Facebook Dan Google Bakal Dicukai? Rakyat Malaysia, Perlukah Kita Menggelabah?

 

Heboh diperkatakan kini tentang kenyataan daripada CEO akhbar Star Media GroupDatuk Seri Wong Chun Wai yang mencadangkan supaya Malaysia turut sama mengenakan cukai kepada syarikat Facebook dan Google di Malaysia. Ini berikutan model bisnes mereka yang menjalankan iklan di negara ini dan telah mengaut keuntungan yang sangat banyak menerusi proses monopoli. Menurutnyaa lagi, cukai yang sama juga telah dilaksanakan oleh negara Vietnam. Cadangan ini kemudiannya telah mendapat perhatianTimbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang kemudiannya diberitakan akan membawa cadangan tersebut ke mesyuarat Kabinet supaya dua syarikat gergasi dunia yang menguasai alam maya tersebut, turut dikenakan cukai. Tidak kurang juga yang terus tersentap dengan cadangan ini, dengan memikirkan bahawa mereka kini akan terpaksa “membayar” cukai kepada kerajaan untuk menggunakan Facebook dan Google mereka yang dicintai itu. Benarkah anggapan ini? Wajarkah cukai ini dikenakan? Apa implikasi cukai ini sekiranya diluluskan? Bersama-sama kita bincang melalui artikel ini.

 

Datuk Seri Wong Chun Wai, CEO Star Media Group

 

 

Cukai Facebook dan Google? Logik Ke?

Facebook dan Google kan percuma? Tak logik la nak cukai!” Jawapannya, YA dan TIDAK. Ya, Facebook dan Google adalah percuma. Dan tidak, ia bukanlah sesuatu yang tidak logik untuk mengenakan cukai pada kedua-dua syarikat ini. Malahan, ini juga bukan kali pertama di dalam dunia di mana ahli politik dan pentadbiran sesebuah negara bercadang untuk mengenakan cukai kepada dua syarikat gergasi ini. Baca sumber di sini : The Register UK. Walaupun percuma, ini tidak bermakna anda tidak membayar untuk menggunakan servis mereka. Cuma, anda tidak membayar dengan wang ringgit secara langsung, tetapi dengan data peribadi malah privasi anda. Data-data ini akan dilombong oleh dua syarikat ini menerusi pelbagai barisan produk mereka dan akan dimanipulasi untuk disuap semula kepada anda menerusi cadangan dan iklan-iklan terarah kepada anda. Yang mana, pada akhirnya, akan mendatangkan keuntungan yang besar juga kepada mereka.

 

Banyak betul duit CEO Facebook
Lihat pula jumlah keuntungan Google setiap tahun.

Facebook dan Google Je Ke? Habis Tu Yang Lain?

Facebook dan Google yang akan dicukai itu adalah syarikat, bukan aplikasi. Google contohnya, merupakan pemilik bagi pelbagai produk seperti Android, Youtube, Google Maps, Inbox dan banyak lagi. Facebook pula merupakan syarikat yang aktif dalam membeli syarikat lain seperti Instagram dan Whatsapp yang mana menjadi antara aplikasi media sosial yang wajib bagi rata-rata rakyat Malaysia. Jangan risau, jika benar dua syarikat ini akan dikenakan cukai, anda sebenarnya sudah sedia ada menjadi ibu duit mereka untuk membayar cukai.

 

Macam Mana Facebook dan Google Nak Bayar Cukai?

Persoalan utama ialah bukan berapa banyak, tapi bagaimana prosesnya. Untungnya Malaysia, kedua-dua syarikat ini ada membuka ibu pejabat fizikal mereka di Malaysia. Bila ada pejabat, ada lah pendaftaran. Maka ia bukan suatu proses yang rumit untuk mengcukaikan mereka. Saya yakin, walaupun tanpa cukai khas ini, mereka sebenarnya sudah pun membayar cukai pendapatan syarikat sepertimana syarikat lain. Tapi cadangan cukai baru ini mungkin untuk mengenakan cukai yang lebih munasabah berdasarkan jumlah keuntungan sebenar mereka sepertimana yang turut juga diusulkan di negara Eropah yang lain.

 

Ibu pejabat Facebook di Malaysia

 

Ibu pejabat Google di Malaysia. Admin Amir pernah melantak kat sini. Banyak makanan sedap katanya. FREE.

Apa Keburukan Cukai Ini?

