Salam…
Lesen sah percuma Aimersoft iPhone Video Converter yang bernilai USD29.95 harga asal akan menjadi hak mutlak warisan anda sebentar lagi. Kali ini anda tidak perlu termengah-mengah kerana tawaran promosi ini akan berakhir pada pada 31 Disember 2011. Eh! Masih boleh lagi menarik nafas panjang. Tak perlu garu-garu kepala dan tak payah marah-marah dek hilang peluang. Masih banyak masa lagi untuk anda berfikir dan bertindak.
Kaedah promosi sebenarnya melalui banyak cara tawaran. Dua cara yang paling popular ialah melalui tawaran terus dari kilang atau melalui layanan pihak ketiga. Haisshhh… Sudah pastilah tawaran dari kilang merupakan cara paling selesa dan selamat untuk mendapatkan lesen sah. Berbanding pula melalui layanan pihak ketiga yang peluangnya agak terbatas dan kadang-kadang lebih bergantung kepada proxy dan ketepatan masa anda bertindak.
Ayuh kerabat! Kita berkenalan secara ringkas dengan Aimersoft iPhone Video Converter. Ada 4 asas fungsi utama untuk perisian ini seperti:
1. Penukar Format Video Dan Audio Untuk iPhone: Seperti M2TS/MTS, MOD, Tod, AVI, MKV, WMV ke MP4, M4V, MOV atau MP3, M4A, WAV format audio untuk iPhone 4S, iPhone 4, iPhone 3GS, iPhone 3G dan iPhone. Juga mengambil screenshots dari video adegan kegemaran anda untuk penyimpanan dan perkongsian.
2. Pisah dan Gabung: Anda boleh pisahkan beberapa adegan filem dan menggabungkannya semula ikut kesesuaian hanya dengan cara drag and drop. Dan boleh melaraskannya dari permulaan hingga ke akhir filem. Bahasa mudahnya kerja penyuntingan lah.
3. Tetapan kesan khas, watermark, sarikata, mengawal resolusi skrin dan kadar bit yang sesuai dengan iPhone anda.
4. Antaramuka yang ringkas dan mudah untuk di kawal selia.
Aimersoft iPhone Video Converter menyokong penuh sistem operasi Windows dan Macintosh. Jadi, jika ini yang anda cari, idam dan impikan, jom serbu [ myhackersarehere.com ]. Pergunakanlah kesempatan ini dengan logik akal dan adaptasikanlah dengan kasih-sayang. Hmmm…ada lagi? Ada dan akan ada lagi dan lagi selepas ini…jumpa lagi!
Sekian.