Download Monitor: Program Untuk Pengguna Broadband Dan Ubuntu/Linux Mint

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Hari ini penulis akan kongsikan kepada anda semua tentang sebuah program yang akan membuatkan kehidupan anda lebih tersusun,teratur dan berstrategik. Pengguna broadband seringkali mengalami masalah kekurangan jalur lebar (bandwidth). Walaupun masih mendapat sambungan internet,tetapi apa yang dapat dilakukan hanyalah sekadar bersosial di laman Facebook,Twitter dan sebagainya. Jadi,dengan program Download Monitor dan sistem operasi Ubuntu (Linux) akan memjadikan kehidupan anda akan menjadi lebih teratur dan terancang. Download Monitor bukanlah program yang akan menjadikan penggunaan jalur lebar anda tanpa had atau Unlimited Bandwidth. Sebab itu penulis katakan selepas anda menggunakan program ini,kehidupan anda akan lebih terancang kerana program ini dibina untuk membantu anda agar sentiasa berjaga-jaga dan berhati-hati sewaktu belayar di alam maya dan anda dapat melakukan setiap tugasan dalam keadaan terkawal. Sukacita penulis maklumkan bahawa orang yang tidak mencari ilmu sahaja yang akan kata “Kita Boleh Menjadikan Jalur Lebar Tanpa Had” dan juga “Lihatlah Kami Punya Penggunaan Jalur Lebar,Dalam Sehari Berpuluh GigaBytes Telah Kami Gunakan”.

Program Download Monitor dibina untuk memudahkan anda melakukan pemeriksaan dan penyemakan terhadap jalur lebar yang digunakan oleh anda. Jika,bulan ini anda menggunakan sebanyak 5GB. Maka,anda sudah bersedia untuk membuat perancangan untuk bulan seterusnya. Mungkin terdetik dihati anda dan tefikir di benak fikiran anda “Macam mana aku nak kurangkan penggunaan jalur lebar?” Jadi sebelum melangkah ke bulan seterusnya,anda telah membuat satu perancangan yang rapi,yang akan membantu anda untuk menggurangkan penggunaan jalur lebar dan akhirnya semakin berkurang dan berkurang. Jalur lebar yang tidak digunakan dapatlah dimanfaatkan diakhir-akhir bulan untuk anda menggunakan sepenuhnya jalur lebar anda. Bayangkan dengan tanpa perancangan yang rapi baru seminggu anda menggunakan broadband dan jalur lebar anda sudah mencecah tahap penggunaan  jalur lebar yang dibenarkan dan secara tiba-tiba majikan anda menyuruh anda untuk menyelesaikan beberapa perkara yang melibatkan penggunaan internet. Takkan anda mahu berumah di pejabat 24 jam. Jadi,setiap perkara perlu dirancang dengan rapi agar dapat menjamin keselesaan,kesenangan,kejayaan,kecemerlangan masa hadapan.

Walaupun penulis menggunakan sambungan internet Streamyx. Tapi,penulis juga ingin lakukan pemeriksaan,perincian atas penggunaan jalur lebar. Mungkin penulis akan menggunakan broadband pada masa hadapan. Kerana Streamyx ni tak boleh bawa kemana-mana. Setakat luar rumah je. Macam mana jika ada pekerjaan yang harus disiapkan segera bersama sahabat. Takkan nak ke restoran dan kafe siber sentiasa jika mahu menyiapkan sebarang tugasan. Jadi,setiap perkara perlu dirancang dengan rapi agar berjalan dengan lancar. Sebab itu Ustaz Akhil Hayy ada mengatakan di dalam rancangan yang dihoskan olehnya iaitu rancangan Cubaan.

Wamakaru Wamakarallah Wallahu Khairulmakirin.
Mereka merancang,Allah juga merancang. Sesungguhnya Allah sebaik-baik perancang
Surah Ali-Imran: 54

Lihat beberapa keping gambar untuk dijadikan tatapan untuk anda sebelum memasang program Download Monitor ini.




Kaedah pemasangan.

sudo add-apt-repository ppa:duncanjdavis/download-monitor-submit
sudo apt-get update
sudo apt-get install download-monitor

Selamat mencuba dan selamat merangka.
Sekian,Assalamualaikum.

Artikel Terkini

spot_imgspot_img

Artikel Berkaitan

spot_imgspot_img