Android, sistem operasi yang merupakan sumber terbuka, manakala iOS merupakan sumber tertutup. Sebab itu Android bagi kebebasan kepada pengeluar peranti untuk mencorak perisian mereka mengikut cita rasa mereka.
Tetapi, untuk memastikan tahap konsistensi antara semua peranti yang menggunakan sistem operasi Android, Google buat satu set peraturan di bawah Compatibility Definition Document (CDD) untuk pengeluar peranti ikut peraturan yang disediakan.
Jadi, pengeluar peranti mesti mengikuti CDD untuk lulus Compatibility Test Suite (CTS) supaya mereka boleh pra-memuat peranti mereka dengan aplikasi dan perkhidmatan Google.
Sebelum ni, peranti tak disahkan boleh menggunakan aplikasi Google tapi sekarang menjadi sukar kerana Google mula buat hal. Untuk pengguna custom ROM, Google membenarkan ampa guna GApps tau.
Baru-baru ini, ada khabar angin yang mengatakan Google telah mula sepenuhnya mengunci firmware yang baru dibina daripada mengakses GApps. Perubahan ini berlaku pada 16 Mac yang lalu dan ia mempengaruhi apa-apa perisian yang dibina dibuat selepas tarikh tersebut. Boleh rujuk gambar bawah ni
Beberapa hari yang lalu dalam forum XDA, XDA Senior Member iaitu liam_davenport menemui masalah ini pada peranti mereka, Google Pixel XL. Ini merupakan pertama kali pada masa yang lama untuk timbul isu ini. Boleh rujuk gambar bawah ni.
Merujuk gambar di atas, pengguna tidak boleh melog masuk akaun Google mereka kerana peranti mereka tidak disahkan. Jadi, ada beberapa pilihan untuk mengatasi masalah ini iaitu memaklumkan kepada syarikat yang mengeluarkan peranti ini untuk mendapatkan status peranti disahkan, atau bagi pengguna yang menggunakan custom ROM, mereka perlu memasukkan ID Android mereka dekat halaman ni supaya dapat disenarai putih. Cara mudah untuk mendapatkan ID Android anda ia dengan jalankan arahan ini “settings get secure android_id” dalam ADB shell.
Untuk pengeluar peranti, ampa perlu masuk ke laman sesawang ini untuk menghubungi Google untuk sahkan peranti anda. Khabarnya langkah yang Google buat ni untuk memastikan bahawa pengeluar peranti tidak boleh hanya memintas CTS (Compatibility Test Suite) Google dan melancarkan peranti bersama janji bahawa pengguna hanya boleh memuatkan aplikasi dan perkhidmatan Google. Maka Google membuatkan para pengeluar peranti malu dan memaksa mereka untuk menjalani persijilan mengukut saluran yang betul.
Bila kita dapat tahu isu ni, pasti cuak kan? Tertanya-tanya apa la nasib yang pakai custom ROM ni. Syukur dan terima kasih Google kerana sedar akan kewujudan geng custom ROM ni dan membenarkan mereka menggunakan aplikasi dan perkhidmatan Google secara tidak rasmi. All hail to Google! hahaha.