan terjadi kerana sumpahan
Tapi kau mencari alasan

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img