Seperti yang telah saya tulis di atas, asas keuntungan kedua-dua syarikat ini ialah pengguna mereka, iaitu kita. Jika mereka terasa beban dengan pertambahan cukai ini, mahu tidak mahu dan hampir pasti, kita sebagai pengguna juga yang akan diperah pada akhirnya untuk meningkatkan keuntungan mereka. Tapi tidaklah sampai mereka akan mengenakan caj pula kepada pengguna kerana ia satu kerja bodoh dan asas konsumerisme kedua-dua syarikat ini dibina atas daya tarikan servis mereka yang “percuma”.

 

Apa yang akan berlaku?

 

Saya menjangkakan kedua-dua syarikat ini akan mula menyasar lebih banyak iklan kepada pengguna Malaysia dan lebih banyak iklan akan lebih bersifat ‘menceroboh’ dan sukar untuk disekat. Bagi pencipta kandungan pula, mereka akan menerima kesan yang paling banyak terutama sekali bagi yang menggunakan perkhidmatan Google Adsense dan juga Facebook Ads. Harga bagi pengiklanan mereka mungkin akan meningkat. Sekiranya anda ingin boost Facebook anda, anda mungkin akan tetap membayar pada harga yang sama, tetapi capaian iklan anda mungkin akan berkurangan dan akhirnya anda terpaksa membayar lebih lagi untuk mendapat capaian seperti sediakala. Pembaca dan penonton pula mungkin akan mula terasa jengkel dengan bahan anda baik di Facebook, Instagram, dan Youtube kerana terpaksa menonton lebih banyak iklan daripada biasa dan ini secara jangka panjang akan mengurangkan minat peminat kepada anda dan akhirnya membunuh saluran dan perniagaan anda secara perlahan-lahan. Harus diingat, Malaysia antara negara yang semakin berkembang industri e-Dagang nya.

 

 

Apa Pula Kebaikannya?

Sepertimana mana-mana sistem cukai di dunia ini, pasti akan ada baik dan buruknya. Hal ini kerana, cukai itu adalah hak kerajaan dan ke mana tumpahnya cukai jika tidak kepada rakyat? Kesan positif cukai ini akan dapat dirasakan apabila syarikat-syarikat ini mula mengelak untuk membayar cukai. Nanti dulu…baca dulu. Bukanlah perkara baru di mana syarikat-syarikat besar cuba dengan sedaya upaya untuk mengelak daripada membayar cukai. Elak di sini bukan bermakna mereka buat “dono” dan tidak membayar langsung. Tetapi sebaliknya, mereka akan mula memanipulasi sistem dan undang-undang untuk tidak membayar cukai secara langsung dan terus kepada kerajaan.

 

Apa maksudnya?

 

Bagi perniagaan Islam di Malaysia contohnya, anda boleh memotong jumlah cukai anda apabila daripada anda membayar cukai, anda sebaliknya membayar zakat. Jumlah bayaran zakat anda tadi akan dipotong daripada jumlah cukai yang perlu anda bayar. Selain daripada itu, syarikat besar lain seperti Apple juga amat mahir dalam bermain-main dengan undang-undang percukaian. Di China contohnya, Apple tidak membayar cukai yang banyak kepada kerajaan negara China. Sebaliknya, mereka telah menandatangai perjanjian dengan kerajaan negara China untuk menyediakan peluang pekerjaan yang banyak kepada rakyat negara China dan juga menyumbang dalam pembangunan infrastruktur negara tembok besar tersebut.

 

Tidak kurang juga syarikat-syarikat lain yang tidak mahu atau tidak dapat membayar zakat, mereka sebaliknya akan melakukan kerja-kerja komuniti korporat atau lebih dikenali sebagai CSR ( Corporate Social Responsibility ). Google Charity Run atau Facebook Teenage Funds agak sedap bunyinya, dan saya berharap ia bakal menjadi kenyataan kelak di Malaysia. Jadi, bila mana acara ini berlangsung, jangan lupa ajak kami ya Google Malaysia dan Facebook Malaysia?

 

Murung Mohowongso
Murung Mohowongsohttp://omghackers.com
Hobi saya membeli belah atas talian. Ketagih dalam mengumpul gajet dan semua mainan yang tidak mampu dibeli semasa zaman kanak-kanak dahulu. Akan ambil masa minima 2 minggu membaca review dan buat ulangkaji sebelum membeli sebarang produk. Sangat tidak suka berpura-pura dan juga orang yang berpura-pura. Asertif dan introvert, tapi tak pernah biadap. Hubungi saya di [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

1 Comment

Apa pendapat anda?

1 Comment
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
itb

tak jatoh kebumi di sambut wajah mata kabell alterek bekamol dah tau cendana pula parabota /jangan pagang pagang jangan pandang pandag mabek saja surat gaji bulan hahahaha

spot_imgspot_img
1
0
Would love your thoughts, please comment.x
()
x