Entry Khas : Tutorial Kaedah Penggunaan Perisian Trafik, Versi Terkini, dan Penemuan Terbaru Mr.Hac!

Assalamualaikum kipas-susah-mati MyHac..hehehe..
salam sejahtera kepada semua THE HYKERZ dan para pembaca sekalian..

entry kali ni agak gempak sikit sebab Mr.Hac ada jumpa ‘benda’ baru..apa benda tu?
haaa…sabar ya..nanti Mr.Hac kongsikan sebentar lagi..

disebabkan agak ramai juga yang request entry kali ni, jadi Mr.Hac tak dapat nak elak lagi..
Mr.Hac ingat bila bagi aje software, korang reti godek-godek sendiri..tapi ye la..bukan semua orang faham kat mana nak tekan ke, taip apa-apa ke, kan..

so biar Mr.Hac mulakan dengan perisian yang diberi nama
Magic Traffic Bot..sejak dua menjak ni bila kecoh dengan isu iframe sampai beberapa individu yang pernah berjasa kepada My Hackers Are Here telah terkena tempias dengan beberapa blogger yang buat artikel menghentam penggunaan iframe, telah membuatkan Mr.Hac berusaha mencari alternatif kepada masalah tersebut..kadang-kadang Mr.Hac meluat dengan sesetengah blogger yang bajet otai bila bercakap dengan nada menghentam, tapi dia tak tau bahawa orang yang dia hentam tu siapa..ada yang betul-betul berjasa kepada Mr.Hac contohnya Mr.Haw..ni cakap TERUS TERANG la ye..kalau Mr.Hac tak kenal dengan dia, Mr.Hac pun tak pernah dapat idea atau terfikir nak cari perisian yang korang dah DOWNLOAD SEBELUM NI..kalau Haw tak bagi Hac trafik, Hac pun kadang-kadang rasa macam seksa jugak la nak pegi kesana kemari promote blog..memang la benda tu wajib kan, untuk blog baru..tapi dengan trafik tu sedikit sebanyak naik juga la semangat Hac..

perghhh..panjang giler intro…orait..mari kita mulakan..
buka perisian Magic Traffic Bot..
pada Target Url korang masukkan alamat blog korang beserta dengan http://www
pada Referral Url korang masukkan pulak alamat mana-mana blog atau laman yang selalu berada dalam carta stats ‘referring url’ blog korang..
pada Insert User Agents tu adalah jenis web browser yang ‘kononnya’ pelawat blog korang guna..
pada Crawl Depth pula adalah kedudukan BOT yang akan korang hantar..kalau Hac, Hac akan biar aje dengan default setting iaitu Home Page Only..
kemudian setkan berapa kali bot tu nak ping blog korang pada Repeat atau Number Of Pings..mulakan dengan jumlah yang paling kecil..ni saranan Hac la sebab takut-takut ada sesetengah PC yang kurang power, takut jamm pula kan..
Ok..dah habis semua tu, tekan Start..
tunggu sehingga prose pinging selesai..
rujuk video kat bawah ni untuk lebih kefahaman..video ni memang takde suara..mingkin pemilik video ni pemalu agaknya..heh~

Untuk pengetahuan semua, perisian MASSIVE URL PINGER sudah pun memasuki versi 1.2..
dan perisian ini telah ditukarkan namanya kepada PingStudio Version 1.2..heheheh..comel sikit kan.. 😀
sebenarnya perisian ni Hac muat turun daripada Forum Hackers dari luar negara..memang Hac dah daftar kat dalam forum tu..sebab tu la Hac boleh buka link yang dorang bagi hanya kepada ahli forum sahaja..jadi, korang kena berterima kasih la kat Mr.Hac ye..heheheh..kat bawah ni Hac bagi link untuk korang muat turun perisian PingStudio Version 1.2 yang telah dimuat naik ke dalam akaun Mediafire Mr.Hac.. 🙂

Klik Kat Sini —> PingStudio Version 1.2 by My Hackers Are Here

Fungsi PingStudio ni lebih kurang sama aje dengan yang lama (Massive Url Pinger) cuma ada satu column lagi yang ditambah iaitu ruangan untuk korang masukkan proxy..buat masa ni, versi ini hanya menyokong sebanyak satu proxy sahaja..tapi untuk versi akan datang, korang jangan bimbang..pembina perisian ini akan menambahkan bilangan proxy kepada UNLIMITED..ok..

