Firefox 5 Final Release Download

Aduh..letih rasanya bila kita mengikuti ‘peperangan’ antara pelayar-pelayar web utama dunia..satu demi satu versi dikeluarkan sehingga tak pasti versi mana satu hendak dicuba dahulu..Firefox 5, yang dikatakan akan dikeluarkan akhir bulan ini (21 Jun), telah dikeluarkan lebih awal walaupun belum rasmi dari laman pembangunnya..anda boleh mendapatkan Firefox versi 5 pada pautan FTP (akan Mr.Hac berikan nanti)..

Dengar ura-ura juga, Firefox versi 6 dan Firefox versi 7 akan dikeluarkan dalam tahun ini juga..waaahhh..bagi peminat Firefox, tentu ini berita yang sangat menggembirakan..Hac dah mencuba versi 7 (Nightly), ternyata lebih smooth dan steady..walaupun ada sesetengah orang yang telah mencuba Firefox 7 Nightly mengatakan ia kerap crash dan belum stabil, tetapi bagi Hac ia cukup memuaskan hati..cuma bab kelajuan, Lunascape kekal pelayar web terpantas yang pernah Hac gunakan..walaupun ia hanya menggunakan enjin gecko (Firefox) versi 3.6.17, ia lebih pantas dari Firefox versi 7 Nightly!

Oh..maaf la..ini entry untuk Firefox..lupa pula..ok..tak banyak yang boleh Hac katakan mengenai Firefox versi 5 ini..cuma ada beberapa Add-on penting seperti Add-on untuk integrate Firefox dengan IDM tak compatible..namun ia boleh dilaporkan kepada pihak Firefox melalui butang ‘Feedback’ yang disediakan, atau gunakan Add-on Compatibility Reporter, atau nak lebih senang, gunakan sahaja versi 4 yang sudah stabil..(koh koh koh)..

Anda boleh cuba Firefox versi 5 dengan memuat turunnya di sini:

Klik —> Firefox 5 Beta 7

Alternatif —> Firefox Beta 7

P/S: Terpaksa bagi versi beta 7 sebab versi yang diletakkan dalam direktori FTP Firefox di dapat di muat turun..

Kalu nak cuba nasib boleh aje..Hac bagi direct link, amacam?

Firefox 5 for Windows

Firefox 5 for Mac

Firefox 5 for Linux

Atau boleh cuba pada pautan di bawah ni:

Firefox 5 for Windows

Firefox 5 for Mac

Firefox 5 for Linux

Bagaimana pula dengan anda? Pelayar web apa yang anda gunakan sekarang?

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img