kemudian, Mr.Hac terjumpa pula dengan satu perisian ni..gunanya macam mana? haha!
ia berfungsi sebagai bot jugak (lebih kurang la), dengan mengklik iklan yang ada pada page korang mengikut sela masa yang ditentukan..lagi banyak klik, lagi banyak duit kan? hehehe..
ia menggunakan proxy awam (public proxies) untuk membuat pengklik banner advertisement ‘tiruan’ ibarat pengklik yang sebenar..wow! heheh..
tapi Hac nak ingatkan, ni semua bukan Hac bagi dengan tujuan untuk mencari keuntungan ye..ni semua Hac bagi, hanya untuk tujuan pembelajaran sahaja..please..Hac tak nak kena ban dengan nuffnang pula..korang download, semata-mata untuk belajar, itu ok..tapi kalau nak kejar untung, Hac pangkah orang macam ni..hmmm..

kat bawah ni link untuk korang muat turun perisian Headstrong WebClicker version 2.56 (versi terbaru)..

Headstrong WebClicker version 2.56

untuk pengetahuan korang perisian ni Hac baru aje jumpa..jadi nak buat tutorial memang susah sikit la..cuma yang termampu Hac bagi ialah video tentang kaedah penggunaannya..korang semua kaji sendiri la ye..tonton sampai faham..ok! perisian ni dah siap bagi crack dah..korang boleh guna semua fungsi (full features) dengan crack yang diberi..hanya perlu apply sahaja..bagus kan?

kepada sesiapa yang suka betul dengan blog Mr.Hac, sokong la Hac dari belakang..Hac tak tau cara korang nak sokong..itu terpulang..tapi Hac akan sentiasa tampilkan artikel yang terbaik lagi berfaedah untuk pembelajaran semua..
akhir kata sebelum Hac mengundur diri, Hac nak bagi kata-kata semangat iaitu:

SO YOU THINK YOU CAN HACK? (hahaha..pinjam ayat sehati berdansa.. 😛 )

Arya Putra
Arya Putrahttps://omghackers.com/
A regular tech blogger who have passions for cats. I will not put my trust on anybody who hated them, doesn't matter if they are my friends or family. I have a dream where I am the owner of a Cat Cafe. Help me achieve it by hiring me as your reviewer. For any review inquiries, you can contact me at [email protected]

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

19 Comments

19 Comments
Oldest
Newest Most Voted
Inline Feedbacks
View all comments
elly

TQ bro..
amat menghargai ilmu dan tunjuk ajar yg diberi..(^^,

myhackersarehere.com

no problem elly..
selalu la singgah untuk baca entry terbaru Mr.Hac..

KiD

betul tu bro.. kid sokong bro.. best baca bab2 hack, crack dll nih.. software crack password wifi realtek wireless tu ada jumpa tak?

myhackersarehere.com

belum jumpa la bro..yang Hac letak dekat entry pasal hacking password wifi tu kid dah baca dah?
rasanya tak jumpa lagi kot..
duk busy trying new software la katakan.. 😛

KiD

memang dah download dah.. tapi tak dapat detect.. kismet pun sama.. nantilah aku cari gak software tu.. dalam pendrive dia jual.. huhuhu

Encik Kamen

macam menarik ni…encik kamen pun nak try lah…hehhe.. tunjuk ajarku sifu .haha

Mr.Hac

takde masalah..kalau ada yang tak faham. tanye aje kat shoutbox tu..
Mr.Hac akan bantu takat yang termampu..

melvister.com

hehe…thnks for the info mr hacker…

Mr.Hac

no problem mr.mel..
mr.hac akan sentiasa update entry2 yg best untuk the hykerz dan semua pembaca..

Freaky

terima kasih kerana sudi bg tunjuk ajar penggunaan software ni

sticker_getah

proxy tu ape ye???
leh bagi contoh???

sticker_getah

camne nak gune crack tuk webclick tu ek???

Arya Putra

@ sticker_getah proxy tu:

proxy: In communications, a proxy is something that acts as a server, but when given requests from clients, acts itself as a client to the real servers

crack untuk webclicker tu hanya perlu click and apply aje..sangat mudah..aku dah lama tak guna pun..jadi dah lupa cmne cracknya..fail registry kan?
kalau fail registry hanya perlu klik aje..then apply..

sticker_getah

ak dah klik crack tu tapi xleh bukak la…

Arya Putra

@ sticker_getah boleh guna la..hmm..ade la tu yang salah..ko pakai windows ape?

Ex Blurr

hahaha….kita org sapot Sifu Hac habis-habisan….. 😀

Arya Putra

thanks ex blurr!

4j!t

thanks bro… walaupon aku agak terkonfuze sikit.. hehehehe

pch

ping studio x leh run pon

spot_imgspot_img